* Malam tadi saya antara orang terawal yang tido - orang lain sibuk layan Running Man sebab wifi laju mengalahkan F1! Letak kepala terus tak sedar sampai ke pagi. Bangun je, masing-masing duk bercakap pasal peristiwa malam tadi.
Orang dengor (dengar) suara nangis malam tadi, ye dengor dop? (tak?)
Hoo... orang dengor gok (jugak)
Ye ker? - Saya terpinga-pinga, sebab tido mati malam tadi.
Ada orang ngiga (mengigau) la malam tadi. Sampai nangis-nangis.
Piye? (siapa?) - serentak
Orang hok tido mati tu la.
Erk! - Serius saya memang tak tau apa-apa.
* masing-masing lega, misteri sudah terjawab - cakap sambil ketawa-ketawa seolah-olah perkara malam tadi bukan perkara yang serius.
Tiba-tiba, cik yah menyampuk.
Dok aa, orang la nangis malam tadi.
Erk! Bakpe? (kenapa?)
Ada 'benda' kacau orang, orang kena 'tindih' sampai dok leh (tak boleh) nafas.
* Krek... krek... krek - bunyi cengkerik
* terus masing-masing terdiam
Habis la kita... ada 2 malam lagi nok tido sini ni. Guane (macamana) ni? - cuak je, tapi masing-masing kontrol je, siap gelak-gelak, tapi dalam hati siapa yang tahu kan?
Malam ni orang pasang mp3 la, orang pasang ayat ruqyah dengan suroh Quran kuat-kuat.
Molek gok - mujur jugak kami semua tak nak jadikan isu 'diganggu' ini satu perkara yang berat dan boleh mengspoilkan mood kami, jadi masing-masing anggap itu semua 'gurauan' yang tak diundang. huhu.
Malam tadi ngantuk ngat, dok ingat nok pasang mp3 sebelum tido - Berguna jugak mp3 tu disaat-saat begini kan?
* Kita tengok malam nanti adakah suara menangis masih mengganggu kami semua??!
* Kita tengok malam nanti adakah suara menangis masih mengganggu kami semua??!
~ kita sambung di hari baru iaitu hari ke-7 pulak.
SELAMAT PAGI HANOI!
Walaupun malam tadi ada 'peristiwa' tapi pagi itu tetap merupakan pagi yang gembira buat kami ber'5. Masing-masing bangun, mandi, solat dan bersiap lepas tu turun untuk breakfast. Breakfast yang simple - roti, telur mata, buah-buahan dan kopi, tapi cukup mengenyangkan buat kami semua. Mereka kata kopi kat sini sedap. Kaw!! Saya x tahu sebab saya x minum kopi. huhu.
Dah siap semua, kami menunggu bas tour ambil kami di lobi hotel. Sementara tu sempatlah godek-godek internet, check email dan apa-apa yang patut. Sekali tertengok email, AA ada sale? - sempat lagi masing-masing kira date nak merayap lagi ni. Saja je nak 'mengkaya' pak Tony kan? Nak buat camne, busuk-busuk AA pun, itu saja flight yang mampu bawak kami semua kenal 'dunia luar' sesuai dengan orang berbudget ciput macam kami ni. huhu.
Ok, dah melalut... tak lama menunggu, lepas tu bas tour kamipun sampai. Guide kami untuk hari ini ialah Mr. One - nama dia panjang, jadi nak mudahkan kami mengingati namanya dia pendekkan jadi 'satu'. Trip sehari kami ke Halong Bay, kami dah siap booking dengan Hanoi Hostel - itu antara pakej termurah yang kami jumpa. Kami ambil pakej ekonomi dengan bayaran 22usd/person + 7usd/person untuk naik bot dan pakej kami termasuk makan.
Kami antara kumpulan terawal yang naik bas, jadi boleh pilih tempat duduk sesuka hati. Lepas ambil kami, bas pusing-pusing lagi bandar Hanoi sambil singgah mana-mana hotel/hostel untuk ambil orang lain yang akan sertai trip sehari ni. Sambil-sambil tu Mr. One terangkan apa-apa yang menarik - kiranya 2 dalam 1, sambil angkut orang sambil tu site seeing bandar Hanoi.
Lepas 30 minit pusing-pusing bandar Hanoi, akhirnya pemandu bas meneruskan perjalanan untuk ke Halong Bay. Perjalanan mengambil masa lebih 3 jam dengan jarak melebihi 100km/sehala - gila lah jauh Halong Bay ni.
Dalam perjalanan bas bawak kami berhenti di pusat penghasilan/jualan barang kraftangan yang diusahakan oleh persatuan OKU, Vietnam (standard kalau joint tour kat Vietnam ni mesti kita akan dibawa singgah di tempat macam ni). Tapi kraftangan di sini sangat halus buatannya, semuanya di hasilkan secara manual. Macam-macam ada, lukisan, ukiran, lukisan yang dijahit dengan benang menghasilkan lukisan yang lawa dan yang paling unik ialah lukisan yang hasilkan dari kulit telur, serius unik!
SELAMAT PAGI HANOI!
