Followers

Monday, February 25, 2013

Ni hao ma?


Kata orang, kalau kita sukakan sesebuah negara/tempat, sedikit sebanyak kita mesti akan berusaha untuk mengetahui budaya, adat dan bahasa sesebuah negara yang kita sukai kan? Contohnya fenomena K-pop yang hangat melanda negara kita ni. Saya yakin tentu ramai rakyat Malaysia yang sudah mampu berbahasa Korea dek kerana badai oppa gangnam style yang telah merebak di negara kita. Kalau orang lain taksub dengan Korea, saya pula sebaliknya. Beberapa kali berpeluang menjejak kaki ke China, menyebabkan saya sangat sukakan negara tersebut. Pada saya terlalu banyak tempat-tempat menarik dan unik di sana yang ingin saya jejaki (InsyaAllah, suatu hari nanti!).

Jadi, sebagai 'bekalan' untuk ke negara China lagi nanti, sekarang saya sedang gigih belajar Mandarin. Walaupun masih di level 1, tak apalah... 2 kali seminggu, lepas office hour terus shot ke KL di IDFR. Walaupun terpaksa berkejar-kejar, tapi puas hati. Dan yang penting dapat blessing dari boss! Lepas ni bolehlah saya cakap mandarin dengan boss. ehehe  

p/s : kalau ada kawan-kawan yang berminat nak belajar bahasa asing, termasuk Mandarin bolehlah cuba tengok di IDFRMana tau jumpa course yang berkenan di hati. err... tapi untuk penjawat awam aje ye ^_^

8 comments:

  1. Wooww..mmg satu kelebihan sebenarnya kalau pandai banyak bahasa ni..terutama bahasa Mandarin..JM lak minat sgt nak belajar bahasa KOREA..terima kasih kerana share link ni..lek try ricky2.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM, kalau teringin nak belajar bahasa korea, bleh try tengok kat UiTM, ada class after office hour. tapi berbayar la sikit. Buat masa skrg ni kat IDFR xde tawarkan course bahasa korea. nanti boleh bagi cadangan pada pengarah bahasa IDFR tambah satu lagi bahasa asing - korea. hihi.

      btw, kursus english kat IDFR pun best tau. i'm in. hihi

      Delete
  2. wo hen hao, ni ne?

    hehe...aku dulu masa dekat upm dah ambik mandarin level 1, arab level 1 and japanese level 1, ahaha...semua level 1 jer aku ambik, just nak dapatkan pendedahan kata orang. lagipun free :) tapi sebab lama tak praktik, now ingat-ingat lupa, huhu...tapi yang basic-basic tu, still ok lagi, cewah...


    ReplyDelete
    Replies
    1. orga, ni hao...

      ok la tu amik level 1 pun dah kira ok, pendedahan kan?

      aku ni 5 tahun blajo arab kat sekolah, tapi nan ado boleh cakap arab. camne tu? ni amik mandarin terasa macam masuk kelas iqra' pun ada. hahaha. penat mulut nak menyebut patah-patah perkataan tu. haha

      Delete
  3. sila kongsi ilmu sebab nak pi belajar sama kami bukan penjawat awam...huksss

    ReplyDelete
  4. wow!! betul2 dasar pandang ke china nih.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak ke china katanya haruslah sentiasa pandang ke china. hehehe

      izza, dapat peluang belajar free, kita grab la peluang tu.

      Delete