Followers

Wednesday, January 04, 2012

Traverlog umrah : Lawatan di Raudhah


Sepanjang hampir 4 hari berada di Madinah, Alhamdullah saya sempat mengunjungi Raudhah sebanyak 2 kali. Kali pertama pada waktu pagi. Pagi itu, selepas makan pagi, mak, adik dan saya ke masjid lagi. Terpaksa berasak untuk menyempit dan meloloskan diri di Raudhah. Petugas berpakaian serba hitam setia mengawal semua jemaah yang sedang berasak-asak.

Setiap jemaah diasingkan mengikut negara masing-masing. Kebiasaannya jemaah Malaysia akan dikumpulkan bersama-sama jemaah dari Indonesia, Brunei dan negara-negara asia yang lain. Hampir 1 jam menunggu akhirnya sampai giliran kami, dan kami semua dibawa menunggu di tempat yang terakhir. Sampai di satu kawasan saya tersedu, merenung ke dalam jaring-jarin hijau di mana bersemadinya jasad yang sangat mulia, di mana lagit sendiri rasa tewas kepada bumi kerana tanah bumi menampung jenazah baginda RasulAllah. Saya sampaikan salam sahabat-sahabat kepada baginda.

gambar dari sumber

Sampai masa kumpulan kami dilepaskan entah kenapa keadaan jadi tak terkawal. Ada rempuhan dari jemaah arab dan turki yang rata-rata berpakaian hitam. Kami bertiga hampir terpisah. Saya terdorong ke depan, manakala mak dan adik masih di belakang. Sedar-sedar je saya dah berada di kawasan Raudhah. Sebab karpet di Raudhah warna hijau dan tiang warna emas. Masa tu saya pandang belakang, tercari-cari mak dan adik. Alhamdillah mereka ada di belakang. Dan entah macam mana, ada sorang makcik tarik saya yang masih terpinga-pinga ni ganti tempat dia. Strategik betul tempat dia tu, betul-betul di belakang tiang. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Saya sempat bersolat dhuha dan hajat. Panjang doa saya... hanya Allah yang tahu.

Lepas selesai semua, saya bagi laluan pada adik pulak. Adik saya, disebabkan kemalangan, tulang pehanya hancur dan lulutnya berskru. Selama bertahun-tahun dia bersolat secara duduk. Tidak boleh bersujud seperti biasa. Tapi disebabkan bila dia tahu dia nak ke mekah, hampir 2 bulan dia cuba bersolat secara biasa. Saya kagum dengan dia. Cuba dan terus cuba hingga berjaya. Lulut kanan dia lebam teruk sebab terpaksa menampung lutut kiri yang cedera. Istiqamah sungguh dia. Jadi sepanjang berumrah, mak memang tak pernah lepaskan dia bersendirian. Sentiasa setia temani dia..

Kesian adik bongsu saya, dia uzur masih uzur sewaktu kami sampai di Madinah. Walaupu
n begitu, dia tetap usaha mandi wajib dan ke masjid jika berpeluang. Tapi aktiviti terakhir untuk melawat Raudhah memang di luar kemampuannya sebab masih uzur. Sewaktu kami bercerita tentang keadaan Raudhah dan keghairahan kami untuk pergi ke Raudhah lagi dia hanya mampu mendengar dan termenung. Itu semua kerja Allah... mungkin ada hikmah yang tersembunyi disebalik semua ketentuan-Nya.

Alhamdulillah... lawatan kali pertama di Raudhah dipermudahkan oleh-Nya.

"Mak, malam ni K.nur nak ke Raudhah lagi boleh?"

Kata-kata saya disambut girang oleh adik. "Nak ikut!!!"

Malam terakhir di Kota RasulAllah. Selepas menunaikan solat isyak kami bertiga (mak, adik dan saya) tak terus pulang ke hotel. Mak dah maklumkan kepada ayah dan adik bongsu bahawa kami hendak ke Raudhah dulu.

Malam tu jemaah yang hendak berkunjung ke Raudhah sangat ramai. Perkarangan Raudhah sesak.

Seperti biasa kami menunggu giliran untuk masuk ke sana. Keadaan di ruang menunggu semakin lama semakin sesak dan menyesakkan. Terakhir, bila nampak kubah berbumbung hijau sekali lagi saya memberi salam kepada kekasih-Nya. Dalam diam saya berkata ini mungkin kunjungan saya yang terakhir untuk kali ini, tetapi jauh di sudut hati saya berdoa moga-moga ini bukan kunjungan saya yang terakhir. Saya akan datang, datang dan datang lagi ke sini jika dijemput oleh-Nya. InsyaAllah.

Masuk di kawasan Raudhah, sekali lagi Dia membuka ruang untuk saya beribadat. Alhamdullah, sempat saya bersolat hajat dan taubat di situ. Kali ini panjang doa saya. Seperti tamak saya ini, minta dan minta saja dari-Nya. Kata mak, ini tempat mustajab doa, jadi mintak la apa saja yang terlintas di hati!

Selepas urusan kami selesai, kami berjalan untuk ke luar dari Raudhah. Tiba-tiba keadaan jadi tak terkawal dan tiba-tiba saja seperti rempuhan kuat dari arah belakang. Keadaan menjadi agak kucar kacir. Saya yang berada di belakang mak dan adik terpisah agak jauh. Dalam kelam kabut saya sempat berteriak pada mak menyatakan saya selamat dan usah tunggu saya.

Saya terus berjalan hingga ke pintu keluar. Tak semena-mena, betul-betul di depan mata saya, saya lihat seorang minah iran dirempuh. Badannya dipijak dan hampir tenggelam oleh rempuhan orang yang ramai. Hanya tanganya yang terkapai-kapai. Masa tu saya pun x tahu tenaga apa yang saya ada... sambil berteriak "cepat pegang tangan saya!!!" terus saya capai tangan perempuan iran tu. Yang kelakarnya faham pulak perempuan tu dengan bahasa saya. hehehe.

Kami terus berjalan hingga sampai ke luar perkarangan Raudhah. Perempuan iran masih di sebelah saya. Sampai di luar dia terus memeluk saya sambil mengucapkan terima kasih. "syukran! syukran!"

Lepas tu saya mula tercari-cari mak dan adik. Mujur jumpa diorg. Tak sangka perbuatan saya tadi diperhatikan mak dari jauh.

"Mak hairan macam mana K.nur boleh angkat perempuan iran tu, padahal dia 2 kali ganda lebih besar dan tinggi dari K.nur." Saya sekadar menggeleng.

"K.nur x rasa apa-apa pun masa tarik dia tadi mak... Macam senang je."

"Kuasa Allah K.nur...."

Malam itu saya tidur nyenyak. Esok perjalanan masih jauh untuk ke Tanah Haram... Iskh.... tak sabarnya!

- bersambung : perjalanan ke bumi Haram

2 comments:

  1. setiap kali baca entry nanti tentang umrah ni setiap kali itulah air mata akak bergenang...

    ReplyDelete
  2. oh k.intan... saya pulak setiap kali tulis entry umrah, setiap kali tu jugak air mata menitis... rindu...

    ReplyDelete