Followers

Friday, March 02, 2012

Beautiful Guilin

25 Februari 2012 : Kuala Lumpur - Guilin

Setelah sekian lama menghitung hari dan waktu, masa untuk 'berguling-guling' sudah tiba. Percutian selama 6 hari 5 mlm bukan secara backpack memandangkan kami bercuti dalam satu kumpulan yang besar dan ramai. Tambah pulak perangcangan awal, rombongan kami akan disertai dengan GBS's family... tapi sayangnya, perangcangan Allah mengatasi segala-galanya menyebabkan GBS's family tak dapat nak ikut serta dalam percutian kali ni.

Memandangkan percutian kami diatur, masing-masing mula menabung seawal bulan 6 lagi bagi mengelakkan 'kekeringan duit' di saat akhir berlaku. Maklumlah... kami bukan bergaji besar nak sediakan duit sekaligus.. tapi nak buat camne, nafsu besar mengatasi segala-galanya. Jadinya berdikit-dikit la kami menabung dengan bendahari yang dah dilantik. Kebetulan masa matta fair yang lepas, cik bunga dapat pakej tour guilin yang murah. Tour selama 6 hari termasuk penginapan, makan 3 kali sehari, pengangkutan dan lain-lain kos termasuk tourist guide menawarkan pakej yang berpatutan. Terus kami rembat!!!

Seawal jam 3.30 pagi saya sudah bersiap. Tunggu kawan-kawan yang lain sampai untuk mereruskan perjalanan ke LCCT. Web check in dah dibuat 2 minggu awal, diharapkan akan memudahkan urusan kami di LCCT nanti. Sampai di LCCT hampir jam 4.30 pagi dan selepas memastikan semua orang telah ada, maka 9 manusia siap untuk check in luggage. Alhamdullah, semua urusan berjalan dengan baik. Terus masuk melalui imigresen dan bersiap sedia di ruang menunggu. Memandangkan waktu penerbangan kami adalah pada pukul 6.45 pagi, sesampai di ruang menunggu, kami terus ke surau dan bersiap sedia menunggu waktu subuh. Selesai semua urusan, tepat waktu kami dipanggil dan penerbangan kami berlepas ke Guilin yang mengambil masa perjalanan selama 4 jam lebih untuk sampai di sana.

11.00 pagi flight selamat landing di Guilin Liangjiang International Airport. Semua urusan imigresen dan mendapatkan beg berjalan lancar. Rasa sejuk sudah terasa. Maklumlah kami pergi di musim sejuk dan suhu Guilin ketika itu antara 5-8 darjah. Cuma musim sejuk di Guilin tidak ada salji kecuali di puncak gunung sahaja. Selesai mengambil beg, kami keluar dan di sambut mesra oleh tourist guide kami, Ling @ Ying @ Lisa. Kami gelarkan dia Jah atau dalam loghat Terengganu Joh. hehehe. Senang sikit nak mengata...


~ we were here! ~


~ Guilin Liangjiang International Airport ~


~ symbol of Guilin : fish's replica ~

Bas mini dah sedia menanti dan perjalanan ke Bandar Guilin dari airport sejauh lebih kurang 18km mengambil masa hampir 45 minit. Selepas sesi berkenalan, masing-masing dah teruja tengok permandangan sekeliling. Kiri kanan semua gunung ganang. Cantik!!! Kata Ling, bas akan singgah rest sebentar di satu tempat. Ingatkan R&R, rupa2nya bas singgah di kedai pisau! Motip la.. ingat kami ni ala-ala makcik ke datang China nak shopping pisau! Aduhai...

Mula-mula masuk, Ling tak bagitau apa nama tempat tu. Saya ingat muzium perang sebab masuk-masuk je tersusun-susun bom dan senjata. Semua original! Sampailah kami dibawa masuk ke bilik pameran, barulah tau rupa2nya nak jual pisau. Siap buat demo! Dengar punya dengar, baru saya tau kaitan senjata dan bom dengan pisau ialah material yang digunakan untuk menghasilkan alat-alat ni sama. Kelakar pun ada jugak. Layan ajelah... Dah namapun berjalan dengan pakej, so, itu antara perkara yang tak dapat tidak untuk kami elakkan!


~ OTW to Guilin Town ~

Sampai di bandar Guilin, terus dibawa ke restoran untuk lunch. Lunch di Endian Halal Restaurant. Pada pemerhatian saya, di bandar Guilin ada satu kawasan muslim dan di sekitar kawasan ini agak mudah untuk mendapat makanan halal sebab saya lihat ada beberapa buah restoran halal yang boleh kita pergi. Cuma bergantung pada poket kita aja. Restoran ini, ok dan selesa. Makanan pun boleh diterima tekak melayu saya ni. hehe. Yang bestnya siap boleh bagi komen lagi kat tukang masak untuk improve masakan mereka.

Masakan cina biasanya mempunyai 8 jenis lauk-pauk untuk satu hidangan. Sup adalah wajib! Setiap lauk dihidangkan panas dan lauk tak dihidang sekaligus. Mulanya punyalah kami semua duk tunggu semua lauk sampai. Tapi bila Jah cakap, style makan kat sini kena makan terus masa panas-panas, terus semua sebat!


~ 8 dishes of our lunch ~


Lepas makan, kami bersolat di masjid yang terletak betul-betul di belakang restoran. Waktu di Guilin dan Malaysia sama, dan waktu zohornya juga lebih kurang sama. Bezanya waktu asar sahaja agak pendek (tak sampai 2 jam), dan maghrib serta isyak awal. Jadi jamak terus sementara ada waktu. Musim sejuk... bab amik wuduk memang mencabar giler! Air sejuk sampai ke tulang! Ada pakcik yang duk amik wuduk duk tunjuk-tunjuk paip, kami hentam angguk-angguk tapi nan ado faham. Rupa-rupanya dia tunjuk paip air panas! Dah beberapa kali singgah solat kat masjid tu baru kami tau rupa-rupanya ada paip air panas! Aduhai...


