Followers

Monday, November 11, 2013

Kill time trip : Hatyai Krabi (2) - Hatyai town & Klonghae Floating Market

Masa tiket yang kami request mulanya pada pukul
5.30pm, sekali sewenang-wenangnya diberi van
pukul 4.30. Terus kami protes mintak tukar balik
ke waktu asal.
Bas Alison yang kami naiki jam 11.30pm malam tadi selamat sampai di bandar Hatyai lebih kurang jam 8.30am. Bas berhenti betul-betul di hadapan pejabat jualan tiket, lokasi tak pasti tapi yang pasti bukan di sekitar Lee Gardens Plaza.

Turun dari bas seperti biasa kami diserbu oleh 'ulat tiket' yang menawarkan perkhidmatan van untuk ke Krabi atau Phuket. Mulanya kami tolak, dan untuk elak diserbu kami mintak tuk-tuk membawa kami ke tempat menjual tiket atau lebih mudah terus ke sekitar Lee Gardens Plaza.

Sekali bila tuk-tuk berhentikan kami di salah sebuah travel agensi dan yang paling mengejutkan 'ulat tiket' yang kami jumpa di pejabat bas Alison pun ada sama. Ciss! Dah terkena ni!

Bila dah berada di situasi begini memang susah nak lepaskan diri. Mula-mula tiket yang ditawarkan kepada kami ialah 600 bath/person/one way! Gilalah 'ulat tiket' ni amik untung atas angin lebih 50%! 

Orang ni nak kencing kita! 

No, saya Islam, tak tipu punya - cakap BM campur BI. 

Lelaki tu cakap dia orang Islam, tapi rantai emas melingkar di leher! Kuku pulak panjang sejengkal. Adeh... camne tu? Bukan ke lelaki haram pakai emas? Adeh... Was-was kami dibuatnya.

Sudahlah dua-dua bahasa yang kami cakap dia boleh faham.

Nak kelirukan lelaki tu, saya guna 'F language' untuk bercakap dengan kawan-kawan yang lain. Kalau lelaki ni boleh faham jugak mesti dia pernah tengok cerita Puteri Impian lakonan Amy Mastura tu! Haha.

Dipendekkan cerita, sebab tak nak buang masa lama-lama, kami minta harga serendah mungkin! Tawar punya tawar akhirnya dapat 600 bath/person/return. Kalau dicongak-congak mungkin ada lagi yang lebih murah, mungkin boleh dapat 250 bath/person/one way. Tapi tak apalah... janji dapat waktu pergi dan balik yang kami mahukan. 

Tips : Sesiapa yang cari van/ bas ke Krabi atau Phuket better cari tour agent di sekitar kawasan Lee Gardens Plaza. Banyak pilihan dan hargapun boleh nego. Biasanya rate untuk van bermula dari 250 - 300 bath/person/one way. Kalau nak lagi murah boleh naik bas. 

Selesai semua urusan, kami tinggalkan beg di pejabat Lipe Tour. Perut sudah berkeroncong minta diisi. Lalu saja di sepanjang jalan, pasti ada kedai-kedai makan muslim. Kami singgah di kedai Mariam. Makanannya boleh tahan. Roti canai dan roti pisang sedap! Yang pasti kopi ais dan teh ais sangat kow!!




Lee Gardens Plaza

Mengikut plan asal sampai di Hatyai kami nak terus gerak ke Krabi. Tapi disebabkan kami akan balik semula ke Hatyai pada hari Isnin, jadi kami akan terlepas peluang untuk ke Klonghae Floating Market yang hanya dibuka 3 kali seminggu (Jumaat - Ahad) bermula jam 2.00pm - 10.00pm. 

Sementara masih awal, kami buang masa di sekitar Lee Gardens Plaza dulu. Agak meriah suasana di sini. Di sepanjang jalan banyak deretan gerai yang menjual macam-macam - ada souvenir, buah-buahan, air, aiskrim dan tak kurang jugak gerai t-shirt. 

Sekitar Lee Gardens Plaza
Maka bemulalah acara kami 'membunuh masa' sebab macam tak banyak tempat nak tuju. Dari satu gerak ke satu gerai kami singgah, tapi tak beli apa pun. Lepas masuk Lee Gardens Plaza kami masuk ke bangunan shopping complex (lupa nama pulak) di hadapan Lee Gardens Plaza. 

