Followers

Saturday, November 09, 2013

Di Hamparan Shamrock kuseru nama-Mu


Buku ini diberi oleh seorang sahabat setahun yang lepas. Ketika itu masih ada beberapa hari lagi untuk membuat persiapan ke Tanah Suci. Katanya, anggaplah buku itu pengganti dirinya semasa saya di sana.

Catatan penulis, Hasrizal Abdul Jamil tentang pengalamannya semasa di perantauan - berada di negara bukan asing yang agama rasminya bukan Islam bukanlah sesuatu yang mudah. Tambahan pula tugas beliau sebagai imam besar di sebuah masjid di sebuah pekan kecil di Ireland banyak mengajar dan memberi pengajaran kepada beliau tentang hidup beragama. 

Banyak pengajaran dan pengalaman berguna yang dikongsikan oleh beliau di dalam buku ini. Dan kadangkala buat hati saya tersentuh membacanya. Contohnya, dia menyatakan kerinduan mendengar laungan azan di sana - mungkin kita yang berada di Malaya tak merasa 'perasaan rindu' itu sebab 5 kali sehari di mana-mana kita akan mendengar laungan azan. Tapi mana tahu suatu hari kalau ditakdirkan 'tercampak' di satu tempat yang tiada masjid pasti kita akan rindukan suasana itu.

Memetik kata-kata beliau dari buku ini saya semat kemas-kemas dalam hati..

Kehidupan di perantauan amat memerlukan kita untuk saling berukhuwah. Sahabatlah teman di sisi untuk kita berkongsi kesenangan dan mencari tangan membantu diri tatkala kesusahan

Sangat bersetuju dengan kata-kata itu, kehidupan bertahun-tahun di perantauan (walaupun sekadar di Malaya) sangat mengajar saya tentang pentingnya berukhuwah. Pn. Fatimah selalu berpesan, biar ramai kawan, tapi jangan cari musuh. 

Memetik lagi kata-kata penulis :

Pelbagai lagi kebaikan yang dilakukan oleh hero-hero yang tidak didendangkan ini, sukar untuk diteruskan jika kita masih memikirkan sejauh mana ia dihargai manusia. Selagi ada rasa mahu dihargai manusia, kita memang sudah tersilap mendapatnya di planet yang lain. Manusia memang sukar menyebut dan menghargai kebaikan.

Begitu banyak kebaikan yang Allah curahkan kepada manusia, sedikit sahaja yang mahu berterima kasih kepada-Nya. Maka bagaimana pula kita, hamba Allah yang kerdil ini, boleh tidak lena malam hanya kerana jasanya tidak dikenang seseorang. JANGAN KECIL HATI. Kita kan hamba!

Jadi, sempena menyambut kehadiran bulan baru, dengan buku amalan yang baru dan mungkin ada sesetengah sahabat diluar sana yang menyimpan azam baru untuk berhijrah ke arah yang lebih baik dari sebelum ini, rasanya buku ini boleh menjadi panduan. Walau tak banyak, dapat sedikit pun jadilah kan?

Boleh juga jenguk blog beliau di saifulislam.com


2 comments:

  1. okey dah siap ambil gambar nak masuk dalam list...lepas ni nak kena cari!
    petikan pertama buat ms terasa sangat syahdu...aaahh memang ms nie sentimental sangat!!!

    ReplyDelete
  2. yep MS, buku ni sesuai msk dalam list :)

    err.. petikan pertama tu memang mampu buat air mata bergenang MS. hihi

    ReplyDelete