~ sambungan
Makan sudah, berjemurpun sudah, masa untuk balik. Walaupun tak sampai ke crater, tapi masing-masing dah puas hati misi nak sampai Hallasan tercapai!
Masa nak berpatah balik tu hanya kami ber'7 je yang ada. Sesekali je bertembung dengan orang-orang yang baru nak mendaki. Tapi budak-budak sekolah yang segerombolan tadi semuanya dah lesap. Kitaorang speku budak-budak ni ngelat, jalan separuh jalan terus patah balik. haha.
Trek yang digunakan ialah trek yang sama. Jadi sekali lagi melalui jalan yang sama dan pemandangan yang memukau mata. Matahari tak payah cakap... tegak atas kepala. Masa ni muka masing-masing dah kemerahan disebabkan cuaca panas dan udara sejuk. Elok je tengok muka, ada 3 tompok - 2 kat pipi, 1 kat hidung. Adeh... bertabah saja lah... Maklumlah kitaorang mana pakai sunblock bagai. Losye kalau pakai sekali sebulanpun dah kira hebat. Jadi kalau muka terbakar tu, terima saja la ye...
Jom kita turun. Seperti biasa, layan view yang lawo....
|
Trek berkayu dan kemudian berbatu : tengok trek tu sayup mata memandang! |
|
Panjang tak panjang trek, gambar ni pun tak mampu nak ambik semua gambar trek. |
|
Melalui lagi kawasan bersalji dan berais |
|
Salji yang masih belum cair walaupun matahari dah muncul |
|
Aliran air semulajadi, sebahagian salji yang cair |
|
Antara tempat yang paling tebal salji |
Seperti biasa bila jumpa salji, masing-masing jakun balik.
Masa ni elok je tak ada orang, apalagi semua naik 'hantu' duk main salji. Macam-macam aksi. Tapi fun bila kita buat 'kerja gila' dengan kawan-kawan yang sporting. :)
Tengok saja gambar-gambar ni... Mengalahkan budak-budak!
|
Korang... buat aksi macam kanak-kanak riang! Yang comelnya, K.hana yang nun kat hujung sanapun siap angkat tangan jugak. heee * salah satu gambar kegemaran! |
|
Baring atas sisa-sisa salji pun sanggup! |
|
Entah tourist mana yang diorang ni 'sekat' ajak bergambar sekali. Nasib baik tourist tu sporting. |
|
Gambar berderet atas trek. Trek berkayu nampak macam biasaa, tapi sebenarnya bahaya tau. Kayu trek tu tajam. Silap duduk atau terletak tapak tangan ke, memang tercucuk selumbar. Cha Eung Sang dah tercedera tapak tangan masuk selumbar. Tak sempat saya habis cakap suruh dia hati-hati, tangan dah tercucuk selumbar. Tajam dan panjang pulak tu. Tak pasal-pasal weols jadi jururawat 'terjun' jari tu |
|
Foot checked! Tak sah kalau tak ambil gambar kasut. Masing-masing dengan gaya tersendiri duk mengambil gambar kasut. Macamlah kasut tu boleh senyum kan? haha |
|
Ok. Ni gambar last sebelum kami tinggalkan Hallasan... |
|
Jauh lagi nak menapak ni! |
|
Ok dah. Jom kita balik. Kali ni adik dan kakak yang lead. |
Kami habiskan masa dekat 1 jam duk 'bergedik-gedik' tengah panas tu. Haih... memang tak ingat dunia kan? Habis penghujung trek berkayu barulah masing-masing serius berjalan. Masa untuk menempuhi laluan sukar yang bertangga dan menuruni bukit. Tambah sukar bila trek basah dan licin dengan ais. Masa ni 2 dah kedepan, saya seorang diri mengikut dari belakang dan 4 lagi nun di belakang.
