Followers

Tuesday, March 12, 2013

Visa ke China

Kalau di kira dengan jari ini dah masuk kali ke-3 saya buat permohonan visa untuk ke China. Kali pertama travel agent yang buatkan - single entry. Kali kedua buat sendiri - double entry.

Tapi yang ke-3 ni leceh sikit. Belum proses dah kena reject! Katanya ada beberapa dokumen yang kami hantar tak lengkap. Padahal tahun lepas submit borang pun macam tu jugak caranya.

Dalam masa setahun banyak betul peraturan yang berubah dan ditambah baik oleh kerajaan China ni. Ni mesti sebab dah ramai orang Malaya suka pergi China. Maklumlah hari ke hari Pak Tony dah banyak tambah route baru termasuklah ke China. 

Rasanya ramai dah tahu macamana/di mana nak apply visa ke China kan? Tapi walau berapa kali kita apply visa, mesti akan ada yang tersalah kan? (sayalah tu). Meh saya kongsi beberapa link penting untuk panduan semua.


Dan antara perkara yang penting ialah dokumen-dokumen yang diperlukan :
  1. Passport 
  2. Gambar berukuran passport - background gambar biru atau putih
  3. Borang permohonan - boleh isi online atau print borang manual
  4. Flight booking *
  5. Hotel booking *
* baru berkuatkuasa bulan Dec tahun lepas/2012. Flight dan hotel booking tu print satu sorang ye. Kalau pergi submit borang by group, cthnya 5 orang, walaupun naik flight dan tinggal di hotel yang sama, tapi setiap seorang kena lampirkan salinan flight dan hotel booking. Kalau tak, reject lagi!

* Permohonan visa saya reject disebabkan no. 4 & 5. Nasib baik kawan yang tolong submit borang tu kerja kat belakang bangunan OSK je. 

Bayaran yang dikenakan kepada warganegara Malaysia pula ialah :
  1. Single entry - RM30 (passport mesti sah sekurang-kurangnya 6 bulan)
  2. Double entry - RM50 (passport mesti sah sekurang-kurangnya 15 bulan)
  3. Multiple entry (6 bulan) - RM80
  4. Multiple entry (12/24 bulan) - RM120
* Untuk multiple entry, syaratnya pemohon dah pernah apply visa ke China sebanyak 2 kali dan passport sah sekurang-kurangnya 15 bulan ke atas. 

* Macam kes saya, saya apply multiple entry untuk 24 bulan, disebabkan saya baru renew passport, jadi saya kena bawa salinan visa yang sebelum ni sebagai bukti. Kalau tak reject!

Pastu ada application service fees :
  1. Regular service - RM28 (4 working days)
  2. Express service - RM100 (3 working days)
  3. Rush service - RM140 (same day)
Jadi total lost untuk saya ialah (RM120 + RM28 = RM148) dapat visa multiple entry untuk tempoh 24 bulan. Jadi lepas ni kena lebih gigih mencari tiket murah untuk ke tempat lain di China la jawabnya. Hoho.

Ok. selamat membuat visa!

Monday, March 11, 2013

Kim Tak Gu wannabe

Siapa pernah tengok drama korea Bread, Love and Dreams yang pernah ditayangkan di channel 391?  Kisah seorang lelaki bernama Kim Tak Gu yang suka buat roti dan sangat gigih dengan cita-citanya untuk jadi pembuat roti. Tu rumusan drama tu aje, kalau nak tau cerita penuh kena tengok sendirilah ye drama tu. 
Ok, kisahnya hujung minggu lepas, kebetulan takde buat apa kat rumah, jadi saya ambil kesempatan 'masa percuma di hujung minggu' ke kelas membuat roti. Haha. Kelas separuh hari aja. 9am - 2pm, bayar RM20 dapat belajar 3 jenis roti. Memang berbaloi-baloi. Lagi puas hati bila tengok roti yang dibuat sendiri menjadi. Lepas ni bolehlah buat roti sendiri kat rumah. Haha. Kepada sesiapa yang ada kelapangan masa, terutamanya kepada suri rumah tangga yang nak isi masa lapang nak isi masa terluang bolehlah riki-riki kelas separuh masa yang ditawarkan di mana-mana Kolej Komuniti seluruh Malaysia. Isi aje borang online, nanti sehari sebelum kelas bermula kita akan dimaklumkan menerusi SMS. 

