Selepas kami selesai solat dan makan. Oh ya... cerita pasal makan, selepas beberapa hari tak bertemu nasi, sampai-sampai di Shenzen baru kami betul-betul jumpa nasi. Kami jumpa satu India Muslim Restoran yang terletak tak berapa jauh dari hotel kami. Menu utama seperti biasa order nasi goreng! Selama 2 hari kat Shenzen, tu la menu kami.
Antara tempat-tempat shopping yang menarik di Shenzen ialah pasar malam Lao Jie yang terletak di Dongmen Street. Untuk ke sini, dr st. Lou Hu perlu ke st. Lao Jie, Exit E. Besar giler sampai tak larat nak jalan! Semua ada dijual kat sini. Cumanya kena pandai tawar untuk dapat harga terbaik. Perlu diingat, pasar malam dan kedai-kedai disekitarnya akan tutup menjelang jam 9.00 pm.
__________________________________________________________________________________
Day 7.
Hari terakhir sebelum balik, tapi kami masih ada masa satu hari suntuk lagi sebelum ke airport. Seperti biasa bangun awal dan bersiap. Plan asal untuk ke Splendid China terpaksa dibatalkan sebab salah seorang daripada kami tak mahu pergi. Huhu. Jadi demi nak jaga hati dia, yang lain tak pergila jugak. Kecewa jugak sebenarnya... tapi xpelah... tu semua dah ketentuan Allah.
Jadi awal-awal pagi kami dah menapak kat Louhu Commercial City Shopping Mall. Martee la... tuan kedai pun tak buka kedai lagi kami dah terjah kedai dia. Kami terus ke tingkat 5. Apa ada kat sana? Nak shopping kain!! Sebelum ni saya memang tak beli apa-apa, sebab saya memang dah pasang niat nak shopping kain pasang satu keluarga! Maklumlah, duit tak bawak banyak, jadi kena berjimat cermatlah kan?
Sampai kat sini terus rambang mata! Tak tau nak pilih yang mana satu. Untuk membeli kain, seperti biasa teknik menawar sangat diperlukan. Kalau boleh tawar sampai separuh harga yang diletakkan penjual. Di sini, hanya di tingkat 5 aje tempat menjual kain. Di tingkat 4 dan ke bawah semua kedai sama seperti kedai beg, baju, pashmina, etc. Tapi kalau nak cari kedai souvenir memang xde langsung!
Bagi sesiapa yang nak shopping barang-barang elektronik, tampat yang paling sesuai ialah Huangqiang Bei Lu. Kata cik bunga, kalau tawaf satu hari memang tak habis nak tawaf! Besar giler! Tapi harga memang murah dan kalau dibandingkan dengan harga di Lao Jie, kat sini lagi murah sebab harga yang diberi tu kita dah tak payah nak tawar-menawar lagi sebab memang dah murah!
Hampir berjam-jam jugak kami kat sini mengabiskan yuan yang berbaki. Lepas tu terus pergi makan dan balik hotel untuk kemas barang-barang sebelum bergerak ke st. Lou Hu semula dan kemudian bergerak ke airport. Kami ber-3 meneruskan perjalanan hingga ke st. Airport East, manakala cik bunga berhenti di st. Huang Qian Road sebab dia ada lebih kurang 4-5 hari lagi kat Shenzen sebab urusan kerja dia.
Sampai airport, settle luggage dan tunggu je panggi;an akhir. Sebelum tu sempat lagi shopping gula-gula dan coklat kat airport. Nak habiskan duit yuan dan HKD... tu pun ada lagi baki. Xpe.. kita simpan untuk next trip pulak! Woha!
Sementara duk menunggu kat ruang menunggu sempat jugak berborak dengan beberapa orang Malaysia yang datang ke sini. Tapi, kami je orang melayu. Yang lain semua Chinese. Mostly diorg balik kampung untuk melawat kubur datuk/nenek mereka. Saya dah lupa apa nama sambutan tu. Dalam duk berborak tu, ada satu dialog yang paling saya tak boleh lupa, bila seoorang uncle bertanya kenapa balik ber-3 saja sedangkan kami ber-4. Pelik jugak saya, macam mana pakcik tu tahu kami ber-4 sedangkan saya baru je jumpa dia kan? Pakcik tu kata Shenzen tu kecik je, antara ramai-ramai oarang kat situ kami 4 org je yang lain daripada yang lain.... Mestilah dia perasan! huhu.
Flight kami delay hampir 20 minit disebabkan kesesakan udara di HK. Masuk dalam flight terus saya tido sebab sakit kepala tahap macam nak pecah kepala. Nasib baik masa nak balik baru sakit kepala, kalau tak, tak tau la.... Sampai LCCT hampir 1.00am. Amik luggage dan balik ke SK.
Alhamdulillah semuanya selamat.... maka berakhirlah jugak entry ni. Yeahhh!!!
PM : maaflah, xde pic langsung. Last snap masa kat WOW. Lepas tu terus bungkus camera. huhu
thanks for the info...nice ! nak pergi sini nnt
ReplyDeleteHang Dhanim... must go! hehe
ReplyDelete