Followers

Friday, March 07, 2014

XPDC Irau, Cameron Highland

Sebenarnya ini entry basi, sebab dah lama benor duk peram entry ni dalam draf. Kiranya ini trip terkejut jugak sebab idea nak ke CH datang macam tu saja dan mendapat sambutan dari kami semua lepas tu terus proceed. Kebetulan bulan 1 banyak cuti umum, jadi cuti Thaipusam menjadi pilihan kami - 3H2M di CH dan highlight untuk trip ni adalah menawan Irau. Campur tolak semua, end up kami ber'5 saja yang available. As usual trip without GBS sebab masa tu diaorg dalam misi 'menabung' untuk mega trip Februari nanti dan ada lagi yang masih bergelut dengan paper final exam.

Untuk trip 3H2M ni diuruskan Anne. Budget RM200/person termasuk transportation, penginapan, makan, BBQ dan guide + permit untuk ke Irau. Saya kira sudah berbaloi-baloi untuk kami ber'5. Saya yakin dah ramai orang ke CH, jadi tak perlulah saya bercerita tentang apa yang ada di sana dan apa yang boleh kita buat kalau ke sana. Tapi mungkin tak ramai yang pernah sampai ke Gunung Irau di Cameron Highland, jadi entry ni saya tulis tentang Irau saja. Cerita lain, kita simpan saja jadi kenangan untuk diri sendiri. hehe.

Disebabkan kami ber'5 semuanya perempuan dan semuanya 1'st time nak panjat Irau, jadi konsep aci redah tak boleh diguna pakai. Cari punya cari, akhirnya dapat juga syarikat yang tawarkan harga berpatutan. Kami ambil seorang guide - day trip dengan harga RM180 + permit RM10/person. Bayaran tak termasuk kenderaan (jip / 4wd) untuk ke area Gunung Brinchang yang terletak berhampiran BOH Sungai Palas dan makanan. 

Kalau ada yang berminat boleh hubungi mereka : 

ORL Green Nature,
No. 2A, Jalan H3, Fasa 5,
Taman Melawati, KL

Phone : +60-012 435 0530
Fax     : +60-03 4106 0566
Email  : info.orlgn@gmail.com
Web   : www.orlgn.webs.com
FB      : ORL Green Nature

Asalnya, guide kami perempuan, tapi sehari sebelum pergi Anne diberitahu guide kami ditukar. Kami sampai sehari awal, dan malam tu, guide kami - Firdaus menghubungi Anne untuk bincang tentang aktiviti ke Irau esoknya. Alang-alang malam itu kami ber'BBQ, jadi kami ajak Firdaus joint sekali. Rezeki kami, Firdaus ada 4wd, dan dia kata esok dia akan angkut kami semua ke Gunung Brinchang - selesai masalah kenderaan.

Kami bergerak lebih kurang pukul 8.30am dari De Native Guesthouse. Nasi dan BBQ malam tadi kami panaskan dan tapau buat bekal nanti. Firdaus datang angkut kami semua dan singgah dulu di Kampung Setia untuk selesaikan urusan dia dulu. Lepas tu baru bergerak dan singgah dulu makan pagi di gerai makan berhampiran Kea Farm. Pagi tu luar biasa sejuk! Mujurlah pagi tadi kami semua dah mandi air sejuk, jadi sejuk kuranglah sikit kalau nak dibandingkan dengan orang yang tak mandi lagi. Err.. relevan ke alasan tu eh?

Elok saja nak bergerak ke Brinchang, hujan turun - renyai. Kata Firdaus, kalau hujan lebat dan suhu terlampau sejuk, terpaksalah lupakan niat nak mendaki. Tapi apapun kita pergi dan tengok dulu keadaan di sana. Sampai saja kat kawasan Mossy Forest, kereta dah penuh di parking. Orang dah berpusu-pusu mendaki. Kami pulak elok saja masih lenggang lengkok kat bawah. Sempat lagi Firdaus bawa kami ke puncak lagi berhampiran Menara Telekom. Ada menara tinjau di situ. Angin sangat kuat dan suhu sejuk sampai menggigil masing-masing. Tapi sempat juga kami panjat menara tinjau walaupun separuh jalan sebab tak tahan sejuk dan berkabus.