Sunday, March 03, 2013

CATATAN HAJI (8) : Suasana di sekitar Masjidil Haram (entry bergambar)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a ketanya : Rasulullah s.a.w pernah ditanya : 
"Apakah amalan yang paling utama?" Baginda s.a.w bersabda : "Beriman kepada Allah s.w.t." Sahabat bertanya lagi : "Kemudian apa?" Rasulullah s.a.w bersabda : "Jihad pada jalan Allah s.a.w iaitu berjuang pada jalan Allah s.w.t" dan sahabat bertanya lagi : "Kemudian apa?" Rasulullah s.a.w bersabda : "Haji Mabrur iaitu ibadat Haji yang diterima".

Kali ni kita serahkan pada gambar untuk bercerita....

 Subuh yang hening di dataran Masjidil Haram - macam-macam ragam manusia kita boleh tengok.

Biasanya untuk masuk ke dalam masjid, saya akan melalui jejantas yang melintasi kawasan saie. Untuk masuk ke dalam masjid banyak pintu sebenarnya (maaf, saya lupa ada berapa buah pintu di masjidil haram).

Suasana dalam masjid - terang benderang dengan lampu. Nyaman walaupun tiada aircond.

 Suasana di dalam masjid, aktiviti bebas jemaah sementara menunggu waktu solat.
Gambar kiri : Tekun makcik ni mengaji quran. Selamba aje dia duduk atas rak kasut. hehe
Gambar Kanan : Ruangan solat wanita. Sewaktu musim haji, semua partition (rak meletak al-quran) yang bertujuan untuk mengasingkan jemaah lelaki dan perempuan sudah dicabut sementara. Rasanya ia bertujuan untuk memberi lebih ruang pada jemaah. Tiang yang ada al-quran tu sahaja yang bertindak memisahkan jemaah lelaki dengan perempuan.

 Pandangan dari atas : Lepas solat Zohor, teringin nak naik atas pulak. Kami naik tangga untuk ke tingkat 2. Bekas berwarna coklat cerah yang mengelilingi tiang itulah bekas air zam-zam. Ada sejuk, ada juga panas... dua-dua sedap! Minumlah sebanyak mana yang kita mahu. Selain air zam-zam dalam bekas tersebut, kita boleh juga minum/berwuduk di paip zam-zam yang terdapat di belakang.

 Kerja-kerja pembesaran masjid tetap berjalan seperti biasa walaupun sudah tiba musim haji. Lepas dah siap betul-betul nanti bertambah besarlah Masjidil Haram.

Pandangan dari tingkat 2 : Lepas asar biasanya saya akan duduk termenung memandang Kaabah. Untuk dapatkan gambar yang clear, saya menyelit masuk di tempat tawaf (di tingkat 2). Sepatutnya tak boleh berada kawasan ini sebab ini merupakan laluan khas untuk orang yang melakukan tawaf menggunakan kerusi roda/basikal bermotor, tapi memandangkan saya ni tak besar mana... bolehlah menyelit tanpa mengganggu jemaah yang sedang melakukan tawaf. heheh.

