Followers

Friday, May 25, 2012

Sungai Padas White Water Rafting

Last train in Borneo
geng rafting
level 2 : tenang je air
level 4 : air macam nak telan orang!!!!
PM : rasa macam repeat lagi xtvt ni....

Thursday, May 24, 2012

Shenzen - Day 6 & 7 : Finale, last 2 days in Shenzen

~ kita sambung lagi

Selepas kami selesai solat dan makan. Oh ya... cerita pasal makan, selepas beberapa hari tak bertemu nasi, sampai-sampai di Shenzen baru kami betul-betul jumpa nasi. Kami jumpa satu India Muslim Restoran yang terletak tak berapa jauh dari hotel kami. Menu utama seperti biasa order nasi goreng! Selama 2 hari kat Shenzen, tu la menu kami.

Antara tempat-tempat shopping yang menarik di Shenzen ialah pasar malam Lao Jie yang terletak di Dongmen Street. Untuk ke sini, dr st. Lou Hu perlu ke st. Lao Jie, Exit E. Besar giler sampai tak larat nak jalan! Semua ada dijual kat sini. Cumanya kena pandai tawar untuk dapat harga terbaik. Perlu diingat, pasar malam dan kedai-kedai disekitarnya akan tutup menjelang jam 9.00 pm. 
__________________________________________________________________________________

Day 7.

Hari terakhir sebelum balik, tapi kami masih ada masa satu hari suntuk lagi sebelum ke airport. Seperti biasa bangun awal dan bersiap. Plan asal untuk ke Splendid China terpaksa dibatalkan sebab salah seorang daripada kami tak mahu pergi. Huhu. Jadi demi nak jaga hati dia, yang lain tak pergila jugak. Kecewa jugak sebenarnya... tapi xpelah... tu semua dah ketentuan Allah.

Jadi awal-awal pagi kami dah menapak kat Louhu Commercial City Shopping Mall. Martee la... tuan kedai pun tak buka kedai lagi kami dah terjah kedai dia. Kami terus ke tingkat 5. Apa ada kat sana? Nak shopping kain!! Sebelum ni saya memang tak beli apa-apa, sebab saya memang dah pasang niat nak shopping kain pasang satu keluarga! Maklumlah, duit tak bawak banyak, jadi kena berjimat cermatlah kan? 

Sampai kat sini terus rambang mata! Tak tau nak pilih yang mana satu. Untuk membeli kain, seperti biasa teknik menawar sangat diperlukan. Kalau boleh tawar sampai separuh harga yang diletakkan penjual. Di sini, hanya di tingkat 5 aje tempat menjual kain. Di tingkat 4 dan ke bawah semua kedai sama seperti kedai beg, baju, pashmina, etc. Tapi kalau nak cari kedai souvenir memang xde langsung!

Bagi sesiapa yang nak shopping barang-barang elektronik, tampat yang paling sesuai ialah Huangqiang Bei Lu. Kata cik bunga, kalau tawaf satu hari memang tak habis nak tawaf! Besar giler! Tapi harga memang murah dan kalau dibandingkan dengan harga di Lao Jie, kat sini lagi murah sebab harga yang diberi tu kita dah tak payah nak tawar-menawar lagi sebab memang dah murah!

Hampir berjam-jam jugak kami kat sini mengabiskan yuan yang berbaki. Lepas tu terus pergi makan dan balik hotel untuk kemas barang-barang sebelum bergerak ke st. Lou Hu semula dan kemudian bergerak ke airport. Kami ber-3 meneruskan perjalanan hingga ke st. Airport East, manakala cik bunga berhenti di st. Huang Qian Road sebab dia ada lebih kurang 4-5 hari lagi kat Shenzen sebab urusan kerja dia.

Sampai airport, settle luggage dan tunggu je panggi;an akhir. Sebelum tu sempat lagi shopping gula-gula dan coklat kat airport. Nak habiskan duit yuan dan HKD... tu pun ada lagi baki. Xpe.. kita simpan untuk next trip pulak! Woha!

