Followers

Wednesday, May 01, 2013

TRIP SELEKEH (10) : Bamboo raft dari Yangdi ke Xingping - Part 2

* Sebelum kita sambung cerita pasal makcik yang membuat 'onar' tu meh kita sejuk-sejukkan mata dulu layan video 'amatur' dengan bunyi enjin bot sebagai lagu latar. hihi


Jom sambung cerita..

Cerita lepas di SINI.

Lepas kami sampai dan turun dari bas, seperti biasalah kami diserbu oleh penduduk yang sibuk nak menjual poncho/ souvenir/ buah limau dan ada jugak sorang nenek tu nak jual ubi? Alahai... kesianpun ada sebenarnya. Tapi lama kelamaan jadi rimas pulak. Sebab diaorang ni jenis 'bangsa' tak kenal erti putus asa. Kita dah tolak dengan baik, tetap diaorg gigih nak menjual ni. Menonong ikut kita sambil sua barang-barang yang nak dijual. Sangat rimas kan?

Lepas turun dari bas tu, sengaja saya 'lari' kejap dari kumpulan makcik-makcik penjual ni - ambil gambarlah kononnya.

Kawan-kawan yang lain turut serta dengan pelancong tadi sebab guidenya dah sedia menunggu kami.

Tiba-tiba terdengar suara 'makcik onar' menjerit-jerit. Cakap dengan nada marah-marah. Apa hal pulak ni?

Saya tengok makcik onar seperti 'bergaduh' dengan pelancong yang janji nak naik bot dengan kami tu. Suara masing-masing bertingkah-tingkah dengan nada seperti menjerit. chong... cheng... chong... cheng.. Ingatkan macam tu kot gaya mereka bercakap. Tapi lama-kelamaan makin kuat seperti masing-masing tanak mengalah.

Makcik onar tu siap bawak koroni. Ada seorang lelaki turut serta dalam 'perang mulut' tu. 

Masing-masing 'bergaduh' sambil tangan menunding ke arah kami berlima

Pelik dengan 'pergaduhan' yang tiba-tiba tadi, saya sertai kawan-kawan yang lain. Cik Yah pun dah turut serta dalam 'pergaduhan' tadi. Biasalah Cik Yah kan PR kami... hehe.

Kemudian laju je pelancong tadi tanya saya. Are you sure u didn't booked any boat with her? 

No, we didn't mention anything. I also don't know why she follow us. 


But she said  u already agree to rent a boat with her. 

No! no! no! - tapi saya tak tahu nak terangkan macam mana dengan makcik onar. Yang saya tahu sebut bu yao, bu you which is jawapan tu tak memadai bagi makcik onar tu.

Kata pelancong tadi, makcik onar tuduh dia curi pelanggan makcik onar. Pelancong tadipun sebenarnya hairan kenapa dia dituduh macam tu. Walaupun pelancong tu dah terangkan cerita sebenarnya, tetap makcik onar tak boleh terima alasan tu.

Makcik onar terus membebel-bebel. Serius kami semua tergamam! Tak cukup dengan bebelan makcik onar, lelaki yang sama-sama dengan makcik onar sama-sama joint. Haish!

Tak lama lepas tu diam kejap. Tapi kemudian bising balik. Makcik onar tak hilang entah ke mana. Kali ni koroni makcik onar pulak yang ambil peranan. chong... cheng... chong... cheng..

Akhirnya pelancong tadi mengalah, rasanya guide yang bawak pelancong tadipun dah fed up tengok 'drama tak berbayar' tadi. Kemudian saya dengar pelancong tadi seperti berbincang sesuatu dengan koroni makcik onar.

Rupa-rupanya pelancong tadi menetapkan syarat, dia mengalah tapi bayaran bot kami mesti sama dengan bayaran yang mereka bayar sebab dia dah janji dengan kami bayaran naik bot ialah 130yuan/person. Mujur lelaki koroni tadi setuju.

I'm sorry... u must ride a boat with them, this is the rule and i also cannot do anything. - sedih je nada suara pelancong tadi. Lepas cakap macam tu diorang terus berlalu. Tinggal la kami terkontang-kanting dengan koroni makcik onar.

Bila dah jadi macam tu kami pun tak tahu nak buat apa. Nak tak nak terpaksalah kami ikut koroni makcik onar tadi. Kami bayar dan dia suruh kami tunggu sekejap sebab dia nak pergi beli tiket di kaunter tiket.

Setel satu hal, TAPI datang pulak 'drama' baru....

* macam-macam drama pulak....

Tiba-tiba....

Makcik-makcik yang sibuk menjual poncho/ souvenir/ buah limau tadi datang kerumun kami balik. Duk sua-sua barang yang mereka jua.

Mula-mula kami tolak lagi, cakap tanak... tanak... 

Tapi tetap diorang duk memaksa kami.

Saya dah hilang sabar ni. Kes tadipun tak reda lagi, datang pulak masalah baru. Entah apa 'hantu' yang masuk dalam badan entah.

