Dari Aisyah r.a katanya: "Kami pergi bersama-sama nabi s.a.w, tiada niat kami selain haji. Setelah kami sampai dekat Sarif) tiba-tiba aku haidh. Ketika nabi s.a.w masuk ke dalam khemahku, didapatinya aku sedang menangis. Lalu beliau bertanya: "Apakah kamu haidh?" Jawabku: "Benar Ya Rasulullah." Sabda beliau : "Haidh adalah perkara yang lumrah bagi puteri-puteri Adam. Kerana itu kerjakanlah apa yang seharusnya dikerjakan oleh orang haji kecuali tawaf di Baitullah sehingga engkau mandi (suci) lebih dahulu." Kata Aisyah: "Kemudian beliau menyembelih lembu untuk korban para isterinya." (HR Muslim)
Bangun pagi, suara hilang. Dah mula batuk-batuk. Mujur tak demam. Tapi tetap gagahkan diri ke masjid. Sempat bertahajud, taubat dan hajat minta Allah mudahkan semua urusan sepanjang berada di tempat suci ini. Hari ni, tak mampu berlama-lama termenung di depan Kaabah. Pinggang sakit dan lenguh. Disebabkan kurang selera, saya hanya beli kebab dan delima untuk sarapan pagi ini. Sedap kebab tu, dagingnya sangat juicy! Delima pulak dah jadi buah kegemaran sepanjang di sini, rasanya tentulah manis!
* Delima, kalau warna isinya merah lembut dan ulasnya besar-besar lagi manis berbanding delima yang berwarna merah terang - warna cantik tak semesti rasanya juga manis kan?
* Delima, kalau warna isinya merah lembut dan ulasnya besar-besar lagi manis berbanding delima yang berwarna merah terang - warna cantik tak semesti rasanya juga manis kan?
Seperti biasa, lebih kurang pukul 10.00 am kami bersiap untuk ke masjid lagi. Tapi sayangnya saya sudah period. Sedih sebenarnya, tapi itu adalah salah satu doa saya - namapun berada di tanah suci, mintak saja terus Allah bagi cash. Kenapa saya kata ini adalah doa saya? Sebab..
- Saya berharap berada dalam keadaan 'suci' ketika operasi mas'yaier nanti - ketika di Arafah, Muzdalifah dan Mina.
- Badan saya terlalu penat - batuk dan sakit pinggang. Jadi saya perlukan 'rehatkan diri' untuk tempuhi dan kerjakan haji dengan semaksimum mungkin.
Jadi 'cuti' yang Allah berikan saya manfaatkan sebaik mungkin...
- rehat secukupnya - saya paling risau sakit pinggang saya melarat.
- pergi ke klinik ambil ubat (kat level S hotel je pun)
- ke pejabat tabung haji membuat aduan aircond (penolong pengurus maktab, asal tengok muka saya, dia dah tahu mesti aircond tak ok lagi)
- ke kaunter tabung haji membayar dam tamattu' dan korban (kalau waktu biasa, kaunter TH mesti penuh dengan jemaah, jadi tak ada peluang nak selesaikan semua urusan dan berkerjar ke masjid sebab kalau nak ke masjid kena datang awal, sekurang-kurangnya 1 jam awal. Kalau tak nanti takde peluang nak solat dalam masjid atau dekat dengan kaabah)
- mendobi baju (basuh sendiri je - upah dobi kat Makkah sangat mahal! 1 helai telekung dikenakan charge 15 riyal!)
Walaupun tak berpeluang masuk ke masjidil haram tak bermakna saya hanya duduk di bilik - dah memang jenis tak boleh duduk diam kan? Biasanya makcik-makcik/ tok di bilik saya skip solat Zohor di masjid - waktu Zohor pendek di sini dan perjalanan pergi balik boleh tahan memenatkan. Dan mereka akan ke masjid semula pada waktu Asar. Kesian melihat K.aya yang sendirian membawa tok dan makcik ke masjid, sayapun turut sama ke masjid. Tapi hantar mereka setakat di kawasan Saie' saja. Lepas itu saya akan habiskan masa di bukit Safa' sebab dari bukit saya saya boleh nampak Kaabah. Dan berdoa di Bukit Safa' juga antara tempat-tempat doa yang mustajab tau.
batu di bukit Safa' yang dilindungi oleh cermin - boleh sentuh hujung-hujung saja. |
Kesempatan yang ada, saya gunakan dengan membaca tafsir al-quran. Dengar MP3 sambil fahami maksud tafsir dari tafsir yang saya bawak - Itulah... dulu masa sekolah tak nak masuk kelas Quran, sekarang dah tua baru terhegeh-hegeh nak belajar. huhu. Berguna jugak teknologi canggih ni, dengar alunan suara mengaji sheikh yang merdu dan fahami maksudnya mampu buat kita sebak bila maksud ayat dapat difahami. Sempat jugak habiskan satu surah iaitu surah At-Taubah.
Sambil-sambil tu boleh tengok gelagat jemaah yang sedang bersaie'. Macam-macam gelagat ada. Ada yang berlari peluk cermin yang menjadi pelindung batu di bukit Safa', tak kurang jugak yang rela membongkokkan badan demi untuk menyentuh batu tu. Lepas sentuh beberapa kali, mereka sapu ke muka - apa motif saya sendiripun tak tahu. Tapi semua tu buat saya senyum sorang-sorang. Jangan ikut ye, mazhab Syafie tak pernah ajar kita buat macam tu.
Ada lebih kurang 8 hari lagi untuk sampai ke hari wukuf di Arafah. Keadaan di Kota Makkah makin padat dan sesak. Sama juga dengan keadaan di maktab 91. Kalau tak silap saya boleh dikatakan ketika itu hampir ke seluruh bilik hotel sudah penuh dengan penghuni. Jemaah muassasah dari Madinah juga kebanyakkannya sudah sampai di Makkah. Maktab 91 boleh dikatakan terletak di lokasi yang strategik. Tak terlalu dekat dan tak juga terlalu jauh kalau hendak berjalan kaki ke masjidil haram. Depan hotel adalah tempat utama taxi /kereta sapu kalau hendak bermiqat. Restoran/ kedai makanpun dekat. Kalau nak ke pasar pun ada di celah-celah lorong berdekatan hotel. Yang paling penting semua kemudahan asas seperti kaunter TH (untuk ambil duit), klinik, dobi, dan kaunter untuk pos barang ke Malayapun ada tersedia di maktab ini. Pendek kata tak payah susah-susah nak berjalan jauh.
Malam tu lepas Isyak, petugas TH datang ke bilik kami, ingatkan nak selesaikan masalah aircond, tapi rupa-rupa kami berdua (K.aya dan saya) dipanggil menjadi sahabat Tabung Haji! Yeay! Hajat tercapai! Alhamdulillah. Esok kami akan dipanggil untuk taklimat sahabat baru dan akan ada tugasan baru untuk kami semua.
Seronok, tidur sambil tersenyum panjang malam tu... hiks
~ bersambung

Saie' - gambar ini pemandangan dari Bukit Safa' menuju Marwah |

No comments:
Post a Comment