Sementara duk menunggu kat ruang menunggu sempat jugak berborak dengan beberapa orang Malaysia yang datang ke sini. Tapi, kami je orang melayu. Yang lain semua Chinese. Mostly diorg balik kampung untuk melawat kubur datuk/nenek mereka. Saya dah lupa apa nama sambutan tu. Dalam duk berborak tu, ada satu dialog yang paling saya tak boleh lupa, bila seoorang uncle bertanya kenapa balik ber-3 saja sedangkan kami ber-4. Pelik jugak saya, macam mana pakcik tu tahu kami ber-4 sedangkan saya baru je jumpa dia kan? Pakcik tu kata Shenzen tu kecik je, antara ramai-ramai oarang kat situ kami 4 org je yang lain daripada yang lain.... Mestilah dia perasan! huhu. 

Flight kami delay hampir 20 minit disebabkan kesesakan udara di HK. Masuk dalam flight terus saya tido sebab sakit kepala tahap macam nak pecah kepala. Nasib baik masa nak balik baru sakit kepala, kalau tak, tak tau la.... Sampai LCCT hampir 1.00am. Amik luggage dan balik ke SK. 

Alhamdulillah semuanya selamat.... maka berakhirlah jugak entry ni. Yeahhh!!!

PM : maaflah, xde pic langsung. Last snap masa kat WOW. Lepas tu terus bungkus camera. huhu

Wednesday, May 23, 2012

Shenzen - Day 6 : Around the world in 1 day!

8 April 2012


Seperti biasa, kami bangun awal dan bersiap. Tapi, bila selak langsir kat luar hujan agak lebat. Ayyo... camne plan nak 'keliling' dunia ni? Jam menghampiri angka 9.00 am baru langit cerah. Kami bersiap-siap dan keluar ke stesen Lou Hu. Dari St. Lou Hu transit di St. Lau Jie dan terus ke St. Shi Jie Zhi Chuang (WOW), di exit J. 




Untuk masuk ke WOW, bayaran yang dikenakan ialah sebanyak 140 yuan (RM70). Di WOW ada lebih kurang 130 replika tempat-tempat menarik/ bersejarah dari seluruh dunia. 

Sangat besar tempat ni, rasa-rasanya nak cover satu tempat memang tak mampulah! Jadi kena sediakan kaki dengan tapak kasut yang tebal ya! Tapi kalau tak larat nak jalan, boleh naik monorail, scooter atau buggy. Tapi semua tu kena bayar dengan harga lain. Kat dalam tu tak ada benda yang tak dibayar! huhu...

WOW ni dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu Asia, Eropah, Afrika, Amerika dan Oceania. Jadi pandai-pandailah nak jelajah bahagian yang mana dulu.

Mula-mula masuk je terus nampak dinding yang terukir dengan corak ukiran di zaman firaun. Agak kreatif orang Cina ni. Saya rasa semua benda diorg boleh 'copy-paste' agaknya. Tolak mak dan ayah je. Hiks. Cuma satu je.... setiap tempat tu mesti ada tulisan cina, tak boleh la kita nak tipu kan? Cthnya, Eiffel Tower, binaan dah cun ni... tup-tup nak amik gambar terpampang tulisan cina. Aduhai... nampak sangat tipu. huhu.


dah sampai Paris???

Lagi gambar eiffel tower

Melepasi eiffel tower, kami terus ke Alps. Masuk dalam sana tengok orang duk main skating. Terus masing-masing teruja. Apa lagi... teruslah kami masuk. Bayaran masukpun tak berapa mahal dalam 10 yuan je, jadi kamipun trylah. Kami diberi loker untuk simpan barang dan diberi baju sejuk yang tak berapa nak tebal. Tapi masing-masing tak kisah.... teruja tengok salji walaupun hanya salji palsu!

teruja tengok diaorg main skating
Kami main gelongsor guna tiub tu. Mainnya syok... tapi nak tarik tiub tu sampai ke atas  boleh tahan  penat!
Replika ais yang cantik!
Gelongsor ni pun kami main!!! Padahal bila tengok budak-budak je yang main.
Jom layan gambar!

