Followers

Tuesday, March 12, 2013

Visa ke China

Kalau di kira dengan jari ini dah masuk kali ke-3 saya buat permohonan visa untuk ke China. Kali pertama travel agent yang buatkan - single entry. Kali kedua buat sendiri - double entry.

Tapi yang ke-3 ni leceh sikit. Belum proses dah kena reject! Katanya ada beberapa dokumen yang kami hantar tak lengkap. Padahal tahun lepas submit borang pun macam tu jugak caranya.

Dalam masa setahun banyak betul peraturan yang berubah dan ditambah baik oleh kerajaan China ni. Ni mesti sebab dah ramai orang Malaya suka pergi China. Maklumlah hari ke hari Pak Tony dah banyak tambah route baru termasuklah ke China. 

Rasanya ramai dah tahu macamana/di mana nak apply visa ke China kan? Tapi walau berapa kali kita apply visa, mesti akan ada yang tersalah kan? (sayalah tu). Meh saya kongsi beberapa link penting untuk panduan semua.


Dan antara perkara yang penting ialah dokumen-dokumen yang diperlukan :
  1. Passport 
  2. Gambar berukuran passport - background gambar biru atau putih
  3. Borang permohonan - boleh isi online atau print borang manual
  4. Flight booking *
  5. Hotel booking *
* baru berkuatkuasa bulan Dec tahun lepas/2012. Flight dan hotel booking tu print satu sorang ye. Kalau pergi submit borang by group, cthnya 5 orang, walaupun naik flight dan tinggal di hotel yang sama, tapi setiap seorang kena lampirkan salinan flight dan hotel booking. Kalau tak, reject lagi!

* Permohonan visa saya reject disebabkan no. 4 & 5. Nasib baik kawan yang tolong submit borang tu kerja kat belakang bangunan OSK je. 

Bayaran yang dikenakan kepada warganegara Malaysia pula ialah :
  1. Single entry - RM30 (passport mesti sah sekurang-kurangnya 6 bulan)
  2. Double entry - RM50 (passport mesti sah sekurang-kurangnya 15 bulan)
  3. Multiple entry (6 bulan) - RM80
  4. Multiple entry (12/24 bulan) - RM120
* Untuk multiple entry, syaratnya pemohon dah pernah apply visa ke China sebanyak 2 kali dan passport sah sekurang-kurangnya 15 bulan ke atas. 

* Macam kes saya, saya apply multiple entry untuk 24 bulan, disebabkan saya baru renew passport, jadi saya kena bawa salinan visa yang sebelum ni sebagai bukti. Kalau tak reject!

Pastu ada application service fees :
  1. Regular service - RM28 (4 working days)
  2. Express service - RM100 (3 working days)
  3. Rush service - RM140 (same day)
Jadi total lost untuk saya ialah (RM120 + RM28 = RM148) dapat visa multiple entry untuk tempoh 24 bulan. Jadi lepas ni kena lebih gigih mencari tiket murah untuk ke tempat lain di China la jawabnya. Hoho.

Ok. selamat membuat visa!

39 comments:

  1. thank you for the info! nk pegi buat nnt utk group of >5 pax gak. alahaii gigih la nnt kene print satu satu utk setiap seorang.

    ReplyDelete
  2. kena menuntut juga ni...nanti akak hello2 nani la..hahaha

    ReplyDelete
  3. Saya buat untuk tiga orang, guna satu set je flight dan hotel booking. Alhamdulillah clear. Baru buat minggu lepas...

    Pasal isi borang, saya suka guna online sebab boleh retrieve bila nak buat visa lagi. Cuma tinggal print je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, rezeki la tu kira.. hehe. tak payah nak photostat banyak salinan kan?

      isi borang online memang mudah, bila2 nak guna boleh cari balik. ubah mana yg patut aje kan?

      Delete
  4. wah..sib baik ada entry ni,sy mmg tgh search pasal visa ke China ni..nak tanya,kalau buat visa yang single entry tu,expired within berapa bulan? sebulan dari tarikh apply ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. PBP, tak silap saya visa utk single entry sah utk 6 bulan dari tarikh apply.
      kiranya lepas apply tu ada 6 bulan utk ke sana dgn sekali masuk saja, max 30 hari stay di mana2 tempat di China :)

      Delete
  5. PM..Visa China JM dh LULUS...ehehehe..
    JM pun seperti Mie jugak..just submit satu salinan flight tiket dan hotel booking utk 3 org...Accepted..

