Followers

Monday, March 03, 2014

It's a Car-Free Day in Kuala Lumpur

Bermula 2014 setiap Ahad pertama awal bulan, DBKL adakan program Hari Tanpa Kereta di sekitar Kuala Lumpur. Beberapa jalan utama sekitar KL akan ditutup bermula jam 7.00am hingga 9.30am. Bermula di Dataran Merdeka, beberapa jalan utama seperti Jalan Raja Laut, Jalan TAR, Jalan Sultan Ismail dan beberapa jalan-jalan utama yang lain dan berakhir di Dataran Merdeka. Route seperti peta di bawah.


Sebagai menyahut kempen hari tanpa kereta, sayapun jointlah sekali. Hiks. Itupun last minute kawan sepejabat ajak. Disebabkan last minute end up hanya kami berdua saja yang sanggup bangun awal di hujung minggu. Yang lain semua tak sanggup nak tinggalkan katil dan bantal busuk. Hihi. Saya memang dah terbiasa bangun awal, 5.30am bangun, mandi, solat dan bersenang-senang di depan tv (kalau hujung minggu), jadi masalah untuk bangun lewat kalau dihujung minggu bukanlah satu masalah besar bagi saya. Jadi bila diajak kawan sepejabat, saya setuju saja. Boleh kita tengok suasana bandaraya Kuala Lumpur tanpa kereta kan?

Semalam, 2 Mac 2014 adalah hari Ahad pertama bulan Mac. Jadi ini adalah kali ke-3 DBKL mengadakan program ini. Kali ini kata kawan saya dia nak lari-lari manja saja. Tak mahu kayuh basikal seperti sebelum ini. Saya yang tak ada basikal canggih bolehlah joint sekali. (basikal yang disimpan di Kementerian hanya layak untuk berekreasi di sekitar Putrajaya saja).

Seawal jam 6.45am kami bertolak dari SK ke KL. Perjalanan kurang dari 30 minit untuk sampai di sekitar Padang Merbuk dan kami parking kereta betul-betul di depan pintu masuk ke Tugu Negara. Itupun kereta dan penuh di kiri dan kanan jalan. Dari Tugu Negara kami berjalan kaki ke Dataran Merdeka dan mula berjalan. Sebenarnya tak ramai yang berjalan kaki seperti kami. Jalan raya yang lengang dengan kereta kebanyakannya dimonopoli oleh mereka yang berbasikal dan ada juga kumpulan yang berroller blade dan berskate board. Macam-macam pesen basikal ada. Basikal canggih, Fixi, BMX dan tak kurang juga yang berbasikal tua pun ada, siap dengan costum lagi tu. Comel ok! 

Sekitar Dataran Merdeka : tempat berkumpul sebelum memulakan aktiviti

Bermula dari Jalan Raja Laut dan memasuki Jalan TAR kami berjalan secara santai. Seronok berjalan di tengah-tengah jalan tanpa ada kenderaan. Tapi kena hati-hati juga sebab banyak basikal. Kemudian terus masuk ke Jalan Sultan Ismail menuju ke Jalan Ampang, kami melencong ke Jalan P.Ramlee. Sempatlah singgah berselfie di depan Hard Rock Cafe. hihi. Melalui Jalan P.Ramlee kelihatan deretan pub dan bar yang saya yakin kawasan ini sangat happening malam tadi. Maklumlah malam minggulah katakan. 

Kami jalan lagi melalui Jalan Pinang dan akhirnya kami sampai di depan KLCC. Sekali lagi bersenang-senang di situ sambil menikmati pemandangan matahari naik di sebalik bangunan pencakar langit itu. Kalau hari biasa memang tak dapat nak layan suasana macam ni kan? Oh ya, di sebelah KLCC terdapat sebuah taman kecil dan uniknya taman itu penuh dengan 'ayat-ayat cinta'. Nyaman suasana di situ dengan beberapa plat kata-kata cinta dan kata-kata semangat di bina di situ. 

KLCC : bangunan kebanggaan Malaysia
Ayat-ayat cinta di sebuah taman di sebelah KLCC

Kami hanya berjalan sehingga ke Jalan Pinang dan keluar ke Jalan Sultan Ismail semula - skip Jalan Raja Chulan dan Jalan Imbi. Dari situ kami membelok ke Jalan Chow Kit sebelum tembus ke Jalan TAR semula dan berjalan kaki hingga ke Dataran Merdeka kembali. Total kilometer kami berjalan pagi itu lebih kurang 8km! 

Sekitar Jalan TAR : lengang tanpa kereta dan kenderaan lain. Boleh nak baring dan bergolek-golek!

Alang-alang dah park kereta sekitar Tugu Negara, saya cadangkan pada kawan saya kita makan pagi saja di warung sekitar Taman Botani Perdana. Pekena teh tarik, nasi lemak dan meehun sup tulang yang sangat sedap! Kebetulan tengok ada shuttle bus keliling tasik, jadi kamipun naiklah sekali. Itupun lepas dua kali terlepas. Dengan bayaran hanya RM2.00/person dengan perjalanan hampir 30 minit, saya kira berbaloi sebab pemandangan sekitar tasik tu sangat menarik!

Shuttle bus @ Taman Tasik Botani Perdana

Dah puas pusing taman tasik, kita baliklah. Sampai di SK lebih kurang 11.30am dan saya terus langsung ke Seoul Garden sebab nak ganti balik kalori yang terbakor pagi tadi. Haha.

Pictures creadit to miss Sambal Gesek Prada.

7 comments:

  1. wah..bestnya...Alangkah baik sekiranya boleh lanjut sampai pukul 6 petang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. err... kalau jalan tutup sampai pukul 6 petang jawabnya mengamuklah pemandu kenderaan lain. Tutup sampai 9.30am pun dah ada yg bising-bising marah marah-marah tau. huhu

      Delete
  2. semoga menjadi tiap minggu, seperti di Jakarta...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni baru acara bulanan, mana tau kalau ada sambutan jadi acara mingguan ke

      Delete
  3. terima kasih sudi terjah ke sini :)

    dah singgah di blog itu juga

    ReplyDelete