Dah sedia untuk ke bawah, 4wd pulak buat hal, bateri kong. Apa lagi, kami ber'5 jadi tukang tolak. Mujur turun jalan turun bukit, 4wd akhirnya hidup dan selamat bergerak ke kawasan parking. Fuhh...

Apa lagi, tangga Mossy Forest dah memanggil-manggil tu, panaskan badan kejap bergamabr dulu dan kamipun mulakan pendakian. Layan sajalah gambar-gamabr sepanjang pendakian kami. Trek kali ni sangat berselut dan lembik. Ditambah pulak dengan suhu yang sejuk, saya kira agak mencabar bagi orang biasa dan amatur seperti saya. Nasib baik pakai windbreaker - walaupun nipis, ia sangat membantu untuk elekkan badan dari kesejukan dan angin.

US - muka happy lagi masa ni. Tak tahu lagi cabaran kat depan mata menunggu tu!
SEBELUM - masa ni kasut masing-masing cantik lagi.

Permulaan trek adalah bertangga. Laluan bertangga ini adalah untuk ke Mossy Forest. Habis saja laluan berkayu, itu barulah trek sebenar untuk ke Gunung Irau.

Tangga dan trek berkayu untuk ke Mossy Forest. Cer tengok kiri kanan pokok tu, lawa kan? Semuanya berlumut tebal. Sebab itulah hutan di sini dipanggil Mossy Forest.

Papan tanda 'Perak - Pahang' itu bukanlah menunjukkan sempadan antara 2 buah negeri. Tapi ia hanyalah menunjuk arah letaknya kedua-dua negeri. Dan ketika itu kami berada di ketinggian 2000m. 

Di penghujung laluan berkayu, barulah cabaran mendaki bermula! Kena hati-hati. Pijak akar dan kayu yang sesuai, jangan tersalah pijak takut terpijak lumpur jerlus. Seperti biasa, guide kami berjalan di hadapan, kami semua mengikut dari belakang. Kami berjalan dan mendaki secara santai. Agak-agak ada yang tertinggal di belakang, kami yang di depan berhenti menunggu. Cara kami, kita daki selagi terdaya, kalau dah tak mampu jangan dipaksa-paksa.

Trek permulaan dan mereka ketika di awal pendakian. Muka happy lagi masa ni sebab tenaga masih kuat. 

Itu dia trek depan mata. Agak mencabar sebab trek licin dan basah. Dengan pokok sekali basah dan lembap. Mencabar sebenarnya nak ambil gambar dalam keadaan macam ni. \
Seram - sebenarnya keadaan di sini agak seram. Sepanjang jalan saya lebih banyak mendiamkan diri.  Layan saja, bacaan Al-quran dari MP4. Menyampuk jika perlu saja. Kali ni, perasaan mendaki lain macam sikit, terasa macam diperhatikan pun ada jugak. Err... mungkin perasaan saya saja kot. 
Lagi trek yang perlu kami tempuh!

Tapi dalam 'seram-seram' pun beria-ia saya amik gambar. Sebab pemandangan di sini memang Subhanallah!! Tak lepas kata-kata tu dari mulut masing-masing bila tengok pemandangan cantik dan unik sepanjang perjalanan mendaki.

Sepanjang trek inilah pemandangan yang terhidang di kiri dan kanan kami. Lawa... Tapi jalan kat depanpun lawa juga, penuh lumpur! Silap langkah separuh kaki jerlus dalam lumpur. 
Saya kagum dengan mereka, walaupun kepenatan tapi bila ditala kamera mesti semuanya tersenyum. 
Take 5 - mereka bersama guide kami yang camera shy! Lama kami berehat di sini. Sempat minum dan makan coklat lagi. Haha. 

Ini adalah antara sebab utama kenapa kami lama berhenti rehat di sini. Kawasan sekitarnya penuh dengan lumut dan pokok-pokok periuk kera. Periuk kera di sini pulak bermacam rupa dan warna, ada yang kecik comey je dan ada juga yang besar dan sederhana.

