Followers

Wednesday, February 27, 2013

CATATAN HAJI (6) : Berkampung di Qasr Al-Shouroq

Dari Jabir r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : " Satu sembahyang di masjidku lebih afdal daripada seribu sembahyang di masjid-masjid yang lain, kecuali Masjidil Haram (di Makkah) : dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada seratus ribu sembahyang di masjid-masjid yang lain." - (Imam Ahmad)

Selesai semua urusan di masjid, kami pulang ke hotel. Banyak lagi urusan di bilik yang belum selesai. Sampai malam tadi saya tak fikir panjang, terus tidur. Barang-barang/pakaian semuanya masih dalam beg. Masa untuk berkemas apa-apa yang patut. Berkenalan dengan teman-teman sebilik pun tak sempat.   

Sepanjang berada di Kota Makkah, Hotel Qasr Al-Shouroq menjadi tempat kami berteduh. Hotel yang menempatkan hampir 2,500 orang jemaah Maktab 91 yang terdiri daripada beberapa KT (penerbangan) termasuk KT80. Tinggal di sini dah rasa macam berada di kampung sendiri dah. Sebabnya, kebanyakan penghuni Maktab 91 terdiri daripada orang pantai timur (antaranya KT80 dan KT48). Papepun ada pro and cons... Kebaikannya, saya bertemu hampir kesemua saudara-mara/ kawan-kawan sekolah yang sama-sama mengerjakan haji pada tahun itu. Dan kekurangannya sebaliknya la kan?
Pintu masuk ke Maktab 91 di Hotel Qasr Al-Shouroq
Penghuni bilik 912

Bilik saya terletak di aras 9. Bilik 912, memuatkan 8 orang penghuni. Di dalamnya terdapat kemudahan asas seperti bilik air, mini pantry, peti ais, dan TV. Setiap jemaah akan mendapat kemudahan katil bersaiz single queen, almari pakaian dan juga almari kecil. Saya kira ia cukup 'mewah' dan sangat selesa.   Balik ke bilik, hari kedua barulah saya berpeluang berkenalan dengan penghuni bilik 912 yang semuanya berasal dari Terengganu. Haha. Terengganu lagi! Saya dapat 1 nenek, 1 makcik, 1 kakak dan 4 mak! Paling seronok semuanya berstatus 'solo' (tapi kat Makkah je la..). Jadi merekalah keluarga saya sekarang. Biasanya setiap penghuni di tempatkan di bilik yang berhampiran dengan mahram/muhrim masing-masing. Contohnya, K.aya mahram saya, tok (nenek) mahramnya adalah anak perempuannya, K.zah, K.zan dan K.yah mahram bersama (mereka berdua kawan baik) dan makcik dengan mahramnya makteh (mereka jiran sekampung).

Bilik 'sauna'

Malam pertama di bilik 912, saya dapat rasakan ada yang tak kena dengan aircond di bilik itu. Semacam tak berfungsi. Tapi dek kerana kepenatan saya layankan aje mata. Mujur di bilik itu ada kipas. Jadi kami buka kipas dan tingkap untuk dapatkan udara dari luar. Hari kedua, kesian melihat mak-mak di bilik kepanasan, saya buat report kerosakan aircond di pejabat maktab. Kata penolong pengurus, dia akan minta petugas hotel periksa dan baiki kerosakan tersebut. Ok, settle satu tugas.

Malam kedua di bilik 'sauna' lebih menguji kesabaran kami, suhu sejuk diluar terasa amat panas dan agak merimaskan. Tapi mujur teman-teman sebilik masih bersabar. Walaupun kerosakan sudah dibaiki, aircond tetap tidak berfungsi dengan baik. Itu cara Allah nak menguji kesabaran kami kan? Sabar... esok saya pergi buat aduan lagi :)

Waktu makan - lunch/dinner


Bagi jemaah muassasah, pihak TH menyediakan 2 kali makan iaitu untuk lunch dan dinner. Breakfast memang tak disediakan. Jadi jemaah kena beli sendiri. Tapi tak perlu risau sebab kedai makan/cafe/restoran merata-rata, pilih aje menu apa yang berkenan di hati. Janji kena pada tekak, telan aje. hehe. Untuk makan tengahari dan malam, semua makanan akan dipackkan macam gambar kat bawah tu. Jadi setiap jemaah akan diberikan satu pack makanan beserta air mineral dan buah-buahan. Kira mudah, tak perlu berebut-rebut. Catering pula dilantik oleh TH yang terdiri daripada chef Malaysia. (nanti saya ceritakan kisah lawatan saya ke catering TH dalam entry yang lain).

Verdict makanan? Erm..   banyak komen yang saya dengar menyatakan makanan yang disediakan kurang sedap (kurang masin, kurang manis dan agak tawar), tapi semua menu dan rasa yang disediakan mengikut spec yang ditetapkan oleh dietician. Bagi saya dah ok dah. Ada sambal bilis/serunding makan dengan nasi kosong pun dah kenyang sampai ke pagi. ^_^
Ini pek makanan saya. Biasanya satu menu lengkap dengan 2 lauk dan sayur.
Waktu solat di Makkah

Berbanding Malaysia, waktu solat di Makkah sedikit berbeza. Kalau di Malaysia, pukul 4.47 am kita bangun untuk membuat qiammullai, di Makkah saat ini sudah masuk waktu solat Subuh. Ketika musim haji waktu itu waktu solat di Makkah lebih kurang begini :

Subuh - 4.47 am
Zuhur - 12.13 pm
Asar - 3.37 pm
Maghrib - 6.14 pm dan
Isha' - 7.44 pm

waktu-waktu ini berubah hanya beberapa minit sepanjang saya berada di Makkah.

Rutin harian

Di sini rutian harian bermula seawal jam 3.00pg. Memandangkan ahli bilik saya agak ramai, jadi saya mengambil jalan untuk bangun awal. Jadi tak perlulah menunggu lama untuk ke bilik air kan? Kemudian saya dan K.aya sama-sama ke masjid. Kadang-kadang makcik, tok dan K.zah mengikut kami sama-sama ke masjid. Selepas solat subuh, biasanya saya mengambil peluang bertawaf sunat atau terus pulang ke hotel dan singgah membeli sarapan. Kemudian tido sekejap dan bangun untuk ke masjid untuk dhuha dan langsung solat zohor. Selepas zohor berjalan balik ke hotel untuk makan tengahari dan rehat sekejap. Manakala saya akan terus berada di masjid dari asar hingga ke isyak. Biasanya itulah rutin harian saya ketika di Makkah. Kalau di kira jarak perjalanan dari hotel ke masjid memang agak jauh, tapi lama kelamaan ia menjadi kebiasaan kami di sana.

~ bersambung lagi

2 comments:

  1. Alhamdillah, muda lg dh dpt peluang pegi buat haji. Awal thn ni JM ada gak hasrat nk g buat umrah tp tak ada rezeki visa x lulus sbb prgi tanpa mahram..itulah namanya belum ada rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah JM, rezeki dipanggil awal oleh Allah nak ke sana ^_^

      erm... tu salah satu peraturan/syarat baru yg kerajaan Arab Saudi tetapkan pada semua jemaah perempuan. Mungkin pada sesetengah orang itu bukan satu masalah, tapi bagi kita yg 'solo' ni memang satu masalah besar. Takpa JM, ada hikmah disebalik semua tu. Peraturan manusia takan dapat menandingi peraturan Allah... kalau dah sampai masa Allah panggil ke sana, buat peraturan seketat manapun takan dapat melawan-Nya. Cheers!!!

      Delete