Last skali dapat idea nak bermassage. Pagi-pagi sampai Hatyai terus massage? Hahaha. Murah massage kat sini 200 bath (RM20) utk urut kaki atau badan. Kami massage di Navarat Massage Hatyai. Lokasinya hanya di sebelah bangunan Lee Gardens Plaza. Verdic? Best, tapi sakit ooo. Kaki masing-masing dilipat-lipat macam lipat kain. 

Pink Lady Complex : terletak bersebelahan Lee Gardens Plaza jual baju, tapi tak banyak sangat pilihan.
Gerai jual t-shirt : betul-betul di hadapan kedai urut kaki yang kami singgah. Lepas urut kaki, kami singgah beli t-shirt. Harga t-shit di sini bermula 100 bath - 180 bath bergantung pada saiz. Kain lembut dan sejuk!

Berangan nak tengok THOR... sekali tengok 7 Nov baru mula tayang. Err... agak-agak kan kalau tengok filem mat salleh kat cinema Hatyai, diaorang alih bahasa ke bahasa Thailand ke eh?

Jalan, jalan dan jalan, tiba-tiba datang idea! - Itupun selepas ditegur pakcik tuk-tuk berwajah manis (benarlah kata orang, orang yang murah senyum ni rezekinya murah). Sebabnya pakcik berwajah manis yang menegur kami itu murah betul senyumnya. Ini menyebabkan saya dan kawan berpatah balik untuk bertanya tambang yang dikenakan kalau kami hendak ke tempat-tempat menarik sekitar Hatyai. (Plan asal nak pergi hari Selasa). Bincang punya bincang, dapat tambang tuk-tuk 1300 bath (lebih kurang RM130 dikongsi 6 orang) untuk pergi/balik ke tempat-tempat di bawah termasuk Cable Car dan Akuaria. Tapi kami decide tak nak singgah di Cable Car dan Akuaria sebab nak berlama di Floating Market.


Chang Puak Camp - Elephant's conservation

Tempat pertama yang kami singgah. Katanya elephant's conservation camp, tapi rasanya tempat ini lebih kepada tempat tengok gajah saja. Masuk percuma. Tapi kalau nak naik gajah atau bergambar dengan gajah dikenakan bayaran. 

Kami tak naikpun. Tengok-tengok saja. Bau gajah pun boleh tahan 'wangi'. Dah la kami semua hari ni tak mandi lagi, bertambah 'wangi'lah bau masing-masing nanti. Hahaha.


Anak gajah untuk sesiapa yang nak bergambar dengan gajah. Manakala mak/bapak gajah pula digunakan untuk membawa pelancong yang nak rasa pengalaman naik gajah. Tak sampai hati tengok 'mereka' lama-lama, dahlah beban berat dibelakang, leher dan ekor pulak dirantai. Keciannya...


Samila Beach

Sekali pandang Pantai Samila ni tak jauh beza dengan Pantai Teluk Ketapang. Cuma yang menjadikan pantai ini satu tarikan ialah replika duyung yang terdapat di tepi pantai. 

Apa sejarah/ lagenda disebaliknya saya sendiri pun tak pasti.

Pantai ini terletak di daerah  Songkhla lebih kurang 30km dari bandar Hatyai. Di sini jugak terkenal dengan makanan laut. Sepanjang jalan memang banyak gerai menjual makanan laut samada yang siap masak atau yang mentah. Semuanya nampak segar. Tapi kami tak singgahpun. Tengok dari jauh saja.

Sejarah Songkhla 
Glamour sungguh duyung ni. Sampai lusuh asyik kena pegang je dengan orang. Ce' tengok berapa ramai orang duk beratur semata-mata nak bergambar dengan duyung yang seksi tu.
Pantai Samila selepas hujan
Langit hari ini sangat cerah... tapi redup sebab baru lepas hujan.

Masuk pintu gerbang di sepanjang jalan dah ada
gerai-gerai. Kebanyakannya gerai menjual pakaian dan
barangan kering.
Klonghae Floating Market

Kami sampai sini lebih kurang pukul 2.00pm. Gerai-gerai baru saja nak beroperasi. Mula-mula sampai kami cari toilet dan surau dulu. Lepas tu pusing-pusing di sekitar gerai-gerai di bahagian atas di sini. Aim dulu apa yang berkenan. Balik karang kita singgah beli.