Zoom sikit : Rupa kaabah sebelum wukuf. Penuh dengan umat manusia! Sekali pandang macam tak ada ruang untuk kita mencelah kan? Tapi... kalau sudah sampai di situ, InsyaAllah mesti akan ada ruang untuk kita. Kuasa Allah.... Nanti saya tunjukkan gambar selepas wukuf, boleh tengok beza rupa kaabah sebelum dan selepas wukuf. 'Corong kecil' warna keemasan tu ialah saluran emas. Tujuannya ialah tempat laluan air hujan. Ini salah satu tempat mustajab berdoa. Di bawahnya pula (rangkuman berwarna putih) itulah Hijir Ismail. Ini juga tempat mustajab doa dan ia termasuk dalam kaabah. Jadi kalau nak merasa berada di dalam kaabah, mesti masuk dalam Hijir Ismail ye. Orang berasak-asak di sini. 

Sudah malam : Suasana di tingkat 2. 

Sementara menunggu isyak sekali lagi saya ke sini pergi tengok Kaabah. Kalau solat di tingkat 2 ni, kita tak boleh nampak kaabah direct. Sebab tu lah, sebolehnya saya akan cuba solat di tingkat bawah. Kaabah tidak akan terlepas daripada pandangan mata walau sedetikpun! Kebiasaannya saya selalu duduk di saf yang bertentangan dengan Hijir Ismail. 

Zoom : Kawasan Hijir Ismail sudah lengang, menandakan sudah hampir waktu Isyak. Biasanya setiap kali waktu solat (5 waktu) Hijir Ismail akan ditutup dan akan dibuka semula selepas solat. Bayangkan masa ni dapat peluang berada dalam Hijir Ismail... mesti best gile kan?

Lepas Isyak : orang ramai berduyun-duyun keluar dari masjid untuk pulang. Penuh dan sesak kan? 

Dah.... jom kita balik! Sweet aje pakcik dan makcik ni balik dari masjid siap berpimpin tangan. Alahai... cemburu pun ada!

~ sambung lagi

Friday, March 01, 2013

CATATAN HAJI (7) : Tawaf sunat pertama

"Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan umrah sunat" - (H.R. Attabrani)

11/10/2013 : Khamis

Suasana Kaabah di waktu pagi - sekitar 7.00 pagi. Tak kiralah waktu bilapun, kaabah tetap penuh dengan umat manusia. Masing-masing mengambil peluang untuk beribadat semampu/sebanyak mungkin.
Bangun seawal pagi, bersiap dan berjalan ke masjid seawal jam 3.30 am. Pagi ini saya ke masjid bersama K.aya, tok dan anaknya K.zah. Sementara menanti azan subuh, sempatlah kami bertahajud. Banyak amalan-amalan sunat yang boleh kita lakukan seperti solat sunat taubat, sunat hajat, sunat istiqarah dan juga mengaji al-quran. Semuanya terpulang atas pilihan masing-masing :)

Sudah masuk hari ke-3 di sini. Selepas solat subuh, saya menyuarakan niat hati untuk membuat tawaf sunat. Siapa sangka niat saya disambut baik oleh ketiga-tiga teman sebilik termasuk tok. Bercerita pasal tok, saya kagum gile dengan dia. Usianya jika dibandingkan dengan jemaah lain sudah agak lanjut. Hampir mencecah pertengahan 70-an. Tapi sangat kuat orangnya. Dan semangat diapun kuat tau! Masa saya berkira-kira hendak bertawaf sunat, laju aje dia menyambut pelawaan saya tu.

Jadi selepas solat subuh, selepas memastikan keadaan agak lega (bagi can jemaah lain keluar masjid dulu), kami terus ke tempat permulaan tawaf (di tiang berlampu hijau). Saya pimpin tok, tok dan anaknya jalan beriringan, manakala saya dan K.aya juga beriringan. Kedudukan kami seperti 2 barisan, tok dan anaknya di hadapan dan kami berdua di belakang. Kenapa kedudukan kami begitu? Satunya, memudahkan kami berdua menjaga tok supaya tidak dilanggar jemaah lain. Duanya, membolehkan kami pegang bahu kedua-dua mereka, dan juga memastikan bahu kami ber-4 tetap di sebelah kiri kaabah.

