1. Pantai Batu Buruk
source |
Pantai Batu Buruk sangat sinonim dengan Terengganu. Kalau datang K.Terengganu tak singgah pantai ni rasanya tak lengkap percutian ke Terengganu.
Ia terletak tak jauh dari pusat bandar. Kalau lalu jalan utama nak ke bandar K.T, lalu depan hospital besar belakang itulah Pantai Batu Buruk.
Beberapa tahun lepas, pantai ini antara pantai yang teruk terkena hakisan ombak. Jadi pantai terpaksa ditambak, dan kesannya pantai ini dah tak sesuai lagi untuk aktiviti mandi manda. Dah jadi dalam. Bahaya kalau mandi.
Kalau sekali tengok, pantai ni takde bezapun dengan pantai-pantai lain. Tapi hujung minggu mesti penuh dengan pengunjung. Maklumlah, kat Terengganu mana ada Sogo, KLCC, Alamanda... jadi tempat yang paling best untuk berekreasi adalah pantai. Saya tak tahu orang lain macamana, tapi saya memang suka pantai! Sebab kalau balik kampung, walaupun tak sempat ke Pantai Batu Buruk, mesti saya singgah jugak ke pantai-pantai lain yang berhampiran. Janji boleh pergi pantai. Tengok air laut, awan yang membiru sudah cukup membuatkan hati saya tenang. Wah!
2. Pantai Teluk Ketapang
Sesiapa yang datang ke Terengganu menaiki flight, mesti melalui pantai ini dari atas sebab pantai ini terletak betul-betul di belakang airport. Salah satu sebab pantai ini menjadi terkenal kerana ikan celop tepung. Di sepanjang pantai terdapat gerai-gerai menjual ICT dan keropok. Dan ia juga berhampiran Seberang Takir yang terkenal dengan air buah gelas besar serta keropok lekor.
Dulu, sebelum pantai ini ditambak untuk pembesaran airport, keadaan pantai sangat landai. Tapi kesan daripada pembesaran airport, terdapat beberapa kawasan pantai terhakis teruk. Erm... kadang-kadang kita perlu mengorbankan 'sesuatu' untuk pembangunan. Kan?
Pantai ini agak nostalgia buat saya. Dua tahun di kampus persisiran pantai memang banyak memori kat sini. Dulu, pantai Teluk Ketapang ni tak seglamour sekarang. Walaupun dari dulu lagi sudah ada gerai-gerai ikan celop tepung, keropok dan pisang goreng, air kelapa muda, tapi tak ramai orang yang datang ke situ. Saya masih ingat, dulu dengan duit RM5.00 dah boleh dapat sepinggan penuh keropok dan pisang goreng dan segelas air kelapa muda tau! Sekarang ado? Mimpi ajelah.... Biasanya kami kayuh basikal dari hostel (hostel kami betul-betul belakang laut) melalui jalan kampung terus ke pantai ini. Huh! Kenangan sungguh!
source |
Terletak di Chendering, lebih kurang 20km dari bandar Kuala Terengganu - menghala ke Marang. Pantai ini landai, berteluk dan batu-batu akan jelas kelihatan apabila air surut. Tak silap saya, sekitar pantai ini masih sesuai untuk mandi mandi terutamanya bila air surut sebab ketika itu ombak perlahan. Tapi, tetap kena berjaga-jaga terutamanya ketika musim tengkujuh.
Antara tempat menarik lain yang berhampiran pantai ini ialah Masjid Kuala Ibai (Masjid terapung) yang letaknya lebih kurang 3km dari pantai Chendering. Di sebabkan pantai yang berteluk dan berbatu, ia menjadi 'port' yang disukai oleh kaki pancing sebab di situ ada tambak berbatu yang mengunjur ke tengah laut menghubungkan rumah api.
Bagaimana mahu ke sini? Dari jalan utama (jalan K.T-Dungun), masuk ke simpang 4 menuju ke arah perlabuhan Chendering, kita kena masuk ke perkampungan dan selepas beberapa minit perjalanan kita akan nampak pantai yang terbentang luas. Itulah pantai Chendering!
4. Pantai Rhu 10, Setiu
source |
Pantai Rhu 10 terletak di daerah Setiu, atas sikit dari jeti Merang untuk ke Pulau Redang. Untuk ke Kota Bharu dari K.T, terdapat 2 jalan yang boleh dilalui, iaitu memilih jalan Sg. Tong atau jalan pantai (melalui sepanjang perisir pantai dari Merang-Setiu-Permaisuri). Jadi kalau rasa nak singgah ke pantai ni, silalah ambik jalan pantai.
Pantai ini landai dan berpasir putih. Masih selamat untuk mandi manda. Di hujung kanan pantai (kalau mengadap laut) terdapat kawasan berbatu. Serius, pantai ni memang cantik! Selain dari pantai yang cantik, terdapat juga gerai-gerai menjual keropok dan ikan celop tepung. Kalau nak beli hasil laut yang segar, terdapat gerai jualan hasil laut di sini.
Ada lagi nostalgia saya di sini. Hehe. 3 bulan saya berpraktikal di sini. Di Pusat Penetasan Udang Harimau. (dah tutup dah tempat ni). Tiap-tiap petang lepas uruskan semua udang-udang dalam tangki, mesti kami keluar ke pantai. Mandi laut la, tangkap remis, tangkap ketam... Memang bestlah! Nak makan hasil laut? Pergi aje tepi pantai, tempat nelayan bawak naik hasil tangkapan. Murah dan fresh! Aduhai... rindu pulak zaman belajar dulu.
5. Pantai Peranginan Kelulut
Lokasinya di daerah Marang, lebih kurang 25km dari bandar Kuala Terengganu, pantai ini juga terletak di sepanjang jalan utama K.T - Dungun ke Kuala Lumpur (melalui jalan pantai).
Pada pandangan mata kasar saya, pantai ini lebih kurang saja dengan pantai-pantai lain yang terdapat di perairan Terengganu. Cuma istimewanya tempat ini ialah deretan kedai-kedai yang terdapat di sepanjang jalan. Di sini, kita boleh singgah di kedai yang menjual barang kraftangan, kedai keropok lekor dan terdapat juga kedai makan yang mengidangkan masakan tempatan. Boleh pilih mana yang kita suka ikut citarasa masing-masing.
* Sebenarnya terlalu banyak pantai yang berhamparan di perairan Terengganu seperti Pantai Batu Rakit, Kuala Terengganu, Pantai Rantau Abang dan Pantai Teluk Bidara di Dungun, Pantai Kemasik dan Pantai Teluk Mak Nik di Kemaman, Pantai Bukit Keluang dan Pantai Kuala Dendong di Besut dan banyak lagi. Tapi tak mampulah saya nak ceritakan semuanya.... Apa-apapun kalau datang ke Terengganu jangan lupa singgah ke pantai ye!
No comments:
Post a Comment