Followers

Friday, July 26, 2013

Mahnaz Food, Shah Alam

Rasanya ramai orang dah tahu tentang tempat ini yang menjual pelbagai barang-barang makanan/minuman, kosmetik dan macam-macam lagi dari negara-negara Timur Tengah dengan harga borong. Sebenarnya takdelah murah mana kalau kita beli dalam kuantiti yang sedikit, tapi kalau beli borong memang berbaloi. Jadi selepas ni, kalau sesiapa yang ke Makkah/Madinah, agak-agak terlebih muatan barang dan tak cukup kurma/kismis/buah tin dll atau air zam-zam boleh saja ke sini.

Weekend lepas, sempat ke sini, saje nak habiskan duit kat sini. Haha. Kekononnya nak cari jus dan kekacang. Memang banyak jus yang ada, mostly barang dari turkey, tapi sayangnya tak ada jus-jus yang saya suka dan minum masakat Makkah dan Madinah dulu. Haishh. kalau terkenang kemanisan dan sedapnya jus-jus di sana, boleh kurus puasa dibuatnya.

Layan sajalah gambar yang tak seberapa hasil dari kamera hp murah. huahua.
Mahnaz Food - kilang merangkap tempat menjual sekali, dibuka 9.00am-10.00pm setiap hari.
Jenis-jenis kekacang - harga satu bekas lebih kurang RM25-35
Ini pulak bekas kecik - harga dalam RM10-20 mengikut jenis kacang
Buah-buah kering - harga satu bekas ikut jenis buah RM10-15)
Ini pulak coklat - sama aje yang kita beli kat Makkah dan Madinah. Boleh pilih mana yang berkenan di hati
Macam-macam jenis kurma. Kurma ajwa/nabi harga RM50/500gm, tapi kalau beli dalam kuantiti yang banyak boleh dapat lagi murah.
Coklat-coklat ini kebanyakkan dari Turkey. Yang mich tu sedap jugak, rasa apricot tapi sangat manis!!
Ini pulak jenis-jenis jus. Boleh pilih yang bersoda atau jus asli dalam kotak. Harga berpatutan. Kalau beli banyak lagi murah
Hasil tuaian. Jus tu saya beli 1 dozen, 12 kotak jatuh harga RM3.50 sekotak. Kalu beli 1 kotak je harga RM5.00.

So, kalau ada sesiapa yang nak ke sini, senang aje, ikut jalan Batu 3 Lama, jumpa traffic light, masuk kanan, masuk area-area kawasan kilang dari jauh akan nampak bangunan Mahnaz tu di sebelah kiri. Tak pun boleh rujuk alama seperti di bawah :

No. 8 TP 7/5, Sime UEP Industrial Park, 40400, Shah Alam, Selangor, Malaysia
(Off Jalan Batu Lama, Behind Sekolah Menengah Teknik Shah Alam, Batu Tiga,
Sec 16)
Tel: (603) 5191 7402 / 3
Fax: (603) 5192 7404
Email: g2279373@yahoo.com
Website: www.mahnazfood.my


14 comments:

  1. Aha..JM kembali bersiaran disini..lamat betul rasanya x jengah kat sini kan. PM sihat ker..lama tak jumpa heee

    ok jugak kalau beli kekacang ni buat juadah hari raya di samping kuih dan kerepek kan..JM ni mmg tak familiar area Shah alam ni..kalau pegi mesti sesat barat :-)

    Nanti senang nk try explore website tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi JM, lama x dengar khabar...

      try la g JM, senang je nak terjah tempat ni tak sampai bandar shah alam pun. hihi

      Delete
  2. Thanks for sharing the info. I was wondering mana derang dapat barang2 dari Middle East. Rupanya di sini. InsyaAllah, gonna visit Mahnaz Food later of this week.

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaraab, must go there, i'm sure u'll enjoy it. memang berbaloi-baloi. hehe

      Delete
  3. apasal tak singgah umah? boleh tolong kemas umah..hahahaha

    ReplyDelete
  4. salam PM

    wahhhhh. terima kasih PM share tempat ni. selama ni turun shah alam semata-mata nak beli baju kurung murah yg rm50 sepasang tu, sekarang bertambah lagi motif untuk kerap turun shah alam.

    much gracias.


    ReplyDelete
  5. Sakit hati dengan penjual kurma ajwa yang kay pasar tani shah alam..Dah la tua poyo plak...jual kurma ajwa sampai 150/kg...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,
    Saya dah pergi, saya berbual dengan tokey kedai dan para pekerja, mereka rupanya orang Iran bukan orang Arab. Orang sunni kena berhati-hati dengan golongan syiah ni, musuh mereka no. 1 adalah orang Sunni bebrbanding dengan orang kafir, sebab itu mereka sanggup gunakan senjata kimia dan membunuh orang sunni dengan cara yang kejam. Jangan support sangat barangan Iran ni,

    ReplyDelete
  7. banyaknya barang2 yang dijual mesti rambang mata nak memilih dan membeli. Wife pun ada beli secara online payah nak walk in. kalau walk in rasanya macam2 dia beli. Online terhad sikit sbb kena beli qty yang ditetapkan, kena tambah kos postage lagi.

    ReplyDelete
  8. Salam..bro nk tnya skit, bro prgi turkey prnah tak mkan kt new asian restrn? Chef dia yg kecik2 to..orng mlysia.. dia nk jumpa bro, sbb dia skrang kt mlysia

    ReplyDelete
  9. Salam..bro nk tnya skit, bro prgi turkey prnah tak mkan kt new asian restrn? Chef dia yg kecik2 to..orng mlysia.. dia nk jumpa bro, sbb dia skrang kt mlysia

    ReplyDelete
  10. Ada satu kedai arab di section 13, hijrah madinah.

    ReplyDelete
  11. Dalam kedai bangsa asing... Sleeping partner je owner nama arabic

    ReplyDelete