Followers

Wednesday, May 23, 2012

Shenzen - Day 6 : Around the world in 1 day!

8 April 2012


Seperti biasa, kami bangun awal dan bersiap. Tapi, bila selak langsir kat luar hujan agak lebat. Ayyo... camne plan nak 'keliling' dunia ni? Jam menghampiri angka 9.00 am baru langit cerah. Kami bersiap-siap dan keluar ke stesen Lou Hu. Dari St. Lou Hu transit di St. Lau Jie dan terus ke St. Shi Jie Zhi Chuang (WOW), di exit J. 




Untuk masuk ke WOW, bayaran yang dikenakan ialah sebanyak 140 yuan (RM70). Di WOW ada lebih kurang 130 replika tempat-tempat menarik/ bersejarah dari seluruh dunia. 

Sangat besar tempat ni, rasa-rasanya nak cover satu tempat memang tak mampulah! Jadi kena sediakan kaki dengan tapak kasut yang tebal ya! Tapi kalau tak larat nak jalan, boleh naik monorail, scooter atau buggy. Tapi semua tu kena bayar dengan harga lain. Kat dalam tu tak ada benda yang tak dibayar! huhu...

WOW ni dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu Asia, Eropah, Afrika, Amerika dan Oceania. Jadi pandai-pandailah nak jelajah bahagian yang mana dulu.

Mula-mula masuk je terus nampak dinding yang terukir dengan corak ukiran di zaman firaun. Agak kreatif orang Cina ni. Saya rasa semua benda diorg boleh 'copy-paste' agaknya. Tolak mak dan ayah je. Hiks. Cuma satu je.... setiap tempat tu mesti ada tulisan cina, tak boleh la kita nak tipu kan? Cthnya, Eiffel Tower, binaan dah cun ni... tup-tup nak amik gambar terpampang tulisan cina. Aduhai... nampak sangat tipu. huhu.


dah sampai Paris???

Lagi gambar eiffel tower

Melepasi eiffel tower, kami terus ke Alps. Masuk dalam sana tengok orang duk main skating. Terus masing-masing teruja. Apa lagi... teruslah kami masuk. Bayaran masukpun tak berapa mahal dalam 10 yuan je, jadi kamipun trylah. Kami diberi loker untuk simpan barang dan diberi baju sejuk yang tak berapa nak tebal. Tapi masing-masing tak kisah.... teruja tengok salji walaupun hanya salji palsu!

teruja tengok diaorg main skating
Kami main gelongsor guna tiub tu. Mainnya syok... tapi nak tarik tiub tu sampai ke atas  boleh tahan  penat!
Replika ais yang cantik!
Gelongsor ni pun kami main!!! Padahal bila tengok budak-budak je yang main.
Jom layan gambar!

Kabur.... lepas keluar dari Alps, lens camera terus kabur. Aduh... 
Sydney Opera House
Sydney Bridge

London Tower Bridge, Britain & Saint Basil's Cathedral, Russia

Tulips!!!
The Colosseum, Italy
Pyramid
Replica of safari animals
Niagara Waterfall 
alamak.. boleh lupa apa nama tempat ni...
White House
Hampir petang baru kami keluar. Plan asal nak terus ke Splendid China & Cultural Village. Tapi bila memikirkan macam tak cukup masa, kami amik keputusan untuk datang esok aje. Balik ke hotel, solat dan rest kejap, lepas tu kami keluar merayap balik. Banyak lagi pasar malam yang kami tak terjah ni. Woha!

~ sambung lagi 

2 comments:

  1. Sayangnya kat WOW ni tiada tarikan dari Malaysia...

    ReplyDelete
  2. betul tu. tercari-cari jugak kot-kot ada twin tower kat replika bangunan2 pencakar langit, tapi xde....

    ReplyDelete