Followers

Friday, February 22, 2013

Sunset moment @ Bukit Besar, Kuala Terengganu

Atas permintaan seorang sahabat mintak gambar sunset ditayang nah inilah hasil 'tembakan' compact camera saya yang tak berapa nak canggih tu. Petang itu selepas berpeluh ketiak mendaki Bukit Besar kami singgah sekejap di pinggir bukit. Menikmati pemandangan bandar Kuala Terengganu (dari sini kami boleh nampak dengan jelas Jambatan Sultan Mahmud, Masjid Kristal, Sungai Terengganu hingga ke muara dan juga kawasan sekitarnya. 

Tentu ramai yang tak tahu di mana letaknya Bukit Besar yang tak berapa nak besar ni kan? Kalau mahu ke Kuala Terengganu dari Batu Enam melintasi Jambatan Sultan Mahmud saya yakin korang semua akan terpandang satu perkataan besar "ALLAH, PELIHARAKANLAH TERENGGANU" itulah Bukit Besar.

8 comments:

  1. ambe dok ganu pun lama doh dok naik..huhuhhu..
    rogerlah kalo nok naik lahi. nok ikut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh aaa, esok nok naik bukit besor plok.

      kebetulan ambe balik kg ni. muhahaha

      Delete
  2. Oh...awesome..cantik sangat..ni baru guna compact..kalau guna DSLR..lagi bertambah awesome kan..salam kenal PM :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar tak seberapapun. xde DSLR itu yg guna compact aje tu. hehe

      salam kenal jarimanis ^_^

      Delete
  3. memang cantik pm, terbayar penat lelah ko panjang bukit ni...dengan camera hp pun aku sanggup kalau dapat tengok view cam gini, hehe...

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. yong, lepah ni kita try naik bukit puteri la plok. hehe

      Delete