Ternyata itu bukan perkara yang mudah. Walaupan agak berasak-asak tapi akhirnya kami berjaya menyelesaikan tawaf sunat. Alhamdulillah! Selepas tawaf sunat, kami mencari tempat untuk menunaikan solat sunat. Niat hati ingin masuk ke Hijir Ismail, tapi mengenangkan tok yang agak kepenatan, saya batalkan niat itu. Tak mengapa, kalau kita tolong orang kerana Allah, InsyaAllah Allah akan tolong kita dengan cara lain pula. Percayalah! :)

Nasi arab, roti arab dan tandori Makkah

Masing-masing puas hati dapat melakukan tawaf sunat. Dan hampir jam 7.30 pagi kami meninggalkan masjid, berjalan balik ke hotel. Di pertengahan jalan singgah di restoran berhampiran hotel membeli sarapan. Saya pilih nasi arab - 15 riyal/set. Percuma roti arab. Kami makan berdua sebab portion terlalu besar. Seronoknya ketika berada di sini, walaupun datang sendirian tapi saya tidak pernah rasa keseorangan kerana dikelilingi oleh teman-teman yang baik hati terutamanya mahram saya. Sampaikan semua orang menyangka kami berdua adik-beradik (ke mana saya pergi mesti ada K.aya, begitu juga sebaliknya).

Biasanya masa yang ada selepas makan, kami isi dengan menguruskan hal masing-masing. Kalau tidak membasuh basuh, saya ambil waktu untuk rest sekejap. Tidur walaupun hanya sekejap sudah mencukupi. Kalau tak sempat ke masjid awal, solat sunat dhuha di bilik sahaja.


Nasi dan ayam tandori, hidangan makan pagi kami hari ini. Roti arab ni percuma aje. Rasanya agak tawar. Saya tengok orang arab makan roti ni cicah dengan 'labban' (susu masam seperti dadih).

Aduan ke TH lagi

Aircond di bilik saya masih rosak lagi. Masalah yang sama - aircond tak sejuk. Makcik-makcik di bilik sekali lagi mintak saya membuat aduan di pejabat TH. Haishh... segan jugak sebenarnya. Asyik-asyik muka sama aje yang pergi buat aduan. Tapi mengenangkan malam tadi berpeluh-peluh kami ber'sauna', gagahkan jugak ke pejabat TH wlpun sebenarnya saya segan. Seperti biasa aduan saya diambil dan kali ini kami diberi pilihan untuk menginap sementara di bilik lain sementara aircond bilik kami dibaiki. Bilik itu sebenarnya sudah berpenghuni. Tapi penghuninya belum sampai dari Malaysia. Kata penolong pengurus maktab, kami boleh gunakan bilik itu beberapa hari sebelum penghuni asal sampai. Kunci bertukar tangan, tinggal nak pindah atau tak aje...

Sementara membuat aduan, saya ambil peluang bertanya tentang sahabat TH. Sangka saya, ia perlu dipohon, rupa-rupanya pemilihan sahabat TH sesebuah maktab dipilih oleh pengurus maktab. Sengaja saya tinggalkan pesanan menyatakan saya berminat untuk menjadi sahabat TH. Harap-harap adalah peluang menjadi sahabat TH. Kan?

Marathon '4 waktu' di Masjidil Haram

Jam 11.00 pagi kami bersiap-siap untuk ke masjid. Kali ini kami plan untuk stay di masjid sehingga isyak. Jadi kami terpaksa skip lunch. Apa lagi, kami bawak bekal lah. Perut saya ni pulak jenis tak boleh berlapar. Kena ada makanan walaupun setakat sekeping biskut, cukuplah. Saya bawak susu soya, biskut dan choki-choki (bawak bekal 1 kotak besar). Susu soya nanti, bila lapar, bancuh aje dengan air zam-zam dan boleh minum terus. Sangat membantu! Alhamdulillah, kenyang sampai ke petang. Ada juga orang jadikan kurma dan air zam-zam sebagai bekalan. Terpulanglah pada pilihan masing-masing.