Dah, jom kita teruskan pendakian. Jauh lagi perjalanan ni! Kali ni trek menurun pulak!
Tengok tu, lagi 1.55km nak sampai Gunung Irau - jauh lagi tu!
Akhirnya sampai di kawasan 'permatang' - laluan, kiri kanan dan bawahnya adalah gaung. Hati-hati di sini, kalau silap langkah tergelincir ke bawah. Angin di sinipun luar biasa kuat.
Nah inilah yang menanti kami di bawah! Kena turun bawah melalui akar-kar pokok yang licin dan tanah yang lembut dan berselut. Kasi can kawan-kawan turun dulu.
Pemandangan di tengah hutan - nyaman dan sejuk!
Dah turun, lepas tu kena panjat pulak! 
Muka happy je walaupun kepenatan! 
Ada lagi trek yang perlu di panjat! peww...
Gigih masing-masing mendaki. 
Lagi trek yang perlu kami daki!

Laluan terakhir sebelum sampai ke puncak. Kami baru terhegeh-hegeh nak panjat, mereka dah nak turun! Agak-agak pukul berapa eh diorang daki ni. Hebat ok!

Akhirnya selepas hampir 3 jam berhempas pulas daki bukit, turun bukit, masuk lumpur keluar selut akhirnya kami selamat sampai ke puncak mini Irau! Baru sampai mini Irau tapi gembira bukan kepalang! Hehehe. Kami berhenti rehat, makan dan solat di sini. Melihat keadaan kawan-kawan yang kepenatan, kami putuskan untuk teruskan pendakian hingga ke puncak Irau. Cukuplah sampai di sini saja. Lagipun hari dah main gelap dan sejuk, kalau kami paksa diri sampai ke puncak Irau, agaknya pukul berapa pulak kami nak turun kan?

Bukti dah sampai Irau walaupun hanya sampai di mini Irau saja. Tengok, kotor sampai ke kepala! Over kan? Haha. [ Pic : kredit to Izza ]

Kawasan di sekitar puncak mini Irau tak besar manapun. Ada kawasan dataran kecil tak berpokok. Tapi yang menyedihkan sekitar tepi tebing penuh dengan sampah! Orang kita.... bab kebersihan memang failed. Sayang tempat secantik ini tercemar dengan sampah. 

Sekitar mini Irau juga banyak pokok periuk kera. Ada juga bunga hutan yang cantik dan berbau wangi.


Lupa berapa lama kami habiskan masa di puncak mini Irau, mungkin hampir sejam. Bila semua dah sedia barulah kami bergerak turun.

Jalan turun untuk kembali ke 'pangkal jalan'. hehe

Kalau semasa naik, kami bergerak secara berkumpulan, tapi balik kami jalan secara berpasangan. Bila turun, Laila dan saya di hadapan. Manakala Fathi bersama Anne dan Izza dengan guide. Kalau semasa naik, kami berhati-hati kalau melangkah, tapi bila nak turun ni semua tu dah tolak tepi - err... saya la tu! Langkah laju-laju yang penting nak cepat sampai. Tapi kalau berjalanpun, seeloknya berdua, sekurang-kurangnya kalau ada masalah, masih ada kawan yang bersama kita.

Selepas 1 jam setengah trekking akhirnya kami berdua selamat sampai! Alhamdullillah. Lama kami menunggu kawan-kawan yang lain sambil berehat di pondok berhampiran laluan berkayu. Tapi tak tahan berlama di sini sebab angin kuat dan sejuk jadi kami ambil keputusan untuk turun di bawah dan tunggu saja mereka di bawah.

Bila nampak saja trek berkayu ni menjerit kami berdua sebab gembira dah selamat sampai!

Ingatkan turun bawah tak sejuk. Rupanya sama jugak! Lewat petang, angin semakin kuat dan suhu makin sejuk betul-betul buat kami menggigil. Sejam selepas tu barulah Anne dan Fathi muncul dan lebih sejam selepas itu pula akhirnya Izza dan Firdaus sampai ke bawah dengan jayanya! Alhamdulillah semuanya selamat sampai.

SELEPAS - dah tak nampak rupa kasut dah kasut masing-masing.