Kabur.... lepas keluar dari Alps, lens camera terus kabur. Aduh... 
Sydney Opera House
Sydney Bridge

London Tower Bridge, Britain & Saint Basil's Cathedral, Russia

Tulips!!!
The Colosseum, Italy
Pyramid
Replica of safari animals
Niagara Waterfall 
alamak.. boleh lupa apa nama tempat ni...
White House
Hampir petang baru kami keluar. Plan asal nak terus ke Splendid China & Cultural Village. Tapi bila memikirkan macam tak cukup masa, kami amik keputusan untuk datang esok aje. Balik ke hotel, solat dan rest kejap, lepas tu kami keluar merayap balik. Banyak lagi pasar malam yang kami tak terjah ni. Woha!

~ sambung lagi 

Tuesday, May 22, 2012

Seteguh Tekad

Judul buku : Seteguh Tekad
Penulis       : Prof. Dr. Sidek Baba
Penerbit     : Alaf 21 @ Karangkraf
Harga        : RM 13.00

Mengisahkan tentang perjuang seorang ilmuan besar iaitu Prof. Dr. Sidek Baba yang saya rasa berjaya daripada seorang individu yang biasa menjadi LUAR BIASA. Beliau membuktikan bahawa kemiskinan bukan titik noktah hidup seseorang di mana jika kita bertekad dan tekun untuk mengubah diri, InsyaAllah BOLEH!

Dari anak kampung, berusaha mengambil peperiksaan untuk memasuki sekolah rendah, tidak pernah belajar bahasa inggeris sepanjang bersekolah rendah, tapi dapat mengatasi masalah itu kerana tekadnya yang kuat untuk mencari ilmu hinggakan terpaksa mengayuh basikal ke sekolah setiap hari walaupun sejauh 45 batu!

Beliau bukan seorang yang terlalu bijak, hanya lulus LCE setakat pangkat B dan lulus MCE dengan pangkat 3, tapi berkat usaha yang tidak putus-putus dalam menimba ilmu akhirnya beliau berjaya. Kerana cintanya beliau kepada ilmu, beliau menjadikan pendidikan @ pendidik sebagai titik permulaan. 

Dalam sibuk menabur ilmu kepada anak bangsa, beliau beberapa kali mengambil peperiksaan HSC untuk melayakkan beliau menempatkan diri ke universiti. Kegagalan demi kegagalan seolah-oleh tidak mematahkan semangatnya untuk menuntut ilmu. Setelah 7 kali mencuba akhirnya beliau berjaya menjadi mahasiswa walaupun digelar mahasistua. 

Dari situ, beliau meneruskan usaha untuk ke tahap yang lebih tinggi hingga bergelar profesor. Hampir 40 tahun menjadi pendidik dan menceburkan diri dalam bidang pendidikan menyebabkan beliau dikenali sebagai ilmuan yang disegani. Dalam usaha menjadi pendidik, beliau juga diuji. Beliau pernah ditahan di bawah ISA selama hampir 2 minggu atas sebab yang beliau sendiri tidak ketahui. Jika mahu tahu kisah selanjutnya, sila baca sendiri ya! 

Pada saya, kisah ini adalah kisah orang berjaya yang patut dijadikan contoh. Jiwa kental yang ditunjukkan oleh beliau mampu memotivasikan sesiapa yang mahu berjaya. Terutamanya sesiapa yang bergelar PENDIDIK/ GURU/ CIKGU! Rasa-rasanya nilai keCIKGUan dalam diri seorang guru masakini sangat berbeza dengan guru dahulu. Erm... ini isu sensitif, kalau saya hurai lebih panjang, kang saya pulak di'band'. hiks. 