Dari apa yang saya baca, kawasan sekitar floating market terbahagi kepada beberapa bahagian. Ada gerai-gerai di kiri dan kanan sungai. 

Bahagian atas, ada jual barang kering, baju dan barang-barang lain. Di bahagian hadapan pula gerai-gerai makanan. Tempat duduk juga disediakan.

Tapi yang menjadi tarikan di sini sudah tentulah gerai bersampan. Macam-macam makanan ada. Boleh dikataka hampir 60% pengunjung hari itu orang Malaya. Makanan di sini dijual dengan harga berpatutan - rate 20 bath - 35 bath mengikut portion yang dibeli. Semuanya sedap! Masing-masing makan tak ingat dunia. Dah makan, tapau lagi bawak balik untuk bekalan dalam perjalanan ke Krabi. hiks.

Lintas jambatan berkayu dan nampak dari kejauhan gerai-gerai terapung nun dihujung sana.

Jom tengok apa makanan yang menarik di sini..

Ikan bakar dan manisan kacang hijau yang comel dan sedap

air dan makan apa ntah - rasa macam kerepek tapi 

Mee hon sup makcik ni memang terbaik! Sotong bakar kakak inipun sedap!

Cha teh (teh ais) dan air kelapa yang sangat sedap! Sebekal harga 20 bath. Kalau beli yang bekas lawa tu harga 25 bath. Sengaja tak beli bekas lawa-lawa tu sebab malas nak angkut ke sana sini. Maklumlah bawak beg sandang kecik je.
Gerai-gerak di kawasan atas. Ada jugak jual makanan macam jual kat pasar terapung.
Jangok sungguh makcik yang jual sushi ni. Pakai kebaya ala thai siap dengan make up. Lawa macam sushi yang dia jual jugak. hehe

Rasa sushinya sesedap rupanya. Harga 0.50 sen sebiji. Beli lebih 10 biji dapat free 2 biji.

Babai.. panjang umur nak ke sini lagi. Makin petang, gerai bersampan makin banyak, sayangnya kami mengejar masa untuk ke Krabi pulak. Jadi dengan berat hati terpaksa tinggalkan pasar bersampan ni walaupun sebenarnya perut dah kenyang gila!
Sejenis manisan. Keras macam kerepek. Tapi lembut sangat, silap pegang hancur. Tak tahu nama apa.  Katanya sedap, tapi tak kena dengan tekak kami. Ini kiriman seorang kawan, gigihlah dia membawa ke hulur ke hilir.

Sampai bandar Hatyai hampir jam 5.00pm. Tunggu lebih kurang 20 minit van kami sampai. Masa untuk bertolak ke Krabi - hampir 5 jam perjalanan yang panjang!!

Lebih kurang pukul 11.00pm barulah kami selamat sampai ke hotel. Kami tak ke sekitar Aonang, tapi pilih untuk menginap di bandar Krabi.


Saturday, November 09, 2013

Di Hamparan Shamrock kuseru nama-Mu


Buku ini diberi oleh seorang sahabat setahun yang lepas. Ketika itu masih ada beberapa hari lagi untuk membuat persiapan ke Tanah Suci. Katanya, anggaplah buku itu pengganti dirinya semasa saya di sana.

Catatan penulis, Hasrizal Abdul Jamil tentang pengalamannya semasa di perantauan - berada di negara bukan asing yang agama rasminya bukan Islam bukanlah sesuatu yang mudah. Tambahan pula tugas beliau sebagai imam besar di sebuah masjid di sebuah pekan kecil di Ireland banyak mengajar dan memberi pengajaran kepada beliau tentang hidup beragama. 

Banyak pengajaran dan pengalaman berguna yang dikongsikan oleh beliau di dalam buku ini. Dan kadangkala buat hati saya tersentuh membacanya. Contohnya, dia menyatakan kerinduan mendengar laungan azan di sana - mungkin kita yang berada di Malaya tak merasa 'perasaan rindu' itu sebab 5 kali sehari di mana-mana kita akan mendengar laungan azan. Tapi mana tahu suatu hari kalau ditakdirkan 'tercampak' di satu tempat yang tiada masjid pasti kita akan rindukan suasana itu.

Memetik kata-kata beliau dari buku ini saya semat kemas-kemas dalam hati..

