Followers

Sunday, March 03, 2013

CATATAN HAJI (8) : Suasana di sekitar Masjidil Haram (entry bergambar)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a ketanya : Rasulullah s.a.w pernah ditanya : 
"Apakah amalan yang paling utama?" Baginda s.a.w bersabda : "Beriman kepada Allah s.w.t." Sahabat bertanya lagi : "Kemudian apa?" Rasulullah s.a.w bersabda : "Jihad pada jalan Allah s.a.w iaitu berjuang pada jalan Allah s.w.t" dan sahabat bertanya lagi : "Kemudian apa?" Rasulullah s.a.w bersabda : "Haji Mabrur iaitu ibadat Haji yang diterima".

Kali ni kita serahkan pada gambar untuk bercerita....

 Subuh yang hening di dataran Masjidil Haram - macam-macam ragam manusia kita boleh tengok.

Biasanya untuk masuk ke dalam masjid, saya akan melalui jejantas yang melintasi kawasan saie. Untuk masuk ke dalam masjid banyak pintu sebenarnya (maaf, saya lupa ada berapa buah pintu di masjidil haram).

Suasana dalam masjid - terang benderang dengan lampu. Nyaman walaupun tiada aircond.

 Suasana di dalam masjid, aktiviti bebas jemaah sementara menunggu waktu solat.
Gambar kiri : Tekun makcik ni mengaji quran. Selamba aje dia duduk atas rak kasut. hehe
Gambar Kanan : Ruangan solat wanita. Sewaktu musim haji, semua partition (rak meletak al-quran) yang bertujuan untuk mengasingkan jemaah lelaki dan perempuan sudah dicabut sementara. Rasanya ia bertujuan untuk memberi lebih ruang pada jemaah. Tiang yang ada al-quran tu sahaja yang bertindak memisahkan jemaah lelaki dengan perempuan.

 Pandangan dari atas : Lepas solat Zohor, teringin nak naik atas pulak. Kami naik tangga untuk ke tingkat 2. Bekas berwarna coklat cerah yang mengelilingi tiang itulah bekas air zam-zam. Ada sejuk, ada juga panas... dua-dua sedap! Minumlah sebanyak mana yang kita mahu. Selain air zam-zam dalam bekas tersebut, kita boleh juga minum/berwuduk di paip zam-zam yang terdapat di belakang.

 Kerja-kerja pembesaran masjid tetap berjalan seperti biasa walaupun sudah tiba musim haji. Lepas dah siap betul-betul nanti bertambah besarlah Masjidil Haram.

Pandangan dari tingkat 2 : Lepas asar biasanya saya akan duduk termenung memandang Kaabah. Untuk dapatkan gambar yang clear, saya menyelit masuk di tempat tawaf (di tingkat 2). Sepatutnya tak boleh berada kawasan ini sebab ini merupakan laluan khas untuk orang yang melakukan tawaf menggunakan kerusi roda/basikal bermotor, tapi memandangkan saya ni tak besar mana... bolehlah menyelit tanpa mengganggu jemaah yang sedang melakukan tawaf. heheh.

Zoom sikit : Rupa kaabah sebelum wukuf. Penuh dengan umat manusia! Sekali pandang macam tak ada ruang untuk kita mencelah kan? Tapi... kalau sudah sampai di situ, InsyaAllah mesti akan ada ruang untuk kita. Kuasa Allah.... Nanti saya tunjukkan gambar selepas wukuf, boleh tengok beza rupa kaabah sebelum dan selepas wukuf. 'Corong kecil' warna keemasan tu ialah saluran emas. Tujuannya ialah tempat laluan air hujan. Ini salah satu tempat mustajab berdoa. Di bawahnya pula (rangkuman berwarna putih) itulah Hijir Ismail. Ini juga tempat mustajab doa dan ia termasuk dalam kaabah. Jadi kalau nak merasa berada di dalam kaabah, mesti masuk dalam Hijir Ismail ye. Orang berasak-asak di sini. 

Sudah malam : Suasana di tingkat 2. 

Sementara menunggu isyak sekali lagi saya ke sini pergi tengok Kaabah. Kalau solat di tingkat 2 ni, kita tak boleh nampak kaabah direct. Sebab tu lah, sebolehnya saya akan cuba solat di tingkat bawah. Kaabah tidak akan terlepas daripada pandangan mata walau sedetikpun! Kebiasaannya saya selalu duduk di saf yang bertentangan dengan Hijir Ismail. 

Zoom : Kawasan Hijir Ismail sudah lengang, menandakan sudah hampir waktu Isyak. Biasanya setiap kali waktu solat (5 waktu) Hijir Ismail akan ditutup dan akan dibuka semula selepas solat. Bayangkan masa ni dapat peluang berada dalam Hijir Ismail... mesti best gile kan?

Lepas Isyak : orang ramai berduyun-duyun keluar dari masjid untuk pulang. Penuh dan sesak kan? 

Dah.... jom kita balik! Sweet aje pakcik dan makcik ni balik dari masjid siap berpimpin tangan. Alahai... cemburu pun ada!

~ sambung lagi

2 comments:

  1. jelesnya dengan ko pm, boleh minum and ambik wuduk suka-suka hati dengan air zam-zam, bukan men payah lagi nak dapat dekat sini...tenang jer dapat tengok kaabah dekat-dekat, huhu~..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orga, kat sini nak mandi dengan air zam-zam pun boleh. haha. Sepanjang kat sana kadang-kadang sengaja amik wudhuk setiap waktu wlpun masih ada wudhuk. Alasannya? Sbb nak berwudhuk guna air zam-zam. hehe

      Memang tenang... tak tergambar dengan kata-kata :)

      Delete