Followers

Monday, November 11, 2013

Kill time trip : Hatyai Krabi (2) - Hatyai town & Klonghae Floating Market

Masa tiket yang kami request mulanya pada pukul
5.30pm, sekali sewenang-wenangnya diberi van
pukul 4.30. Terus kami protes mintak tukar balik
ke waktu asal.
Bas Alison yang kami naiki jam 11.30pm malam tadi selamat sampai di bandar Hatyai lebih kurang jam 8.30am. Bas berhenti betul-betul di hadapan pejabat jualan tiket, lokasi tak pasti tapi yang pasti bukan di sekitar Lee Gardens Plaza.

Turun dari bas seperti biasa kami diserbu oleh 'ulat tiket' yang menawarkan perkhidmatan van untuk ke Krabi atau Phuket. Mulanya kami tolak, dan untuk elak diserbu kami mintak tuk-tuk membawa kami ke tempat menjual tiket atau lebih mudah terus ke sekitar Lee Gardens Plaza.

Sekali bila tuk-tuk berhentikan kami di salah sebuah travel agensi dan yang paling mengejutkan 'ulat tiket' yang kami jumpa di pejabat bas Alison pun ada sama. Ciss! Dah terkena ni!

Bila dah berada di situasi begini memang susah nak lepaskan diri. Mula-mula tiket yang ditawarkan kepada kami ialah 600 bath/person/one way! Gilalah 'ulat tiket' ni amik untung atas angin lebih 50%! 

Orang ni nak kencing kita! 

No, saya Islam, tak tipu punya - cakap BM campur BI. 

Lelaki tu cakap dia orang Islam, tapi rantai emas melingkar di leher! Kuku pulak panjang sejengkal. Adeh... camne tu? Bukan ke lelaki haram pakai emas? Adeh... Was-was kami dibuatnya.

Sudahlah dua-dua bahasa yang kami cakap dia boleh faham.

Nak kelirukan lelaki tu, saya guna 'F language' untuk bercakap dengan kawan-kawan yang lain. Kalau lelaki ni boleh faham jugak mesti dia pernah tengok cerita Puteri Impian lakonan Amy Mastura tu! Haha.

Dipendekkan cerita, sebab tak nak buang masa lama-lama, kami minta harga serendah mungkin! Tawar punya tawar akhirnya dapat 600 bath/person/return. Kalau dicongak-congak mungkin ada lagi yang lebih murah, mungkin boleh dapat 250 bath/person/one way. Tapi tak apalah... janji dapat waktu pergi dan balik yang kami mahukan. 

Tips : Sesiapa yang cari van/ bas ke Krabi atau Phuket better cari tour agent di sekitar kawasan Lee Gardens Plaza. Banyak pilihan dan hargapun boleh nego. Biasanya rate untuk van bermula dari 250 - 300 bath/person/one way. Kalau nak lagi murah boleh naik bas. 

Selesai semua urusan, kami tinggalkan beg di pejabat Lipe Tour. Perut sudah berkeroncong minta diisi. Lalu saja di sepanjang jalan, pasti ada kedai-kedai makan muslim. Kami singgah di kedai Mariam. Makanannya boleh tahan. Roti canai dan roti pisang sedap! Yang pasti kopi ais dan teh ais sangat kow!!




Lee Gardens Plaza

Mengikut plan asal sampai di Hatyai kami nak terus gerak ke Krabi. Tapi disebabkan kami akan balik semula ke Hatyai pada hari Isnin, jadi kami akan terlepas peluang untuk ke Klonghae Floating Market yang hanya dibuka 3 kali seminggu (Jumaat - Ahad) bermula jam 2.00pm - 10.00pm. 

Sementara masih awal, kami buang masa di sekitar Lee Gardens Plaza dulu. Agak meriah suasana di sini. Di sepanjang jalan banyak deretan gerai yang menjual macam-macam - ada souvenir, buah-buahan, air, aiskrim dan tak kurang jugak gerai t-shirt. 

