Followers

Friday, March 22, 2013

CATATAN HAJI (9) : Ceramah 1 - Sejarah Makkah

Dari Anas r.a : Rasulullah s.a.w bersabda : "Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China, kerana menuntut ilmu itu wajid atas setiap orang islam. Dan sesungguhnya para malaikat itu menghamparkan sayapnya bagi penuntut ilmu kerana redha dengan apa yang mereka tuntut". - (H.R Al Bara)

Selepas solat isyak, balik ke hotel untuk makan malam. Sempat berehat sekejap dan bersiap untuk turun mendengar ceramah. Di Qasr Al-Shuoroq ni terdapat beberapa KT bagi jemaah maktab 91. Setiap jemaah akan diberikan jadual mengikut KT penerbangan masing-masing. Ini untuk memudahkan pihak pengurusan untuk menyediakan tempat ceramah/taklimat sebab setiap KT ada lebih kurang 4++ orang jemaah.

Malam ni ada ceramah pertama bagi KT 80 yang berkisar tentang Sejarah Makkah dan umrah. Bagi orang yang 'cetek' ilmu seperti saya, taklimat/ceramah ibadah yang disediakan oleh pengurusan TH amat membantu. Walaupun sebelum ke sini, pelbagai kursus ibadah haji telah diikuti, tak bermakna kita dah tahu semua ilmu kan? Sepanjang di Makkah dan Madinah sebolehnya saya akan cuba hadir ke taklimat/ceramah yang disediakan. Sebab kadang-kadang bagi sesetengah jemaah perkara sebegini selalu diambil ringan. Contohnya di maktab ini sendiri, kuliah yang sepatutnya dihadiri oleh seramai hampir 450 orang hanya dihadiri oleh tak sampai 100 orang pun. Melhat keadaan itu, penceramah kami iaitu Ustaz Hj. Shafie Kasa mengingatkan kami semua supaya menyeimbangkan segala amal dan ibadat kita supaya tidak ada ibadat yang lebih penting akal tertinggal. Contohnya, sessi taklimat dan ceramah yang disediakan oleh pihak pengurusan TH di maktab adalah bertujuan untuk memantapkan ilmu yang telah dipelajari oleh jemaah haji sebelum ini. Tapi, ia diambil ringan oleh sesetengah jemaah.

Jadual taklimat dan ceramah ibadah haji bagi KT80 d maktab 91 sepanjang kami berada di Makkah

Sejarah Kota Makkah

Makkah al-Mukarramah terletak lebih kurang 73km daripada timur Jeddah. Ia merupakan tempat lahirnya islam dan pembawanya iaitu Nabi Muhammad s.a.w serta tempat baginda menerima wahyu daripada Allah. Makkah ialah kota yang paling suci bagi umat islam. Walaupun tempat ini sentiasa dipenuhi oleh umat islam, tetapi umat islam di seluruh dunia tidak pernah jemu untuk mengunjunginya. 5 kali sehari, lebih kurang 1.5 billion umat islam dari serata dunia pasti akan mengadap kiblat di Kota Makkah untu bersolat. Ia telah diisytiharkan untuk memastikan keamanan kota ini. Diisytiharkan juga bulan-bulan yang diharamkan berperang (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam) untuk mengerjakan haji dan bulan Rejab dan bulan-bulan lain untuk mengerjakan umrah. 

Bermula dari sejarah manusia pertama iaitu Adam dan Hawa yang telah di buang dari syurga, di Makkahlah Allah telah mempertemukan mereka yang akhirnya telah melahirkan umat manusia sehingga hari ini. Kemudian ketika zaman Nabi Ibrahim pula, baginda telah diperintah Allah membawa isteri dan anaknya ke Makkah yang ketika tidak berpenghuni dan kontang. Sehinggalah munculnya telaga zam-zam yang akhirnya menjadikan Makkah kota yang berpenghuni. Dan akhirnya lahirlah Rasulullah yang menjadi utusan Allah dan akhirnya membawa Islam berkembang hingga ke hari ini.

Pemandangan sekitar Kota Makkah dari rooftop hotel
Kisah pengorbanan Siti Hajar

Selepas Nabi Ibrahim meninggalkan Siti Hajar dan anaknya, tinggallah dua beranak di situ. Ketika itu Makkah tidak berpenghuni, tandus dan kontang. Tak lama selepas pemergian Nabi Ibrahim, bekalan makanan dan minuman habis. Air susunya juga kering. Ismail menangis kehausan. Siti Hajar kasihan melihat keadaan anaknya, tapi dia sendiri buntu di mana mahu dicari air di tengah-tengah padang pasir?

Sedang dia mencari-cari sumber air, dari jauh dia terlihat seperti takungan air, dia terus berlari ke arah sumber air itu tetapi ia hanyalah fatamorgana. Dari kejauhan dilihatnya pula seolah-olah di tempat anaknya diletakkan seperti sumber air. Sekali lagi dia berlari ke arah anaknya. Malangnya ia adalah fatamorgana. Tanpa disedari dia telah berulang-alik sebanyak 7 kali iaitu di antara bukit Safa dan Marwah.