Kehidupan di perantauan amat memerlukan kita untuk saling berukhuwah. Sahabatlah teman di sisi untuk kita berkongsi kesenangan dan mencari tangan membantu diri tatkala kesusahan

Sangat bersetuju dengan kata-kata itu, kehidupan bertahun-tahun di perantauan (walaupun sekadar di Malaya) sangat mengajar saya tentang pentingnya berukhuwah. Pn. Fatimah selalu berpesan, biar ramai kawan, tapi jangan cari musuh. 

Memetik lagi kata-kata penulis :

Pelbagai lagi kebaikan yang dilakukan oleh hero-hero yang tidak didendangkan ini, sukar untuk diteruskan jika kita masih memikirkan sejauh mana ia dihargai manusia. Selagi ada rasa mahu dihargai manusia, kita memang sudah tersilap mendapatnya di planet yang lain. Manusia memang sukar menyebut dan menghargai kebaikan.

Begitu banyak kebaikan yang Allah curahkan kepada manusia, sedikit sahaja yang mahu berterima kasih kepada-Nya. Maka bagaimana pula kita, hamba Allah yang kerdil ini, boleh tidak lena malam hanya kerana jasanya tidak dikenang seseorang. JANGAN KECIL HATI. Kita kan hamba!

Jadi, sempena menyambut kehadiran bulan baru, dengan buku amalan yang baru dan mungkin ada sesetengah sahabat diluar sana yang menyimpan azam baru untuk berhijrah ke arah yang lebih baik dari sebelum ini, rasanya buku ini boleh menjadi panduan. Walau tak banyak, dapat sedikit pun jadilah kan?

Boleh juga jenguk blog beliau di saifulislam.com


Friday, November 08, 2013

Kill time trip : Hatyai Krabi (1) - The journey

Saya yakin ramai orang Malaya dah pernah sampai kat sempadan Tanah Malaya ni, cuma kami saja yang baru terhegeh-hegeh nak ke sini. Hahaha. Nak buat macamana... 3 tahun lepas pernah jugak plan nak berkonvoi masuk sempadan Thailand ni, tapi bila masing-masing bagi 'hint' kat mak ayah, kami dapat feedback yang mengecewakan. Masa tu sekitar Hatyai tengah bergolak, jadinya niat untuk ke sana terpaksa kami batalkan disebabkan semua tak dapat restu. Akhirnya kami hanya sampai di Danok saja, itupun untung dapat masuk tak payah tunjuk passport sebab naik kenderaan rasmi. 

Trip ni simple je. Trip aci redah je - kalau semua ok, kita proceed, kalau ada halangan kita batalkan saja dan kami tak rugi apa-apa sebab duit tak luak untuk beli tiket flight. Mode kenderaan kami adalah bas dan train dengan budget kurang daripada RM500, selama 4D3N sempatlah jugak cover beberapa tempat. 

Jumaat malam seperti biasa semuanya berkumpul di SK, lepas solat Isyak, barulah kami semua bergegas ke Putrajaya Sentral, parking kereta di sana dan ambil ERL ke Bandar Tasik Selatan dan seterusnya amik lrt ke Stesen Plaza Rakyat untuk naik bas di Puduraya. Belum apa-apa dah macam-macam tragedi terjadi. Tiket yang kami beli sepatutnya dijadualkan pada pukul 10.30pm. Tapi apa yang terjadi ialah bila sampai je di platform 15, bas memang dah ada, tapi seat kami ber'6 dah ada orang. Pemandu bas suruh kami turun dan tunggu bas lain sebab bas penuh. Amboi... ramai sangat ke orang Malaya nak g sempadan ni?

Saya tak puas hati, reconfirm balik dengan pekerja, katanya kami kena naik bas pukul 11.30pm. Terkejut jugak masing-masing, tapi cool lagi ni. Tak lama lepas tu bas pukul 11.30pm sampai, dan bila kami semua nak naik, kami dihalang oleh pekerja yang lain pulak. Kami dah cuak. Silap-silap haribulan ada yang angkut beg balik Putrajaya balik ni. Huwaa. Disebabkan tak yakin dengan kata-kata pekerja bas, saya terus ke kaunter tiket.

Sampai kaunter rupa-rupanya makcik yang jual tiket tempoh hari tersalah bagi tiket, tulis kat tiket bas pukul 10.30pm, tapi dalam sistem tiket kami pukul 11.30pm. Haish.. macam-macam hal. Bila tanya kat tauke, dia sekadar jawab.

