Followers

Saturday, June 08, 2013

TRIP SELEKEH (18) : Day trip Hoa Lu - Tam Coc

Hari ke-8

* Tulis laju-laju sebab dah tak sabar nak habiskan entry untuk trip ni!

* Malam tadi, saya jugak jadi juara tido awal sementara kawan-kawan lain sibuk layan Running Man.  Tapi sebelum tido pasang mp3 siap-siap. Malam tadi kami semua tido dengan aman damai tanpa ada apa-apa gangguan selain daripada mendengar suara sheikh mengalunkan surah-surah terpilih tapi  terkejut bila terjaga tengah malam buta dengar lagu As long as U love me - sebab set mp3 auto playing. Alhamdulillah.. kami semua dilindungi oleh-Nya....

* Kami dikhabarkan sesiapa yang mahu sertai trip satu hari ke Halong Bay terpaksa batalkan trip disebabkan laut bergelora dan angin kuat.

Bangun pagi, bersiap dan turun breakfast dan tunggu bas tour datang ambil di hostel.

Kalau semalam cuaca di Hanoi cerah dan panas, tiba-tiba hari ini cuaca berubah hampir 100%, tiba-tiba diluar sana keadaan berangin dan sejuk (tapi tak hujan), langitpun mendung je. Tapi walau apapun cuaca hari ni, tour tetap diteruskan. Kali ini, hostel kami antara destinasi terakhir yang disinggahi oleh tour bus - bus sampai orang dalam bas sudah hampir penuh. Nasib kamilah, duduk saja mana-mana tempat yang kosong.


Suasana pagi di bandar Hanoi - cuaca nampak biasa tapi hakikatnya sejuk dan berangin.

Sekali lagi, dalam perjalanan singgah lagi di kedai kraftangan. Tapi kedai lain pulak. Layan sajalah, bolehlah betulkan urat saraf sebelum meneruskan perjalanan yang memakan masa hampir 3 jam tu - jarak bandar Hanoi ke Hoa Lu Tam Coc lebih kurang 110km. Kami ambil pakej ekonomi dengan bayaran 22usd + 4usd untuk naik basikal (suka benor naik basikal kan?) dan pakej ini termasuk makan.

Mereka dan tour bus yang baru dicuci - sebab tu berani 'bertempek' dengan bus. haha

Sebenarnya kami suka datang sini, tempat lawa dengan sungai seperti terusan di kelilingi sawah padi dan batuan-batuan bukit seperti dalam avatar memang unik. Tapi kali ni kami kurang bernasib baik sebab dapat tour guide yang tak best (macam langit dan bumi dengan Mr. One - tourist guide trip Halong Bay semalam). Bukan kami saja yang terkena, tapi kebanyakan dari ahli rombongan yang satu bas dengan kami tak berpuas hati dengannya - maknanya bukan kami fussy, tapi memang ada masalah dengan tour guide ini.

Jadi sepanjang tour hari ini banyak 'drama' yang terjadi antara kami, ahli rombongan tour dan guide!

Tempat pertama yang disinggahi ialah kawasan-kawasan kuil - kat sini ada 2 kuil.
Peta kawasan
Hijau mata memandang - di mana-mana ada sawah padi. Lawa!
Kawasan kuil - kami hanya lalu dan berlegar-legar di luar kuil, tak berminat nak masuk

# Drama 1

Kami dan beberapa ahli rombongan lain hanya berada di luar kuil ketika guide menyuruh semua orang masuk ke dalam kuil. Tindakan kami menimbulkan rasa tak puas hati guide, berkali-kali dia suruh kami masuk, dan kami jawab dengan baik, it's ok, we just wait here - tapi jawapan kami tetap tak meyakinkan guide. Why you not come in? - geram ditanya berkali-kali akhirnya cik yah jawab. Because we're muslim! Sebenarnya bukan niat kami menjadikan agama sebagai isu. Tapi bila didesak begitu rasanya kami perlu bertegas. Kami tidak masuk ke dalam kuil sebab kami hormati ia adalah tempat suci bagi agama itu, sebagaimana kami mengangkat martabat masjid sebagai tempat suci bagi penganut Islam. Nampaknya tindakan kami disalah anggap pula. Secara peribadinya guide itu melahirkan rasa kurang selesa saya padanya. Berbeza benar dengan Mr. One, semalam, dia dengan baik hati menyediakan satu tempat (siap bentang tikar) untuk kami bersolat ketika berada di dalam bot - tersentuh dengan keprihatinan beliau!

