Followers

Friday, July 26, 2013

Mahnaz Food, Shah Alam

Rasanya ramai orang dah tahu tentang tempat ini yang menjual pelbagai barang-barang makanan/minuman, kosmetik dan macam-macam lagi dari negara-negara Timur Tengah dengan harga borong. Sebenarnya takdelah murah mana kalau kita beli dalam kuantiti yang sedikit, tapi kalau beli borong memang berbaloi. Jadi selepas ni, kalau sesiapa yang ke Makkah/Madinah, agak-agak terlebih muatan barang dan tak cukup kurma/kismis/buah tin dll atau air zam-zam boleh saja ke sini.

Weekend lepas, sempat ke sini, saje nak habiskan duit kat sini. Haha. Kekononnya nak cari jus dan kekacang. Memang banyak jus yang ada, mostly barang dari turkey, tapi sayangnya tak ada jus-jus yang saya suka dan minum masakat Makkah dan Madinah dulu. Haishh. kalau terkenang kemanisan dan sedapnya jus-jus di sana, boleh kurus puasa dibuatnya.

Layan sajalah gambar yang tak seberapa hasil dari kamera hp murah. huahua.
Mahnaz Food - kilang merangkap tempat menjual sekali, dibuka 9.00am-10.00pm setiap hari.
Jenis-jenis kekacang - harga satu bekas lebih kurang RM25-35
Ini pulak bekas kecik - harga dalam RM10-20 mengikut jenis kacang
Buah-buah kering - harga satu bekas ikut jenis buah RM10-15)
Ini pulak coklat - sama aje yang kita beli kat Makkah dan Madinah. Boleh pilih mana yang berkenan di hati
Macam-macam jenis kurma. Kurma ajwa/nabi harga RM50/500gm, tapi kalau beli dalam kuantiti yang banyak boleh dapat lagi murah.
Coklat-coklat ini kebanyakkan dari Turkey. Yang mich tu sedap jugak, rasa apricot tapi sangat manis!!
Ini pulak jenis-jenis jus. Boleh pilih yang bersoda atau jus asli dalam kotak. Harga berpatutan. Kalau beli banyak lagi murah
Hasil tuaian. Jus tu saya beli 1 dozen, 12 kotak jatuh harga RM3.50 sekotak. Kalu beli 1 kotak je harga RM5.00.

So, kalau ada sesiapa yang nak ke sini, senang aje, ikut jalan Batu 3 Lama, jumpa traffic light, masuk kanan, masuk area-area kawasan kilang dari jauh akan nampak bangunan Mahnaz tu di sebelah kiri. Tak pun boleh rujuk alama seperti di bawah :

No. 8 TP 7/5, Sime UEP Industrial Park, 40400, Shah Alam, Selangor, Malaysia
(Off Jalan Batu Lama, Behind Sekolah Menengah Teknik Shah Alam, Batu Tiga,
Sec 16)
Tel: (603) 5191 7402 / 3
Fax: (603) 5192 7404
Email: g2279373@yahoo.com
Website: www.mahnazfood.my


Tuesday, July 16, 2013

CATATAN HAJI (15) : Suasana sekitar Masjidil Haram seminggu sebelum wukuf - entry bergambar

* Takziah buat kawan sediploma saya di UPMT, Ahmad Hazrul atas kehilangan isteri dan anak bongsu akinat kemalangan beberapa hari lepas. Moga beliau tabah dengan ujian-Nya dan sama-sama kita doakan beliau cepat sembuh kerana khabarnya kecederaan yang dihadapinya dari kemalangan tempoh hari agak parah. Innalillah & Al-Fatihah....

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

* bersambung dari entry lepas.


