Followers

Tuesday, September 10, 2013

CATATAN HAJI (17) : Lawatan Sahabat TH ke dapur TH, Arafah, Muzdalifah dan Mina

Hari ke-9

Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab r.a bahawa beliau telah berkata kepada Rasulullah SAW : "Wahai Rasulullah! Engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu melainkan nyawa yang ada di dalam diriku." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Tidak sempurna iman seseorang sehinggalah aku lebih dicintai daripada dirinya sendiri." Umarpun berkata : "Demi Tuhan yang telah menurunkan al-kitab kepad engkau, sesungguhnya engkau lebih aku kasihi daripada diri aku." Baginda berkata kepada Umar : "Sekarang iman engkau telah sempurna wahai Umar!"


Istimewanya hari ini ialah sebagai salah seorang Sahabat Tabung Haji di Maktab 91, saya bersama-sama K.aya (mahram saya) diberi peluang untuk mengikuti lawatan ke dapur TH (tempat menyediakan makanan untuk semua jemaah di maktab 91) seterusnya ke Arafah, Muzdalifah dan Mina. Saya memang teruja! Mendapat peluang melawat tempat-tempat untuk operasi Mas'yaier sekaligus dapat melihat keadaan beberapa hari sebelum operasi bermula semestinya buat saya double excited!

Seawal jam 8.00am, kami sudah berkumpul di lobi hotel. Setelah dipastikan semua sahabat-sahabat sudah ada, kami bergerak ke lobi belakang. Bas sudah sedia menunggu. Bersama-sama kami seperti biasa diketuai oleh pengurus Maktab 91 dan beberapa orang-orang kuat maktab 91. Tempat pertama yang disinggahi ialah Dapur TH - Jawharat Asia

Jawharat Asia - salah satu dapur TH milik salah seorang rakan kongsi TH berbangsa Arab. Modal dimiliki sepenuhnya oleh Tabung Haji. Memandangkan orang luar/syarikat luar daripada Arab tidak boleh mempunyai aset di Tanah Arab, jadi salah satu cara Tabung Haji ialah membuat perjanjian seperti ini. Ini salah satu daripada usaha pihak TH untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada jemaah-jemaah haji Malaysia dengan menyediakan masakan dan tukang masak pun dari Malaysia.
Sebelum masuk ke dapur kami diberi taklimat dulu oleh pengurus dapur. Nak masuk dalam kena pakai face mask. Tangan kena bersih dan ada sebahagian tempat dalam dapur tak dibenarkan ambil gambar. - gile ketat peraturan!
Inilh rupa dapur tempat memasak makanan untuk semua jemaah-jemaah haji. Ketua chef sedang sibuk memasak lauk. 


Menurut pengurus dapur, semua menu yang ditentukan mengikut diet yang telah ditentukan oleh dietition. Sebab itulah semua makanan mostly tak cukup masin dan tak cukup semua rasa sebabnya untuk jaga kesihatan semua jemaah. Maklumlah jemaah-jemaah muassasah majoriti ramai yang berusia dan kebanyakannya paling kurang mesti ada yang mengidap salah satu daripada penyakit 4 sekawan tu (jantung, kencing manis, darah tinggi, buah pinggang), jadi salah satu cara pihak TH menjaga kesihatan jemaah adalah melalui pemakanan harian. Memang tak dinafikan makanan yan disediakan memang agak kurang rasa kalau nak dibandingkan dengan masakan biasa yang dimakan. Dan banyak jugak rungutan-rungutan yang diterima oleh pihak TH. Tapi percayalah apa yang dilakukan oleh pihak TH ada sebab dan musabah tersendiri dan yang pasti sebab tersebut adalah untuk kebaikan semua jemaah.

Selain itu, saya yakin ada hikmah disebaliknya yang kita sendiri tak terfikir. Contohnya, kalaulah makanan yang disediakan terlalu sedap, sudah tentu semua jemaah makan dengan jumlah yang banyak, bila dah makan banyak mengantuk pun datang, bila dah mengantuk nak lakukan ibadahpun tak sempurna sebab mata asyik nak tertutup aje. Betul tak?

