Followers

Tuesday, February 05, 2013

Antara 5 pulau di Perairan Terengganu

* Entry sempena 2013, Tahun Melawat Terengganu.

1. Pulau Perhentian
source
Pulau ini terletak di luar pantai Besut mempunyai 2 pulau utama iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Saya kira pulau Perhentian adalah antara destinasi popular untuk pelancong tempatan atau asing terutamanya divers

Pada tahun 2003 pulau-pulau ini telah diwartakan sebagai Taman Laut Negara. Jadi kawasan yang kurang daripada 20 batu nortika dari pantai adalah merupakan kawasan larangan untuk apa-apa aktiviti perikanan termasuk mengambil atau memusnahkan batu karang di sekitarnya kecuali untuk aktiviti yang melibatkan penyelidikan. 

Pada saya, salah satu keistimewaan pulau ini adalah airnya. Hijau kebiruan! Sangat cantik! Saya pernah berkampung di pulau ini hampir 2 minggu. Ambil sampel air, ikan dan hidupan laut. Sempat jugak ambil lesen diving pun di sini. Menyelam di kawasan tiga segi antara pengalaman yang tak dapat saya lupakan. Masa tu, pulau Perhentian belum lagi diwartakan sebagai taman laut. Jadi tidak ada peraturan yang dikeluarkan. Masa tu kami berkampung di Pulau Perhentian Kecil. Di balik bukit, banyak didirikan resort/chalet persendirian. Selamba je tengok mat dan minah salleh bervogel atas batu. Sekali tengok dah macam rupa dugong pun ada. Sekarang ni tak tahulah macamana rupanya. Haa... kalau nak tahu, kenalah datang ke sini. Ye dok? 

Terdapat 2 laluan bagi sesiapa yang ingin datang ke sini iaitu laluan utama di jeti Kuala Besut - kira-kira 2 jam perjalanan menaiki bot atau dari jeti Pulau Kambing, Kuala Terengganu - kira-kira 3 jam perjalanan menaiki bot. 


2. Pulau Kapas
source
Pulau Kapas terletak kira-kira 6km atau 20 minit menaiki bot dari jeti Marang. Pulau ini antara pulau yang terhampir dengan daratan, dengan kemudahan bot yang disediakan di jeti Marang menyebabkan ia menjadi pulau yang selalu dikunjungi pelancong. Nak buat day trip pun boleh. 

Tapi yang menyedihkan ialah disebabkan pengunjung yang terlalu ramai dan tiada penguatkuasaan undang-undang yang khusus (tak ada taman laut di sini), banyak batu karang dan hidupan laut yang telah mati. Sayang... 

Kalau 10 tahun lepas saya ke sini, kalau snokelling tu boleh jumpa macam-macam hidupan laut, tapi rasanya sekarang kalau snorkelling tu apapun tak nampak. Airpun keruh, tak sejernih dulu. Tapi, kalau kita tracking, jalan ke belakang pulau yang mengadap laut lepas, dan cuba snorkelling di sini hidupan laut di sini sangat cantik! Tapi awas! Hati-hati bila snorkelling/diving di laut lepas sebab arus sangat kuat. Kami pernah tracking di sini. Siap angkut semua alat-alat untuk snorkelling. Memang berbaloi dapat snorkelling di sini. Paling tak boleh lupa, bila terpijak landak laut. Sakit yang amat! 

* Berhampiran Pulau Kapas ada Pulau Gemia - port menarik untuk candat sotong!


3. Pulau Redang
source
Terletak kira-kira 45km di luar pantai Kuala Terengganu, Pulau Redang merupakan pulau terbesar dari semua pulau-pulau yang terdapat di perairan Terengganu. Selain Pulau Redang, terdapat pulau-pulau lain di sekitarnya seperti Pulau Lima, Pulau Lang Tengah, Pulau Pinang etc. 

Memandangkan Pulau Redang diwartakan sebagai taman laut, kawasan sekitar taman laut memang selalu dipenuhi pengunjung terutamanya pada hujung minggu dan musim cuti sekolah. Ia mempunyai pantai landai dan berpasir putih serta perairan yang membiru dipenuhi hidupan laut. 

Walaupun hanya snokelling di kawasan jeti, kita sudah dapat melihat pelbagai spesis batu karang dan ikan-ikan karang di sekitar itu. Di sini juga terdapat bangkai kapal yang karam, dan kalau sesiapa yang berpeluang diving di sini, pemandangan di dasar memang superb! Kawasan sekitar taman laut disediakan beberapa kemudahan seperti tandas, surau serta tapak untuk perkhemahan. 