Walaupun malam tadi ada 'peristiwa' tapi pagi itu tetap merupakan pagi yang gembira buat kami ber'5. Masing-masing bangun, mandi, solat dan bersiap lepas tu turun untuk breakfast. Breakfast yang simple - roti, telur mata, buah-buahan dan kopi, tapi cukup mengenyangkan buat kami semua. Mereka kata kopi kat sini sedap. Kaw!! Saya x tahu sebab saya x minum kopi. huhu.
Dah siap semua, kami menunggu bas tour ambil kami di lobi hotel. Sementara tu sempatlah godek-godek internet, check email dan apa-apa yang patut. Sekali tertengok email, AA ada sale? - sempat lagi masing-masing kira date nak merayap lagi ni. Saja je nak 'mengkaya' pak Tony kan? Nak buat camne, busuk-busuk AA pun, itu saja flight yang mampu bawak kami semua kenal 'dunia luar' sesuai dengan orang berbudget ciput macam kami ni. huhu.
Ok, dah melalut... tak lama menunggu, lepas tu bas tour kamipun sampai. Guide kami untuk hari ini ialah Mr. One - nama dia panjang, jadi nak mudahkan kami mengingati namanya dia pendekkan jadi 'satu'. Trip sehari kami ke Halong Bay, kami dah siap booking dengan Hanoi Hostel - itu antara pakej termurah yang kami jumpa. Kami ambil pakej ekonomi dengan bayaran 22usd/person + 7usd/person untuk naik bot dan pakej kami termasuk makan.
Kami antara kumpulan terawal yang naik bas, jadi boleh pilih tempat duduk sesuka hati. Lepas ambil kami, bas pusing-pusing lagi bandar Hanoi sambil singgah mana-mana hotel/hostel untuk ambil orang lain yang akan sertai trip sehari ni. Sambil-sambil tu Mr. One terangkan apa-apa yang menarik - kiranya 2 dalam 1, sambil angkut orang sambil tu site seeing bandar Hanoi.
Fenomena biasa di waktu pagi - makanan dijual dan makan terus di tepi jalan. Makcik ni bersungguh-sungguh mintak saya amikkan gambarnya, bila dah tangkap gambar, dia pulak sibuk-sibuk mintak saya beli makanan yang dijual. Mujur tak kena marah bila dilotak dengan baik. huhu
Dalam perjalanan bas bawak kami berhenti di pusat penghasilan/jualan barang kraftangan yang diusahakan oleh persatuan OKU, Vietnam (standard kalau joint tour kat Vietnam ni mesti kita akan dibawa singgah di tempat macam ni). Tapi kraftangan di sini sangat halus buatannya, semuanya di hasilkan secara manual. Macam-macam ada, lukisan, ukiran, lukisan yang dijahit dengan benang menghasilkan lukisan yang lawa dan yang paling unik ialah lukisan yang hasilkan dari kulit telur, serius unik!
Arca di luar kedai. Untuk dijual /tempahan - siap ada gambar pembeli tu, hebak betul cara promosi mereka kan? |
Tekun pekerja tu menjahit lukisan dan istimewanya mereka semua adalah golongan OKU yang kreatif. Kagum kejap tengok hasil tangan mereka.
Hampir 45 minit jugak habiskan masa di tempat kraftangan, perjalanan diteruskan. Jauhnya nak sampai Halong Bay, tido, bangun, tido, bangun barulah sampai. Itupun best je dapat massage free - drebar bas bawak laju dengan keadaan jalan di Hanoi yang sangat 'baik' memang satu kombinasi terbaik untuk dapat free massage. Bila berada dalam keadaan begini, terasa sangat bersyukur di lahirkan di negara seperti Malaysia, walaupun tak semaju negara-negara lain, cukuplah Malaysia mampu menjadi negara terbaik untuk didiami!
Sampai di pelabuhan, Mr. One, minta kami tunggu sekejap sementara dia belikan tiket. Alhamdulillah, cuaca hari tu menyebelahi kami, cerah!
Sedikit informasi tentang Halong Bay - Terletak di wilayah Quang Ninh, di utara Vietnam, lebih kurang 160km dari Hanoi. Dalam bahasa Vietnam dipanggil Vinh Ha Long ialah sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO, berteluk di mana teluknya mempunyai ribuan pulau kecil yang cantik yang menjadi tarikan pelancong-pelancong dari dalam dan luar.
Pelabuhan untuk naik bot keliling Halong Bay |
Bot-bot pelancong di Halong Bay |
Bot kami - Mr. One rasmi dulu, lepas tu baru kami semua menyusul. hiks |
Sebelum teruskan perjalanan kita isi perut dulu. Bot gerak tak sampai 15 minit, kami dah dihidangkan dengan makan tengahari. Sebelum itu Mr. One dah tanya kami ber'5 apa makanan yang kami boleh makan, dan apa makanan yang kami tak makan. Mujur dia faham makanan kami hari itu semuanya berasaskan seafood. Sedap! Seperti biasa sambal ikan bilis wajib ada.