4 waktu marathon di masjid tak terasa langsung masa berlalu. Masa terluang diisi dengan sebaiknya. Kalau tak mengaji, atau solat sunat saya ambil peluang duduk di tangga mengadap kaabah. Saja duduk-duduk di tangga. Walaupun sekadar menatap kaabah dan melihat gelagat jemaah yang sedang bersolat atau membuat tawaf, ia sudah cukup membuat hati saya tenang. Nak tahu? Depan kaabah tu ada free wifi tau! Canggih betul Masjidil Haram sekarang ni. Jadi sambil-sambil tatap kaabah, belek telefon, sempat lagi berwhatapps dengan kawan-kawan di Malaya.... Haha.. dunia...dunia..

~ bersambung lagi

Wednesday, February 27, 2013

CATATAN HAJI (6) : Berkampung di Qasr Al-Shouroq

Dari Jabir r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : " Satu sembahyang di masjidku lebih afdal daripada seribu sembahyang di masjid-masjid yang lain, kecuali Masjidil Haram (di Makkah) : dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada seratus ribu sembahyang di masjid-masjid yang lain." - (Imam Ahmad)

Selesai semua urusan di masjid, kami pulang ke hotel. Banyak lagi urusan di bilik yang belum selesai. Sampai malam tadi saya tak fikir panjang, terus tidur. Barang-barang/pakaian semuanya masih dalam beg. Masa untuk berkemas apa-apa yang patut. Berkenalan dengan teman-teman sebilik pun tak sempat.   

Sepanjang berada di Kota Makkah, Hotel Qasr Al-Shouroq menjadi tempat kami berteduh. Hotel yang menempatkan hampir 2,500 orang jemaah Maktab 91 yang terdiri daripada beberapa KT (penerbangan) termasuk KT80. Tinggal di sini dah rasa macam berada di kampung sendiri dah. Sebabnya, kebanyakan penghuni Maktab 91 terdiri daripada orang pantai timur (antaranya KT80 dan KT48). Papepun ada pro and cons... Kebaikannya, saya bertemu hampir kesemua saudara-mara/ kawan-kawan sekolah yang sama-sama mengerjakan haji pada tahun itu. Dan kekurangannya sebaliknya la kan?
Pintu masuk ke Maktab 91 di Hotel Qasr Al-Shouroq
Penghuni bilik 912

Bilik saya terletak di aras 9. Bilik 912, memuatkan 8 orang penghuni. Di dalamnya terdapat kemudahan asas seperti bilik air, mini pantry, peti ais, dan TV. Setiap jemaah akan mendapat kemudahan katil bersaiz single queen, almari pakaian dan juga almari kecil. Saya kira ia cukup 'mewah' dan sangat selesa.   Balik ke bilik, hari kedua barulah saya berpeluang berkenalan dengan penghuni bilik 912 yang semuanya berasal dari Terengganu. Haha. Terengganu lagi! Saya dapat 1 nenek, 1 makcik, 1 kakak dan 4 mak! Paling seronok semuanya berstatus 'solo' (tapi kat Makkah je la..). Jadi merekalah keluarga saya sekarang. Biasanya setiap penghuni di tempatkan di bilik yang berhampiran dengan mahram/muhrim masing-masing. Contohnya, K.aya mahram saya, tok (nenek) mahramnya adalah anak perempuannya, K.zah, K.zan dan K.yah mahram bersama (mereka berdua kawan baik) dan makcik dengan mahramnya makteh (mereka jiran sekampung).