Sekitar Lee Gardens Plaza
Maka bemulalah acara kami 'membunuh masa' sebab macam tak banyak tempat nak tuju. Dari satu gerak ke satu gerai kami singgah, tapi tak beli apa pun. Lepas masuk Lee Gardens Plaza kami masuk ke bangunan shopping complex (lupa nama pulak) di hadapan Lee Gardens Plaza. 

Last skali dapat idea nak bermassage. Pagi-pagi sampai Hatyai terus massage? Hahaha. Murah massage kat sini 200 bath (RM20) utk urut kaki atau badan. Kami massage di Navarat Massage Hatyai. Lokasinya hanya di sebelah bangunan Lee Gardens Plaza. Verdic? Best, tapi sakit ooo. Kaki masing-masing dilipat-lipat macam lipat kain. 

Pink Lady Complex : terletak bersebelahan Lee Gardens Plaza jual baju, tapi tak banyak sangat pilihan.
Gerai jual t-shirt : betul-betul di hadapan kedai urut kaki yang kami singgah. Lepas urut kaki, kami singgah beli t-shirt. Harga t-shit di sini bermula 100 bath - 180 bath bergantung pada saiz. Kain lembut dan sejuk!

Berangan nak tengok THOR... sekali tengok 7 Nov baru mula tayang. Err... agak-agak kan kalau tengok filem mat salleh kat cinema Hatyai, diaorang alih bahasa ke bahasa Thailand ke eh?

Jalan, jalan dan jalan, tiba-tiba datang idea! - Itupun selepas ditegur pakcik tuk-tuk berwajah manis (benarlah kata orang, orang yang murah senyum ni rezekinya murah). Sebabnya pakcik berwajah manis yang menegur kami itu murah betul senyumnya. Ini menyebabkan saya dan kawan berpatah balik untuk bertanya tambang yang dikenakan kalau kami hendak ke tempat-tempat menarik sekitar Hatyai. (Plan asal nak pergi hari Selasa). Bincang punya bincang, dapat tambang tuk-tuk 1300 bath (lebih kurang RM130 dikongsi 6 orang) untuk pergi/balik ke tempat-tempat di bawah termasuk Cable Car dan Akuaria. Tapi kami decide tak nak singgah di Cable Car dan Akuaria sebab nak berlama di Floating Market.


Chang Puak Camp - Elephant's conservation

Tempat pertama yang kami singgah. Katanya elephant's conservation camp, tapi rasanya tempat ini lebih kepada tempat tengok gajah saja. Masuk percuma. Tapi kalau nak naik gajah atau bergambar dengan gajah dikenakan bayaran. 

Kami tak naikpun. Tengok-tengok saja. Bau gajah pun boleh tahan 'wangi'. Dah la kami semua hari ni tak mandi lagi, bertambah 'wangi'lah bau masing-masing nanti. Hahaha.


Anak gajah untuk sesiapa yang nak bergambar dengan gajah. Manakala mak/bapak gajah pula digunakan untuk membawa pelancong yang nak rasa pengalaman naik gajah. Tak sampai hati tengok 'mereka' lama-lama, dahlah beban berat dibelakang, leher dan ekor pulak dirantai. Keciannya...


Samila Beach

Sekali pandang Pantai Samila ni tak jauh beza dengan Pantai Teluk Ketapang. Cuma yang menjadikan pantai ini satu tarikan ialah replika duyung yang terdapat di tepi pantai. 

Apa sejarah/ lagenda disebaliknya saya sendiri pun tak pasti.

Pantai ini terletak di daerah  Songkhla lebih kurang 30km dari bandar Hatyai. Di sini jugak terkenal dengan makanan laut. Sepanjang jalan memang banyak gerai menjual makanan laut samada yang siap masak atau yang mentah. Semuanya nampak segar. Tapi kami tak singgahpun. Tengok dari jauh saja.

Sejarah Songkhla 
Glamour sungguh duyung ni. Sampai lusuh asyik kena pegang je dengan orang. Ce' tengok berapa ramai orang duk beratur semata-mata nak bergambar dengan duyung yang seksi tu.
Pantai Samila selepas hujan
Langit hari ini sangat cerah... tapi redup sebab baru lepas hujan.