Walaupun sudah beberapa kali datang ke sini, saya tak pernah rasa jemu untuk ke sini lagi. Paling saya tak boleh lupa masa berkhemah di sini bila malamnya khemah kami dilanda ribut. Habis terbang semua khemah. Tapi tetap boleh tidur lena walaupun basah. Memang kenanganlah!

* Waktu terbaik untuk ke Pulau Redang ialah bulan April - Oktober. Kebanyakan resort akan ditutup semasa musim tengkujuh iaitu dari bulan November-Mac.


4. Pulau Tenggol
source
Pulau syurga kepada divers! Pulau ini terletak di daerah Dungun kira-kira 50km dari bandar Kuala Terengganu. Pulau ini sangat popular di kalangan penyelam kerana kebanyak pelancong yang datang ke sini adalah untuk membuat selaman di dasar laut. 

Pulau ini menyediakan hampir 20 tempat menyelam yang cantik antaranya Teluk Air Tawar - melihat penyu dan Batu Tokong Laut - tempat  menarik melihat kumpulan ikan selar dan beberapa jenis batu karang. 

Untuk ke sini, kita perlu menyewa bot laju dengan kos RM600-650/hari di jeti Kuala Dungun. Rasanya pulau berbanding Pulau Kapas, Redang dan Perhentian, pulau ini masih terpelihara kerana pengunjung yang datang ke sini kebanyakannya terdiri daripada penyelam. Tapi jangan bimbang... beberapa chalet ada di sini yang menyediakan kemudahan dengan pakej pada harga tertentu. Eh, kalau rasa nak buat day trip pun boleh tau! 


5. Pulau Bidong
source
Pulau ini terletak 45km di luar pantai Terengganu. Dulu pulau ini merupakan tempat kem pelarian Vietnam. Macam-macam peristiwa berlaku ketika itu, kerana banyak nyawa yang terkorban untuk sampai ke pulau itu. Misteri ok pulau ni. 

Itu kisah dulu... Sekarang pulau ini telah dibangunkan dan merupakan salah satu warisan negeri dan telah diwartakan di bawah UMT untuk dijadikan pusat penyelidikan. 

Salah satu tarikan pulau ini ialah Galeri Dasar Laut yang telah dibina dengan kerjasama oleh Kerajaan Terengganu dan Yayasan Coral Malaysia. Replika tempat-tempat menarik/bersejarah di Malaysia dijadikan tukun tiruan untuk menarik hidupan laut hidup di sini. Saya kira ini salah satu usaha yang patut dipuji untuk mengekalkan keaslian pulau ini!

30 comments:

  1. ko betul-betul promote terangganu ni PM, salute lah..harap-harap tahun ni ada kesempatan terjah sini,terhingin nak dive sebenarnya, tapi taktau berapa exact kos untuk yang beginner ni, huhu~...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kita tak promote negeri sendiri siapa lagi nak promote kan? hehe.

      btw, kalau nak try diving, boleh cuba amik untuk discovery dive dulu. tak mahal... dlm rm180-rm200 gitu (tu 2008 punya harga). sehari punya kelas. dapat sijil

      tapi kalau nak amik open water course, utk dapatkan lesen tu lainla kos dia. tgk pulau mana yg menjadi pilihan hati. hehe

      Delete
  2. akak suka pulau redang. cantik sangat. rasa nak pergi lagi, cuma pengalaman naik bot tu mengerikan...hukhukhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. k.intan, nanti ajak ayoh naik flight je kalau nak ke pulau redang. kehkehkeh

      Delete
  3. dah penah pergi...pulau redang...memang cantik...

    ReplyDelete
  4. jom singgah blog kite>> lindalyn2012.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda lyn, pulau redang memang cantik airnya :D

      P/s: saya sudah singgah di blog awak. Thanks ya! :)

      Delete
  5. Pulau Perhentian adalah antara pulau yang tercantik di Malaysia. Kalu ada sebarang pertanyaan berkenaan pakej atau penginapan di Pulau Perhentian hubungi la kami di PerhentianRaisya.Com

    ReplyDelete
  6. kat pulau kapas bole ambik lesen diving ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. anisah, boleh amik lesen diving di kapas. kalau nak try discovery scuba pun boleh :)

      Delete
  7. tq.dah try discovery scuba kat redang.nak ambil lesen kat kapas pulak (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. no prob. :)

      erm... kenapa tak amik lesen kat perhentian ke, tenggol ke sebab coral kat sana lagi lawa, coral kat kapas banyak yang dah mati... huhu

      Delete
    2. perhentian dah penah pegi. alang2 ambik lesen, nak pulau yg blum pnh pergi. tenggol kat ner?