Anyway, happy reading!

PM : sibuk berbengkel tapi masih berkesempatan menulis blog. Woha!

Monday, May 21, 2012

Guangzhou - Day 5 : Canton Tower & Beijing Lu

* sambung lagi. Bila la nak abis entry ni. huhuhu...

Lepas ke YueXie Park, kami ke stesen subway. Dari st. YueXia Park terus ke st. Kecun dan buat pertukaran dari line biru ke oren untuk ke St. Chigang Pagoda. 

Canton Tower
Keluar dari Exit A, terus nampak Canton Tower tersergam depan mata. Sayup mata memandang. Hari masih awal, jadi orang tak berapa ramai. So, kami lintas jalan untuk ke menara tu.

Menara Canton, juga dikenali sebagai Guangzhou TV & Sightseeng merupakan menara tertinggi di China dibuka pada 29 September 2010 bersempena Sukan Asia 2010. Menara ini pernah mendapat status menara tertinggi di dunia pada tahun 2009 dan kemudian gelaran ini diambil alih oleh Tokyo Sky Tower pada tahun 2011.

Info lagi? Baca di SINISINI dan SINI

Waktu operasi : 9.00am - 22.00pm

Ticket price : 
Adult : USD 23 / 150 yuan / RM75
Child : USD 15 / 100 yuan
Senior : USD 18 / 120 yuan







replika bangunan-bangunan tertinggi di dunia dan tiket masuk ke menara

Tiket kami berharga 150 yuan boleh cover utk 2 aras. Alamak, saya lupa aras berapa? Aduhai... tulah lama sangat duk peram entry ni sampai boleh terlupa. Tak silap saya, mula-mula naik ke pelantar biasa. Kat situ kita boleh perhatikan pemandangan sekeliling dan kat sini jugak infomasi tentang pembinaan menara ni. 

Lepas dah puas terjah kat pelantar biasa, kami naik ke atas lagi. Pemandangan masih sama. Tapi hari tu pemandangan agak kabur sebab keadaan cuaca agak sejuk dan berkabus. But still can see the view around Guangzhou City. 

Terkilan jugak sebenarnya sebab kami terlepas peluang nak cuba 'spider walk'. Pakej ni hanya bermula pada pukul 2.00 pm hingga malam. Macam menarik kalau dapat cuba xtvt tu, tapi memandangkan kami mengejar masa, jadi tak dapatlah nak berlama-lama kat situ. 

Saya rasa, kalau datang malam mesti lagi happening. Lagi cantik dan boleh tengok pemandangan bandar Guangzhou di waktu malam. 
Guangzhou city from the tower


lagi pemandangan bandar Guangzhou dari menara

Sangat cute : Canton Tower' s mineral water 
Kat atas nipun ada dijual souvenir. So, kepada sesiapa yang suka kumpul key chain atau FM jgn lepaskan peluang untuk membeli kat sini. Hargapun kira masih berpatutan, tapi jika di'convert' ke RM masih lagi dikira tak mahal.

Makluman : di Guangzhou dan Shenzen sangat susah nak cari souvenir. Kalau kita ke tempat shopping di sini jangan harap untuk jumpa kedai souvenir, kecuali tempat-tempat seperti YueXie Park (Guangzhou) atau W.O.W (Shenzen) baru boleh jumpa souvenir. 

Rate FM paling murah boleh dapat dalam 5 yuan (RM2.50). Key chain pulak dalam 2-3 yuan (lebih kurang RM1.00). So, kalau nak membeli tu, murah-murahkan mulut untuk menawar. ^_^








Layan air pancut. Kalau malam mesti lagi cantik view kat sini.
Agak lama kami habiskan masa di situ dan kemudian kami turun. Turun dari situ kami ke dataran. 


Dari dataran ni boleh nampak, stadium, dan bangunan-bangunan pencakar langit. Agak pesat pembangunan bandar Guangzhou ni. 

