Followers

Thursday, February 07, 2013

Antara 5 tempat JJCM di Terengganu

* Entry sempena 2013, Tahun Melawat Terengganu.

1. Restoran Mat Binjai (RMB)
Terletak di tengah bandar Kuala Terengganu iaitu di Jalan Sultan Sulaiman, RMB menyediakan masakan tradisi Terengganu untuk makan tengahari. Tak silap saya dulu,  asalnya restoran ni terletak di depan Hotel Sri  Malaysia, Terengganu (lintas jalan je). 

Apa yang istimewa tentang restoran ini ialah ia menyediakan masakan berhidang, ala-ala masakan minang gitu. Masuk kedai, tak payah order, order air aje. Nanti pelayan akan bawak hidangan lauk-pauk yang ada kat situ. Kita pilih saja apa yang kita berkenan untuk dimakan. Bayaran dikenakan untuk makanan yang dimakan sahaja. Haa... siapa sangka kan? Di Terengganupun ada masakan minang tau!

Di sini kita akan temui pelbagai makanan yang 'rare' dimasak seperti telur penyu. Agak-agak teringin nak rasa makan telur penyu bolehlah singgah sini. Kelas restoran ni, siap ada FB


2. Warong Pok Nong - Ikan Celop Tepung (ICT)
Antara warung ikan celop tepung yang menjadi kegemaran ramai. Lokasinya betul-betul di tepi pantai Mengabang Telipot (sebelah pantai Teluk Ketapang). 

Apa yang ada di sini? Sudah tentulah ikan celop tepung dan rakan-rakan seafood yang sewaktu dengannya. Di sini konsepnya layan diri. (saya rasa lebih kepada berebut - siapa cepat dia yang dapat). Kita pilih sendiri samada nak makan ikan, udang, sotong, atau keropok celop tepung dan harga berdasarkan kuantiti makanan yang kita ambil. 

Untuk menu air pulak, ada ais kacang, ais jagung, ABC, air kepala muda dan lain-lain. 



Ada sesiapa berminat nak terjah ke sini? ni alamatnya :

Warong Pok Nong
Jalan Pantai A1693,
Kampung Mengabang Telipot
09-6127655 / 013-3517262


3. Air buah gelas besar
source

Satu lagi tempat makan 'wajib singgah' kalau datang ke Terengganu ialah air buah gelas besar yang terletak di Kampung Seberang Takir. Orang ganu gelarkan air buoh pior. (pior = pure bermaksud asli).

Menu utama tentulah air buah. Harga setiap air berdasarkan saiz gelas samada gelas kecil, sederhana atau besar. Hargapun sangat murah!

Sebenarnya di Kg. Seberang Takir ini terdapat 2 buah kedai air buah gelas besar. Satu kedai tu, betul-betul di tepi jalan utama dan sebuah kedai lagi agak ke dalam (berhadapan pusat latihan KEMAS). Kalau ditanya pendapat saya, saya lebih suka air buah di kedai yang agak ke dalam tu sebab airnya lebih pekat dan pure! Tambahan pulak, kedai ini menyediakan meehun sup yang sangat sedap! Terbaiklah. Sebab kena dengan tekak saya. Selain meehun sup, lain-lain makanan seperti sate, nasi dagang/nasi minyak, keropok goreng, roti canai dan banyak lagi hidangan masakan panas.


4. Restoran Lempeng
Terletak di Marang (jalan utama Kuala Terengganu - Kuantan melalui jalan pesisir pantai) kita mesti akan lalu di restoran ini.

Apa yang istimewa di sini tentulah lempeng. Namapun restoran lempeng kan? Lempeng atau pancake, bukan yang biasa kita buat atau makan kat mcD tu. Bahan asas iaitu tepung dicampung dengan isi kelapa (separa muda), santan, berserta sedikit gula dan garam, cicah sambal bilis. Pergh!!! Meleleh air liur weh!

Mak saya kata, kalau nak lagi sedap masa bancuh air bahan-bahan tadi gantikan air biasa dengan air kelapa. Rasa dan aroma lempeng lagi sedap!

Selain lempeng, boleh cuba ketupat sotong, nasi dagang, nasi minyak dan kalau order air jangan lupa cuba air tuak tau!  


5. Nasi Dagang Mak Ngah, Chendering
source
Restoran ini terletak di Simpang Empat Chendering, Kuala Terengganu. Pernah tak korang baca isu RM4 Kepala Ikan Tongkol Lauk Nasi Dagang? Inilah kedai yang kontroversi tu. hehe.

Saya tak pasti sejauh mana kesedapan nasi dagang Mak Ngah ni sebab saya tak pernah cuba. (nasi dagang air tangan Pn. Fatimah adalah yang terbaik pada saya. hehe). Tapi bila ditanya pada kawan-kawan mana kedai nasi dangang best kat K.T,  majoriti menyatakan kedai ini yang best. So kena cubalah kan?







* Rasanya cukup sampai kat sini info-info pasal Terengganu. Kang bosan plak dok? :)



TAMBAHAN DARI KOMEN ANONY.. p/s : TQ for sharing the info

Breakfast:
Nasi Dagang - Kak Poh di medan selera Batu Buruk, KT. (ikan byk dan rasanya sedap, jgn lupa makan dngn keropok leko gerai sebelah.)
Mee Jawa, Mee Sup, Mee Soto yang terbaik pernah sy makan : Di gong Kapas berdekatan dengan kedai pakaian Saleem Aziz. hanya gerai biasa tapi sangat sedap terutamanya Meehoon Sup & Mee Jawa. 9.00 am - 11.00 a.m.

Nasi Minyak ayam rempah, laksa kuah putih, dll. - Kedai McBiah di medan selera Marang berdekatan Pasar Marang. Kedai dia barisan belakang berstentang dgn air muara/sungai/laut.
Warung/ Kedai Kopi - Kedai Kopi Sheikh di Pasir Panjang. Depan sekolah.

Nasi Ayam:
Nasi ayam lembah - setentang secret recipe dan hotel ming star - tghari sahaja
Nasi ayam yunnan - di medan selera batu buruk - thgari - malam
Nasi ayam nurul iman - jalan menghala ke Park Inn sebelum petronas. tghari - petang
Nasi Ayam A1 - di daerah marang.

Makanan Tghari: 
1. Erwina Nasi Padang - di dalam bandar kuala terengganu
2. Sofinaz Nasi Padang - berdekatan masjid putih
3. Nasi Kukus - Di tepi traffic light sebelum Kuala Terengganu Specialist
Banyak sgt..boleh la pilih di mana2 saja.

Makan Malam (masakan panas):
1. De'Tunggal - Jalan Semarak menghala ke Giant Gong Badak Paling sedap adalah Ketam/Udang Masak Kari Pong (Wajib Cuba!!!)
2. NR Cafe - Boleh Cuba Udang besar masak lada dan Tomyam kelapa muda. unik dan best rasanya. Ikan bakar pun sedap!!
3.Steamboat - Di medan selera pulau Duyung jalan nak masuk ke Riyaz Resort ataupun set steamboat di Permai Inn Hotel sgt lazat!!
4. Ikan Bakar Best - Di restoran B'Beteng , Taman Tamadun Islam Losong

21 comments:

  1. yg cendering kurang best nasi dagang, cuba try dekat batu rakit

    ReplyDelete
  2. yela kt chendering dh x sedap ye punya nasi dagang,dulu2 sedap skang mcm dh x de rse dhla mahal pulak tu..baek pegi kdi lain

    ReplyDelete
  3. baik nasi dgang kak poh ..batu buruk...penuh sokmo org...

    ReplyDelete
  4. Restoran mat binjai ni mahal nak mampos. Lauk pauk xde la sedap mana, banyak lalat plak tu. Bad review for this restaurant!

    ReplyDelete
  5. Saya setuju, harga makanan kat restoran mat binjai ni cekik darah

    ReplyDelete
  6. Salam, terserempak dengan blog ni.. Just to share my opinions on the best restaurants in Kuala Terengganu dan kawasan yang berdekatan.

    Breakfast:
    Nasi Dagang - Kak Poh di medan selera Batu Buruk, KT. (ikan byk dan rasanya sedap, jgn lupa makan dngn keropok leko gerai sebelah.)
    Mee Jawa, Mee Sup, Mee Soto yang terbaik pernah sy makan : Di gong Kapas berdekatan dengan kedai pakaian Saleem Aziz. hanya gerai biasa tapi sangat sedap terutamanya Meehoon Sup & Mee Jawa. 9.00 am - 11.00 a.m.
    Nasi Minyak ayam rempah, laksa kuah putih, dll. - Kedai McBiah di medan selera Marang berdekatan Pasar Marang. Kedai dia barisan belakang berstentang dgn air muara/sungai/laut.
    Warung/ Kedai Kopi - Kedai Kopi Sheikh di Pasir Panjang. Depan sekolah.