Makcik tu tak boleh pakai, kepala masuk air! Motip tauke kutuk pekerja sendiri?

Malas nak soal panjang, dah dapat tiket kami terus ke platform bas. Kawan-kawan yang lain mesti tengah cuak nak tahu berita dari kami kan?

Setel satu hal. Bas dah confirm. Sampai di platform terus isi beg dalam bas dan kami naik bas. Lega. Kondisi bas pun ok - 3 seat sebaris memang sangat selesa. Siap ada wifi dalam bas. Kami naik bas Alisan, tambang tiket RM55/person. Selain Alisan, ada lagi syarikat bas lain seperti :

  • Konsortium bas ekspress semenanjung - tiket RM45 - RM50 / one way
  • Hatyai interlop Express - RM50 / one way
  • Sri Maju Coach servis - RM65 / one way

Jadi kepada sesiapa yang ada plan nak ke Hatyai dengan bas, tiket bolehlah dibeli di kaunter tiket Puduraya.

Perjalanan malam itu walaupun agak lambat tapi perjalanan sangat smooth. Pukul 5.30am kami dah sampai di sempadan Bukit Kayu Hitam. Tapi kaunter imigresen mula dibuka pukul 6.00am. Jangan lupa isi imigresen form dan sediakan passport ye. Sebab bas akan bergerak melepasi kaunter imigresen (khas untuk bas) dan selepas urusan bas selesai barulah turn penumpang pulak. Di kaunter imigresen seperti biasa kena angkut semua beg dan barang-barang peribadi dan selesai urusan boleh naik bas balik. 

Disebabkan tak nampak pun rupa surau dan tak berwuduk, kami hanya solat subuh menghormati waktu saja dalam bas. Tak apalah daripada tak solat langsung kan?

Hampir sejam jugak semua urusan selesai dan lepas tu bas teruskan perjalanan hingga ke Hatyai. Tak lamapun, rasanya tak sampai 2 jam dah sampai bandar Hatyai. 

Bas Alisan yang kami naiki memberhentikan kami di depan pejabat Alisan. Walaupun dalam bandar Hatyai, rasanya lokasi pejabat Alisan jauh dari area spot utama seperti di Lee Garden Plaza. Tak silap saya kalau bas Konsortium, tempat naik dan turun penumpang betul-betul di sebelah bangunan Lee Garden Plaza. 

Dek kerana clueless, kami naik saja tut-tut untuk cari van ke Krabi.

Kita sambung entry lain, jari dah lenguh menaip. 

Papepun layan dulu gambar makanan. Sesiapa yang pernah sampai Hatyai mesti akan merasa makanan ni. Kan?


Kalau dah sampai Hatyai, kena rasa pulut mangga ni confirm tak menyesal!
Ini pulak manisan dari kacang hijau / kacang kuda yang sangat comel dan sedap juga...

* Gambar : ihsan dari kamera cik bunga 


Wednesday, November 06, 2013

'Kill time' trip

Baru sampai Malaya selepas menempuh perjalanan hampir 15 jam - memang kematu punggung! Oklah trip ni walaupun trip kali ni kami banyak sangat 'membunuh masa' gara-gara kebosanan. Yang pasti kalau trip dengan GBS ni MAKAN memang menjadi agenda utama. Pendek kata kalau check gula, garam dan kolestrol dalam badan confirm semuanya naik!!! Apapun dengan tempoh beberapa hari yang kami ada dapatlah singgah ke beberapa tempat yang menarik.


Tuesday, October 29, 2013

Kompilasi Trip Surabaya - Bandung

Bromo, Surabaya

Akhirnya habis sudah catatan dari Surabaya hingga ke Bandung. Kompilasi ni saja dibuat walaupun catatan tak banyak untuk kemudahan diri sendiri dan sesiapa yang berminat nak membaca. Tak banyakpun tips, tapi catatan ni lebih kepada pengalaman saya dan kawan-kawan. Apapun kepada sesiapa yang mahu membaca, selamat membaca! ^_^

  1. Catatan Ekspress : Surabaya - Bandung
  2. Ada apa di Surabaya?
  3. Road to Bromo
  4. Air terjun Madakaripura
  5. Kawah Ijen
  6. Hamparan pantai-pantai di Jember (entry bergambar)
  7. Malang / Batu
  8. Bandung Paris of Java
  9. Backpacking @ travel agent?