Followers

Saturday, March 01, 2014

BBQ @ Pantai Bagan Lalang, Sepang - value time with friends

Cerita minggu lepas. Hujung minggu yang sangat padat. Sabtu dan Ahad penuh dengan aktiviti. Lepas bersakit-sakit badan mandi manda di air terjun, Ahad tu kawan-kawan opis pulak request ajak ber'BBQ. Kononnya BBQ ni sempena meraikan ex-opismate kami - Miss K yang akan sambung master tak lama lagi. Tapi last minute orang yang nak diraikan tak dapat joint. Disebabkan dah plan, kita proceed saja. 

Sesambil tu saya ajak sekali kawan-kawan lain yang free untuk joint. Tapi kali ni pun GBS tak cukup. Oh ya, sekarang ni GBS mesti tengah seronok main salji ni! Pertama kali saya tak joint trip dengan GBS. Bertabahlah tengok diaorang ke sana sebab itu antara tempat impian saya! Huwaa... Tak apalah, ada hikmah disebaliknya. Redho.. Apapun harap diaorang enjoy di sana dan balik Malaya dengan selamat nanti. 

Konsep kali ni port luck - saya sediakan mee goreng, air dan rempah BBQ, manakala kerja memerap semua bahan-bahan : ayam, ikan, sotong diambil alih oleh Puan Su, Miss Lim pulak belikan potato dan keledek untuk dibakar nanti dan Miss Anne dengan murah hati memberi penghormatan kepada kami untuk merasmikan BBQ setnya serta membeli kelengkapan untuk membakar dan tak lupa keropok ikan Terengganu yang sedap!

Dah lengkap semua keperluan, kami pilih Pantai Bagan Lalang sebagai lokasi. Pantai ni walaupun tak secantik pantai-pantai di Terengganu, tapi dah kira ok. Yang penting dapat merasa angin pantai. Tak seperti sebelum ini, (entry lama di SINI) kali ini kami pergi di sebelah pagi. Itupun hampir jam 10.00am barulah kami sampai di pantai. 

Hari tu, ramai jugak orang di pantai. Kawasan pantai agak penuh dengan pengunjung. Selepas beberapa lama melalui jalan sepanjang pantai, akhirnya kami singgah di hujung jalan - kawasan tapak perkhemahan. Keadaan di sini agak tersorok, jadi orang pun tak ramai. Elok saja kami sampai, pondok yang ada di situ juga kosong sebab satu famili tu dah nak berkemas untuk balik. Rezeki kami la tu! 

Dah siap semua, apa lagi aktiviti membakar pun bermula! Layan!!!!

Pantai Bagan Lalang - air surut ketika ini. Laut nun jauh di hujung sana!
Pandangan kanan - kelihatan resort mewah yang terdapat di sini. Er.. lupa apa nama resort tu
Pandangan kiri - pokok rhu dan hutan paya bakau dari kejauhan
Kredit untuk Anne yang bersusah payah menghidupkan api. Angin kuat woo!! Tapi akhirnya selamat juga ayam-ayam ni masuk dalam perut kami semua. 
Ayam siap untuk dingap dan keledek bakar yang sangat sedap. Makan keledek bakar teringat kat cik Dara. Masa ke CH hari tu bersungguh-sungguh cik Dara nak beli keledek nak bakar masa BBQ. Alih-alih terlupa pulak dia sebab makanan kami terlebih-lebih masa tu.

Siakap dan sotong bakar - kelakar diaorang ni, part sotong bakar, asal jumpa sotong yang ada telur semua teruja. Mengalahkan mak pekan! haha
Gigih kami tengah hari buta bergambar kat pantai. Tapi bila tengok gambar ni mampu buat saya senyum sendiri :)
Lagi aksi kami!

Lebih kurang pukul 1.30pm, kami bersiap untuk balik. Sempat lagi singgah di gerai membeli buah naga. Oh ya, kawasan di sekitar Sepang memang terkenal dengan penanaman buah naga (dragon fruit). Sepanjang jalan balik banyak gerai-gerai yang menjual buah naga. Harga? Harganya mengikut saiz buah, bermula dari RM8 - RM11/kg. Jadi kepada penggemar buah naga, bolehlah ke sini kalau teringin nak makan buah naga.

Seronok juga dapat habiskan masa 'bernilai' hujung minggu dengan aktiviti begini. Lagi seronok bila masa itu dihabiskan dengan kawan-kawan yang kita suka! ^_^

5 comments:

  1. Resort tu namanya Golden Palm Resort...Amboi ramainya anak dara, teruna seorang je...Buah Naga memang sedap...saya suka membelinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah, sekarang teruna dah makin pupus, jadi tinggal anak dara je. hehe

      buah naga kat situ memang sedap dan segar!

      Delete
  2. Seronok nyerr... pi pantai buat BBQ pastu buat aksi bebas tanda keriangan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. By the way resort apa tu ek.. macam best je lepak sehari semalam kat situ :D

      Delete
    2. memang seronok, rasa macam jadi budak2 balik pun ada.

      Btw, resort tu ialah Golden Palm Tree Resort & Spa. Bolehlah kalau nak lepak barang sehari kat situ. hehe

      Delete