Followers

Wednesday, March 07, 2012

Nyanyian Tanjung Sepi


Lagi sekali layan nukilan Noor Suraya. Saya rasa novel ini kesinambungan cerita Jaja & Din di mana watak-wataknya sama saja. Cuma watak utamanya saja yang berbeza. Cerita diawalnya agak mendatar dan mendatar saja hinggalah 2 helaian terakhir yang betul-betul terkesan di hati saya. Demi 2 helaian terakhir yang betul-betul buat air mata saya tumpah. Sebenarnya bukanlah pengakhiran cerita itu yang menyedihkan. Ianya lebih peribadi di mana saya kaitkan ayat-ayat Noor Suraya dengan kehidupan saya :

"Cinta sesama manusia tidak memadai untuk melayarkan bahtera hidup ini.
Asasnya, tetap cinta pada Allah.
Cinta pada Allah harus melebihi cinta sesama insan.
Cinta yang tidak berbanding, cinta yang tiada tandingannya."

Sungguh saya tersentuh dengan kata-kata itu. Ia buat saya termenung panjang dan akhirnya menyesal akan kekhilafan diri. Selama ini, jika saya marah, sedih atau susah hati pasti sedikit hati mesti merasa marah pada takdir. Tambah pulak beberapa hari ni hati saya selalu 'panas' aje. Nak marahkan orang tapi tak terluah. Akhirnya saya pendam dan perasaan itu memakan diri sendiri. Aduh... lemahnya iman seorang saya....

PM : tak mahu marah lagi. Jom kita hentam dinding!!!

2 comments:

  1. owhh ini ke sambungan Jaja & Din? Bukan ada lagi satu judul ke sambungan - serius lupa apa tajuknya...

    dah baca langsir biji rembia? ini pun antara naskah yang bagus.patut cari kalau belum baca ;)

    ReplyDelete
  2. ini kisah seblm Jaja & Din. Saya terlangkau, baca Jaja & Din dulu, baru sambung cerita ni. hehe

    langsir biji rembia. tajuk pun dah mcm menarik. kena pergi cari ni. tak sabar pulak nak ke pesta buku. hehe

    btw, thanks for sharing the info :)

    ReplyDelete