Cari rezeki - Salah satu cara mereka mencari rezeki. Kerbau hiasan ni kalau nak naik/bergambar kena bayar ye.

# Drama 2

Masa lunch, rombongan kami yang datang berdua (mostly couple) dipaksa oleh guide 'seperate' dengan pasangan masing-masing. Kejap di suruh duduk di meja itu, kejap disuruh pindah ke meja ini - semua orang naik rimas dengan arahan guide yang entah apa-apanya. Nasib baik kami ber'5 tak 'dikacau'nya. Tapi saya solute mereka semua... sabar aje dengan kerenah guide yang ntah apa-apa tu. Sebab kadang-kadang tindak tanduknya seolah-olah tidak menghormati privasi orang. Sampaikan satu ketika, salah seorang daripada mat salleh hingga meninggi suara dengannya. Saya kira dia dah tak tahan sabar dengan tindakan guide. Dan sedihnya guide ini langsung tak menghormati kami sebagai muslim, makanan yang dihidangkan ikut sedap dia saja walaupun telah dimaklumkan sebelum itu. Malas nak bising-bising, kami makan je nasi panas dengan sambal bilis dan serunding dari Malaya, licin jugak pinggan! haha.

# Drama 3

Selepas makan, kami disuruh ke tepi sungai untuk naik rakit. Di sini beberapa ahli rombongan - kali ni masalah pulak dengan rombongan yang datang berkeluarga, termasuk kami sebab guide memberitahu sebuah rakit hanya boleh muat 2-3 orang saja. Bisinglah mereka yang datang ber'4. Semua tak mahu berpisah bila tengok rakit dari rombongan lain selamba je naik rakit dengan 5 orang serakit. Kami malas nak bertekak, redho saja naik 2 rakit. Tapi kalau dilihat pada tindakan guide yang kurang sopan hingga meninggikan suara pada ahli rombongan rasanya agak kurang profesional.

Ok, kita tinggalkan drama-drama tu, jom kita berakit dulu. Layan gambar je la eh!

Berakit di terusan Tam Coc ambil masa lebih satu jam - memang satu pengalaman menarik. Pemandangan sawah padi di kiri kanan terusan dan bukit bukau yang tersusun di sepanjang terusan memang memukau pandangan!
Mereka menunggu penumpang
Mula-mula kami akan lalu di kawasan rumah. Kiri kanan jumpa rumah-rumah penduduk, lepas itu barulah masuk ke kawasan sawah padi
Macam 'mem' pulak duduk dalam rakit siap silang kaki. hehe
Melalui/memasuki beberapa gua
Kiri kanan terusan ialah sawah padi yang dikelilingi bukit bukau
Bukit-bukit kat sini memang lawa - rasanya kalau dapat ambil gambar dari atas bukit mesti lagi lawa. Tapi sanggup ke nak panjat dinding bukit macam ni? huhu
Memang santai duk dalam rakit ni sambil layan view yang cantik. SubhanAllah... betapa cantiknya alam ciptaan Allah ni kan?
Lepas hampir 2 jam berakit sampailah masa untuk balik - kesian makcik duk dayung rakit. Uniknya di sini, kebanyakan rakit dikayuh menggunakan kaki - sekali tengok buruk benor rupa terkangkang-kangkang kaki dayung rakit, tapi itulah yang uniknya di sini.
# Drama 4

Masa tengah berakit kita akan melalui rakit-rakit menjual makanan ringan dan air. Kami dipaksa oleh penjual beli air dan makanan untuk makcik yang dayung rakit. Oklah, kesian jugak makcik ni dayung akit, kami belikan air. Dah belikan air, bila sampai kat pelabuhan dia mintak tips pulak! Haish... semua nak duit. Padahal sebelum naik rakit dah bayar tambang. 