Dari Abdullah bi Adi Bin Hamra radhiyallahuanhu, dia berkata : "saya melihat Rasulullah SAW berdiri di Hazwarah (salah satu daerah di Makkah), lalu beliau bersabda : demi Allah, sesungguhnya engkau sebaaik-baik bumi Allah, dan negeri Allah yang paling dicintai Allah, kalau bukan lantaran aku dikeluarkan darimu, nescaya aku tidak keluar." - (HR Tirmdizi)

Dah 3 hari tekak saya sakit. Batuk makin melarat. Cuaca kering dan panas menyebabkan tekak makin kering dan batuk makin menjadi-jadi. Bertabahlah ye, berada di Tanah Haram beginilah ujiannya. K.aya dengan baik hati setiap hari balik dari masjid mesti bawak balik air zam-zam untuk saya. Thanks sis!

Hari ini, hampir waktu asar seperti biasa saya menghantar tok dan makcik ke Masjidil Haram. Kebetulan dah ada geng, jadi panjanglah sikit langkahnya. hiks. Lepas hantar mereka, saya ajak K.zah jalan-jalan sekitar Masjidil Haram. Teringin nak lihat suasana Kota Mekah di sebelah jam besar pulak. Maklumlah Maktab 91 terletak di sebelah Bukit Marwah, jadi kalau saja-saja nak jalan-jalan di sebelah area jam besar memang tak la jawabnya. Jadi bila berkesempatan, saya ambil peluang yang ada untuk tengok sendiri dengan mata kasar apa yang ada di sini. Khabarnya di sini terdapat hotel-hotel mewah, ada shopping complex yang tak terdapat di sekitar penginapan saya dan tak kurang juga restoran dan kedai makan yang mewah dan besar. Memang betul seperti yang dikhabarkan! Di sini bangunannya lebih tinggi dan moden, pasaraya juga besar dan kedai-kedaipun banyak. Kalau orang yang suka shopping mesti dah rambang mata! Semua nampak cantik. Tapi untuk orang yang tak berapa nak pandai shopping macam saya ni, saya jamu mata sajalah. Saya nak selesaikan 'kerja wajib' dulu, lepas tu barulah kita fikirkan nak shopping apa nanti. Lagipun panjang lagi tempoh berada di sini. Sabar... sabar...

Untuk ke sini, kami berjalan menyusuri Masjidil Haram, ketika itu dah hampir waktu Asar. Azan sudah berkumandang dari dalam masjid dan ketika itu kelihatan seperti Kota Mekah dibanjiri lautan manusia. Pelbagai bangsa dan warna kulit, semuanya berjalan untuk satu tujuan - ke Masjidil Haram. Kami berdua yang jalan bertentang arus terpaksa memberi laluan kepada mereka yang terlalu ramai. Bimbang kalau kami redah juga, silap-silap haribulan kami yang dirempuh mereka.

Waktu Asar ke Maghrib di sini agak singkat, jadi kurang 5 minit selepas azan, kedengar bilal mengalunkan iqamah. Apa lagi, makin sesak jalan-jalan dengan manusia. Kedai-kedai di sekitar kebanyakan sudah ditutup. Mujur kami berjaya jalan hingga ke kaki 5 bangunan. Dari jauh kedengaran suara imam mengangkat takbir. Dan keadaan di luar Masjidil Haram makin sesak. Masing-masing dengan sejadah di tangan bersedia untuk membentuk saf. Di jalan, di kaki lima, di kawasan lapang mahupun di tapak pembinaan berhampiran Masjidil Haram dipenuhi orang. Semuanya membentuk saf. Lurus dan sempurna. Melihat suasana itu saya mengucap panjang! Inilah agama yang sebaik-baik agama! Sayu, terharu, speechless semuanya ada! Selama ini, saya 'selesa' bersolat di dalam masjid. Langsung tak terfikir keadaan jemaah yang tidak sempat untuk sampai dan bersolat di dalam masjid. Rupa-rupanya ini keadaannya....