Irau, kalau diukur jarak ketinggian - dari laluan berkayu 6561 ft ke mini Irau 6666 ft tak jauh mana bezanya. Tapi trek untuk sampai ke situ sangat, sangat dan sangat menduga! Sejuk, berlumpur, licin dan berakar kadang-kadang boleh buat kita hampir-hampir putus asa. Dan ia memerlukan kekuatan tangan dan kaki sekaligus untuk berpaut pada dahan-dahan kayu - kaki dan belakang sakit sekaligus!!

Apapun ia memang satu pengalaman yang menarik. Dapat melihat keindahan alam dari sisi berbeza. Tapi kalau ada yang ajak saya untuk ke sini lagi, err... mungkin tidak kot. Cukuplah sekali saja.


p/s : Terima kasih pada Anne, Izza, Fathi dan Laila - korang semua memang BEST walaupun ada yang hampir-hampir give up di tengah hutan. Hehe. Dan tak lupa buat guide kami Firdaus walaupun dia tak baca blog ini. ^_^

16 comments:

  1. singgah sini...cantiknya gamba...do visit me back :)

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum admin...
    Tumpang iklan ye.
    TEBING TINGGI BACKPACK
    ALL OVER CAMERON MOUNT
    GUIDE SERVICE
    ANDY 017-9997790

    ReplyDelete
  3. Baca buat kali ke 2,...best memang teringin nak ke sana.

    ReplyDelete
  4. PM. Salam. No phone tu salah. Saya dah call dua kali. phone itu kepunyaan seorang pegawai wanita di May Bank. Dia terkejut no taliponnya tertera di blog anda. Ada no phone ORL Green Nature tak ? Tq.

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Terima kasih atas pembetulan tu. Tersilap tengok dan taip. * human mistake. huhu

    ORL Green Nature,
    NO 2A, Jalan H3, Fasa 5,
    Taman Melawati, 53100,
    Kuala Lumpur

    +603 4106 0566 (fax)
    +601 2435 0530 (phone)
    info.orlgn@gmail.com (email)

    www.orlgn.webs.com
    ORL Green Nature (FB)

    ReplyDelete
  6. PM, harga rm180/guide ke? Atau RM180/pax?

    ReplyDelete
  7. http://andynafiz.blogspot.com/2014/11/guide-srevice-for-all-over-cameron.html?m=1

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum..

    Pertama sekali... tahniah sebab dah sampai irau. Memang betul irau bukan semudah yang disangka untuk mendaki jika tidak punyai kekuatan hati dan mental untuk meneruskan perjalanan.

    Been there and done that.

    Baru je turun dari puncak irau last saturday 18 April 2015. Cuma blog tak sempat nak update lagi.

    Anyway, jika saya diberi peluang untuk datang lagi, saya suka nak pergi lagi Irau sebab Irau my first gunung yang ditawan... dan banyak keindahan untuk di tatap setiap kali kaki melangkah ke dalam nya. =)

    alhamdulillah.

    -raidah-
    www.blograidah.com

    ReplyDelete
  9. salam

    nak tau, naik gunung ni kena ada guide ke?

    ReplyDelete
  10. TEBING TINGGI BACKPACKER(fb)
    Khidmat Jurupandu arah gunung berlesen(guide)
    Khidmat kami meliputi:
    -permit jabatan perhutanan
    -laporan balai polis
    -nature guide
    -kit perubatan(asas)
    -khidmat 4x4 ke starting point mossy forest
    -walkie talkie

    Kami juga meyediakan khidmat"night hiking irau" untuk melihat matahari terbit di puncak irau.(daypack)

    ANDY
    017-9997790
    whataps/sms/call

    ReplyDelete
  11. wah..menarik...sisters pun blh gi walau tak da bothers temankn kecuali sbgai guide.kipidap kak.

    ReplyDelete
  12. wah..menarik...sisters pun blh gi walau tak da bothers temankn kecuali sbgai guide.kipidap kak.

    ReplyDelete
  13. Cantiknyaa views diaaa!! Ade pacat tak? ke pacat x idup tempat2 sejuk gini?

    ReplyDelete