Lepas ke YueXie Park, kami ke stesen subway. Dari st. YueXia Park terus ke st. Kecun dan buat pertukaran dari line biru ke oren untuk ke St. Chigang Pagoda.
Canton Tower |
Keluar dari Exit A, terus nampak Canton Tower tersergam depan mata. Sayup mata memandang. Hari masih awal, jadi orang tak berapa ramai. So, kami lintas jalan untuk ke menara tu.
Menara Canton, juga dikenali sebagai Guangzhou TV & Sightseeng merupakan menara tertinggi di China dibuka pada 29 September 2010 bersempena Sukan Asia 2010. Menara ini pernah mendapat status menara tertinggi di dunia pada tahun 2009 dan kemudian gelaran ini diambil alih oleh Tokyo Sky Tower pada tahun 2011.
Waktu operasi : 9.00am - 22.00pm
Ticket price :
Adult : USD 23 / 150 yuan / RM75
Child : USD 15 / 100 yuan
Senior : USD 18 / 120 yuan
replika bangunan-bangunan tertinggi di dunia dan tiket masuk ke menara
Tiket kami berharga 150 yuan boleh cover utk 2 aras. Alamak, saya lupa aras berapa? Aduhai... tulah lama sangat duk peram entry ni sampai boleh terlupa. Tak silap saya, mula-mula naik ke pelantar biasa. Kat situ kita boleh perhatikan pemandangan sekeliling dan kat sini jugak infomasi tentang pembinaan menara ni.
Lepas dah puas terjah kat pelantar biasa, kami naik ke atas lagi. Pemandangan masih sama. Tapi hari tu pemandangan agak kabur sebab keadaan cuaca agak sejuk dan berkabus. But still can see the view around Guangzhou City.
Terkilan jugak sebenarnya sebab kami terlepas peluang nak cuba 'spider walk'. Pakej ni hanya bermula pada pukul 2.00 pm hingga malam. Macam menarik kalau dapat cuba xtvt tu, tapi memandangkan kami mengejar masa, jadi tak dapatlah nak berlama-lama kat situ.
Saya rasa, kalau datang malam mesti lagi happening. Lagi cantik dan boleh tengok pemandangan bandar Guangzhou di waktu malam.
Guangzhou city from the tower |
lagi pemandangan bandar Guangzhou dari menara
Sangat cute : Canton Tower' s mineral water |
Kat atas nipun ada dijual souvenir. So, kepada sesiapa yang suka kumpul key chain atau FM jgn lepaskan peluang untuk membeli kat sini. Hargapun kira masih berpatutan, tapi jika di'convert' ke RM masih lagi dikira tak mahal.
Makluman : di Guangzhou dan Shenzen sangat susah nak cari souvenir. Kalau kita ke tempat shopping di sini jangan harap untuk jumpa kedai souvenir, kecuali tempat-tempat seperti YueXie Park (Guangzhou) atau W.O.W (Shenzen) baru boleh jumpa souvenir.
Rate FM paling murah boleh dapat dalam 5 yuan (RM2.50). Key chain pulak dalam 2-3 yuan (lebih kurang RM1.00). So, kalau nak membeli tu, murah-murahkan mulut untuk menawar. ^_^
Layan air pancut. Kalau malam mesti lagi cantik view kat sini. |
Dari dataran ni boleh nampak, stadium, dan bangunan-bangunan pencakar langit. Agak pesat pembangunan bandar Guangzhou ni.
Dari sini juga kita boleh lihat Pearl River, iaitu sungai utama yang menghubungkan dengan delta-delta di China. Agak besar sungai ni. Bagi sesiapa yang datang sini, ada masa terluang jangan lupa naik cruise kat Pearl River yek!
Masa sangat suntuk, jadi kami ke stesen semula, dari line oren di st. Chigang Pagoda, berhenti di St. Kecun untuk ambil line biru untuk ke St. Gongyuanqian. Destinasi seterusnya ialah Beijing Lu. It's shopping time! hehe. Namapun datang Guangzhou... orang kata Guangzhou adalah syurga membeli-belah. Jadi kami nak jugak tengok se'happening' mana tempat ni....
