Followers

Wednesday, January 25, 2012

Le Tour de Pangkor : Journey to the island

Lokasi : Pulau Pangkor, Perak
Tarikh : 21- 23 Jan 2012 (3 days 2 night trip)

Setelah sekian lama merancang, akhirnya masanya sudah tiba. Trip kali ni dengan adik bongsu, budak-budak rumah dan kawan-kawan sepejabat, total 7 orang semuanya. Idea nak ke Pangkor sebenarnya dah lama, cuma tunggu masa je yang tak berapa sesuai. Bila dah jumpa masa yang terbaik, saya confirm sape yang availabledan nak joint, terus saya booking chalet kat booking.com. Nasib baik tarikh yang dipilih masih ada kekosongan dan harga chaletpun berpatutan. Maklumlah, waktu trip kami tu tgh cuti CNY, mesti orang berpusu-pusu nak bercuti kan?

Dah lama saya tak menjejak pulau sejak dah kerja ni. Xtvt air pun dah lama tak buat. Yang kelakarnya, banyak-banyak pulau, pulau Pangkor saya tak sampai lagi. Padahal sikit punya dekat nak pergi kalau nak dibandingkan dengan pulau-pulau lain. Kapas, Perhentian, Redang, Mabul, Sipadan, Manukan, Tioman, Payar, waima Pulau Besar kat Melaka yang berkeramat tu pun saya dah sampai. Tapi tu cerita lama, kisah zaman belajar dulu... Kalau diberi keizinan oleh-Nya, saya nak repeat balik pulau-pulau yang dah saya pergi dulu... InsyaAllah...

Seawal pagi semua dah bersiap. Niat hati nak bertolak seawal 6.45 pagi, tapi biasalah kalau dah berjalan ramai-ramai ni "yang ditunggu dan menunggu" adalah perkara biasa. Lastly, dalam 7.30 pagi gerak secara konvoi dengan 2 buah kereta. Plan asal nak lalu highway, tapi entah macamana silap teknikal terguna jalan dalam. Lalu ikut LATAR Highway terus ke Kuala Selangor dan langsung ke Lumut. Nasib baik guna jalan dalam, highway Utara-Selatan sesak teruk!!!

Dalam perjalanan, sempat berhenti singgah sarapan. Teruskan perjalanan dan sampai di Lumut lebih kurang 11.30 pagi. Masa tu orang tak berapa ramai lagi, jadi semua urusan berjalan lancar. Lepas, punggah beg dan barang-barang, parking kereta di tempat yang selamat dan beli tiket untuk feri ke Pangkor, perjalanan diteruskan. Sebelum tu, saya dah siap tapau nasi ayam untuk kami ber'7. Senang, nanti dah sampai kat pulau boleh terus makan dan rest. Perkhidmatan feri setiap 30 minit sekali menawarkan tambang hanya RM10.00 (dewasa) dan RM6.00 (kanak-kanak) bagi perjalanan pergi balik dari Lumut ke Pangkor.


Pemandangan Pulau Pangkor dari jeti Lumut

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit dari Lumut dan perhentian pertama ialah di jeti Sg. Pinang Kecil iaitu di perkampungan nelayan. Bagi pelancong, kebanyakan mereka akan singgah di perhentian kedua iaitu di jeti Sg. Pinang Besar. Sampai di jeti, kami ambil van untuk ke Teluk Nipah. Tambang van RM20.00 terus ke Nipah BayVilla.




Sampai Nipah BayVilla, selamat check in dan masuk bilik. Saya booking bilik untuk 4 orang. Ada 2 katil queen, bilik air, dan kelengkapan lain. Bilik ok la. Datang waktu pack season tak boleh nak expect nak dapat bilik yang best dgn harga yang murah. Tapi yang bestnya, depan bilik ada ruang makan siap dgn pantri. Dan kat luar tu pun ada 2 bilik air extra. Jadi senanglah nak makan dan kumpul tak payah nak bersesak kat dalam bilik.

Siap berkemas, solat, salin baju, kami menjamu selera. Rest kejap lepas makan dalam pukul 5.00 petang kami keluar ke pantai. Petang tu kami nak ronda-ronda pulau dan snorkelling. Untuk xtvt air seperti kayak, snorkeling, pusing pulau, banana boat, jet ski etc, pakej boleh didapati di tepi pantai. Banyak booth dibuka yang menawarkan pakej dengan harga yang berpatutan. Petang tu kami nak snorkeling di Coral Island. Kos adalah RM15.00/person termasuk bot, snorkel, life jacket dan pusing pulau.

Coral Island terletak betul-betul di depan Teluk Nipah. Jarak dari darat ke pulau tu tak jauhpun, +- dalam 500 meter je. Boatman tu cakap, kalau waktu pagi, terutamanya masa CNY air surut paling rendah akan berlaku, kita boleh jalan je dari pantai sampai ke pulau tu. Masa pusing keliling pulau, macam-macam bentuk batu kat situ ada, ada bentuk paus, penyu dan buaya. Kejadian Allah...

Kami diberi masa lebih kurang 2 jam untuk mandi dan snorkelling kat situ. Nanti kalau dah puas mandi boatman suruh call je kalau nak balik. Dia siap bagi roti untuk bagi ikan makan. Dah sampai ape lagi, terjunlah!!!! Dari pemerhatian saya... dasar laut dah tak ada apa-apa. Kebanyakan coral dah mati dan ikan pun kurang. Yang ada cuma bangkai-bangkai karangan yang mati dan air laut pun agak keruh. Mungkin disebabkan orang terlalu ramai dan kebetulan cuaca pada hari itu agak mendung.

Sebagai seorang individu yang belajar tentang ilmu laut dan hidupan laut, ikhlas saya katakan saya sedih tengok keadaan tu. Hidupan laut dah makin kurang, air laut tercemar, pantai kotor, yang tinggal hanya bangkai karangan je. Tiada taman laut di Pangkor juga rasanya salah satu faktor kenapa perairan Pangkor makin tercemar. Sebab tak ada penguatkuasaan dan undang-undang yang boleh menghalang manusia daripada terus meneroka dan secara tidak langsung mencemari laut.

* bercerita tentang laut, menyebabkan saya rindu zaman belajar.
* InsyaAllah, jika berkelapangan akan saya ceritakan keunikan pulau-pulau di Malaysia. Tunggu!!!!

Selepas hampir 2 jam mandi, pukul 7.30 petang, hujan mula turun. Kami naik ke darat dan dapati bot kami dah sedia menunggu. Naik bot dan balik ke pinggir pantai terus ke bilik. Malam tu xtvt berehat dan makan je. Plan asal nak ber'BBQ, tapi disebabkan saya terlambat tempah set BBQ, semua set dah ditempah, jadi nan ado BBQ. Ok, layan gambar je la...


Coral Island


Bot ke Coral Island


Batu berbentuk penyu


paus

buaya


batu karang yang telah mati bertaburan di tepi laut


Coral island : port snorkelling dan mandi-manda.

* bersambung, day two in Pangkor

No comments:

Post a Comment