    Semoaga LULUS nanti VISA tu yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah! bestnya dah lulus visa JM
      visa sayapun tgh proses, jumaat ni boleh datang ambil :)

      untung JM tak payah fotostat banyak2 salinan fligh dan hotel booking.

      Delete
  6. erm...nak tumpang tanya boleh? sekiranya saya pergi ke china dengan tujuan belajar kungfu dan akan tinggal kat china selama setahun apakah jenis visa yang perlu saya apply??
    Thanks. Maxwell Raphael Chong.

    ReplyDelete
  7. Hi Maxwell,

    kalau ikut pemahaman saya visa yg perlu dipohon ialah visa belajar. Sebabnya visa pelawat, cthnya utk multiple entry (valid 1 @ 2 tahun), tempoh untuk menetap di china hanya 30 hari x silap saya. Harap link di bawah boleh membantu :_

    http://www.visaforchina.org/KUL_MS/visainstruction/251841.shtml
    http://www.visaforchina.org/KUL_MS/visainstruction/256960.shtml

    ReplyDelete
  8. Hi,

    kalau kita xplan ni bermalam di hotel mane? macam mane pulak?? aduiii.... tolonggggg.... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI,

      erm.. kalau tak plan nak bermalam di mana2 hotel kena jugak plan. huhu. sebab hotel booking tu kira wajib ada masa submit permohonan visa china. kalau xde kena rejectlah jawabnya permohonan kita tu.

      ni cadangan saya ye. apakata booked aje mana2 hotel yg murah yang tak perlukan apa2 bayaran masa booking, through website, agoda ke, booking.com ke, then print saja hotel booking tu. lepas dah submit permohonan visa, cancel la balik hotel booking dari website tu. nak buat camne kan? terpaksalh la buat macam tu... it's just my 20 cent :)

      Delete
  9. entri yang amat membantu. terima kasih!!

    ReplyDelete
  10. salam~

    nak tanya, kan nak apply visa china kena ada return tix dilampirkan.

    mcm mana klau aku plan nak naik train... n tak confirm tarikh. katakan dari vietnam nak naik tren ke china, n tak tau bila nak balik dari China? macam mana eh? any idea? hehe.

    thanks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam

      dah macam kaunter visa china dah entry. haha. Takpe, kita cuba jawab ikut logik akal la ye.

      erm.. sblm tu, sampai vietnampun guna jalan darat ke dari Malaya? Kalau naik flight dr Malaya ke Vietnam apakata bawak aje tiket tu, plus bwk itinerary (kena buat la kot) as a prove to the embassy. kalau ada itinerary boleh la plan nak stay berapa lama kat satu-satu tempat kan? jgn lupa, duration of each stay in china cannot exceed more than 30 days after entry tau!

      aku rasa china tambah peraturan 4 & 5 tu sebab skrg dah makin ramai orang Malaya ke china since dah ada tambang murah dan variety of flight route all over china. mungkin diorg tak nak ada kebanjiran org Malaya di negara mereka yang sedia sesak dengan rakyat mereka.

      Delete
    2. Haha. agaklah. tapi ok la tolong menolong membawa barakah. heheh.

      Plannya ikut jalan darat/sungai. Tak sure lg sebenarnya. Igt nk repeat solo trip macam 2 tahun sudah. naik tren dan/atau bas. heheh. takpe, nanti kalau confirm jadi, aku try la tgk mcm mana. bawak itinerary je ke. sebab terfikir kalau naik bas ke atau tren ke, tix x book dulu, jadi macam mana. haha.

      Delete
    3. xde hal la, sesambil tu boleh tambah ilmu untuk diri sendiri jugak kan? mana tau satu hari nanti boleh buat solo trip macam ni jugak ke. haha

      kalau dah memang gunakan jalan darat/sungai memang confirm takan ada tiket flight. itinerary je la salah satu option. tapi visa untuk china rasanya tak berapa ketat lagi rules dia - masih ada budi bicara. nanti dalam borang visa tu tulis elok2 berapa hari nak stay kata satu2 tempat di China, InsyaAllah mudah rasaya :)

      Btw, best of luck ya! selamat bersolo trip!

