Followers

Saturday, June 16, 2012

Discovery Miri : Day 4 - Miri Tour

14 Mei 2012 - Isnin

Hari terkahir di Miri, masa untuk tour satu bandar Miri pulak. Hari terakhir masa check out baru kami kenal taukeh g/house ni iaitu Mr. Dennis. Haha... rupa-rupanya kami salah orang. Kami ingat lelaki yang kami selalu tegur kat kaunter g/house Mr. Dennis, tapi lelaki tu pekerja aje rupanya. Mr. Dennispun sama macam lain-lain... Ingat kami ni cikgu. Hiks. Memandangkan flight kami lewat malam nanti, Mr. Dennis offer kami sambung sewa bilik sampai petang. Oklah, bayaran tak mahalpun boleh gunakan bilik untuk solat, mandi dan rest sebelum ke airport nanti.

Di antara tempat-tempat yang boleh kita lawati di sekitar bandar Miri ialah :

1. Tamu Muhibbah & Tamu Khas - Pasar tradisi yang menjual barang tempatan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta barangan kering. 


2. Miri Handicraft Centre - Terletak di Jalan Raja yang mempunyai pelbagai kraftangan tradisional dan tembikar dijual di sini. Kalau nak beli kraftangan tradisional/tempatan dan cederamata seperti t-shirt, FM, pua kumbu bolehlah singgah di sini. Harga yang ditawarkanpun berpatutan.

FM seahorse sangat senonim dengan Miri

3. Canada Hill  a.k.a Bukit Telaga Minyak - Nama bukit ini di ambil besempena nama seorang rakyat Kanada yang mula-mula menemui minyak di bukit ini.  Beliau telah menggali telaga minyak pertama dan membangunkan tempat ini yang menyebabkan Miri telah berkembangan sebagai kawasan industri petroleum di Malaysia. Dari bukit ini kita boleh melihat pemandangan seluruh bandar Miri. Di sini juga terdapat Grand Old Lady dan Petroleum Museum.


4. The Grand Old Lady a.k.a Miri Oil Well No.1 - Merupakan tempat penemuan minyak pertama di Miri mahupun di Malaysia. Ia dikendalikan oleh syarikat Shell pata tahun 1910 sehingga 1972 dan kini dibuka pada orang ramai sebagai monumen nasional. 



5. Petroleum Museum - Juga terletak di Canada Hill berhampiran The Grand Old Lady telah dibuka pada tahun 2005 kepada orang ramai. Waktu lawatan ialah :

Selasa - Ahad  : 9.00 am - 5.00 pm
Jumaat : 9.00 am - 5.00 pm (12.00 pm - 2.00 pm - tutup)
Isnin  : tutup


6. San Ching Tian Temple - kuil Taoist yang terbesar di Asia Tenggara.


7. Miri City Fan - Taman di tengah-tengah bandar Miri. Rekabentuk taman ini seperti kipas telah dibina untuk sebagai taman rekreasi dan terdapat kemudahan lain seperti perpustakaan, kolam renang awam, masjid, dewan sivic etc. 

Dinding diukir dengan pelbagai aktiviti-aktiviti socio-ekonomi penduduk setempat

8. Marina Bay -  Teluk Marina di bina di atas kawasan pantai yang di tambak. Pada saya pantai ni sangat lawa... tak sia-sia kami meredah jalan pantai dan terjumpa tempat ni. 



9. Seahorse Lighthorse - Rumah api yang di bina berhampiran Marina Bay. 


 rumah api ni dekat dengan Marina Bay Seafood Restaurant

Itu antara tempat-tempat yang sempat kami lawat di Miri selain daripada Miri Luak Esplanade dan Taman Selera. Sebelum sampai Miri, saya terdengar desas desus mengatakan agak sukar untuk mendapatkan restoran/ kedai makan halal di Miri. Tapi rasanya tanggapan tu salah sebab merata-rata kita boleh jumpa restoran/kedai makan kat sini. Terpulang atas citarasa kita aje nak pilih makanan apa yang kita nak makan. Antara tempat makan, WAJIB singgah kat sini kalau ke Miri ialah :

1. Hani Kafe & Katering - Lokasi di Jalan Sri Dagang, Miri ( berhampiran water front ceommercial centre). Tak jauh manapun dari g/house kami, tapi biasalah dah namapun tempat orangkan... susah jugak nak cari restoran ni. Kami makan pagi di sini, pekena laksa sarawak. Sangat sedap!! 