Masuk pintu gerbang di sepanjang jalan dah ada
gerai-gerai. Kebanyakannya gerai menjual pakaian dan
barangan kering.
Klonghae Floating Market

Kami sampai sini lebih kurang pukul 2.00pm. Gerai-gerai baru saja nak beroperasi. Mula-mula sampai kami cari toilet dan surau dulu. Lepas tu pusing-pusing di sekitar gerai-gerai di bahagian atas di sini. Aim dulu apa yang berkenan. Balik karang kita singgah beli.

Dari apa yang saya baca, kawasan sekitar floating market terbahagi kepada beberapa bahagian. Ada gerai-gerai di kiri dan kanan sungai. 

Bahagian atas, ada jual barang kering, baju dan barang-barang lain. Di bahagian hadapan pula gerai-gerai makanan. Tempat duduk juga disediakan.

Tapi yang menjadi tarikan di sini sudah tentulah gerai bersampan. Macam-macam makanan ada. Boleh dikataka hampir 60% pengunjung hari itu orang Malaya. Makanan di sini dijual dengan harga berpatutan - rate 20 bath - 35 bath mengikut portion yang dibeli. Semuanya sedap! Masing-masing makan tak ingat dunia. Dah makan, tapau lagi bawak balik untuk bekalan dalam perjalanan ke Krabi. hiks.

Lintas jambatan berkayu dan nampak dari kejauhan gerai-gerai terapung nun dihujung sana.

Jom tengok apa makanan yang menarik di sini..

Ikan bakar dan manisan kacang hijau yang comel dan sedap

air dan makan apa ntah - rasa macam kerepek tapi 

Mee hon sup makcik ni memang terbaik! Sotong bakar kakak inipun sedap!

Cha teh (teh ais) dan air kelapa yang sangat sedap! Sebekal harga 20 bath. Kalau beli yang bekas lawa tu harga 25 bath. Sengaja tak beli bekas lawa-lawa tu sebab malas nak angkut ke sana sini. Maklumlah bawak beg sandang kecik je.
Gerai-gerak di kawasan atas. Ada jugak jual makanan macam jual kat pasar terapung.
Jangok sungguh makcik yang jual sushi ni. Pakai kebaya ala thai siap dengan make up. Lawa macam sushi yang dia jual jugak. hehe

Rasa sushinya sesedap rupanya. Harga 0.50 sen sebiji. Beli lebih 10 biji dapat free 2 biji.

Babai.. panjang umur nak ke sini lagi. Makin petang, gerai bersampan makin banyak, sayangnya kami mengejar masa untuk ke Krabi pulak. Jadi dengan berat hati terpaksa tinggalkan pasar bersampan ni walaupun sebenarnya perut dah kenyang gila!
Sejenis manisan. Keras macam kerepek. Tapi lembut sangat, silap pegang hancur. Tak tahu nama apa.  Katanya sedap, tapi tak kena dengan tekak kami. Ini kiriman seorang kawan, gigihlah dia membawa ke hulur ke hilir.

Sampai bandar Hatyai hampir jam 5.00pm. Tunggu lebih kurang 20 minit van kami sampai. Masa untuk bertolak ke Krabi - hampir 5 jam perjalanan yang panjang!!

Lebih kurang pukul 11.00pm barulah kami selamat sampai ke hotel. Kami tak ke sekitar Aonang, tapi pilih untuk menginap di bandar Krabi.


8 comments:

  1. Tak naik pun tak per gajah tu tak berbaloi dgn bayaran huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM, untuk org berpoket nipis macam kami ni memang tak berbaloi pun. hahaha

      Delete
  2. walaupun ms tak suka makan tapi sushi2 makcik tu nampak memikat sangat!
    sian gajah2 tu kalau taknak jalan..nanti kena pukul

    ReplyDelete
    Replies
    1. MS, kita pun x makan sushi, tapi kat sini layan aja sushi tu. haha. makan dengan mayonis sedap jugak

      memang kesian tgk gajah2 tu, diorg guna kayu ada cangkuk macam sabit utk tarik telinga gajah kalau gajah tu degil @ tanak ikut arahan. Tengok pun macam sakit. huhu

      Delete