Followers

Tuesday, June 26, 2012

Taman Paya Bakau Lumut, Perak.

Ini antara entry tertangguh cerita kami ke Pulau Pangkor dulu. 

Sebenarnya Taman Paya Bakau ni tak termasukpun antara tempat yang saya nak singgah. Tapi kebetulan lalu di sini, saya terus ajak kawan-kawan singga sini. Pada saya hutan paya bakau ni sangat nostalgia di hati saya. Kerana paya bakaulah (bukan paya bakau Lumut) saya berjaya siapkan thesis tahun akhir dengan keputusan thesis yang cemerlang! Woha!

Kiranya singgah di sini dapatlah mengimbau kenangan zaman muda-mudi dilu ork? 

Selain Hutan Paya Bakau, Matang, Taman Paya Bakau Lumut juga antara paya bakau yang terdapat di Perak. Terletak antara jalan Ipoh-Lumut, rasanya taman ini selalu disinggahi pengunjung yang pergi ke Pulau Pangkor sebab ia hanya lebih kurang 10 minit

"Taman Paya Bakau terletak di antara jalan Ipoh – Lumut dan lebih kurang 10 minit perjalanan dari Bandar Lumut. Taman ini mula dibina pada bulan Mei 1994 dan telah dibuka kepada umum pada bulan Januari 1995. Pada tahun 2005, taman ini telah diselenggara dan ubahsuai. Ia mempunyai laluan sejauh 366 meter dan selebar 6 kaki yang merentasi hutan paya bakau. Di hujungnya didirikan 2 buah pondok untuk pengunjung beristirehat atau memancing. Di sepanjang laluan ini pengunjung dapat menghayati keindahan alam semulajadi hutan paya bakau dan melihat sendiri hidupan yang ada di paya bakau berkenaan." Saya cilok di SINI

Jom layan gambar.

'mereka' dan pintu masuk utama ke taman paya bakau
Pokok bakau : trek pejalan kaki disediakan untuk melihat kawasan sekeliling
akar-akar pokok bakau
ini pula akar pokok bakau minyak, Rhizophora sp.
pokok bakau yang tumbuh di sepanjang sungai
awan di sini sangat BIRU!
Inilah pemilik telur ikan yang mak melur dan pekan kempunan tu... Ikan tembakul @ ikan belacak
ketam-ketam di paya bakau. Tapi ini bukan ketam nipah dan ketam-ketam ni tak boleh dimakan!
ada jambatan gantung di sini

Jadi kalau ke Pulau Pangkor, bolehlah singgah sebentar di sini. Tapi hati-hati... kera di sini sangat aggressive!

PM : pernah berkubang di paya bakau sampai hitam!

23 comments:

  1. Been there...

    Bakau kurap pun ada kan...

    Kalau air pasang kat situ orang suka pancing ikan sembilang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeap.. bakau kurap antara sp bakau yg tumbuh kat situ :)

      Delete
  2. inilah tempat akak dgn SK dating...jumpa sedara di sg. dinding gitu..hikhikhik... tapi monyet dia memang nakal kan..takut jadinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh asal pulak jadi cik anon komen akak tadi... hiks

      Delete
    2. wow!!! dating kat jeti tepi sungai ke sis??? hehehe

      Delete
    3. Dating dekat Ikan Belachak??? Owh No!

      Delete
    4. woiii...hahahaha itulah kenangan terindah..masa kami dating dulu ikan belacak belum berhijrah lagi ke situ la..tapi kera memang banyak...keh keh keh...

      Delete
  3. salam kenal.

    i asal org Pontian where u can find hutan bakau dan diiktiraf sebagai taman negara, Tanjung Piai. Penghujung benua asia.. Nice place.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal,

      saya sangat familiar dgn hutan paya bakau di area johor esp. sg pulai, sg belungkur & sg santi. Tempat2 tu saya berkampung/berkubang dalam selut paya bakau untuk sampling. hiks. dan saya jugak dah sampai ke penghujung benua asia, tanjung piai... best tempat tu! :)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. eh apesal tak try rojak manjung?
    sedap ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sempat g acik.
      tunggu acik kawinlah kami buat rombongan cik kiah skali arung pekena rojak manjung. careeee!!!

      Delete
  5. mmg best kat bagan lalang.. dh bertaun x pegi sana !

    ReplyDelete
    Replies
    1. :D

      betul tu KA, tempat yg best utk release tension

      Delete
  6. Assalamualaikum....saya mohon untuk share cerita Taman Paya Bakau, Lumut saudara dalam FB Hani Homestay, Venice. Cerita saudara ada banyak info dan sangat menarik. Saya juga mohon share cerita saudara dalam facebook saya. Harap respon.

    ReplyDelete
  7. boleh tumpang tanya..tajuk thesis ape yang encik buat berkaitan dgn paya bakau n kt mne ye?sbb sy kena wt thesis sem ni..harap dpt bantu..TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tajuk thesis saya "kajian kepelbagaian dan taburan gastropoda di hutan simpan sungai pulai, sungai santi dan sungai belungkor, johor darul takzim"

      boleh saya tahu thesis di hutan bakau nanti akan cover kajian tentang apa? flora? fauna?

      Delete
    2. utk tajuk 2 sy xsure lg nk buat kajian tntang ape sbb sy just kena bt proposal thesis utk sem depan..kalau cik masih simpan lg thesis cik 2 and cik xkesah utk sy wt rujukan,blh x attach kn ke email sy..sparkaus29@yahoo.com

      Delete
    3. mungkin sy akan cover utk kedua2 skali..sbb sy just kena wt proposel utk thesis sem depan and sy berminat dgn tajuk thesis cik 2..kalau cik masih menyimpan kje thesis 2 nti blh tlg attach kn ke email sy x?kalau cik xkisah utk sy wt rujukan..ni email sy sparkaus29@yahoo.com

      Delete
    4. maaf, softcopy dah takde. Hanya hardcopy yang masih ada. Maklumlah dah hampir 10 tahun buat thesis. Zaman tu hanya ada disket.

      Tapi saya boleh bagi rujukan2 berkaitan mangrove since saya baru je lepas buat proposal untuk PhD saya berkaitan mangrove. InsyaAllah saya akan cuba email nanti

      Delete
    5. ok trima ksih byk cik atas kerjasama..

      Delete
    6. ok..trima kasih byk cik ats kerjasama yg diberikan..:)

      Delete