Mereka bentangkan sejadah di kaki 5 dan membentuk saf dan solat di sini.
Ruang koridor kedai, jalan dan kawasan lain dipenuhi dengan lautan manusia. Semuanya menunaikan solat dan berimamkan imam dari Masjidil Haram.
Cuba tengok, apa yang 'lain' tentang kedua-dua gambar ini. Gambar 1, ketika duduk di antara 2 sujud, sedap je makcik tu minum air dan gambar 2 selepas naik ke rakaat seterusnya elok aje dia sambung solat. hihi. - ini mazhab apa ye? Di sini kita akan tengok bermacam-macam cara solat dan amalan 'yang pelik' pada pandangan kita. Tapi itulah istimewanya berada di Kota Makkah, di sini pelbagai mazhab dan ikutan kita akan jumpa. Dan kita pula kena selalu berlapang hati dan positif dengan mereka. Jangan ikut ye macam ni - mengikut mazhab Syafie makan dan minum di dalam solat akan membatalkan solat. 

Selepas selesai solat Asar, keadaan kembali seperti biasa. Kedai-kedai yang ditutup sebentar tadi dibuka dan semua urusan dan kegiatan harian berlaku seperti biasa. Kami berdua teruskan perjalanan. Berjalan memasuki satu shopping complex yang di dalamnya terdapat bermacam-macam kedai.

Kedai jual baju, beg, jubah semua ada! Jual mak dan ayah je tak ada kat sini. hehe
Dah penat menjamu mata kami menuruni escalator dan keluar dari bangunan untuk berjalan balik ke hotel kami.

Apa hasil belian yang kami dapat? Tak ada apa-apa. Cuci mata je. Dah, jom kita balik....

Memasuki kawasan Masjidil Haram dari pintu sebelah Bukit Safa (dari Kota) : Bangunan berwarna hijau yang ada 2 tower itu adalah sebahagian daripada Masjidil Haram. Di sebelah itu pula, tak silap saya hotel. Haa... inilah baru hotel mewah. Keluar pintu hotel terus masuk ke Masjidil Haram. Agak-agak mampu tak kita nak duduk hotel macam tu eh??
Jom ikut pakcik tu : ruang pejalan kaki di antara Masjidil Haram dan tembok. Tembok atas tu letaknya istana raja Arab.

Sebahagian binaan Masjidil Haram : cantik betul ukiran dan corak dinding masjid. Belum masuk dalam lagi tu kan? Gambar 4 pula ialah menara jam besar di sebalik kota. 

Dataran masjid : Dataran dipenuhi oleh lautan manusia. Suasana macam ni mungkin boleh dilihat semasa musim haji atau bulan Ramadhan je kot. Sebab ketika saya datang umrah setahun sebelum itu, masa tu dataran ni tak sepadat ini - kalau nak berlari-lari atau bergolek-golek tu boleh lagi la orang kata.
Sebahagian daripada jemaah haji : Masing-masing dengan aktiviti masing-masing. Ada yang khatam al-quran, ada yang tidur, ada yang makan dan macam-macam gelagat lagi. Err... jangan dicari di mana jemaah Malaysia ye, sebab kebanyakan jemaah kita berada di dalam masjid ^_^ 
Lena anak kecil ni tidur - saya takut-takut sebenarnya ambil gambar ni. Main tekan aje camera kecik saya tu. Haha.
Macam nilah suasana seminggu sebelum waktu wukuf. Di mana-mana Kota Makkah penuh dengan manusia.
Lautan manusia. Ini baru keadaan di luar masjid, cuba bayangkan keadaan di dalam masjid dan di depan Kaabah. Kalau dalam masjid, dari ruang bawah tanah, tingkat 1, tingkat 2 sampai ke rooftop semuanya penuh dengan orang!!!
Leka pakcik ni tengok gelagat manusia - nasib baik pakcik ni tak lekuk kepala saya masa snap gambar dia. Bukan 1 gambar saya snap, banyak tu. hahaha
Dataran sebelum Bukit Marwah : hanya bertar, tapi tempat ini juga penuh sesak dengan manusia.
Terowong jalan raya, kalau lepas melontar jamrah di Mina, berjalan dari sempadan Mina - Makkah, akan tembus melalui  terowong tu. Bangunan putih pula ialah perpustakaan. Ada 'cakap-cakap' yang menyatakan di tapak perpustaan itu merupakan tempat kelahiran Rasulullah SAW. Tapi tiada dalil yang tepat mengesahkan hal tersebut. Ada sesetengah jemaah yang ekstrem, siap berdoa dan sujud di situ, tapi jangan ye kawan-kawan. Itu bukan sunnah dan ajaran nabi kita. Nabi kita tak suruh kita cari di mana tempat baginda dilahirkan, baginda mintak kita ikut ajaran dan sunnahnya saja.
Berjalan balik ke hotel, berselisih dengan jemaah-jemaah yang nak ke masjid menunaikan solat Maghrib.
Salah satu bangunan di sana ialah bangunan hotel tempat saya menginap. Sekarang semua bangunan tu dah roboh agaknya...