Bilik 'sauna'

Malam pertama di bilik 912, saya dapat rasakan ada yang tak kena dengan aircond di bilik itu. Semacam tak berfungsi. Tapi dek kerana kepenatan saya layankan aje mata. Mujur di bilik itu ada kipas. Jadi kami buka kipas dan tingkap untuk dapatkan udara dari luar. Hari kedua, kesian melihat mak-mak di bilik kepanasan, saya buat report kerosakan aircond di pejabat maktab. Kata penolong pengurus, dia akan minta petugas hotel periksa dan baiki kerosakan tersebut. Ok, settle satu tugas.

Malam kedua di bilik 'sauna' lebih menguji kesabaran kami, suhu sejuk diluar terasa amat panas dan agak merimaskan. Tapi mujur teman-teman sebilik masih bersabar. Walaupun kerosakan sudah dibaiki, aircond tetap tidak berfungsi dengan baik. Itu cara Allah nak menguji kesabaran kami kan? Sabar... esok saya pergi buat aduan lagi :)

Waktu makan - lunch/dinner


Bagi jemaah muassasah, pihak TH menyediakan 2 kali makan iaitu untuk lunch dan dinner. Breakfast memang tak disediakan. Jadi jemaah kena beli sendiri. Tapi tak perlu risau sebab kedai makan/cafe/restoran merata-rata, pilih aje menu apa yang berkenan di hati. Janji kena pada tekak, telan aje. hehe. Untuk makan tengahari dan malam, semua makanan akan dipackkan macam gambar kat bawah tu. Jadi setiap jemaah akan diberikan satu pack makanan beserta air mineral dan buah-buahan. Kira mudah, tak perlu berebut-rebut. Catering pula dilantik oleh TH yang terdiri daripada chef Malaysia. (nanti saya ceritakan kisah lawatan saya ke catering TH dalam entry yang lain).

Verdict makanan? Erm..   banyak komen yang saya dengar menyatakan makanan yang disediakan kurang sedap (kurang masin, kurang manis dan agak tawar), tapi semua menu dan rasa yang disediakan mengikut spec yang ditetapkan oleh dietician. Bagi saya dah ok dah. Ada sambal bilis/serunding makan dengan nasi kosong pun dah kenyang sampai ke pagi. ^_^
Ini pek makanan saya. Biasanya satu menu lengkap dengan 2 lauk dan sayur.
Waktu solat di Makkah

Berbanding Malaysia, waktu solat di Makkah sedikit berbeza. Kalau di Malaysia, pukul 4.47 am kita bangun untuk membuat qiammullai, di Makkah saat ini sudah masuk waktu solat Subuh. Ketika musim haji waktu itu waktu solat di Makkah lebih kurang begini :

Subuh - 4.47 am
Zuhur - 12.13 pm
Asar - 3.37 pm
Maghrib - 6.14 pm dan
Isha' - 7.44 pm

waktu-waktu ini berubah hanya beberapa minit sepanjang saya berada di Makkah.

Rutin harian

Di sini rutian harian bermula seawal jam 3.00pg. Memandangkan ahli bilik saya agak ramai, jadi saya mengambil jalan untuk bangun awal. Jadi tak perlulah menunggu lama untuk ke bilik air kan? Kemudian saya dan K.aya sama-sama ke masjid. Kadang-kadang makcik, tok dan K.zah mengikut kami sama-sama ke masjid. Selepas solat subuh, biasanya saya mengambil peluang bertawaf sunat atau terus pulang ke hotel dan singgah membeli sarapan. Kemudian tido sekejap dan bangun untuk ke masjid untuk dhuha dan langsung solat zohor. Selepas zohor berjalan balik ke hotel untuk makan tengahari dan rehat sekejap. Manakala saya akan terus berada di masjid dari asar hingga ke isyak. Biasanya itulah rutin harian saya ketika di Makkah. Kalau di kira jarak perjalanan dari hotel ke masjid memang agak jauh, tapi lama kelamaan ia menjadi kebiasaan kami di sana.

~ bersambung lagi