Followers

Monday, March 05, 2012

Jaja & Din

Kisah seorang Jaja yang jatuh cinta pandang pertama hanya selepas melihat sekeping gambar yang diambil oleh kawannya, Mie untuk dijadikan poster bertema ‘berhati-hati di jalan raya”. Hampir 2 tahun Jaja nanar mencari siapa lelaki yang digelar ‘Din’ dan akhirnya secara kebetulan Din sememang wujud di dunia ini.

Aku hanya tahu namanya Din…

Itu sudah memadai, kerana tahun lalu aku mengenali gambarnya dan pada hari ini aku mengetahui namanya. Tahun depan? Ah, tahun depan aku bertemu orangnya pula... Hidup ini sekadar penjalanan waktu. Kita melalui tahun yang sama... dan dalam perjalanan itu kita bertemu dengan orang yang tidak disangka-sangka pula... (petikan dari cerita Jaja & Din)

Pertemuan demi pertemuan yang semuanya secara tidak dirancang berlaku menyebabkan cinta Jaja pada Din semakin utuh. Din rupanya seorang ustaz dan rupa-rupanya Jaja jatuh cinta pada lelaki yang zuhud? Kerana cinta pada Din, Jaja telah meminta abah dan mama meminang Din. Ya... kata Jaja, dia mengikut contoh Siti Khadijah yang jatuh hati dan meminang RasulAllah SAW walaupun hakikatnya Jaja dan Siti Khadijah umpama langit dan bumi peribadinya.

Adakah Din menerima lamaran Jaja?

Jika ya, mampukah Jaja menjalani kehidupan zuhud seperti abang uztaz Din?

Kena baca sendiri jika mahu tahu kisah Jaja & Din!

Komen saya,

  1. Penulisan penulis Noor Suraya yang bergaya santai memang santai dibaca.
  2. Saya ketawa, menangis dan ketawa berdekah-dekah sepanjang membaca kisah Jaja & Din, ia ditulis dengan penuh kasih sayang dan saya suka!
  3. Saya terfikir, masih adakah lelaki seperti Din dan perempuan seperti Jaja di dunia ini? Din... lelaki yang hidup serba sederhana dan Jaja pula sebaliknya. Aduh... kalau saya jatuh cinta sekalipun belum tentu saya seberani Jaja yang sanggup menjatuhkan ego di hadapan keluarganya meminta abah dan mamanya meminang Din. Kalau saya sehabis kuatpun apa yang mampu saya lakukan ialah beristikarah meminta petunjuk Allah samada perasaan saya betul-betul ikhlas atau ianya hanya hasutan syaitan atau kehendak maluri semata! Mana mungkin saya mampu jadi seberani Jaja!
  4. Realitinya... seorang `ustaz’ lebih memilih seorang `ustazah’ berbanding memilih perempuan biasa. Itu hakikatnya!
  5. Benar seperti cik bunga yang menyatakan dia mahu mencari cinta pandang pertama. Rupa-rupanya hebat benar cinta pandang pertama itu! Dan mungkin juga ini salah satu kemanisan cinta selepas kawin.

Barang siapa jatuh cinta, kemudian beliau menahan dirinya, tidak meluahkan perasaannya lau mati, maka matinya itu ialah syahid.

8 comments:

  1. novel yang bagus.saya siap berangan lagi nak cari seseorg mcm Din tapi bak kata awaklah, teramat mustahil terjadi di dunia nyata...

    ReplyDelete
  2. betul kata awak zila... orang macam din yg 'uztaz' mustahil nak cari perempuan biasa macam kita. mesti dia nak cari yg sekufu... ustazah...

    ReplyDelete
  3. nil, meh amik kat rumah. banyak stok novel 'mama' yg kami 'curik' ni. kehkehkeh

    ReplyDelete
  4. hikhikhik...sila la baca wahai cik bunga....hahahha

    ReplyDelete
  5. Motipp mama? cik bunga nama kampung hokeh..sila kasik yg vogue sket sesuaiii ngan my status...(cewah)

    Anyway hanan, aku da dpt buku tu. Opismate ader, tp tak war2 kan..kemut namanya!

    ReplyDelete
  6. hahaha. apa lagi cargas la membaca. lucu laaa... duk sengih2 aku baca buku ni.

    ReplyDelete
  7. Sabo...aku kena ambik feel dulu. Fell Guilin belum menghilang lagi ni. Terkenang2 rasanya masa kt sana.

    Bila lah lagi nak pergi..
    ..
    ..
    ..
    ..
    Jumpe Joh!

    haha!

    ReplyDelete