Siti Hajar keletihan berlari mencari sumber air, tapi tiada tanda-tanda dia akan mendapatkan air. Anaknya, Ismail yang kehausan terus menangis sambil menghentak-hentakkan kakinya ke bumi. Tiba-tiba dengan izin Allah, terpancutlah air dari bumi di hujung kaki anaknya. Terkejut melihat kuasa Allah, dia terus mengambil air dan mulutnya tidak putus-putus menyebut, "zami, zami, zami..." yang bermaksud berkumpullah, berkumpullah... seolah-olah dia meminta air itu "berkumpullah untuk anakku". Selepas peristiwa itu sebuah telaga dibina dan ia dikenali Telaga Zamzam. Airnya dapat dinikmati oleh semua jemaah/orang yang berkunjung ke Masjidil Haram hingga hari ini

Rentetan daripada peristiwa Siti Hajar berlari-lari 7 kali di antara bukit Safa dan Marwah, saie' termasuk dalam rukun haji dan umrah. Ini bermakna Allah menyukai perbuatan tersebut di mana saie' sendiri mempunyai maksud usaha - yang menyarakan manusia harus berusaha dalam menjalani kehidupannya dan jangan mudah berputtus asa dan sentiasa rajin berusaha serta diakhiri dengan bertawakal kepada Allah swt

Keistimewaan Kota Makkah

Kata Ustaz Hj. Shafie Kasa, terlalu banyak keistimewaan Kota Makkah. Hati-hati umat yang berada di sini pastinya akan sentiasa tenang. Saya setuju dengan kata-kata ustaz itu. Sepanjang berada di sini hati sentiasa tenang. Kepala tak serabut memikir itu dan ini. Tapi satu aje, berada di sini kadang-kadang terasa benar masa cepat berlalu. haih... Macam tak nak balik pun ada. huhu. Antara keistimewaan yang sempat saya salin dari kuliah Ustaz Hj. Shafie Kasa ialah :

Kaabah selepas wukuf, musim Haji 2012
  1. Tempat dibangunkan rumah Allah (Baitullah) pertama kali.
  2. Kiblat bagi semua umat islam bersolat.
  3. Kota kelahiran Rasulullah - nabi terakhir 
  4. Pahala bersolat di dalamnya dilipatgandakan 100 ribu kali - tidak ada satupun masjid di muka bumi mempunyai keistimewaan bagi sesiapa sahaja yang solat di dalamnya selain daripada Masjidil Haram.
  5. Rahmat kepada orang yang tawaf, solat dan memandang kaabah - Allah menurunkan 120 rahmat setiap hari ; 60 rahmat untuk orang tawaf, 40 untuk orang solat dan 20 untuk orang yang memandangnya. 
  6. Semua balasan baik/jahat dibalas cash - Allah memberi balasan bagi siapa saja yang berniat jalat, walaupun belum melakukannya, jika dia melakukan kejahatan balasannya dilipatgandakan kerana melakukan kejahatan di Tanah Suci dosanya lebih besar daripada di tempat-tempat lain.
  7. Tempat-tempat mustajan bagi orang-orang yang berdoa -  di Hajar Aswad, Rukun Yamani, makam Ibrahim, telaga zam-zam, bukit Safa' dan Marwah, di Arafah saat berwukuf dll.
  8. Larangan orang-orang kafir termasuk dajjal memasukinya. Kota ini sentiasa dijaga pleh para malaikat.
  9. Ada beberapa perkara/benda yang hanya ada di sini tapi tiada di tempat-tempat lain iaitu telaga zam-zam, kaabah, melakukan tawaf dll.

Adab di Tanah Haram
  1. Menunjukkan akhlak yang mulia
  2. Menyedari diri sedang menjadi tetamu Allah
  3. Menyedari perjalanan haji merupakan perjalanan ibadah bukannya makan angin
  4. Bersyukur dan redha dengan apa yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi/ pengurusan TH/pakej
  5. Menjauhi percakapan dan perbuatan keji serta sia-sia
  6. Elakkan sikap sombong dan takabur
  7. Banyakan berselawat ke atas Rasulullah s.a.w
  8. Elakkan pertengkaran
  9. Perbanyakkan ibadat sunat seperti membaca Al-Quran, iktikaf di dalam Masjidil Haram, tawaf, berzikir, doa, taubat dan istighfar kepada Allah
  10. Hidupkan semangat tolong menolong dan bekerjasama.

Allah rindukan pada 3 suara
  1. Suara pembaca Al-Quran
  2. Suara ayam jantan - mengingatkan pada waktu solat (subuh)
  3. Suara orang yang berdosa dan meminta ampun dari-Nya

~ bersambung - perjalanan di Kota Haram masih panjang....

4 comments:

  1. Alhamdulillah..entri ni sedikit sebanyak menyuntik hati JM dan mendapat sedikit kesedaran Terima kasih PM kerana kongsi :-)

    Surat kelulusan ke luar negara dh LULUS..tetiba jek hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama JM, sharing is caring ;)

      dah lulus? tahniah!!!

      *nasib baik PRU tak jadi akhir bulan ni kan JM. kalau x melepas kita peluang nak mengundi tahun ni. haha *tetiba pulak

      Delete
  2. walaupun tak pergi kursus haji lagi, sedikit sebanyak dapat jugak timba ilmu dekat sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... ada jugak orang sudi baca. thanks orga :)

      Delete