Keaadan dapur utama. Sangat bersih dan teratur. Yang bestnya semua rempah ratus Malaya ada di sini!
Lepas penat melawat dapur kami dijemput naik ke dewan atas - aktiviti yang ditunggu-tunggu ialah MAKAN! Nasi goreng yang dimasak oleh chef sangat sedap! Tapi pedasnya ya ampun... tak tahan saya. huhu

Lepas dah kenyang, perjalanan diteruskan untuk ke Arafah pulak. Kami akan lihat dimana letaknya kedudukan khemah maktab 91, tengok di mana letaknya tandas, jalan masuk dan jalan keluar bila sampai masanya nanti. Di Arafah, setiap lorong antara khemah-khemah jemaah diberi nama untuk memudahkan jemaah. Lorong-lorong diberi nama berdasarkan nama PERABOT seperti almari, meja, kerusi dll. Itu nama lorong untuk maktab 91, kalau maktab lain, lain pulak nama lorongnya. hiks

Sepanjang perjalanan - dari jauh dah kelihatan khemah yang dibina, persiapan untuk musim haji
Papan tanda menunjukkan sempadan Arafah

Khemah yang baru dipasang, tapi belum siap sepenuhnya. Dinding khemah dan karpet masih belum dipasang.
Keadaan dalam khemah yang siap dipasang. Satu karpet akan memuatkan 6-8 orang jemaah. Disebabkan jemaah akan bermalam di Arafah hanya untuk satu malam, keadaan khemahpun sesuai untuk 1 malam penginapan. Oklah kan? Ada jugak tempat untuk berteduh :)
Dapur di Arafah - di sini semua urusan memasak diuruskan oleh tukang masak yang telah diupah oleh kerajaan Arab Saudi. Jadi bolehlah rasa masakan Arab macamana rasanya kan? 
Pengurus maktab sedang menunjukkan kedudukan semua khemah bagi jemaah 91 dan juga sempadan antara khemah dengan maktab-maktab yang lain. 

Selesai di Arafah kami naik bas meninggalkan Arafah dan melalui Muzdalifah untuk lihat di manakan lokasi jemaah-jemah bagi maktab 91 akan mengutip batu untuk melontar jamrah nanti.

Tempat parking bas - bas-bas ini hanya digunakan setahun sekali iaitu hanya pada musim haji.

Lokasi terakhir yang akan kami singgahi ialah Mina. Kami akan berada di sini selama beberapa malam iaitu bermula 10 hingga 13 Zulhijah. Rasanya dalam operasi Mas'yaier ini berada di Mina merupakan cabaran yang terbesar buat kami. Cabaran dari segi melakukan ibadah melontar jamra, kemudahan tempat tinggal, kemudahan bilik air dan yang paling utama cabaran kesabaran diri!

Mina dari kejauhan - masih dalam bas menuju ke maktab 91
Sempadan Mina
Khemah di Mina - khemah di Mina lebih teratur dan sempurna. Setiap khemah dilengkapi dengan aircond dan karpetnya juga lebih besar berbanding Arafah. Setiap karpet memuatkan 8-10 orang jemaah. Khemah di Mina tak sama macam khemah di Arafah, ia memang khemah yang statik, maknanya di pasang siap. Tak macam khemah di Arafah. Di Arafah khemah hanya dipasang 2 minggu menjelang musim haji dan selepas haji, tak sampai 24jam khemah-khemah ini akan dibuka dan disimpan.


Maktab 91 - lokasinya strategik. Terletak dihujung simpang jalan menuju ke terowong pejalan kaki untuk melontar jamrah. 












Terowong pejalan kaki untuk tempat melontar : (kiri) arah pergi ke jamrah, (kanan) arah balik. Jalan pejalan kaki dan terowong ini adalah dikhaskan untuk jemaah Asia Tenggara sahaja. Melalui 2 terowong, kita akan terus ke tingkat 3 di mana terdapat 3 jamrah untuk melontar. 

Hampir setengah hari sesi lawatan sahabat TH ke lokasi-lokasi utama untuk operasi Mas'yaier pun berakhir. Masa untuk kembali ke Kota Makkah.

Friday, September 06, 2013

CATATAN HAJI (16) : Ceramah agama 3 - Ulangkaji Rukun dan Wajib Haji

Baru masuk hari ke-8  *sungguh tak konsistan menulis. huhu

Catatan terus dari buku catatan saya dari kuliah Ustaz Haji Shafiee b. Kasa. Jadi semua nota dalam bentuk point supaya senang dibaca dan difahami diri sendiri :)

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, RasulAllah SAW bersabda : "Haji yang penuh dengan kebaikan (Haji Mabrur) adalah lebih baik dari dunia dan apa yang ada di dalamnya. Haji Mabrur, tidak ada balasan selain dari Syurga" 


Dalam haji ada 3 perkara yang penting :
  1.  Syarat-syarat wajib haji
  2. Rukun haji
  3. Wajib haji
* Lain-lain : Perkara sunat yang berkaitan dengan haji. Perkara sunat jangan diremehkan untuk mendapat haji yang sempurna dan diterima oleh Allah.