Sampai di st. Gongyuanqian, keluar ikut exit Beijing Lu. Kami menyusuri Zhongshan Wu Lu lebih kurang 5-10 minit untuk ke Beijing Lu.
* Lu = jalan.
Ikut signboard dan jalan terus je sepanjang jalan untuk Beijing Lu.
sepanjang jalan ini adalah Beijing Lu territory |
Di sepanjang Beijing Lu banyak kedai dan outlet. Jadi, agak-agak nak shopping bolehlah masuk ke sini. Masa kami pergi tu, orang sangat ramai sebab hari Sabtu adalah hari cuti dan semua orang keluar ke bandar. Di antara kedai-kedai, kita akan dapati lorong untuk masuk ke kedai dalam (macam kedai kat Jalan TAR), jadi boleh masuk dalam dan tengok apa yang ada kat dalam tu. Masuk satu lorong, jumpa kedai-kedai beg, masuk lorong lain, jumpa pulak kedai-kedai baju. Rambang matalah!
Kami sekadar window shopping aje... tapi dalam-dalam window sempat jugak rembat 1 beg khas untuk Pn. Fatimah. ehehe. Hadiah untuk hari ibu. Maklumlah, murah... cuma duit kami je yang tak berapa nak murah.
Kami sekadar window shopping aje... tapi dalam-dalam window sempat jugak rembat 1 beg khas untuk Pn. Fatimah. ehehe. Hadiah untuk hari ibu. Maklumlah, murah... cuma duit kami je yang tak berapa nak murah.
Giler ramai orang... maklumlah hari sabtu |
Tak puas lagi jelajah Beijing Lu, kami dah terpaksa balik. Balik ke hotel naik teksi dengan tambang 10yuan. Kemas-kemas barang kemudian terus bergerak ke St. Haizu Square. Sekali lagi kami amik teksi untuk ke stesen subway untuk ke Guangzhou East Railway Station.
Our route : D7149 pukul 18:24 pm |
Sampai di Guangzhou East Railway Station, terus kami masuk ke kastam. Alhamdulillah, semua urusan berjalan lancar.
Perjalanan kami seterusnya ialah kembali ke Shenzen yang mengambil masa hampir 45 minit.
Train kami Guangzhou-Shenzen berakhir di St. Lou Hu, sampai hampir pukul 8.00 pm. Urusan di imigresenpun berjalan lancar dan kami keluar dari st. Lou Hu menuju ke Prince Inn. Dekat je, jalan kaki dalam 10-15 minit untuk sampai. Saya booking, bilik untuk 3 orang walaupun sebenarnya kami ber'4. Jadi salah seorang kena seludup masuk dalam bilik tu. Tapi so far semua ok je.
Bilik kami, sangat besar dan selesa. Dan yang paling kelakar, boleh 'skodeng' sape yang mandi terus dari bilik (macam kat gambar di bawah).
Bilik kami dan kawan kami yang berniat nak 'tunaikan hajat' tak sedar ada cermin terus dari bilik terbantut hajatnya bila tersedar keadaan tak dijangka itu!
Selepas check in, kami terus keluar mencari sesuap nasi bersama seorang kawan baru, Brian yang kami jumpa di lobi hotel. Disebabkan malam masih awal, Brian bawak kami jalan-jalan di sekitar bandar Shenzen.
~ kita sambung lagi untuk hari seterusnya.
PM : tinggal 2 hari lagi masa kami di China.
best nyer dpt pergi china nak juga... tapi kalau dpt hadiah wang tunai lagi best kat sini jom...
ReplyDeleteyeayyy Canton Tower!
ReplyDeleteI've been there!!
-matilaaa riak...
yeay!!!! me tooo!!!
ReplyDeletepm...nak tanya sesuatu ni..nak email...or email sy azameera.o@gmail.com..tq hee
ReplyDelete