Followers

Saturday, February 22, 2014

Land of Smiles Trip (15) : Bangkok City Tour - Chinatown dan perjalanan balik.

Hari terakhir di Bangkok. Hari ini santai saja.Kami nak naik Baan Chao Praya  dan menyusuri sepanjang sungai dengan feri. Lepas tu singgah di tempat yang menjadi buah mulut 'kaki shopping' kalau ke Bangkok iaitu di Chinatown. Dengar-dengarnya kawasan ini antara syorga shopping terutamanya yang nak berborong kain dan barang-barang. Since beg duit saya tak berapa nak tebal (err.. bawak duit tak sampai RM1000, ada hati nak shopping kan?) jadi saya tak adalah excited sangat. Tapi dah alang-alang sampai Bangkok, rugilah kalau tak tengok sendiri kan? 

Pagi itu, bersiap dan kemas beg kami pun turun ke lobi. Sarapan dulu sambil menghabiskan bekalan dari Malaya yang kami bawak dan kemudian check out. Kami tinggalkan beg di bilik simpanan beg dan kamipun mula bergerak. 

Idea untuk naik feri ke Chinatown timbul disebabkan peristiwa semalam semasa kami terpaksa naik feri untuk ke seberang sungai. Since jarak tak jauh dan sememangnya route feri akan singgah di hentian untuk ke Chinatown iaitu Ratchawong Pier, sekali lagi kami berjalan ke Sathorn Pier.

Sampai di sana feri memang sedia ada menunggu dan kami terus disuruh naik. Tambang dikenakan sebanyak THB50/person. Perjalanan menaiki feri ke Ratchawong Pier tak lamapun, tak sampai 15 minit. 

Pemandangan bandar Bangkok dari feri yang kami naiki.

Sampai saja, kami jalan saja ikut arah jalan. Ke kanan tidak, ke kiripun tidak, kami ambil jalan lurus. Suasana sesak dengan kenderaan dan orang ramai. Kiri kanan jalan bermacam-macam kedai menjual itu dan ini. Sebelum teruskan aktiviti 'melabur duit' kami singgah di bank dulu. Tukar duit. 

Oh ya,  hari Krismas bukan cuti umum di Thailand sebab hari itu semua pejabat, bank, sekolah dan lain-lain beroperasi seperti biasa. 

Suasana sekitar Chinatown
Kami berjalan menyusuri lorong-lorong kecil di sebalik jalan-jalan besar. Kiri kanan semuanya kedai. Macam-macam ada jual. Murah harganya. Kalau beli borong lagi murah!
Dalam keadaan tak pasti berjalan saja ikut kaki bergerak. Akhirnya nampak signboard Walking Street in Chinatown. Suka hati saya bila nampak perkataan 'textiles'! Sebab saya ada pasang niat nak beli kain barang sepasang dua untuk Pn. Fatimah saya dan adik-adik di sini. hehehe

Kami berjalan dari satu lorong ke satu lorong. Rambang juga mata tengok barang-barang yang dijual di sini sangat murah kalau dibandingkan dengan harga di Malaya. Tapi poket kami je tak berapa nak tebal. Jadinya beli saja apa yang termampu. Tapi apapun puas hati sebab niat nak membeli kain untuk mak dan adik-adik tercapai!

Dari Chinatown mulanya kami jalan kaki nak ke Stesen Hua Lamphong. Tapi bila tanya pada orang arah ke Hua Lamphong jauh, kami ambil tuk-tuk. Senang cerita! Sampai di Hua Lamphong, kami ambil MRT dan tukar BTS untuk ke St. Ratchaburi untuk ke Pratunam Mall.

Pratunam Wholesale

Sebenarnya kami tak tahu nak ke mana lagi sehinggalah Anne mencadangkan kami ke Pratunam Mall. Berjalan-jalan di tengah kotaraya ni memang memenatkan! Nampak sangat tak 'ngam' dengan jiwa kami sebab muka masing-masing memang jelas kepenatan!

Ingatkan Pratunam tu macam ioi atau KLCC, rupa-rupanya ia adalah kawasan membeli-belah secara borong. Jadi Semua bangunan di sekitar kawasan Pratunam ialah wholesale area. 

Pemandangan sekitar Pratunam dari jejantas.
Kawasan yang sesak - kiri kanan semuanya shopping complex

Tak lamapun kami di sini dan kami ambil keputusan untuk balik ke hostel. Sebelum sampai hostel, kami singgah di Restoran Cili Padi buat kali terakhir. Isi  perut dulu sebelum bergerak ke airport. Balik hostel, kemas beg dan sampailah masa untuk bertolak ke airport. Sekali berjalan kaki sambil galas beg ke BTS. Kami berempat, tapi sampai di St. Si Lom, berpisah dengan Izza sebab dia akan teruskan perjalanan balik Malaya melalui Dong Muang Airport manakala kami bertiga akan langsung ke Suvanarbhumi Airport.

Untuk Suvanarbhumi ambil dari Surasak (BTS) tukar ke line di Si Lom line (MRT) dan berhenti di St. Makkasan. Di Makkasan, ambil Airport Link - City Line untuk ke Suvanarbhumi Airport. Untuk ke Suvanarbhumi Airport ada 2 cara samada menggunakan City Line (train akan berhenti di setiap stesen) atau Express Line (non stop direct to airport). Harga tiket City Line lagi murah berbanding Express Line walaupun lokasi tujuan sama, bezanya kalau guna Express Line cepatlah sampai.

Gambar terakhir untuk trip ni - laluan untuk ke Airport Link.

Malam itu kami bermalam di surau. Maklumlah nak kejar flight paling awal esoknya. Saya berdua dengan Anne, ambil flight paling awal, manakala Nik flight seterusnya. Itupun macam-macam hal terjadi pagi itu.

9 hari di bumi Siam, rasanya memang tak cukup masa untuk jelajah semua tempat. Alhamdulillah perjalanan kami selamat dan kami semua selamat sampai di Tanah Malaya mengikut perancangan.


- THE END!

No comments:

Post a Comment