bersambung

Monday, July 15, 2013

Souvenir dari sifu

Tadi baru balik jumpa sifu di UKM dan dalam yang sama menuntut FM darinya. Agak-agak ada tak 'anak murid' muka tak malu macam saya mintak FM dengan lecturer? Haha. Kisahnya saya terbaca status beliau di FB, "awaiting JAL Flight to OKINAWA at HANEDA Airport" dan saya dengan muka tak malu balas "prof, jangan lupa FM untuk saya se'!" Tak disangka-sangka lepas seminggu sifu saya tu call suruh datang ambil FM. Thanks prof!! - senyum sampai ke telinga!!! FM dah dapat... lepas ni nak kompol duitlah pergi ke negara matahari terbit pulak. hehe.

* se' = satu (bahasa Ganu)

Friday, July 12, 2013

CATATAN HAJI (14) : Sahabat TH dan bilik baru!

Happy birthday to me. Alhamdulillah masih dikurniakan nikmat bernafas dan menikmati hidup di bumi ini sehingga hari ni seadanya...

Istimewanya hari lahir tahun ini ialah jatuh pada bulan Ramadhan. Hakikatnya kalau ikut bulan Islam, bulan kelahiran saya ialah Sya'ban - beberapa hari saja lagi nak masuk bulan puasa. Dan disebabkan itu mak saya kena ganti puasa 1 bulan! Hoho. Sebab tu la tiap kali masuk Ramadhan, mak saya kata "bila masuk bulan puasa je, mak mesti teringat mak kena ganti puasa 1 bulan dulu, 2 kali berturut-turut tu!" - adik saya pulak lahir bulan Ramadhan. Itulah salah satu pengorbanan seorang ibu kan? Dahlah kami adik beradik semuanya membesar dengan susu mak, 24 months breast feeding! Bayangkan macamana keadaan mak saya nak gantikan puasa dan menyusu kami. Hebat betul mak saya ni! Apapun terima kasih mak kerana lahirkan K.nur! (walaupun saya tahu Pn. Fatimah tak baca blog. haha)

Pagi ni pulak, masuk opis, dapat hadiah HB. Alahai, terus terasa muda belia balik. Maklumlah dah tua-tuapun dapat hadiah lagi. Apapun, thanks Li Tian for the cute present! Sangat comel!

Dan terima kasih juga kat beberapa kawan yang masih ingatkan hari ni birthday saya - saya x letak tarikh lahir pada FB saya. huhu. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dah panjang pulak meleret, jom kita sambung catatan haji untuk hari ke 7 pulak.

Dari Anas r.a katanya : "Rasulullah S.A.W bersabda : "Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah taala mendengar dan mengabulkan). Jangan kami berdoa dengan kalimah : "Ya Allah, jika Engkau mahu, berilah aku!" Kerana sesungguhnya Allah Taala tidak dipaksa memenuhi sesuatu doa."

Al-Ma'thurat doa penenang hati.

