
PM : dikala panas terik seronok juga pekena ABC kan? ABC Taman Warisan ni sangat mengizalkan. Psst... yong aku pekena dgn GBS, sayang mu tak dop skali.

PM : dikala panas terik seronok juga pekena ABC kan? ABC Taman Warisan ni sangat mengizalkan. Psst... yong aku pekena dgn GBS, sayang mu tak dop skali.











Kepenatan memantau 2 projek dalam masa 1 hari. Lewat petang, balik ke hotel. Mandi & rest sebelum keluar berjimba-jimba. Hiks! Maklumlah tugasan kami di Penang dah selesai dan esoknya tiada aktiviti pemantauan sebab satu projek di Seberang Prai batalkan sesi lawatan last minute. Malam sempat juga beronggeng salmah ke Batu Feringgi. Suasana kat situ macam Pantai Cenang, Langkawi. Ada gerai jualan cederamata, baju-baju dan ntah pape barang lagi. Sekadar cuci mata saja.
Hari ke-3, sebelum bertolak ke Cameron, sempat berjalan-jalan di bandar Penang. Naik cabel car di Penang Hill. Tahun ni dah 3 kali naik cabel car. Tapi layan je lah budak-budak yang tak pernah sampai ke Penang Hill. Suasana beza jugak sebab kali ni naik waktu pagi. Berkabus & udara sejuk & nyaman.

Bertolak balik dalam pukul 2pm. Kali guna jalan Tapah. Memang simpang siur jalan. Nasib ada driver yang hebat. Hiks. Sempat berhenti rehat di Lata Iskandar. Sampai opis dalam pukul 5pm. Pergi, fortuner kosong, balik penuh! Jeruk la, baja organik la, sayur la, strawberry la, penuh dengan ole-ole. Overall, sonok walaupun penat. Report tak siap lagi! huhu...
PM : next week ke Kuching!
Oh ya...
Kebelakangan ini terasa seperti tidak cukup masa untuk diri sendiri. Terasa macam ilmu di dada makin berkurang. Dan terasa juga mental dan fizikal makin lemah untuk menangkis semua ujian yang bertimpa-timpa dari-Nya.. Jadi apa salahnya mencuri sedikit masa terluang. Membaca itu kan jambatan ilmu. Bukan begitu?
Dan ini pula oleh-ole dari Paris
Tengoklah
PM : next vacation? any plan??
Al-Fatihah
Tahniah
Bersempena Ramadhan yang mulia ini sempat juga berpuasa di kampung halaman. Sebagai perantau sudah pasti itu antara waktu-waktu yang dinantikan. Berpuasa, bertarawikh, berbuka puasa & bersahur bersama-sama keluarga pasti seronok bukan? Balik kampung, sangat sinonim dengan masyarakat Melayu. Oh ya... tahun ini saya hanya pulang sehari sebelum raya, jadi rasa-rasanya tidak berkesempatan membuat persiapan sebelum raya seperti tahun-tahun yang sebelumnya.
Trengganu juga kaya dengan kuih-kuih tradisi. Netbak, koleh kacang, bubur lambuk, tepung pelita, sata, golek abu antara kuih kegemaran. Balik kampung, hari pertama berbuka ibu menyediakan bubur lambuk. Bubur lambuk di sini lain daripada yang lain. Disediakan dengan rempah bubur lambuk dan kerisik, santan, ikan selayang panggang yang dihancur-hancur, berserta campuran sayur-sayuran kampung seperti pucuk paku merah, pucuk lampin budak, pucuk mata ayam dan macam-macam jenis sayuran sangat sedap dimakan semasa masih panas.
Akhir-akhir ini aku selalu nampak pelangi. Sangat cantik! Terbaru melihat pelangi ketika berada di Bumi Kenyalang. Bukan sekali, malah dua hari berturut-turut. Memang cantik. Tujuh kombinasi warna yang sangat menarik. Walau apapun, sebelum cuba untuk menyelami perasaan orang, selami dahulu perasaan sendiri. Kenal hati budi sendiri dahulu sebelum mengenal hati budi orang lain. Ketahui kehendak dan kemahuan diri. Sebelum membahagiakan orang-orang di sekeliling, pastikan diri kamu bahagia dahulu. Barulah kebahagian itu terlampias kepada orang-orang di sekeliling kita. InsyaAllah...