# Drama 5

Awas! Berhati-hati dengan pendayung rakit yang membawa camera. Nak jadi paparazzi la kononnya. Ambil gambar kita secara paksa, lepas tu bila sampai di pelabuhan dia akan cuci gambar dan paksa kita beli. Walau ditolak sekuat manapun, tetap dikejar sampai ke lubang cacing. Memang stress! Asal muka ada dalam gambar je, semua kena paksa beli. Kesian jugak sebenarnya tengok mereka ni. Tapi nak buat macamana, ini cara mereka mencari rezeki kan? Walaupun sebenarnya cara itu agak kurang sopan - menjual dengan cara paksaan, mungkin kesulitan hidup mereka yang membuatkan mereka bertindak begini...

Nak lari dari dipaksa beli gambar, cepat-cepat kami ambil basikal - dapatlah larikan diri sekejap. Kayuh basikal keliling kampung (tapi basikal kat sini tak se'best basikal Yangshuo). 

Berbasikal lagi- untung pelancong Singapura ni, ada orang sudi bonceng kat belakang (pelancong korea), kami jugaklah yang kesian, sendiri kayuh ok!
Pemandangan sawah padi yang memukau mata memandang
Bunga cina dalam lagu buai laju-laju - kami dibawa singgah sebuah gua, tapi kami tak panjat pun gua tu, sebab dah penat kayuh basikal. Lagipun masa tu masing-masing sibuk shopping beg kat gerai di luar gua. Sempat lagi tu! haha.. Harga beg-beg di situ serendah 1usd! Terus masing-masing beli!

# Drama 6
Ni drama paling tragis. Masa kami dibawa singgah di gua, guide mintak kami simpan basikal di tempat yang disediakan. Bila nak keluar, guide keluar macam biasa, tapi kami semua (termasuk pelancong Korea dan Singapura) disuruh bayar pada penjaga tempat itu. Mulanya semua orang marah, kenapa kena bayar lagi? Sedangkan dia (guide itu) tak kena bayar pun? Kenapa sebelum masuk dia tak bagitau kena bayar? Tapi dalam ramai-ramai, kamilah yang paling tak puas hati. Sampai cik yah siap bergaduh dengan guide tu. If you don't want to pay, you stay here, i'm going back to Hanoi! - terus dia tinggalkan kami di situ. Memang sangat kurang ajar dan lepas tangan! 

Lepas kayuh basikal, semua berkumpul dulu sebelum perjalanan balik ke bandar Hanoi. Guide seperti biasa, buat muka tak bersalah seolah-olah tak ada apa yang berlaku sebelum ni - masing-masing simpan geram dalam hati. Haishh..

Kami sampai di bandar Hanoi lebih kurang pukul 8.00pm. Seperti malam tadi, kami layan kopi dan pho vietnam dulu sebelum balik hostel.

Hari dan malam terakhir di Hanoi.

~ bersambung

6 comments:

  1. tak sempat nak singgah sini sbb tak cukup masa actually kat hanoi. plus dh 2 weeks punye trip. capek yg amat. tak suka perjalanan dari halong bay ke hanoi sbb driver bas bawak 50km/hour. pengsan! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. 50km/hour? huihh... berkurun jugak nak sampai Hanoi tu kalau setakat 50km/hour je. huhu

      nampak gaya kena repeat Hanoi ni. byk tempat tak cover lagi ni. hehe

      Delete
  2. cantiknya pemandangan sawah padi tu sejuk mata memandang

    ReplyDelete
    Replies
    1. mrs. smile, memang cantik layan sawah padi ni. terapi mata. hehe

      Delete
  3. Nasib baik dah pegi halong bay hari sebelumnya ek..kalau tak..rugi dan perlu repeat lerrr

    Drama 1 : eee..geram betul betul ngan tour guide tu..tak sekolah ke..mcm kurang ilmu jek

    Darama 2 : bab ni pun JM hangin..mcm nk lempang je tour guide tu...ehh kenapa tiba2 emosi nih

    Byk betul drama..eee..tak tahan ..kalau nak komen semua drama tu mahu 2 muka surat tak habis..heee

    Yagn pasti view semasa berakit tu like di Li River kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah JM, rezeki dapat jugak ke Halong Bay sehari sebelum tu :)

      eh, jangan tak repeat, kalau boleh nak repeat jugak Hanoi ni - mau ke Sapa. heee

      ahhh, memang banyak drama - puncanya semua dari guide. haisshh

      lebih kurang Li River, tapi sg Li tu besor, terusan kat tam coc ni kecik je - istimewanya keliling terusan ialah sawah padi dan bukit bukau :)

      Delete