Followers

Thursday, November 29, 2012

CATATAN HAJI (1) : Persediaan Diri Sebelum Berangkat

Saya akui ilmu agama dan ilmu tentang haji baik tentang rukun dan wajib haji saya sangat cetek. Seingat saya kali terakhir saya belajar tentang ilmu haji semasa di tingkatan 4 dulu. Itupun sekadar belajar untuk melengkapkan silibus matapelajaran Agama Islam tingkatan 4. Dan terkini setahun lepas semasa ziarah umrah. Tapi semuanya secara ekspress! Mak tiba-tiba buat kejutan ajak kami sekeluarga mengerjakan umrah dan ajakan itu saya sahut dengan dengan ilmu yang kosong di dada.

Tapi kali ini, saya bersyukur kerana Allah memberi saya masa untuk melengkapkan diri dengan ilmu haji ini. Dia tahu, hambanya yang seorang ini selalu berangan-angan nak kerjakan haji, tapi niatnya selalu tak seiring dengan tindakannya. Mungkin sebab itu Dia telah memberi saya 'ingatan awal' dengan menjemput saya seawal tahun walaupun musim hajinya masih beberapa bulan lagi. Terima kasih Allah...

Banyak urusan yang perlu dilakukan selain daripada melengkapkan diri kita dengan ilmu sebelum haji. Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan oleh-Nya. 
  1. Surat panggilan haji - selepas menerima surat panggilan, kita akan diberi tempoh sehingga tarikh yang ditetapkan untuk memberi maklumbalas samada menerima atau menolak panggilan tersebut. Sekiranya kita menerima, kita diberi pilihan samada memilih Makkah @ Madinah dahulu sebagai destinasi yang hendak kita tujui. Pada saya, memilih untuk pergi ke Makkah @ Madinah  sangat PENTING kerana ia akan menentukan penerbangan mana yang akan kita naiki dan jenis haji apa yang akan kita lakukan. Jika kita memilih ke Madinah dulu, kita mungkin akan mendapat penerbangan awal dan akan mengerjakan Haji Tamattu'. Manakala jika kita memilih untuk terus ke Makkah, kita mungkin akan mendapat penerbangan akhir dan mengerjakan Haji Tamattu'/Ifrad. Oleh itu, bagi bakal jemaah haji, secara tidak langsung kita boleh merangcang tempoh untuk kita berada di sana nanti. Manakala, kalau kita menolak @ tak berniat untuk menunaikan haji pada tahun tersebut, jangan pulak diabaikan surat tu... Kena jawab dan hantar pada TH dan bagitahu bila tahun yang dipilih. Sebab kalau abaikan surat ini, kesannya ialah nama kita terus ditendang ke senarai memohon sama macam orang baru apply nak pergi haji? Sanggup ke nak tunggu lagi???
  2. Kos penerbangan -  Selepas menjawab surat tawaran haji, pihak TH akan memberi tempoh (hampir 2 bulan) untuk kita memenuhkan akaun TH sekiranya akaun TH kita masih belum mencukupi untuk menampung kos tambang dan lain-lain kos yang berkaitan. Bagi jemaah haji yang pertama kali menerima jemputan, insentif sebanyak RM4,900 akan diberikan yang saya kira 'hadiah' untuk setiap tetamu Allah yang menjadi rakyat Malaysia! ^_^
  3. Mengikuti kursus-kursus haji yang disediakan oleh TH - terdapat 3 jenis kursus yang perlu diikuti bermula dari Kursus Asas Haji (19 siri, hampir 6 bulan), diikuti Kursus Intensif Haji (2 hari) dan terakhir ialah Kursus Perdana Haji (2 hari 1 malam).
  4. Menjalani pemeriksaan kesihatan
  5. Menyerahkan passport antarabangsa 
  6. Menerima 'gelang' pengenalan diri semasa di tanah haram.
  7. Menerima beg dan barang keperluan haji dari TH
  8. Menyediakan barang-barang keperluan semasa di sana.
  9. Menerima surat tarikh penerbangan haji dari TH
Saya masih ingat kata-kata ustaz semasa kursus haji, kita ke sana bukan saja sediakan pesiapan untuk diri kita semasa di sana, tapi kita kena fikirkan jugak keperluan tanggungan kita bila kita tinggalkan mereka dan yang penting hati kita mesti sentiasa bersih dan redha untuk ke sana.

Petikan daripada buku Manasik Haji dan Umrah Mengikut Ahlus Sunnah Wal Jama'ah oleh Ustaz Tengku Mohd Fouzy Jumat tentang persediaan diri sebelum ke tanah suci adalah seperti : 
  1. Melakukan solat taubat nasuha iaitu dengan bertaubat dengan memenuhi 3 syarat iaitu menyesal atas perbuatan-perbuatannya, segera meninggalkan perbuatan dosa itu dan berazam tidak akan kembali lagi pada dosa tersebut.
  2. Perlu menunaikan amanah dengan mengembalikan hutang yang sudah sampai waktunya. Jika belum dapat berbuat demikian, perlu wakilkan kepada seseorang untuk menjelaskan hutang dan memohon dihalalkan hutang sekiranya ada sepanjang tempoh berurusan.
  3. Nafkah yang ditinggalkan perlu mencukupi untuk keluarga dan tanggungannya.
  4. Memohon keredhaan ibu bapa sekiranya mereka masih hidup dan minta dihalalkan air susu ibu dan redha dari suami.
  5. Memastikan bekalan untuk ke tanah suci adalah daripada sumber yang halal.
  6. Mempelajari ilmu ibadat haji supaya ibadat haji tidak rosak dan cacat.
  7. Berdoa semoga Allah memberi teman perjalanan yang soleh dan dapat membantu ketika susah serta menasihati sekiranya berbuat salah.
  8. Amalkan sikap bermurah hati dengan memperbanyakan sedekah dan membantu orang susah yang ditemui dalam perjalanan ke tanah suci Makkah.
  9. Mempunyai bekalan taqwa dan niat yang ikhlas.
Antara kesemua panduan persediaan yang disarankan, panduan yang terakhir paling merisaukan saya sebab taqwa dan ikhlas itu tidak dapat diukur dan ia adalah rahsia Allah. Saya hanya mampu berdoa semoga termasuk di dalam golongan tersebut... Amin...

Tidak ada kesusahan yang menimpa melainkan dengan izin Allah. Sesiapa yang beriman 
kepada Allah, akan dipimpin hatinya bagi menerima apa yang berlaku dengan tenang 
dan sabar - surah at-Taghabun ayat 11.

~ bersambung : kursus-kursus yang disediakan oleh TH

10 comments:

  1. eh...ada insentif untuk bakal jemaah haji, taktau pulak. banyak jugak rm4900 tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insentif dari tabung haji bagi jemaah haji yg pertama kali tunaikan haji. Berbaloi2 :D

      Delete
  2. ish..baru baca entri ni air mata dah meleleh leleh..aduhai la hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. rilex k.intan... Simpan dulubair mata tu. Hihi. Ni bukan entri sedih... Ada byk lagi cerita yg pilubdan terpilu akan menyusul.

      Delete
  3. Saya pun sama..baru je baca entri ni..xtau napa hati ni rasa macam sayu..ia datang tanpa diundang..xsabar nak baca cerita seterusnya..

    ReplyDelete
  4. terima kasih info ni..sgt berguna utk sy.

    ReplyDelete
  5. tengah kumpul duit nak pergi haji

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... moga semua urusan dipermudahkan olehNya :)

      Delete