2. Restoran Muara - Restoran yang terkenal dengan nasi lalapan. Nasi lalapan ni macam nasi ayam penyek. Kalau nasi ayam penyek, lauknya mestilah ayam goreng kan? Tapi nasi lalapan ni, kita boleh pilih menu utama seperti ikan (boleh pilih jenis-jenis ikan) /daging/ayam dan dihidankan bersama tempe, sayur yang direbus, sup dan sambal belacan. 

Tak silap saya ada 2 branch restoran muara kat Miri iaitu di Water Front Commercial Centre dan jalan North Yu Seng (branch ni terletak betul-betul dengan guesthouse kami).
4 jenis nasi lalapan dengan menu berbeza

Tawaf Miri dah! Tawaf Shopping complex dah! Makan nasi lalapan pun dah! Kami balik g/house, rest, mandi, solat dan berkemas sebelum check out dan kemudian menuju ke airport Miri. Sebelum pulangkan kereta kena pastikan isi minyak penuh-penuh dulu. 

Sampai di airport dalam 5.00 pm lebih saya terus ke kaunter kereta sewa. Dah tutup, orangpun takde. Bila baca balik kat kaunter, rupa-rupanya kalau nak pulangkan kunci just drop je kunci dalam kotak yang disediakan. Owh... jakunnya... Nak buat camne, ni 1'st time kami sewa kereta. Biasanya tak redah guna public transport, kami guna khidmat travel agent, tapi bila ke Miri timbul idea nak sewa kereta pulak. Kira pengalaman pertamalah kan? huhu.

Memandangkan masih awal, saya cuba call Hafiezal nak confirm dengan dia boleh tak kalau kami drop kunci lambat. Mana tau kot-kot kena extra charge ke apa kan? Dia kata tak ada masalah. Apa lagi.... terus kami gerak ke Taman Selera, layan sate dan cendol sebelum ke airport sebab flight kami pukul 10.00 mlm ni. 

Overall trip ni memang sempoi. Nanti... kalau AA bermurah hati bagi tiket ke Miri semurah RM15.50 bolehlah pergi Miri lagi. Saya nak ke Gua Mulu plak. Takpun kalau dapat diving kat perairan Sarawakpun menarik jugakkan? Mr. Dennis bagitahu coraf reef di perairan Sarawak antara taburan batu karang tercantik di dunia. Kena tengok ni!!!

PM : dapat poskad pree dari tauke minda guesthouse ^_^

11 comments:

  1. Lalapan Muara tu sangat2 la mandrem ok...kalo boleh hari2 nak makan situ .... hhahahha...

    Korang takde try seafood ker..? kat taman selera tu biasenye ade kedai2 melayu yg kat depan2 tu yg jual seafood.. not bad laa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya tulang masak letak ape dlm lalapan tu eh sampai mandrem dibuatnya... hehe

      kitaorang try jugak seafood kat Taman Selera. Lepas redah Gua Niah terus ngap seafood. not badla, cuma tom yam dia tasteless lorr.. nasib baik ada ABC dan cendol sebagai penyelamat. hiks

      Delete
  2. Nasi lalapan yg ada 8 jenis lauk.... sedapkan..:) dulu pusing bandar miri jalan kaki jek...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hulubalang... nasi lelapan memang sedap. Kena je dengan tekak saya sbb tak pedas. hehehe. Hari tu, memandangkan kami hanya ber'4... kami hanya sempat rasa 4 jenis lauk je. :)

      Delete
    2. Hulubalang... nasi lelapan memang sedap. Kena je dengan tekak saya sbb tak pedas. hehehe. Hari tu, memandangkan kami hanya ber'4... kami hanya sempat rasa 4 jenis lauk je. :)

      Delete
  3. Muara restoran? Ermm.sedap dia punya sambal. 2 kali kitorang dtg makan. yummy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah memang sedap makan kat muara restoran tu. ada 2 cawangan tu, memang tersohor la :)

      Delete
  4. Hi,salam kenal. Saya pun nak pergi miri. Sedang cari kereta sewa. Nanti jgn lupa baca pengalaman saya pula. http://isabellaidura.blogspot.com.
    Thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal. owh nk ke miri ye? hari tu kami pun sewa kereta. kami sewa hertz. info kereta sewa ada di entry sebelum2 ni.

      thanks sudi singgah di blog ini.

      Delete
  5. Habis dah study...
    So boleh buat jadual perjalanan .
    Tq!!

    ReplyDelete
  6. wah! gigih!
    lepas ni bolehlah rangka itinerary.

    selamat jelajah miri :)

    ReplyDelete