      Delete
    3. oo gitu. Salah satu keunikan pulau kapas ni, boleh tracking masuk hutan untuk ke belakang pulau tau. Kalau dapat peluang diving /snorkeling kat belah belakang pulau tu memang best! Sebab air kat sini jernih dan coral banyak dan cantik

      pulau tenggol kat dungun - ini pulau syurga bg divers. hehe

      Delete
  8. thanks maklumat ^_^
    pegi MIDE ritu, dgr pulau tenggol memang cantik. next year la pegi.haha

    ReplyDelete
  9. antara Redang ngan Perhentian mana lagi menarik?
    1.Pantai bersih+cantik+cantik
    2.Orang ramai
    3.Kemudahan asas & kecemasan
    4.permandangan cantik
    5.port candat sotong

    tak pernah sampai lagi pulau2 nih,wife teringin nak p,dia minta sy cari info..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Anony,

      Pada saya antara Redang dan Perhentian kedua2nya ada keistimewaan masing2.

      Redang, ikut list 1-5 semuanya ada di Redang. Ada banyak pilihan pantai2 yg cantik di sekitar Redang, pilihan ditangan kita nak pergi ke pantai mana, cuma inform saja pada pihak resort/hotel yg kita tinggal.

      Perhnetian pulak, saya ke sini 2013, jampir 10 tahun. Dulu tak byk kemudahan di sini, dan taman lautpun belum ada lg. Rasanya sekarang mungkin dah lain, byk yg dah berubah kot. Tapi istimewanya Perhentian ialah airnya yang hijau kebiruan, rasanya tak terdapat di pulau2 lain! Sampai hari ini teringat2 lagi air laut di sana!

      Cadangan saya, kalau berniat nak singgah di bandar Kuala Terengganu, rasanya Redang lagi sesuai, sebab ada 2 jeti untuk ke pulau ini samada di Jeti Syah Bandar (dekat pasar payang) atau di Jeti Merang.

      Perhentian pulak, agak jauh dari bandar Kuala Terengganu, jetinya di Kuala Besut.

      Jadi semuanya atas pilihan masing2. Baik Redang @ Perhentian, kedua2nya adalah pulau yg cantik!!!

      Delete
    2. Salam..bro..aku ingat nk camping trip untuk 4orang kat pulau perhentian ni..ada tak fasiliti cam surau,tandas sewa bot dan tapak camping..

      Delete
    3. Salam. Kalau ta silap ada di kawasan taman laut Pulau Perhentian. Kemudahan seperti surau, tandas dan tapak perkhemahan memang disediakan. Tapi bot kena sewa sendiri la. Cuma kalau deal dgn jabatan laut ni macam biasa prosedur sikit.

      cuba check kat website taman laut malaysia : http://www.dmpm.nre.gov.my/index.php

      Delete
  10. Salam. Antara perhentian dan redang mana costing yang lagi rendah. Dari segi penginapan.mkn.boat n etc. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang je kos antara redang dan perhentian. Kecuali kalau bsnding antra 3 pulau redang @ perhentian @kapas. Kapas paling murah sbb jarak jeti ke pulau dekat. Jd kos lbh rendah.

      Delete
  11. Salam. Ada x pengangkutan terus dr Redang ke Perhentian? Bercadang nk pergi kedua2nye skali. Sy dr Johor. Ty.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Kalau dr jeti redang di merang terus ke jeti kuala besut utk ke perhentian pengangkutan awam tak ada. Kecuali ambul teksi @ kena turun ke bandar kuala terengganu dulu ( lbh kurang 1 jam dari jeti merang).

      Lps tu ambil bas awam ke besut.

      Delete
  12. Alhamdulillah baru balek dari lang tgh Redang dan perhentian
    Mmg berbaloi Walaupon trip jauh sgt

    ReplyDelete
  13. Bro,trip ke redang ngan kapas mana lagi bagus...kapas okay tk utk trip...review skit pasal pulau kapas

    ReplyDelete
  14. Bro,trip ke redang ngan kapas mana lagi bagus...kapas okay tk utk trip...review skit pasal pulau kapas

    ReplyDelete
  15. Slm sejahtera..
    Saya seorang runner pekej bercuti ke pulau dn tasik di terengganu
    Sesiapa yang berminat sila hubungi/whatsaap saya.0179799773
    Atau lawat blog saya di..blackyellowholiday.blogspot.com

    ReplyDelete
  16. Slm sejahtera..
    Saya seorang runner pekej bercuti ke pulau dn tasik di terengganu
    Sesiapa yang berminat sila hubungi/whatsaap saya.0179799773
    Atau lawat blog saya di..blackyellowholiday.blogspot.com

    ReplyDelete
  17. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
    Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.


    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼


    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.

    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ....................................................................................................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    ▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4

    En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.


    Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570

    ReplyDelete
  18. bang nak tanya,macam bulan 1 ni tak ok kan pergi pulau redang sbb tgh musim tengkujuh eh kt sana?

    ReplyDelete