Tiba-tiba saya menjerit. Menjerit sambil bukak beg dan tunjuk poncho sendiri. Makcik saya tak mboh... makcik faham dok tak mboh? Nampak dok ada doh ni!! - memang makcik tak faham nak.... Keluar loghat Ganu ko!

Saya terkedu, makcik tu dua kali terkedu. Kawan-kawan yang lain pulak tiga kali terkedu agaknya!

Wohh.. dok dang nok rakam mu tengah maroh. Bukang senang nok tengok mu maroh ni. Debbor aku tengok mata mu! Keji sungguh kata-kata cik bunga.

Doh aku geram dekpong, orang kata tak mboh, tak mboh duk sua jugok suruh beli. Aku pung kejuk aku buleh kata gitu. huhu...

Lepas saya cakap macam tu, barulah semua hilang. Kesian makcik-makcik tu nak cari rezeki kan... Alamak aii... terus rasa bersalah.

Elok je habis 'drama sebabak' koroni makcik onar muncul.

Jadi drama tu habis setakat tu je. Huhu.

Nak buat macam mana pagi tu memang mood saya swing. Mula-mula mood dah lari sebab lama sangat menunggu diaorg bersiap, 1 jam setengah. Sampai tertidur kat lobi tu menunggu tak turun-turun jugak. Tak apalah, dimaafkan sebab saya tahu semua tu diluar kemampuan diaorg kan? Lagipun selama kitaorg sama-sama berjalan ni tak pernah jadi peristiwa 'menunggu dan ditunggu' ni. Kalau ada pun adatlah kan? Lepas tu makcik onar pulak buat onar, siap bergaduh dengan pelancong tadi. Ni makcik-makcik ni pulak menjual tak kena masa dan tempat. Jadinya stress tu bertimpa-timpa. Stress! Stress! Stress! Sampai hilang sabar dibuatnya. Dah tak cool dah...

Ok, semua drama dah habis. Jomlah kita naik bot. Kami ikut koroni makcik onar ke bot.

Layan gambar pulak la...

Pelabuhan bot di Yangdi
Pelabuhan bot di Yangdi - pemandangan memang lawa
Inilah rupa bamboo raft - tak besar mana, satu bot muat 3-4 orang je. Kami pulak ber'5 jadi terpaksa berpecah dua bot. 2 + 3 - kebetulan ada seorang lelaki china nak joint kami. Jadinya 2 bot untuk 6 orang penumpang.
Close up
Sabar je pakcik-pakcik ni menunggu penumpang
Nak tahu mana bot kami? Nun di hujung sana
Lepas semua setel kami naik bot.

Dan semua stress hilang begitu saja tak kala melihat betapa indahnya alam ciptaan Allah di depan mata...


~ bersambung lagi ^_^


p/s : selamat hari pekerja semua :)

10 comments:

  1. ya ampunnnnnnnnn... memang derama sgt niiiiii!! bagus-bagus.. tunjuk poncho kasi mereka paham.. kita kesiankan, tapi nak wat camne..

    abis tu, sorang 130 yuan la ea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la zette, tak tertahan betul derama kan????

      ha'ah last2 kitaorg bayar 130yuan jugak. :)

      Delete
  2. Apesal tak ambik gambo mak cik onar tu
    Ke spt supermeng malaya, tension kan bb ckap ganu tu JM kena baca slow2 hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai JM, masa tu nak pandang muka makcik onar pun menyampah, inikah pulak nak amik gambar dia. hahaha *emo

      kira senasib dgn supermeng la.. terkena...

      err... JM paham x bahasa ganu tu? hehe

      Delete
  3. huih.. kalau kena kat saya tu.. mmg kat muka makcik tu la sy jeritkan.. tak cukup sabar dengan orang yang suke memaksa ni huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira sabar tahap dewa dah tu ul Nida. hahaha. akhirnya dewa sabarpun boleh tumpas. haha

      Delete
  4. view memang cantik, tapi sayang bila ada drama bukan sebabak.
    uitss.. tak sangka cik nani boleh jerit cenggitu, mau terkucil mak cik tu sumer, hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mujur ada view cantik sebagai pengubat hati anne. haha

      haha... ckp camtu malu aii tau anne.

      Delete
  5. kalau aku jadi ko pun stress jugak pm, kalau setakat ajak tu ok lagi, siap follow sampai naik bas dah buat aku susah hati dah. pastu boleh bergaduh pulak...fuyoo, menjerit loghat ganu tu, hehe...nasib baik ko cool balik lepas tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sangat stress orga. mula2 dia approach bukan main lagi senyum, siap ajak kita ketawa2 tu. sekali mengamuk mak aiii... *pengsan

      biasalah orga, time marah kan, bahasa ibunda la yg paling 'lawas' untuk dilontarkan. hahaha. tp serius, view kat depan mata tu memang buat aku cool balik. bukan aku je, kawan2 yg lainpun macam tu jugak. serius lawa :)

      Delete