Ada sesiapa kat sini suka tengok anime?
Sila angkat tangan!
Jangan kata budak-budak, saya yang dah tua nipun masih suka tengok kartun.
Nak buat macamane, dalam banyak-banyak perangai masa kecik, perangai ni sampai bila-bila tak boleh ditinggalkan - dulu, kini dan selamanya orang kata.
Chibi Maruko Chan, Crayon Shin-Chan, Doraemon dan banyak lagi anime movie terutamanya yang terbitan Ghibli Studio antara cerita koleksi.
Terkini, channel 611 (walaupun tu channel budak-budak, tapi itulah antara channel favourite! hahaha) sedang tayangkan Anne of Green Gables. Sekarang dah masuk nak masuk episod 46. 13 Mei ni pulak akan mula tayangkan Before Green Gables. Maknanya tak lama dah kisah Anne ni nak habis dan lepas tu akan flashback kisah Anne masa kecik-kecik pulak.
Anne of Green Gables - kisah tentang seorang anak yatim piatu, dahagakan kasih sayang dan masa umur dia 9 tahun secara tidak sengaja dia dihantar ke Green Gables, Evonlea yang terletak di Pulau Prince Edward untuk diambil sebagai anak angkat oleh dua adik beradik - Matthew Cuthbert dan Marilla Cuthbert. Asalnya pasangan adik beradik ni nak ambil anak angkat lelaki, tapi masa Matthew pergi ambil di stesen keretapi dia hanya jumpa seorang budak perempuan yang kurus, berambut merah dan berjeragat di pipinya sahaja yang ada. Dan selepas itulah bermula kisah Anne di Green Gables hingga dia besar.
Istimewanya budak bernama Anne ni ialah dia seorang budak yang periang, sangat banyak bercakap, suka berimaginasi dan sangat baik. Dan sikap periang dialah yang telah menceriakan semua orang terutamanya bagi Matthew dan Marilla.
Sebenarnya cerita ni cerita biasa saja - tentang seoarang budak, tapi jalan cerita buat cerita ini terkenal seluruh dunia. Bayangkan cerita yang berasal dari sebuah buku cerita seorang penulis berbangsa Canada - Lucy Maud Monthomery, menjadi antara bestselling book pada tahun 1908. Selepas diterbitkan, buku ini terjual lebih 50 juta dan telah diterjemah dalam lebih 20 bahasa, diadaptasi sebagai filem, drama, dipentaskan dan diterbitkan dalam bentuk kartun dan anime. Saya kira itu satu rekod yang luar biasa!
Tahun 1979, Japan Animation keluarkan anime dan sekarang dah masuk Malaya dan sedang tayangpun kat astro.
Saya rasa banyak pengajaran dan nilai-nilai murni dalam cerita ni.
Seorang budak yang sangat dahagakan kasih sayang.
Makcik, saya tak pernah tidur di atas tilam seempuk ini.
Makcik, saya selalu bayangkan saya ada seorang mak dan ayah.... tapi sejak kecil ibu dan ayah saya sudah meninggalkan saya.
Bila besar nanti saya mahu menjadi seorang guru... seperti mak dan ayah saya. Walaupun saya tidak pernah mengenali mereka, tapi saya yakin mereka adalah guru yang hebat!
Terima kasih atas kasih sayang pakcik dan makcik, akhirnya saya sudah berjaya.
Tuhan mengutuskan Anne ke sini untuk memberi sedikit kebahagian kepada kita berdua.
Dan Anne juga buat saya berangan! - kalau diberi kesempatan satu hari mahu menjejak kaki ke Prince Edward Island (berangan tak salah kan? hiks)
Tasik yang bersinar itu seolah-olah menyambut saya kan?
Walau ke mana saya pergi Green Gables selama-lamaya akan menjadi tempat tinggal saya.
Lepas ni kenalah cari koleksi DVD anime - harapnya dah masuk Malaya dan koleksi buku-bukunya - mungkin boleh cari di Amazon.com
Jom layan gambar-gambar anime Anne of Green Gables. Ataupun kalau rasa nak tengok muka pelakon-pelakonnya tanya saja pada uncle Google!
Antara plot dalam cerita Anne of Green Gables. |
Watak Anne Shirly masa kecil dalam Before Green Gables |
Anne Shirly masa budak-budak |
Dah meningkat remaja - dah makin comel! |
Anne dan kawan baiknya Diana |
Anne dan musuhnya Gilbert - saya rasa akhir nanti Gilbert ni mesti jadi suami Anne. hiks |
Pemandangan sekitar Green Gables |
Lagi pemandangan sekitar Green Gables |
Tomorrow is always fresh with no mistakes in it ~ Anne Shirly
saya suke! saya suke! saye suke! tengok anime =)
ReplyDeletesebab anime adalah cute dgn macam2 mimik muke...love it!
tp...tak pernah lg tengok Green Gables ni =(
yeay! ada geng! hee
DeleteLela, sebagai peminat tegar anime kenalah layan green gables jugak. best!
mesti tak menyesal punya. hihi
xpernah tgk Green Gables ni tapi kite pernah tgk Daddy Long Legs.. Tu pun mcm sama plot mcm Green Gables kot.. Ala rindu citer anime...
ReplyDeleteIzza, sempat lagi kalau nak tengok green gables ni. masih tayang lagi kat channel 611. hiks
Deleteanime memang best kan?
wah...best
ReplyDeletememang best! layan....
Deletetak suka sgt ygk citer kartun anime ni so x jadilah nk angkat tgn yg pasti watak2 kartun tu cute2 kan
ReplyDeleterugi JM... hehe. sebab watak kartun2 ni comel la terlayan anime tu. haha
Deleteko tgk ke cerita ni?? omai..aku hari-hari memang paksarela tgk 611 ni,anak punya hal kan..ibu redha je...tapi tak pernah sekali focus kat cerita ni...best ke weh?? hahaha
ReplyDeletebuat2 terkejut pulak. Aku ni kira boleh geng dgn anak ko la PBP. hihi.
Deletecite ni best! sebab dite dia memang best! aku tak miss hari2 mesti tengok. hahaha
Tq utk review psal cite ni.sgt suka cerita ni sampai menangis2 bila pakcik mettew mninggal.susah nak cari buku ceritanya sampai mtak hubby cari bila dia ke indonesia sbb bukunya ada diterjemah dlm bahasa mereka.hope dpt jumpa buku n cdnya nnt
ReplyDeletetak sangka ada jugak orang yang suka tengok cite ni.
Deletepart pakcik mathew meninggal tu memang touching.
harap2 lepas ni adalah cd dijual di Malaya, nak buat koleksi :)
saya pun tengok sambil siapkan assignment.....last melekat terus
DeleteSy pn suka sgt dgn ceta nie..ia byk mgjr kt erti khdpn yg kdg2 seakan kt lupakan dlm ksibukn. Klau lh buku @cd ni ada kat Msia algkh baiknya...
ReplyDeletebetul tu. walaupun sekadar cerita kartun, tapi memang banyak pengajaran yang boleh dijadikan tauladan dari cerita ni. sayapun berharap CD dan buku akan sampai ke Malaya :)
DeleteSaye pn peminat tegar anne nih.cerita dia mmg best..xpenah miss..harap2 ade dvd kt mlesia ni.
ReplyDeletetak sangka ramai peminat cerita ni rupanya :)
ReplyDeleteSy bjaya khatam anne&green gables 50 ep dan before green gables 39ep.. Suke sgt! Tgk online trus.. Xsabar nk tunggu kesudahannya di tv. The only anime yg ada banyak pengisian dan buat sqya menangis... Love it
ReplyDeletebleh x bg link tuk tgk onl9???
Deletesaya n mother in law suke sgt3 criter ni...tau tak dkt mana blh bli DVD ni...nak kasi mother in law..
ReplyDeletesuka giler kt anne ni.. siap menangis nii.. hubby pon naik risau nangis sorang2 hihihi
ReplyDeletesy dh terlepas episode so cari kt google jumpe tengok smpai habiss
best terbaik
bleh x bg link yuk nk tgk onl9?
DeleteSuka giler dgn anime sejak zaman budak lagi..doraemon,conan,chibi moroko chan dan anne green gables ni...before green gables pun sgt sedih part yg anne kne tinggalkan rumah keluarga thomas...pakcik bird meninggal,noah dgn rokinba pun terpaksa berpisah dgn anne..huhu sedih sgt..sape2 tau link utk download siri before green gables dgn anne
ReplyDeletekalau nk tgk cerita ni secara online ap link die e??
ReplyDeleteHi anne shirley fans!aku dh masuk 3 series. Sejarahnya anak aku yg tgk cerita ni mule² kat astro ceria. Nak dijadikan cerita aku tertengok skali..masa tu before green gables. Last² melekat. Yg terbaiknya astro ceria terus smbung dgn anne of green gables. Mmg layan habis.kalo miss 1 episod mmg jiwa aku x tenang.meroyan..cerite ni sgt la best dan sgt la lyn. So mlm ni akan ditayangkan episod pakcik Matthew meninggal. Aku tgh standby tisu sbb aku rase mesti sedih gil bab masa cerita ni start kul 11 japgi. Mcm penulis, lps tgk cerita ni aku pun berazam nk ke avonlea n melawat sdr green gables yg mmg wujud kat pulau prince edward. Thanks penulis n astro kerana menayangkan cerita ni. Btw, korang bleh carik buku versi asal kat google play store utk buat koleksi.
ReplyDeleteLove,
Anne Shirley's die hard fan