Dari Ibnu Abbas r.a katanya, ketika Nabi SAW tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini?" Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya." Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa." Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (HR Bukhari).
Dari Aisyah r.a katanya, "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa [ada hari asyura dan Nabi SAW pun berpuasa. Ketika baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (HR Muslim).
Dari Salamah bin Akwa r.a dia menceritakan bahawa RasulAllah SAW mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepda orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklah dia berpuasa juga sejak mendengar pengumuman ini sampai malam". (HR Muslim).
Dari Ibnu Abbas r.a katanya, "Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikan sebagai hari raya, di mana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu RasulAllah SAW bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (HR Muslim).
Dari Abu Qatabah Al-Anshari r.a katanya RasulAllah SAW ditanya orang tentang puasa pada hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Dapat mengapus dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab Baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (HR Muslim).
Imam Syafi'e Rahimahullahu Ta'ala menyebut di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla', disunatkan berpuasa 3 hari iaitu hari ke-9 (Tasu'a'), ke-10 ('Asyura') dan ke-11 bulan Muharram. Tetapi tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja.
Jom puasa!
No comments:
Post a Comment