Pagi itu, walaupun tak solat saya bangun awal seperti biasa. Dah terbiasa bangun awal. Nak buat apa pagi-pagi ni? Solat tak boleh, mengajipun tak boleh, jadi kita perbanyakkan zikir dan selawat ke atas Rasulullah. Selain tu, saya baca doa Al-Ma'thurat - ia satu doa penenang hati yang berkesan. Samada selepas solat subuh atau asar. Saya juga dah dapatkan pencerahan dari ustaz, bolehkah saya membacanya sewaktu uzur? Kata ustaz, jika ia menjadi amalan kita, ia sudah dikira doa dan bacalah ia sebagai doa. (Semasa di Tok Jiring, Al-Ma'thurat menjadi bacaan amalan kami setiap kali selepas solat asar - dulu masa baca Al-Ma'thurat, saya selalu curi-curi atau sengaja tido, tapi sekarang bila membacanya saya mesti terkenang pada suasana ketika di asrama dulu. 5 tahun tu, bukan sekejap!).

Al-Ma'thurat ini ialah himpunan ayat-ayat Quran dan zikir harian. Kalau sesiapa masih ingat, ayat-ayat Quran di dalam Al-Ma'thurat ialah ayat-ayat yang kena hafal untuk ujian KAFA, tingkatan 3 kot (zaman saya). Jadi satu kelebihan untuk diamalkan oleh budak sekolah - dapat 2 faedah dalam 1. hiks.

Salah satu maksud himpunan ayat yang terdapat dalam Al-Ma'thurat ialah surah Al-Baqarah. Kalau kita hayati maksud ayat tersebut, kalau hati tengah bersedih, mesti hati akan sedikit terubat. Kan?

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebaikan) yang diusahakannya dan mendapat siksa (dan kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa) : "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkau Penolong kami, maka tolonglah kami terhadao kaum yang kafir." (Al-Baqarah : 284-286)

Operasi mendobi 

Bercakap pasal mendobi, ada juga orang berpengalaman yang pernah pergi haji kata.. tak payah susah-susah nak basuh baju, hantar saja dobi. Pada saya tak susah manapun basuh baju ni. Pakai hari ni, kita basuh hari ni. Barulah tak membebankan. Kecuali kalau kita perap baju sampai satu bakul, memanglah penat nak basuh semua. Tambahan pulak, upah dobi kat sini boleh tahan lumayan. Harga dikira ikut bilangan dan jenis baju dan bukan timbang macam di Malaya. Kalau sehelai baju harga 5 riyal, bayangkan kalau kita ada 10 pasang baju = 10 x 2 x 5 tak ke kena charge 100 riyal? Dah boleh dapat 2kg kurma ajwa! Jadi lebih praktikal basuh sendiri. hehe.

Di maktab 91, tempat menjemur baju adalah di rooftop hotel. Ada beberapa kali jugak saya naik ke sini. Biasanya kalau basuh towel, telekung dan pakaian yang tebal saya akan jemur di sini. Cepat kering. Jemur tak sampai 2 jam dah kering!

Tali tu jemaah yang buat sendiri, sayapun tumpang jemur sekali. Gambar sebelah ialah pemandangan bandar Makkah dari atas. Rasanya semua bangunan-bangunan ini dah roboh sekarang sebab lepas musim haji tu semua bangunan kena roboh untuk projek pembinaan stesen LRT di situ.

Balik baru di 2-220 dan tetamu baru


Pagi itu, lepas mendobi, sekali lagi saya ke pejabat TH. Selepas beberapa hari menanti, akhirnya kami semua dapat pindah ke bilik baru. Alhamdulillah! Dapat kunci dan kami terus pindah time tu jugak dari tingkat 9 ke tingkat 2. Bilik kami dipanggil bilik 'shurqha' - ada 2 bilik dalam 1 bilik iaitu bilik 1 ada 5 katil dan bilik 2 ada 3 katil. Bilik air dan pantry di luar bilik (tapi masih di dalam bilik). Specialnya bilik ini ialah setiap bilik ada TV dan peti sejuk. Memang sangat selesa dan besar. 

Yang lebih mengharukan makcik-makcik ni baik hati, bagi saya dan K.aya duduk di bilik 2-220 (3 katil) yang sangat besar dan luas. Keluasannya, cukup kalau kami nak berjemaah 8 orang sekaligus dalam bilik dan biasanya kami akan makan beramai-ramai di sini bilik ini juga. Dan roommate saya yang seorang lagi ialah arwah makcik. 