Dari sini juga kita boleh lihat Pearl River, iaitu sungai utama yang menghubungkan dengan delta-delta di China. Agak besar sungai ni. Bagi sesiapa yang datang sini, ada masa terluang jangan lupa naik cruise kat Pearl River yek!







Masa sangat suntuk, jadi kami ke stesen semula, dari line oren di st. Chigang Pagoda, berhenti di St. Kecun untuk ambil line biru untuk ke St. Gongyuanqian. Destinasi seterusnya ialah Beijing Lu. It's shopping time! hehe. Namapun datang Guangzhou... orang kata Guangzhou adalah syurga membeli-belah. Jadi kami nak jugak tengok se'happening' mana tempat ni....

Sampai di st. Gongyuanqian, keluar ikut exit Beijing Lu. Kami menyusuri Zhongshan Wu Lu lebih kurang 5-10 minit untuk ke Beijing Lu.

* Lu = jalan.

Ikut signboard dan jalan terus je sepanjang jalan untuk Beijing Lu.

sepanjang jalan ini adalah Beijing Lu territory
Di sepanjang Beijing Lu banyak kedai dan outlet. Jadi, agak-agak nak shopping bolehlah masuk ke sini. Masa kami pergi tu, orang sangat ramai sebab hari Sabtu adalah hari cuti dan semua orang keluar ke bandar. Di antara kedai-kedai, kita akan dapati lorong untuk masuk ke kedai dalam (macam kedai kat Jalan TAR), jadi boleh masuk dalam dan tengok apa yang ada kat dalam tu.  Masuk satu lorong, jumpa kedai-kedai beg, masuk lorong lain, jumpa pulak kedai-kedai baju. Rambang matalah!

Kami sekadar window shopping aje... tapi dalam-dalam window sempat jugak rembat 1 beg khas untuk Pn. Fatimah. ehehe. Hadiah untuk hari ibu. Maklumlah, murah... cuma duit kami je yang tak berapa nak murah.

Giler ramai orang... maklumlah hari sabtu
Tak puas lagi jelajah Beijing Lu, kami dah terpaksa balik. Balik ke hotel naik teksi dengan tambang 10yuan. Kemas-kemas barang kemudian terus bergerak ke St. Haizu Square. Sekali lagi kami amik teksi untuk ke stesen subway untuk ke Guangzhou East Railway Station.

Our route : D7149 pukul 18:24 pm
Sampai di Guangzhou East Railway Station, terus kami masuk ke kastam. Alhamdulillah, semua urusan berjalan lancar. 

Perjalanan kami seterusnya ialah kembali ke Shenzen yang mengambil masa hampir 45 minit.

Train kami Guangzhou-Shenzen berakhir di St. Lou Hu, sampai hampir pukul 8.00 pm. Urusan di imigresenpun berjalan lancar dan kami keluar dari st. Lou Hu menuju ke Prince Inn. Dekat je, jalan kaki dalam 10-15 minit untuk sampai. Saya booking, bilik untuk 3 orang walaupun sebenarnya kami ber'4. Jadi salah seorang kena seludup masuk dalam bilik tu. Tapi so far semua ok je. 




Bilik kami, sangat besar dan selesa. Dan yang paling kelakar, boleh 'skodeng' sape yang mandi terus dari bilik (macam kat gambar di bawah). 


Bilik kami dan kawan kami yang berniat nak 'tunaikan hajat' tak sedar ada cermin terus dari bilik terbantut hajatnya bila tersedar keadaan tak dijangka itu! 

Selepas check in, kami terus keluar mencari sesuap nasi bersama seorang kawan baru, Brian yang kami jumpa di lobi hotel. Disebabkan malam masih awal, Brian bawak kami jalan-jalan di sekitar bandar Shenzen. 

~ kita sambung lagi untuk hari seterusnya.

PM : tinggal 2 hari lagi masa kami di China.