Followers

Friday, March 01, 2013

CATATAN HAJI (7) : Tawaf sunat pertama

"Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan umrah sunat" - (H.R. Attabrani)

11/10/2013 : Khamis

Suasana Kaabah di waktu pagi - sekitar 7.00 pagi. Tak kiralah waktu bilapun, kaabah tetap penuh dengan umat manusia. Masing-masing mengambil peluang untuk beribadat semampu/sebanyak mungkin.
Bangun seawal pagi, bersiap dan berjalan ke masjid seawal jam 3.30 am. Pagi ini saya ke masjid bersama K.aya, tok dan anaknya K.zah. Sementara menanti azan subuh, sempatlah kami bertahajud. Banyak amalan-amalan sunat yang boleh kita lakukan seperti solat sunat taubat, sunat hajat, sunat istiqarah dan juga mengaji al-quran. Semuanya terpulang atas pilihan masing-masing :)

Sudah masuk hari ke-3 di sini. Selepas solat subuh, saya menyuarakan niat hati untuk membuat tawaf sunat. Siapa sangka niat saya disambut baik oleh ketiga-tiga teman sebilik termasuk tok. Bercerita pasal tok, saya kagum gile dengan dia. Usianya jika dibandingkan dengan jemaah lain sudah agak lanjut. Hampir mencecah pertengahan 70-an. Tapi sangat kuat orangnya. Dan semangat diapun kuat tau! Masa saya berkira-kira hendak bertawaf sunat, laju aje dia menyambut pelawaan saya tu.

Jadi selepas solat subuh, selepas memastikan keadaan agak lega (bagi can jemaah lain keluar masjid dulu), kami terus ke tempat permulaan tawaf (di tiang berlampu hijau). Saya pimpin tok, tok dan anaknya jalan beriringan, manakala saya dan K.aya juga beriringan. Kedudukan kami seperti 2 barisan, tok dan anaknya di hadapan dan kami berdua di belakang. Kenapa kedudukan kami begitu? Satunya, memudahkan kami berdua menjaga tok supaya tidak dilanggar jemaah lain. Duanya, membolehkan kami pegang bahu kedua-dua mereka, dan juga memastikan bahu kami ber-4 tetap di sebelah kiri kaabah.

Ternyata itu bukan perkara yang mudah. Walaupan agak berasak-asak tapi akhirnya kami berjaya menyelesaikan tawaf sunat. Alhamdulillah! Selepas tawaf sunat, kami mencari tempat untuk menunaikan solat sunat. Niat hati ingin masuk ke Hijir Ismail, tapi mengenangkan tok yang agak kepenatan, saya batalkan niat itu. Tak mengapa, kalau kita tolong orang kerana Allah, InsyaAllah Allah akan tolong kita dengan cara lain pula. Percayalah! :)

Nasi arab, roti arab dan tandori Makkah

Masing-masing puas hati dapat melakukan tawaf sunat. Dan hampir jam 7.30 pagi kami meninggalkan masjid, berjalan balik ke hotel. Di pertengahan jalan singgah di restoran berhampiran hotel membeli sarapan. Saya pilih nasi arab - 15 riyal/set. Percuma roti arab. Kami makan berdua sebab portion terlalu besar. Seronoknya ketika berada di sini, walaupun datang sendirian tapi saya tidak pernah rasa keseorangan kerana dikelilingi oleh teman-teman yang baik hati terutamanya mahram saya. Sampaikan semua orang menyangka kami berdua adik-beradik (ke mana saya pergi mesti ada K.aya, begitu juga sebaliknya).

Biasanya masa yang ada selepas makan, kami isi dengan menguruskan hal masing-masing. Kalau tidak membasuh basuh, saya ambil waktu untuk rest sekejap. Tidur walaupun hanya sekejap sudah mencukupi. Kalau tak sempat ke masjid awal, solat sunat dhuha di bilik sahaja.