~ in front of mosque in Guilin ~


~ Guilin town ~


Sesudah solat, perjalanan diteruskan ke Mulong Lake Park. Jah dan pesan awal-awal supaya pakai baju tebal sebab cuaca sejuk. Seronok berjalan menyusuri taman sambil menikmati permandangan musim sejuk. Udara sejuk tak payah cakap. Tapi aman dan tenang je tempat ni. Kuasa Allah... yang telah mencipta tempat sebegini cantik!!!

~ Mulong Lake Park ~


~ walking around the park in freezing breeze ~


Berjalan hampir 45 minit, kami naik bot keliling Sungai Mulong. Menyusuri sungai Mulong, kami dijamu dengan permandangan yang sangat cantik. Di sini terdapat 10 famous Hills dan antaranya yang terkenal ialah Elephant Trunk Hill, Fubo Hill, Diecai Hill etc. Lama jugak naik bot hampir 1 jam. Permandangan memang cantik!!


~ jeti bot ~


~ Elephant Trunk Hill ~


Elok-elok dah abis round Sungai Mulong, keadaan dah makin gelap. Naik bas dan balik ke bandar Guilin. Sebelum check in hotel, Jah bawak kami dinner dulu. Kali ni restoran kami betul-betul di hadapan hotel penginapan kami. Lintas jalan je sampai. Menu pun lebih kurang sama macam lunch kami tadi, cumanya restoran ni agak kurang hygiene. Dan lepas tu kami dah sepakat nak request dengan Jah supaya sepanjang kami kat sini kami nak makan kat restoran masa lunch tadi. Nasib baik Jah sporting..

Dah habis makan check in di Anhua Hotel. Besar dan mewah hotel kami. 4 bintang! Rate dlm 400 - 500 yuen semalam. Biasanya kalau berjalan jarang saya menginap kat hotel mahal. Mampu duk hotel cikai je ikut kemampuan poket. Kali ni, sakan pulak kami menginap kat hotel mahal. Bilik hotel besar dan selesa. Memandangkan malam masih awal, Jah bawak kami jalan-jalan kat sekitar bandar. Jah tunjuk jalan pergi je, kami balik sendiri. Malam kat sini happening. Seolah-olah orang kat sini tak pernah tido. Ada night market sepanjang jalan dan jaraknya dari hotel dekat aje, lebih kurang 5-10 minit jalan kaki. Jah dah siap pesan awal-awal supaya berhati-hati dan jaga beg sebab kat sini ramai penyeluk saku.


~ Jah sibuk pesan itu dan ini ~


~ night market ~

Dah puas ronda-ronda kami balik bilik, mandi, solat dan rest. Perjalanan esok hari masih panjang....

PM : tengah siapkan itinerary baru. Woha!

19 comments:

  1. teringat ke joh....tetiba....

    haha

    ReplyDelete
  2. joh tengoh wat mende la agoknya... kan???

    ReplyDelete
  3. aduh...bestnya...tengok gambar ingat ke hadif yang berangan nak ke tempat sejuk...mudah2an murah rezeki lepas ni boleh bawak dia berguling2 jugak..amin...

    ReplyDelete
  4. wah guilin, chinese said this is the most beautiful place in china~
    this is first~
    no 2? there no no. 2,
    joking katanye~ ntah la

    ReplyDelete
  5. k.intan... InsyaAllah, nanti ada rezeki boleh bawak hadif berguling2 pulak. sejuk giler... masa kitaorg kat sana setiap masa ada je duk sebut nama raisa dan hadif...

    ReplyDelete
  6. shah_rule,

    yu're rite, Guilin is one of beautiful place in China. Tourism place katanya. memang cantik!!!

    no. 2? hehe. tunggu!!!
    more story to share ^_^

    ReplyDelete
  7. salam, blh share travel pakej tu ambik kat mana?? sini or sana?? email sy safuaria@gmail.com

    ReplyDelete
  8. akak. boelh share pakej x. ini email saya zknaeim85@gmail.com

    ReplyDelete
  9. WoW - Night market dia besihnya...boleh sharekan tour agency yg bawa anda ke sana? emel me at
    purplezone25@yahoo.com

    ReplyDelete
  10. salam ,boleh bagi contact tour agency di sana email di afzam99@gmail.com

    ReplyDelete
  11. salam, nak jugak contact tour agency di sana. email ainbie71@yahoo.com.. terima kasih

    ReplyDelete
  12. salam.. mintk tlg emailakn tour agency kt sane leh? nurul99anis@gmail.com

    ReplyDelete
  13. salam, blh share travel pakej tu ambik kat mana? apa nama travel agent tu? boleh share harga pakej ? emel sy shaheka@hotmail.com. tq in advance

    ReplyDelete
  14. Slm..saya jga brminat nk ke guilin..blh bg tour agency tu..tks..shareiza07@yahoo.com

    ReplyDelete
  15. Salam, boleh share tentang tour agency yg awak ambil tu tak. Harap dapat email di miss_mm02@yahoo.com.my. :)

    ReplyDelete
  16. Salam.boleh share tour package tak.nie email saya :laylie84@yahoo.com

    ReplyDelete
  17. boleh sharekan tour agency yg bawa anda ke sana? emel saya safarinalisa@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh bagi tour agent?tlg email - hidayuhashim@hotmail.co.uk

      Delete