Followers

Sunday, September 01, 2013

Lorong penyu @ Turtle alley at Chinatown, Terengganu

* entry berkurun peram baru nak post

Kalau ke Kuala Terengganu, Pasar Besar Kedai Payang semestinya menjadi salah satu tempat WAJIB SINGGAH. Maklumlah di sini boleh dikatakan semua benda yang kita mahu ada - makanan tradisional Terengganu, batik, sutera, songket dan banyak lagi. Selain pasar payang, ada satu lagi tempat tarikan iaitu Lorong Penyu yang terletak di Kampung China, berhampiran pasar payang. Jadi, kalau ke K.T, sambil-sambil bershopping, bolehlah singgah di sini ye. 

Lorong penyu, ia adalah lorong yang terdapat di antara bangunan-bangunan lama di sekitar Kampung China yang terdapat pelbagai informasi tentang penyu-penyu di Malaysia terutamanya penyu belimbing yang hanya terdapat/ mendarat di perairan Terengganu.

Jom layan gambar yang tak seberapa...

Lorong Penyu - memasuki lorong ini kita akan disambut oleh seekor penyu!

Cerita tentang Maya bertemu penyu - lawa betul lukisan ni
Cerita Maya dalam 3 bahasa - Bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin
Maya bercerita tentang penyu pada kawan-kawan di sekolahnya. Dalam setiap gambar, terdapat seekor penyu yang tersembunyi. Cuba cari di mana penyu tu...
Penyu Belimbing - ia hanya naik dan bertelur di perairan Terengganu, tapi sekarang dah makin pupus
Salah satu cara untuk elakkan kepupusan penyu ialah jangan kutip telur penyu dan jangan makan telur penyu
Mahu info? Silalah ke laman sesawang dan fb tersebut
Last but not least, please love our turtles :)


8 comments:

  1. thanks untuk info...tak pernah tahu pasal lorong penyu ni, dari cerita dan gambar PM nampak macam menarik, next time kalau MS pegi Terengganu bole singgah sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. u're most welcome MS. Silalah singgah ye MS, lorong ni walaupun kecik je, tapi penuh dengan informasi tentang penyu :)

      Delete
  2. PM, maaf nak bertanya..watak maya tu sememangnya wujud atau mcm mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zilla, saya rasa watak maya tu tak wujud. Cuma masej yang disampaikan untuk memelihara penyu tu disampaikan dalam bentuk penceritaan supaya lebih mudah difahami dan senang disampaikan. tapi memang leka baca cerita maya bertemu penyu tu Zilla. hehehe

      Delete
    2. owhh ok..ingatkan wujud baru nak tanya mana boleh jumpa dak Maya ne hehehe...apa pun mmg menarik, bahasa yg digunakan pun mudah..bagus utk tarik minat bdk2 utk ikuti kisah maya dan penyu...

      Delete
    3. Kalau maya ni wujud, untung la dia Zilla, dapat naik atas belakang penyu menyelam ke dasar laut. hihi

      * salah satu kisah maya dalam cerita ni ialah maya mengembara masuk dalam laut dengan penyu besor tu. best gila!

      Delete
    4. Zilla, kalau blur tu tandanya ke turung Ganulah jumpa 'Maya' hihihi

      Delete