Rukun Haji
  • Perkara yang mesti dibuat. Samaada tinggal dengan sengaja / tak sengaja hajinya tidak SAH
  • Kalau buat rukun haji, tapi tak cukup syarat - seolah-olah tak buat haji. 
  • Rukun-rukun haji :
  1. Niat
  2. Wukuf - berhenti di Arafah pada 9 Zulhijah sebelum terbenam matahari - selepas terbit matahari 10 Zulhijah
  3. Tawaf - ada 8 syarat sah tawaf
  4. Saie' - dari Safa ke Marwah sebanyak 7 pusingan
  5. Bergunting & Tahallul - ada 2 iaitu Tahalullul Awal & Tahallul Thani
  6. Tertib pada kebanyakan rukun
         * Rukun haji 1-2 mesti tersusun, tapi bagi 3-5 boleh dilakukan tanpa berturut-turut bergantung kepada jenis haji
        * Kalau masuk ke Makkah tanpa berihram, hukumnya haram lagi berdosa kerana tak menghormati Baitulllah
         * Dam tamattu' - dam yang tak berdosa
         * Syarat sah saie' mesti selepas tawaf

Wajib Haji
  • Perkara yang wajib buat, tapi sekiranya tertinggal, sah tapi dikenakan DAM. 
  • Tapi jika sengaja tinggal, berdosa walaupun sah.
1. Niat ihram di Miqat - ke Makkah (Qarnul Manazil), dari Madinah (Bir Ali)
  • Kalau tak niat ihram, tak berdosa, sah tetapi dikenakan dam. * Dam ialah seekor kambing. Tapi kalau berpatah balik ke miqat ia akan menggugurkan dam
  • Niat ihram haji pada 8 Zulhijah afdal dilakukan dalam bilik hotel
2. Meninggalkan 13 larangan ihram - untuk elakkan perkara itu banyakkan talbiah
3. Mabit di Muzdalifah - 10 Zulhijah selepas tengah malam
4. Melontar jamrah Kubra - 10 Zulhijah selepas tengah malam

* 4 perkara RUKUN & WAJIB Haji yang boleh dilakukan selepas 10 Zulhijah (selepas tengah malam) ialah melakukan tawaf ifadah, bergunting, mabit di Muzdalifah dan melontar Jamrah Kubra.

5. Bermalam di Mina
6. Melontar ketiga-tiga jamrah pada hari tashrik

Cara melaksanakan Haji

1. Haji Ifrad - melakukan haji dan diikuti umrah

   * Haji paling afdal dalam mazhab Syafie'
   * Sekiranya dikerjakan umrah dalam bulan haji, tidak boleh lakukan haji Ifrad

2. Haji Tamattu' - haji yang bersenang-senang
 
   * Dam Tamattu' adalah dam mundarah  iaitu mengorbankan darah sebagai tanda kesyukuran atas keringanan yang diberikan Allah. "Bertaqwalah kepada Allah sekadar kemampuan kamu"

3. Hajin Qiran - niat haji dan umrah serentak

Tingkat-tingkat Haji
  • Haji mabrur - haji yang terbaik
  • Haji maqbul - haji cukup-cukup makan
  • Haji mardud - haji tidak ditolak Allah
Rukun Haji (untuk Haji Tamattu')

1. Lafaz niat haji Tamattu' pada 8 Zulhijah di bilik hotel (niat dibibir dan di hati)
    * Mandi sunat ihram & solat sunat di bilik & berniat ihram haji di bilik hotel

2. Wukuf (lebih kurang 16 jam)
    * Syarat wukuf : berihram, berakal, berada di Arafah walaupun seketika (perbanyakkan amalan sunat)

3. Tawaf

    Syarat sah Tawaf
  1. Suci dari hadas / berwuduk
  2. Suci dari najis - badan, pakaian dan tempat tawaf
  3. Menutup aurat
  4. Bermula dan berakhir di sudut Hajarul Aswad
  5. Mengirikan kaabah
  6. Berjalan dengan tujuan melakukan tawaf
  7. Lakukan 7 keliling dengan yakin
  8. Di dalam masjid & di luar bahagian kaabah dan Hijir Ismail
    Sunat-sunat Tawaf
  1. Berjalan kaki
  2. Idtiba' pada semua pusingan - bagi lelaki
  3. Berlari-lari oada 3 pusingan awal - bagi lelaki
  4. Istilam @ isyarat tangan pada penjuru Hajarul Aswad, Yamani
  5. Berzikir dan berdoa
  6. Berturut-turut 7 pusingan (muwalat)
  7. Kusyuk' dan tawaddu'
  8. Solat sunat tawaf
4. Saie'