Jom teruskan pelayaran! - view sepanjang kapal belayar. Laut tenang, cuacapun cantik dan cerah!
Menu paling sedap - dalam banyak-banyak menu yang disediakan yang ni paling sedap. Tak tau apa, macam phopia, rangup dan inti seafood dan sayur di dalamnya. Cicah dengan sos macam kicap cuka. Walla! |
Jom teruskan pelayaran! - view sepanjang kapal belayar. Laut tenang, cuacapun cantik dan cerah!
Akhirnya sampai di hentian - di sini ada rumah air dan ada penduduk tinggal di sini. Siap ada sekolah atas air. Bot berhenti dan kami diberi masa untuk naik bot atau berkayak. |
Kami naik bot rakit ni - keliling sekitar Halong Bay, layan pemandangan memang best, cuma kalau nak suruh terjun dalam air, saya tak mahu sebab airnya 'keruh' mengalahkan teh tarik.
Layan lagi gambar-gambar di Halong Bay |
Hampir sejam jugak kami ber'5 di bawa naik bot rakit - Mr. One kata satu bot max 4 orang, kami bantai muat 5 orang jugak, kecian pakcik rakit tu berpeluh-peluh dia kayuh rakit.
Lepas naik bot rakit kami di bawa pulak singgah di satu pelabuhan. Panjat tangga dan masuk dalam gua. Pemandangan dalam gua sama saja dengan gua-gua batu kapur di Guilin (sebab tu kami tak masuk gua masa kat Guilin) dan juga di Gua Tempurung. Bezanya cuma sejarah/mitos kewujudan guanya saja.
Jom layan gambar - rasanya kalau sesiapa yang ambil day trip tour di Halong Bay lebih kurang saja aktiviti yang akan dibuat, jadi kita layan je lah gambar. Biasalah dah nak penghujung entry ni makin malas nak bercerita. huhu
Habis sejam masa untuk tawaf gua, perjalanan balik la pulak. Lama jugak bot belayar untuk balik semula ke pelabuhan. Petang baru sampai pelabuhan.
Budak-budak ni jadi 'mangsa' buli kami masa kat atas bot. Tapi kan, bagi 'umpan' choki-choki terus melekat! haha
Matahari hampir terbenam di pelabuhan Halong Bay - cantiknya ciptaan Allah kan? Tapi kalau dapat lihat sendiri dengan mata kasar lagi best! |
Sampai di bandar Hanoi lebih kurang pukul 8.30 malam. Kami tak terus balik hostel sebab nak singgah kedai kopi dan jalan-jalan di nite market dulu.
~ bersambung
makanan ape weh yg mcm roti jala tu. nampak mcm crunchy sungguh!
ReplyDeletememang crunchy pun HF, kitaorg panggil phopia vietnam. haha. suka2 hati je bagi nama. tapi sedap gila phopia vietnam ni, ada seafood dan sayur kat dalamnya. cicah pulak kuah kicap cuka. pergh!!
Deletebersyukur la kan...sekurang-kurang, jalanraya dekat tempat kita oklah jugak...kesiannyer, tak pasal-pasal kena tindih. tunggu citer malam kedua korang pulak...tengok suasana dekat sini, macam dekat guilin pun ada, siap naik bot lagi pusing-pusing...
ReplyDeletebetul orga, kalau nak bandingkan Hanoi dgn tempat kita rasa bersyukur sangat2 sebab kita ni walaupun hidup biasa je, tapi sempurnalah orang kata.
Deleteitulah, tak pepasal kena tindih, scary betul!
Guilin vs hanoi memang tak jauh beza pun, trip kali ni memang boleh buat perbandingan antara Guilin dan Hanoi. kalau sampai Sapa, blh bandingkan dgn Longsheng.. tapi tak sampai pulak Sapa. huhu
Arghh..lama betul tak singah dan baca blong kengkawan..PM sihat ker..heeee
ReplyDeleteHa'a lah..mmg betul lah tu..waktu JM ke Chu Chi Tunnel Vietnam ikut group dorang bawak singgah di perusahaan kraftangan yang di hasilkan oleh OKU ni..pembuatan berasaskan kulit telur..hasil tangan mereka amat halus, cantik dan kreatif..
Woow..JM terpesona dengan keindahan dan view di Halong Bay tu no wonderlah jd tumpuan tourist..bila lah agaknya boleh sampai ke sana..
Byk terlepas entry..perlu masuk gear 5 ni..coz dh byk ketinggalan heeeeeeeee
Bz benor JM eh! Kita sihat saja JM, tp bz sikit eh.. buat2 bz. haha
Deletememang macam tu pesen tour kat vietnam (sama je dgn tour masa kat HCMC) - kita akan dibawa singgah ke perusahaan yang dibuat oleh OKU. memang lawa dan halus hasil tangan diorg kan?
JM kenalah g Hanoi dan kena g Halong Bay (walaupun jauh dari bandar Hanoi) - nanti amik trip bermalam kat kapal baru best!
memang best kat halong bay ni..especially kalau bermalam di kapal ..first nekcik rasa tido di atas lautan!!
ReplyDelete