Ketika kami hendak berpindah di bilik baru, seorang jemaah dari KT yang sama (jemaah KT80 ditempatkan di bilik di tingkat 8 & 9), ingin turut sama ikut kami semua. Katanya dia kurang selesa dengan rakan sebiliknya - tak mesra dan sombong. Kebetulan bilik kami semua agak besar, jadi masing-masing mengalu-alukan kedatangan 'tetamu baru' kami walaupun pada awalnya ada juga antara mereka yang bersuara kurang selesa. Maklumlah 1 bilik terpaksa dikongsi oleh 9 orang penghuni dalam satu masa, mestilah terpaksa menunggu lama kan? Tapi, lama-lama dah terbiasa dah dan hubungan kami sebilik sangat rapat macam keluarga!

Bilik baru yang besar dan selesa. Cadar dan selimut boleh tukar, tapi kena pasang sendiri ye. Layan diri...

SMS pertama dari Mak


Biasanya kalau di Malaya, kalau rindu mak saya call terus - kami guna family plan 1 + 5 jadi semua panggilan adalah PERCUMA! Tapi di sini kalau nak telefon mak setiap hari mesti tak mampu. Nak berSMS dengan mak, tapi mak selalu kata dia malas dan tak pandai nak menaip SMS. Tapi ajaibnya ketika di Makkah, saya menerima SMS dari mak! Dan SMS pertama dari mak berbunyi, rindu punya pasal, mak mintak adik ajar mak macamana nak SMS. Ketawa besar saya! Saya balas, mak, baru 7 hari dah rindu? - saja nak usik mak. haha. Dan sejak mak pandai berSMS, boleh dikatakan setiap hari kami berSMS. Mengalahkan orang bercinta. haha

Whatapps and WIFI?


Ketika bosan berada di bilik baru, hati saya terdetik, kalau ada WIFI kan best, boleh whatapps kawan-kawan di Malaya. Sekejappun jadilah. Doa di Tanah Haram Allah akan makbulkan! Di bilik baru saya dapat WIFI free! Memang betul-betul sekejap! Hampir 3 hari saya nikmati WIFI free dan lepas tu dah tak dapat dah. Jadi sempatlah saya bertanya khabar pada kawan-kawan di Malaya. Masa tu seronok bukan main! - duniawi sungguh kan? Dalam nak buat kerja haji sempat lagi berwhatapps! Nipis sungguh iman... huhu

Sahabat TH

Sahabat TH? Macam mana nak apply? Apa peranan sahabat TH? Mesti ada yang tertanya-tanya kan? Info tentang sahabat TH saya dapat semasa menghadiri kursus Intensif Haji di Masjid Negara, KL. Kata salah seorang pegawai TH, kalau ada jemaah haji yang berminat untuk menjadi sahabat TH bolehlah apply bila dah sampai ke Makkah nanti. Jadi, kata-kata pegawai TH itu saya pegang dan bila sampai di Makkah, saya ke pejabat TH bertanyakan hal tersebut kepada pegawai di sini. Katanya, semua sahabat TH dipilih secara rawak oleh pengurus maktab. Cehhhh... Tapi, dengan muka tak malu saya katakan saya berminat nak jadi sahabat TH. Tak sangka dapat jugak jadi sahabat TH. 

Taklimat pertama hari tu sekadar pendaftaran bagi sahabat saja. Sesi suai kenal akan diadakan pada 18/10/2013, 3 hari lagi. Tapi sebelum itu kami semua dah mendapat tugas - sediakan sticker (3 keping sticker setiap seorang jemaah) dan riben (juga 3 helai setiap seorang jemaah mengikut warna yang ditetapkan). Siap sediakan sticker dan riben kena bahagikan pada setiap jemaah pulak. Tugasan kami nampak senang, tapi bayangkan 20 orang ditugaskan untuk siapkan semua ini untuk hampir 5,000 orang jemaah di maktab 91, saya kira berat juga tanggungjawab itu kan? Tapi, bila semua itu dilakukan secara berjemaah, semuanya jadi ringan. hehe.

Selain daripada itu, tugas utama sahabat TH ialah untuk membantu jemaah semasa operasi mas'yaier seperti iring jemaah semasa bertolak ke Arafah, bantu jemaah di Afarah, Muzdalifah dan Mina kalau ada yang perlukan bantuan.

Hari yang padat dengan macam-macam aktiviti. Tapi berada di tanah suci tak terasa masa berlalu...

~ bersambung

Thursday, July 11, 2013

CATATAN HAJI (13) : Hari ke-6 di Tanah Haram

Dari Aisyah r.a katanya: "Kami pergi bersama-sama nabi s.a.w, tiada niat kami selain haji. Setelah kami sampai dekat Sarif) tiba-tiba aku haidh. Ketika nabi s.a.w masuk ke dalam khemahku, didapatinya aku sedang menangis. Lalu beliau bertanya: "Apakah kamu haidh?" Jawabku: "Benar Ya Rasulullah." Sabda beliau : "Haidh adalah perkara yang lumrah bagi puteri-puteri Adam. Kerana itu kerjakanlah apa yang seharusnya dikerjakan oleh orang haji kecuali tawaf di Baitullah sehingga engkau mandi (suci) lebih dahulu." Kata Aisyah: "Kemudian beliau menyembelih lembu untuk korban para isterinya." (HR Muslim)

Bangun pagi, suara hilang. Dah mula batuk-batuk. Mujur tak demam. Tapi tetap gagahkan diri ke masjid. Sempat bertahajud, taubat dan hajat minta Allah mudahkan semua urusan sepanjang berada di tempat suci ini. Hari ni, tak mampu berlama-lama termenung di depan Kaabah. Pinggang sakit dan lenguh. Disebabkan kurang selera, saya hanya beli kebab dan delima untuk sarapan pagi ini. Sedap kebab tu, dagingnya sangat juicy! Delima pulak dah jadi buah kegemaran sepanjang di sini, rasanya tentulah manis!

* Delima, kalau warna isinya merah lembut dan ulasnya besar-besar lagi manis berbanding delima yang berwarna merah terang - warna cantik tak semesti rasanya juga manis kan?


Seperti biasa, lebih kurang pukul 10.00 am kami bersiap untuk ke masjid lagi. Tapi sayangnya saya sudah period. Sedih sebenarnya, tapi itu adalah salah satu doa saya - namapun berada di tanah suci, mintak saja terus Allah bagi cash. Kenapa saya kata ini adalah doa saya? Sebab..

  • Saya berharap berada dalam keadaan 'suci' ketika operasi mas'yaier nanti - ketika di Arafah, Muzdalifah dan Mina.
  • Badan saya terlalu penat - batuk dan sakit pinggang. Jadi saya perlukan 'rehatkan diri' untuk tempuhi dan kerjakan haji dengan semaksimum mungkin.

Jadi 'cuti' yang Allah berikan saya manfaatkan sebaik mungkin...
  • rehat secukupnya - saya paling risau sakit pinggang saya melarat.
  • pergi ke klinik ambil ubat (kat level S hotel je pun)
  • ke pejabat tabung haji membuat aduan aircond (penolong pengurus maktab, asal tengok muka saya, dia dah tahu mesti aircond tak ok lagi)
  • ke kaunter tabung haji membayar dam tamattu' dan korban (kalau waktu biasa, kaunter TH mesti penuh dengan jemaah, jadi tak ada peluang nak selesaikan semua urusan dan berkerjar ke masjid sebab kalau nak ke masjid kena datang awal, sekurang-kurangnya 1 jam awal. Kalau tak nanti takde peluang nak solat dalam masjid atau dekat dengan kaabah)
  • mendobi baju (basuh sendiri je - upah dobi kat Makkah sangat mahal! 1 helai telekung dikenakan charge 15 riyal!)
Walaupun tak berpeluang masuk ke masjidil haram tak bermakna saya hanya duduk di bilik - dah memang jenis tak boleh duduk diam kan? Biasanya makcik-makcik/ tok di bilik saya skip solat Zohor di masjid - waktu Zohor pendek di sini dan perjalanan pergi balik boleh tahan memenatkan. Dan mereka akan ke masjid semula pada waktu Asar. Kesian melihat K.aya yang sendirian membawa tok dan makcik ke masjid, sayapun turut sama ke masjid. Tapi hantar mereka setakat di kawasan Saie' saja. Lepas itu saya akan habiskan masa di bukit Safa' sebab dari bukit saya saya boleh nampak Kaabah. Dan berdoa di Bukit Safa' juga antara tempat-tempat doa yang mustajab tau.

batu di bukit Safa' yang dilindungi oleh cermin - boleh sentuh hujung-hujung saja.

Kesempatan yang ada, saya gunakan dengan membaca tafsir al-quran. Dengar MP3 sambil fahami maksud tafsir dari tafsir yang saya bawak - Itulah... dulu masa sekolah tak nak masuk kelas Quran, sekarang dah tua baru terhegeh-hegeh nak belajar. huhu. Berguna jugak teknologi canggih ni, dengar alunan suara mengaji sheikh yang merdu dan fahami maksudnya mampu buat kita sebak bila maksud ayat dapat difahami. Sempat jugak habiskan satu surah iaitu surah At-Taubah.

Sambil-sambil tu boleh tengok gelagat jemaah yang sedang bersaie'. Macam-macam gelagat ada. Ada yang berlari peluk cermin yang menjadi pelindung batu di bukit Safa', tak kurang jugak yang rela membongkokkan badan demi untuk menyentuh batu tu. Lepas sentuh beberapa kali, mereka sapu ke muka - apa motif saya sendiripun tak tahu. Tapi semua tu buat saya senyum sorang-sorang. Jangan ikut ye, mazhab Syafie tak pernah ajar kita buat macam tu.

Saie' - gambar ini pemandangan dari Bukit Safa' menuju Marwah
Ini pulak suasana di Bukit Marwah. Macam-macam gelagat kita boleh tengok. Siap tidur atas batu tu. Korang mampu? hehe. Batuan di Bukit Marwah terbuka, boleh sentuh dan pijak. Afdalnya  semasa Saie' bila sampai di bukit Marwah, cuba singgah sekejap pada batu di situ. Kalau boleh pijak dan kemudian boleh teruskan pusingan untuk ke Safa pula, jangan lupa lambai pada Kaabah dulu ye. 

Ada lebih kurang 8 hari lagi untuk sampai ke hari wukuf di Arafah. Keadaan di Kota Makkah makin padat dan sesak. Sama juga dengan keadaan di maktab 91. Kalau tak silap saya boleh dikatakan ketika itu hampir ke seluruh bilik hotel sudah penuh dengan penghuni. Jemaah muassasah dari Madinah juga kebanyakkannya sudah sampai di Makkah. Maktab 91 boleh dikatakan terletak di lokasi yang strategik. Tak terlalu dekat dan tak juga terlalu jauh kalau hendak berjalan kaki ke masjidil haram. Depan hotel adalah tempat utama taxi /kereta sapu kalau hendak bermiqat. Restoran/ kedai makanpun dekat. Kalau nak ke pasar pun ada di celah-celah lorong berdekatan hotel. Yang paling penting semua kemudahan asas seperti kaunter TH (untuk ambil duit), klinik, dobi, dan kaunter untuk pos barang ke Malayapun ada tersedia di maktab ini. Pendek kata tak payah susah-susah nak berjalan jauh.

Malam tu lepas Isyak, petugas TH datang ke bilik kami, ingatkan nak selesaikan masalah aircond, tapi rupa-rupa kami berdua (K.aya dan saya) dipanggil menjadi sahabat Tabung Haji! Yeay! Hajat tercapai! Alhamdulillah. Esok kami akan dipanggil untuk taklimat sahabat baru dan akan ada tugasan baru untuk kami semua.

Seronok, tidur sambil tersenyum panjang malam tu... hiks

~ bersambung