Followers

Monday, July 08, 2013

Ramadhan Relief with IRM

Sabtu lepas pada 6 Julai 2013 bersamaan 27 Syaaban 1434 berpeluang sertai Program Kembara Zakat Maybank Islamic 2013 dengan kerjasama Islamic Relief Malaysia (IRM) membahagikan barangan keperluan harian kepada penerima yang layak.  Program ini berlangsung serentak pada hari dan waktu yang sama di seluruh Malaysia mengikut masjid-masjid yang terpilih. Untuk pertama kalinya saya sertai program anjuran IRM sebagai sukarelawan dan kalau diberi peluang lagi nak joint lagi program seperti ini. Seronok tengok muka-muka ceria penerima bila mendapat bekalan makanan untuk persediaan mereka menjelang Ramadhan nanti. Sekurang-kurangnya dengan bantuan yang tak seberapa ini mampu meringankan beban mereka kan? Gembira juga dapat kenal kawan-kawan baru! hihi. Cerita penuh di SINI.

* Tak mampu nak menderma ratusan/ribuan ringgit, jadi sumbangkan keringatpun jadilah....


Berminat nak jadi sukarelawan IRM atau ingin bersedekah/menderma? Boleh rujuk website IRM atau FB IRM.

2 comments:

  1. Ye betul..sumbangan keringat dan tenaga juga adalah satu sedekah..in shaa Allah ada pahala dan ganjaran dari Allah..Selamat Menyambut Ramadhan PM :-)

    ReplyDelete