    Syarat sah Saie'
  1. Dilakukan selepas tawaf
  2. 7 kali bermula dari Safa dan berakhir di Marwah
  3. Sampai ke penghujung tempat saie' (mengadap kiblat dan bertakbir di Safa & Marwah)
  4. Dilakukan di Batnul Wadi
  5. Tidak terpesong niat
    Sunat-sunat Saie'
  1. Keluar ke tempat Saie' melalui babus (pintu) Safa
  2. Mendaki bukit Safa' (di bukit yang bercermin) dan Marwah (tempat batu hitam)
  3. Berlari-lari di lampu hijau - bagi lelaki
  4. Muwalat ( berturut-turut 7 pusingan)
  5. Berwuduk
  6. Berjalan kaki
  7. Berdoa dan banyakkan berzikir
5. Bergunting & tahallul


p/s : moga dengan sedikit ilmu yang dikongsikan akan bermanfaat untuk semua

Thursday, September 05, 2013

Lambaian Kaabah


Musim haji tiba lagi. Beberapa hari lepas, berita tentang keberangkatan petugas-petugas Tabung Haji telah berlepas ke Makkah dan Madinah untuk membuat persiapan bagi menyambut para jemaah haji Malaysia yang akan menunaikan haji pada tahun ni. Moga mereka semua akan dilindungi oleh-Nya sepanjang mengerjakan ibadah haji nanti.

How time flies.... 
Setahun dah berlalu, rasa macam baru semalam berada di sana mengelilingi rumah Allah. 
Setahun berlalu, rindu pada tempat ini tak pernah padam
Dan dalam tempoh setahun ini, macam-macam perkara yang berlaku
Makcik yang sama-sama menunaikan haji dengan sayapun dah pergi menyahut seruan-Nya
Cepatnya masa berlalu
Harap-harap saya dipanggil lagi oleh-Nya untuk jejak di rumah Allah lagi.
Hish.. rindunya!!


* curi masa sekejap, kerja bertimbun sebelum bercuti lagi. *nanges


Wednesday, September 04, 2013

Pictures of HIM

Saja nak letak gambar-gambar 'budak ini' kat sini, nanti bila dah berjauhan kalau rindu boleh terus tengok kat blog aje. hiks



Dah abis...

Moga membesar jadi anak yang soleh ye Muhammad Aidil...

Sunday, September 01, 2013

Lorong penyu @ Turtle alley at Chinatown, Terengganu

* entry berkurun peram baru nak post

Kalau ke Kuala Terengganu, Pasar Besar Kedai Payang semestinya menjadi salah satu tempat WAJIB SINGGAH. Maklumlah di sini boleh dikatakan semua benda yang kita mahu ada - makanan tradisional Terengganu, batik, sutera, songket dan banyak lagi. Selain pasar payang, ada satu lagi tempat tarikan iaitu Lorong Penyu yang terletak di Kampung China, berhampiran pasar payang. Jadi, kalau ke K.T, sambil-sambil bershopping, bolehlah singgah di sini ye. 

Lorong penyu, ia adalah lorong yang terdapat di antara bangunan-bangunan lama di sekitar Kampung China yang terdapat pelbagai informasi tentang penyu-penyu di Malaysia terutamanya penyu belimbing yang hanya terdapat/ mendarat di perairan Terengganu.

Jom layan gambar yang tak seberapa...

Lorong Penyu - memasuki lorong ini kita akan disambut oleh seekor penyu!

Cerita tentang Maya bertemu penyu - lawa betul lukisan ni
Cerita Maya dalam 3 bahasa - Bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin
Maya bercerita tentang penyu pada kawan-kawan di sekolahnya. Dalam setiap gambar, terdapat seekor penyu yang tersembunyi. Cuba cari di mana penyu tu...
Penyu Belimbing - ia hanya naik dan bertelur di perairan Terengganu, tapi sekarang dah makin pupus
Salah satu cara untuk elakkan kepupusan penyu ialah jangan kutip telur penyu dan jangan makan telur penyu
Mahu info? Silalah ke laman sesawang dan fb tersebut
Last but not least, please love our turtles :)