      Delete
  11. assalamualaikum,
    tumpang tanya...regular service 4 hari..adakah bermaksud kene tinggalkan passport kita pada depa selama 4 hari? sebab saya crew..nak keje kena ada passport..nak tunggu jadual keje off 4 hari mmg tak dapat la...terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam

      regular service 4 hari dan memang kena tinggalkan pasport - kalau tak tinggalkan pasport camne diorg nak buat visa kat passport kita nanti kan?

      kalau cam kes ni, kena guna servise visa yang cepat la jawabnya, tapi bayaran service beza drp yg biasa punya.

      btw, best of luck!

      Delete
    2. terima kasih utk reply yang cepat...
      haish...leceh la plak...bulan ni mmg bz bekerja...terpaksalah amek rush service tu...

      lagi satu soalan, saya apply visa utk diri sendiri dan mak...dua2 kene hadir masa nak submit form atau saya sorg je boleh?

      terima kasih sekali lagi...

      Delete
    3. biasalah tu, saya rasa sebab tu diorg bg option pada kita service yg macamana... sebab diorg dah tahu tiap2 org mesti akan ada masalah/kondisi masing2 kan? :)

      untuk apply visa, tak perlu pergi dua2, kalau nak wakilkan orang lain untuk submit application pun boleh. yang penting dokumen2 penting utk visa lengkap. isi borang permohonan dan sertakan doc2 yang diminta. tak silap saya page last borang visa tu ada ditulis, wakil @ diri sendiri yang submit/ambil visa nanti.

      harap info ini membantu :)

      Delete
  12. salam..
    betul ke kalau nak apply visa kena minimun sblm sblm tarikh berlepas?
    cth: flight ke china 6 sept...so kene apply visa sblm 6 aug?
    minta pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. kalu flight 6 sept, apply visa 2 mggu sblm g pun sempat lg, biasanya service biasa ambil masa x sampai seminggu utk proses. Tapi utk selamat elok la buat awal sikit, sebulan @ 3 mggu sblm ke, mana tau ada kesilapan @ x ckp doc masa submit borang ke, sempatla betulkan :)

      Delete
  13. salam, mcm mne klu bru nak buat passport. then 16/12 ni bru nak g china. boleh ke nak apply visa? sbb kata sekurng kurngnya 6 bln passport?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam anony,

      Tak ada masalah kalau baru buat assport. Rasanya maksud 'sekurang-kurangnya 6 bulan passport' ialah tempoh sah laku passport sekurang2nya 6 bulan.

      Delete
  14. nk tye,klu time nk collect tu, kene diri sendiri pegi, or on behalf amek kn pon bole?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua-dua boleh

      ambil sendiri boleh, wakil pun boleh

      Delete
  15. Salam nak tanya la .

    Kalau apply visa seminggu sebelom fly ke china..agak2 buleh ke.?? Sempat x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh, cuba apply yg express. tak sampai seminggu siap. tapi bayaran mahal sikit berbanding yang biasa

      Delete
  16. salam..nk tnye..klu stay kt umah sedara kt sane cane nk aply visa nnti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba tengok borang visa dulu. kalau untuk melawat saudara/stay kat rumah saudara kena isi part itu

      Delete
  17. Salam.. kalau kita nk pi overland beberapa tempat n mungkin nak stay overnight dlm train..mcm mana nk kasi tempat tinggal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,

      Rasanya saya pernah jawab soalan macam ni. mintak jasa baik baca balik komen2 kat atas.

      sebelum ni nak apply visa x perlukan hotel booking, tapi yang baru punya rules kena sertakan hotel booking. boleh cuba bawak itinerary sebagai dokumen sokongan menyatakan kita akan bermalam di dlm train,

      last trip, masa apply visa, saya just sertakan hotel booking dan ada juga kami bermalam dlm train. lepas aje visa kami.

      Delete
  18. Salam.nak tanya..saya patut pergi china bulan lepas tapi tak jadi..so bulan ni baru pergi..visa saya masih valid hingga disember.jadi takde masalahkan?masih boleh pakai visa sama?urgent help! thanks.

    ReplyDelete
  19. Salam..sy nak buat perjalanan ke bejing besok 20/3 sempat xbuat visa

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete