Followers

Wednesday, February 13, 2013

Ekspedisi Gunung Bujang Melaka part 1 (full story)

Cuti umum sempena Hari Wilayah 2013 baru-baru ni, saya ikut kawan-kawan pejabat xpdc ke Gunung Bujang Melaka, Perak. Ada 39 orang yang sertai xpdc ni. Tapi 10 orang je pun dari kementerian. Yang lain-lain campur-campur dari Kementerian/jabatan dan persendirian. Kiranya inilah kali pertama saya 'hiking' dan bermalam dalam hutan. Hoho! Entah mimpi apa saya ni 'terjebak' pulak dengan xtvt 'menyakitkan badan' ni. Itu yang sampai dapat gelaran hiking why? tu. Saje je kami ber'3 khususnya menyakitkan diri pegi panjat gunung ni. adeh...

Sedikit informasi tentang GBM ialah gunung yang terletak di Tapak, Perak ini mempunyai ketinggian 1233 meter (4,048 kaki). Ia mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas dan hutan Montane. Ia terletak di Hutan Simpan Sahum Kampar di mana track pendakiannya bermula dari kawasan perkhelahan Air Terjun Baru Berangkai, Kampar.

1 Feb 2013 / Jumaat.

Bangun seawal pagi untuk hiking Bukit Puchong - last traininglah kononnya sebelum hiking GBM esoknya. Kali ni saya pilih pergi - jalan jauh, balik - jalan dekat, masa kami ambil untuk sampai ke bawah lebih kurang 50 minit! Kira ada ada kemajuan berbanding sebelum ini :)

Balik, kemas rumah/bilik, basuh baju dan rest. Malam lepas solat isyak bersiap dan tunggu kawan datang ambil. Kami terus ke RnR Serdang untuk ambil seorang kawan lagi dari Melaka dan terus ke Putrajaya. Selesai semua urusan kami terus gerak ke Perak. Mulanya ingat nak konvoi, tapi disebabkan kami terlambat, kereta kami follow dari jauh aje. Tapi, alih-alih kami yang sampai dulu. Camne tu? Hampir jam 1am kami sampai di tol Tapah. Selepas 30 minit barulah rakan-rakan yang lain sampai dan kami terus bergerak ke Kampar menuju ke Masjid An-Nur, Kampar, Perak. Sampai sana, dah ramai rakan-rakan yang dah lama sampai. Ditemani sleeping bag dan beg kami melelapkan mata di beranda masjid. Lena sampai ke pagi. 

2 Feb 2013 / Sabtu.

Saya terjaga bila terdengar tok bilal membuka gate masjid. Cepat-cepat saya bangun, segan wei tido kat luar masjid. Perempuan pulak tu. Bangun, mandi dan bersiap. Sempat joint solat dan dengar kuliah subuh (punyalah panjang kuliah subuh tok imam pagi tu). Pukul 8.00am semua berkumpul dan masing-masing breakfast dulu sebelum bertolak ke Air Terjun Berangkai. Hampir jam 9.30am jugak barulah semuanya sampai ke Air Terjun Berangkai dan kami mula trekking lebih kurang pukul 10.00am. Kata guide, pendakian kami  mengambil masa hampir 5-6 jam untuk sampai ke Kem Lebah aka site camp.

Kita layan gambar la pulak.

Tempat berkumpul : untuk masuk ke Air Terjun Berangkat dari Masjid An-Nur, mengambil masa hampir 20 minit (menaiki kereta), melalui perkampungan Cina, Melayu dan orang asli. Penduduk kat sini berbilang bangsa.

Selepas semuanya sampai, guide memberikan taklimat dari aspek keselamatan dan lain-lain. Kami exercise dulu dan doa dibaca s
ebelum memulakan perjalanan.
 Permulaan track : melalui kebun buah-buahan dan kemudian kebun getah. 

 Track yang dilalui : kadang-kadang agak menguji mental dan fizikal. Kami ber'3 tak habis-habis mengomel why? why?? why?? dengan tindakan kami menyertai xpdc ni. Haha. Orang bila dah penat macam tu gayanya kan?