Nasi dan ayam tandori, hidangan makan pagi kami hari ini. Roti arab ni percuma aje. Rasanya agak tawar. Saya tengok orang arab makan roti ni cicah dengan 'labban' (susu masam seperti dadih).

Aduan ke TH lagi

Aircond di bilik saya masih rosak lagi. Masalah yang sama - aircond tak sejuk. Makcik-makcik di bilik sekali lagi mintak saya membuat aduan di pejabat TH. Haishh... segan jugak sebenarnya. Asyik-asyik muka sama aje yang pergi buat aduan. Tapi mengenangkan malam tadi berpeluh-peluh kami ber'sauna', gagahkan jugak ke pejabat TH wlpun sebenarnya saya segan. Seperti biasa aduan saya diambil dan kali ini kami diberi pilihan untuk menginap sementara di bilik lain sementara aircond bilik kami dibaiki. Bilik itu sebenarnya sudah berpenghuni. Tapi penghuninya belum sampai dari Malaysia. Kata penolong pengurus maktab, kami boleh gunakan bilik itu beberapa hari sebelum penghuni asal sampai. Kunci bertukar tangan, tinggal nak pindah atau tak aje...

Sementara membuat aduan, saya ambil peluang bertanya tentang sahabat TH. Sangka saya, ia perlu dipohon, rupa-rupanya pemilihan sahabat TH sesebuah maktab dipilih oleh pengurus maktab. Sengaja saya tinggalkan pesanan menyatakan saya berminat untuk menjadi sahabat TH. Harap-harap adalah peluang menjadi sahabat TH. Kan?

Marathon '4 waktu' di Masjidil Haram

Jam 11.00 pagi kami bersiap-siap untuk ke masjid. Kali ini kami plan untuk stay di masjid sehingga isyak. Jadi kami terpaksa skip lunch. Apa lagi, kami bawak bekal lah. Perut saya ni pulak jenis tak boleh berlapar. Kena ada makanan walaupun setakat sekeping biskut, cukuplah. Saya bawak susu soya, biskut dan choki-choki (bawak bekal 1 kotak besar). Susu soya nanti, bila lapar, bancuh aje dengan air zam-zam dan boleh minum terus. Sangat membantu! Alhamdulillah, kenyang sampai ke petang. Ada juga orang jadikan kurma dan air zam-zam sebagai bekalan. Terpulanglah pada pilihan masing-masing.

4 waktu marathon di masjid tak terasa langsung masa berlalu. Masa terluang diisi dengan sebaiknya. Kalau tak mengaji, atau solat sunat saya ambil peluang duduk di tangga mengadap kaabah. Saja duduk-duduk di tangga. Walaupun sekadar menatap kaabah dan melihat gelagat jemaah yang sedang bersolat atau membuat tawaf, ia sudah cukup membuat hati saya tenang. Nak tahu? Depan kaabah tu ada free wifi tau! Canggih betul Masjidil Haram sekarang ni. Jadi sambil-sambil tatap kaabah, belek telefon, sempat lagi berwhatapps dengan kawan-kawan di Malaya.... Haha.. dunia...dunia..

~ bersambung lagi

6 comments:

  1. emm tak terluah rasa bila melihatkan gambar tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zilla... memang tak terluah.. rindu meluap2 ni. hehe

      Delete
  2. sedapnya nasi arab.
    semoga suatu hari nanti saya juga dizinkan ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nieda, memang sedap nasi arab tu. Nasinya lembut dang wangi :)

      InsyaAllah... sampai masanya nanti mesti ada rezeki ke sana ^_^

      Delete
  3. Bila d lihat suasana d kaabah ni sedih lak rasanya,klau x dek kerana ada mlsh mahram, 15 feb 2013 dh jejak kaki ke sana tp JM pasrah mgkin ada hikmah d sebaliknya. Syukur alahadulillah PM dh jejak kaki d sana :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apalah JM, nanti sampai masa rezeki JM untuk jejak kaki ke sana sampai la :)

      Delete