Followers

Monday, November 25, 2013

Kill time trip : Hatyai Krabi (6) - Hostel Krabi & Hatyai + budget

Sebenarnya trip Hatyai-Krabi boleh dikira trip aci redah jugak. Since dah ramai orang Malaya yang dah pergi ke sini, jadi tak susah untuk kami dapat info. Rencana asal kononnya nak naik train (return) dan nak ambil sleeping bed, tapi semua sold out kecuali seat. Itupun dah beli sebulan sebelum pergi - tetap ramai orang kita nak ke sempadan sana kan? 

Untuk hostel pulak saya booked di booking.com - sesuai untuk orang tak ada kredit kad macam saya ni sebab kebiasaan untuk hostel/ budget hotel tak perlukan CC untuk membuat tempahan hotel. Hostel yang dipilih mestilah selamat, murah dan strategik. Kedua-dua hostel di Hatyai dan Krabi menepati kriteria yang kami mahukan. 


JP Mansion - Krabi
52, Soi 5,
Maharat Road, Pak Nam,
81000 Krabi Town

* Lokasi strategik, dekat dengan pasar Maharat dan bilik sangat besar dan selesa. Bilik air bersih dan besar. Walaupun hanya bilik berkipas, ia selesa dan tidak panas. 

Booked at booking.com

Cathay Guesthouse - Hatyai
93/1 Niphat Uthit 2 Road,
90110 Haytai

* Terletak betul-betul di tengah bandar Hatyai. Lokasinya jalan dengan Tune Hotel. Hanya 5 minit berjalan ke Train st. Bilik agak besar dan lengkap dengan tandas. Walaupun toiletnya agak old school (tapi bersih), saya kira sesuailah dengan harga bilik. Sesiapa yang menginap kat sini tak perlu risau untuk dapatkan van/bus untuk ke Krabi atau Phuket atau tempat-tempat lain kerana hotel ini juga ada tour/transport dengan harga yang berpatutan.

Booked at booking.com


Budget/ person

Tiket bus : RM55
Tiket train (seat) : RM48 (last train to Malaysia at 4.00pm)
Van hatyai krabi (return) : RM60
Sewa tut-tut (elephant camp + Samila beach + pasar terapung) : RM130/ tut-tut (RM21.60/person)
Pakej 4 islands (speed boat) : RM80
GP Mansion (Krabi)/ 2 malam : RM32/person
Cathay Guesthouse (Hatyai)/ 1 malam : RM10/person
TOTAL : RM306.60

* Untuk belanja + lain-lain belanja saya tukar RM400 (tak termasuk belanja untuk tiket bas dan train).
* Jadi anggaran kasar perbelanjaan sepanjang trip ini = RM500


Harap-harap dengan sedikit info dapat membantu kawan-kawan / sesiapa yang berniat nak ke Hatyai/ Krabi nanti.

8 comments:

  1. mmg dah lama aim nk sleeping train pegi hatyai ni. tp xtau la bila tercapai gamaknya. nak pegi floating market tu sgt2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. HF, InsyaAllah satu hari nanti mesti impian tu tertunai. tak jauh manapun nak g hatyai tu. floating market tu memang harus diterjah. jgn lupa ye, jumaat, sabtu dan ahad je buka. hiks

      Delete
  2. Wah....memang murah dan berbaloi lah...RM500 boleh sampai ke 2 tempat tu...kalau JM lah..mmg tak pandai nak budget murah mcm ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM, kita poket tak berapa tebal JM, haruslah budget serendah yang mungkin. hahaha

      Delete
  3. yess, jumpe entry ni sbb plan nak ke hatyai next month insyaAllah
    detail cm ni I loikeee, sebab nak cari info pasal public transport at hat yai.
    pinjam ek itin ni. thanks :-)

    ReplyDelete
  4. Nak tanya.. bas ke hatyai tu nak book online cm mana? And tren dr hatyai ke kl tu book cam mana plak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bas ke hatyai beli direct di kaunter tiket kat pudu. Ada juga yg jual online. Tren plak blh beli online di website KTM @ beli direct di kaunter KTM di KL Sentral.

      Dlm entry lain saya ada tulis pasal beli tiket bas dan train

      Delete