Rakan-rakan tracking, mula-mula camnilah... dah makin jauh, makin selow. Yang laju boleh teruskan perjalanan, yang selow melow tu tunggu ajelah sweaper 'sapu' korang semua nanti.
Kem Balak : 1'st check point. Berhenti lelah seketika setelah hampir 3 jam berjalan tanpa henti. Ini aje group yang baru sampai. Lagi 20 orang masih tertinggal di belakang. 
Teruskan perjalanan : lepas melalui Kem Balak, track menuju ke Kem Lelah lagi mencabar. Semua panjat bukit je. Dengan akar-akar pokok yang berselirat, memang menguju mental kami yang amatur ni. 

 Kalau jalan aje, stress jugak mental kan? So, sambil jalan kita ketik camera menikmati keindahan alam. Sengaja saya bawak compact camera yang tahan gegar, kalis air, tahan lasak dan yang penting ringan untuk kurangkan beban saya. Beg galas saya walaupun hanya 32L, tapi dalam keadaan sebegini bebannya terasa seperti mengalas beg seberat 50kg? 

Air terjun seperti ni banyak ditemui sepanjang perjalanan kami. 

Akhirnya hampir 5 jam mendaki akhirnya kami sampai ke Kem Lebah! Hilang semua penat bila dah sampai! yeay!!

Kem Lebah : Inilah tapak perkhemahan kami untuk malam ini. Tempat tidur, tempat masak, tempat berkumpul, air terjun pun ada dekat aje dengan tapak perkhemahan.
Sepakat menyediakan masakan tengahari. Saya tukang tengok aje. huhu
Makanan tengahari : Nasi putih berlauk sayur campur, sardin dan telur dadar memang sangat sedap. Walaupun dalam hutan, makanan kami mewah. Malam tu kami makan nasi lemak dan sambal bilis. 

Lepas makan, bersihkan diri dan solat dan sementara itu sempat juga merehatkan diri. Hampir jam 5.00pm barulah semua peserta sampai. Ingatkan dah boleh rest sampai ke malam, tapi kata guide kita akan naik ke peak untuk layan sunset. Tadi katanya serik kan? Bila guide ajak naik ke puncak, laju aje kami ber'3 bersiap. Tak serik tu. Haha... alang-alang dah sampai kan? Rugilah kalau tak merasa sampai ke puncak. 

Laluan ke puncak : mulanya landai dan kemudian berbukit. Adeh!!! Hampir 2 jam mendaki akhirnya sampai jugak ke puncak. Alhamdulillah....

View from the peak : boleh nampak pemandangan seluruh Kampar. Tapi sayang tak dapat layan sunrise sebab cuaca mendung. Jangan malam ni hujan sudah. 
Been here!
Kami turun balik dalam pukul 7.00 lebih. Waktu tu hari dah hampir gelap. Kecut perut jugak berjalan dalam hutan waktu-waktu maghrib macam ni. Tapi tawakal aje. Berbekalkan lampu picit dan MP3 surah-surah al-quran kami teruskan perjalanan turun ke Kem Lebah. Dalam 1 jam lebih Alhamdulillah sampai jugak ke camp site.

Malam tu lepas mandi, solat dan makan malam, (mandi air terjun di waktu malam dengan air yang sejuk macam ais memang satu pengalaman baru buat saya. Best!), kononnya pihak pengajur nak adakan sesi beramah mesra. Memang tak lah jawabnya sebab lepas makan terus masing-masing masuk tidur. Haha.

* bersambung

5 comments:

  1. best nyer pm, jeles aku dengan ko. aku teringin nak buat aktiviti macam ni jugak, dulu zaman study, rajin jer aku join aktiviti cam gini, seminggu dalam hutan. memang best...patutnya malam-malam kena kuar jalan pm, tapi ramai-ramai lah, boleh tengok kulat/cendawan/moss mengeluarkan warna malam-malam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. orga, memang best tapi meresalah sakit kaki satu minggu. hahaha. camne nak jalan malam-malam, penat tahap gaban dah masa tu. huhu

      Delete
  2. Salam . Ada no guider yg boleh guide ke gunung bujang melaka ni tak ? . Kalau ada tolong PM kt no sy di 017-3604670 . Sb sy nk guna perkhidmatan beliau . Secepat mungkin . Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Refer entry part 2. atau contact founder +60172729355 (Haidy)

      Delete