    Nasi Ayam:
    Nasi ayam lembah - setentang secret recipe dan hotel ming star - tghari sahaja
    Nasi ayam yunnan - di medan selera batu buruk - thgari - malam
    Nasi ayam nurul iman - jalan menghala ke Park Inn sebelum petronas. tghari - petang
    Nasi Ayam A1 - di daerah marang.

    Makanan Tghari: : 1. Erwina Nasi Padang - di dalam bandar kuala terengganu
    2. Sofinaz Nasi Padang - berdekatan masjid putih
    3. Nasi Kukus - Di tepi traffic light sebelum Kuala Terengganu Specialist
    Banyak sgt..boleh la pilih di mana2 saja.

    Makan Malam (masakan panas):
    1. De'Tunggal - Jalan Semarak menghala ke Giant Gong Badak Paling sedap adalah Ketam/Udang Masak Kari Pong (Wajib Cuba!!!)
    2. NR Cafe - Boleh Cuba Udang besar masak lada dan Tomyam kelapa muda. unik dan best rasanya. Ikan bakar pun sedap!!
    3.Steamboat - Di medan selera pulau Duyung jalan nak masuk ke Riyaz Resort ataupun set steamboat di Permai Inn Hotel sgt lazat!!
    4. Ikan Bakar Best - Di restoran B'Beteng , Taman Tamadun Islam Losong


    Saya masih mencari masakan ikan stim yang sedap dan tak hanyir di Kuala Terengganu..masih belum jumpa..di Kajang, Selangor saya biasa makan di MALEE Seafood. Ikan Stim paling sedap!!





    ReplyDelete
  7. ikan stim sri aman di gong datuk berdekatan kem askar paling best n xhanyir.

    ReplyDelete
  8. baru blik dr k.tenggnu nak makan malam seafood bakar best kat kg bukit tunggal 1st traffic light kiri slpas jmbatan pulau duyong trademark slpas sk bukit tunggal warung kecik jer depan tanah pkburun islam. sya makan 5 sotong saiz xl, 1 tuka s, 1 kerapu L....+ 3 air rm 37 ok ker herga dia..for me ok sngat!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tumpang tye, sy nk ke KT gak bln 2 ni..blh sy tau time awk g dinner ni kul bape ye? tau x waktu perniagaan nye n ttp kul bape?

      Tenkiuuu :)

      Delete
    2. saya pernah ke kedai seafood ni. dan sgt setuju dgn anony, seafoodnya murah dan segar.

      noorzie, kedai ni buka malam. biasa lepas maghrib dah penuh org ke sana. disebabkan kedai ni kecik je, jd agak lama jugak nak tunggu turn utk dpt meja. tp puas hati sebab makanan sedap dan hargapun berpatutan

      Delete
    3. Terima kasih atas mkluman En Anoy....semalam saya berjaya cari kedai di Bukit Tunggal. Senang ditemui berdasarkan maklumat tuan. Dan memang sedap masakannya. Kalau dapat kuah lebih2 lagi sedap. Tapi malu nak minta. Nasi pun sedap aromanya. Untuk 3 orang makan....ikan merah, sotong, udang, air buah hanya rm44 sahaja. Tapi di sini jangan berangan nak makan ikan stim atau sotong celup tepung....menunya hanya 1 sahaja. Dibuka setiap hari dari jam 5 ptg hingga 2 pagi. Dinasihatkan datang awal, kalau tak berdiri untuk tunggu. Malam ni tengah fikir2 samada di De Tungal atau Bukit Panorama.

      Delete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Kalau singgah Dungun try pergi Restoran Ukhuwah Roti Jala House... makanan special situ ada roti jala king size! Murah je.. kalau x salah RM1.50 sepinggan.. sedap pulak tu.. rugi x pergi.. jln utama Dungun ke Terengganu, tepi Desa Murni n Poslaju Dungun. Deretan kedai situ lahh.. rancangan Sarapan TV3 dh pernah shooting, makan roti jala situ..

    ReplyDelete
  11. tengah hari - petang - malam... cuba try di Paradise Deluxe.. jalan pasir panjang...

    ReplyDelete
  12. tp syg mak ngah da xniaga...since pak ngah skit...tp nsi dagang yg mak ngah pnah msak utk team sy mmg sdap...

    ReplyDelete
  13. setakat ni Restoren Matahari terbaik

    ReplyDelete
  14. Restoren mat binjal mahal nak mampus...x berbaloi dgn kuantiti. Kt kl jauh lebih murah. Yg special telor penyu...itu je la pun sebijik rm 5.50. Ambik sebijik je pun utk rasa.

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Klu nak mkn nasi dagang malam yg best kedai sebelah hotel permai park in terengganu.

    ReplyDelete