Masa ni dah tak toleh kiri kanan, kalau boleh turun dan nak sampai secepat mungkin! Pesan kat kawan-kawan, apa-apa hal kita jumpa kat bawah. Mendaki memang perlukan kudrat yang kuat, dan penatnya ya ampun.... tapi rasanya menurun lagi mencabar. Masa ni memang betul-betul guna kekuatan kaki. Lepas turun tu memang merasalah labu betis berketul! Sakit wooo...
|
Trek menurun yang bisa buat lutut mengigil! |
|
Mt. Hallasan 'melambai-lambai' dari kejauhan : pemandangan dari celah-celah pokok yang masih togel. |
|
Swear of Love tree : macam-macamlah orang Korea ni punya kretiviti, pokokpun dijadikan tempat 'berjanji'. Ni hutan paling bawah sebelum sampai ke pintu keluar! |
Selepas 2 jam trekking turun kamipun sampai. Alhamdulillah.... syukur!
Jarak antara kami ber'7 tak jauh mana. Jadi boleh dikatakan kami semua sampai secara serentak. Sampai bawah, lepak-lepak dulu lepaskan penat. Kaki dah sakit masa ni kesan turun bukit. Tapi puas hati sebab dapat sampai atas dan tengok sendiri pemandangan yang lawa dengan mata sendiri.
Sebelum perjalanan ke Seongsang diteruskan kami solat dulu. Kalau masa di Jusangjeolli, kami solat kat bawah pokok cherry blossom, kali ni kami solat kat bawah rimbunan pokok-pokok yang masih togel tu. Kebetulan kat situ memang ada disediakan pangkin untuk berehat.
Semua dah ready, say good bye to Hallasan, kereta terus memecut ke Seongsang Ilchulbong yang terletak nun jauh di selatan Jeju-do. Sepanjang perjalanan memang memukau. Kiri kanan hutan dan padang rumput yang kontang. Kira jamu mata je sepanjang sepanjang perjalanan.
|
Jalan Jeju yang lengang |
|
Hutan pain mengiringi perjalanan kami |
|
Sesekali nampak rimbunan cherry blossom yang tengah berkembang |
|
Macam biasa, asal jumpa tempat lawa dalam perjalanan kami akan berhenti. Chery blossom liar di tepi jalan. Lawa, tapi bila tengok dekat bunganya jarang-jarang dan berwarna putih... |
Dah terlupa berapa lama perjalanan kami dari Eorimok sampai ke Seongsang. Rasanya lebih satu jam. Lewat petang barulah kami sampai di pekan Seogsang. Kecik saja pekan ni. Mula-mula cari Ilchulbong Hotel dan check in. Lepas tu terus cari restoran seafood untuk makan. Kebulur dah seharian makan tak cukup.
|
Nampak kincir angin dari jauh, tandanya kami dah hampir sampai di Seongsang. |
|
Makan malam kami malam itu, sebagai reward berjaya menawan Hallasan. hihi. |
Aktiviti malam memang tak ada sebab masing-masing kepenatan. Tapi esok kena bangun awal sebab nak hiking lagi! Lagi??
~ bersambung
Hai pm... bestnya dpn jenjalan dgn geng reramai ni...semuanya sporting abis
ReplyDeleteHi Cheq Sue,
DeleteAlhamdulillah dapat geng2 berjalan yang sporting :)
Gambar last jugak yg paling meruntun jiwa ... nom nom....
ReplyDeleteAzra, terkenang2 kesedapan ikan yang cair dimulut tu. hahaha
DeletePM, gmbr2 ne semua buat impian saya yg dah saya kuburkan kembali hidup; nak daki hallasan waktu winter...jom, PM!! :D
ReplyDeleteZilla, jangan kuburkan dulu impian nak daki hallasan waktu winter. sebab best!!! moh kite! hihi
DeleteBaru tgk trek lutut dh mula goyang neh mcm mana lah mau ke sana :-) tanda2 dh berusia heee
ReplyDeletehahaha. sama lah kita JM, memang gigil2 pun lutut ni haa
Deletekalo peak winter ni confirm lagi mcm white winter wonderland lah!
ReplyDeletekalau peak winter mesti lagi marvelous tampat ni. tengok sisa2 salji pun dah lawa kan
Deletepuh sangat2 best PM
ReplyDeleteJom izza... trek lagi santai berbandai irau tau. hehehe
DeleteDah bookmark page ni..Hopefully one day dapat hike ke sini jugak :)
ReplyDeleteBest dapat travelmate yg sporting.
InsyaAllah Jea. mesti terjah Hallasan kalu ke Jeju. Kamu tak akan menyesal. hehe
Delete