Followers

Wednesday, May 28, 2014

Discover Jeju in 4 days - Day 4 : Seopjikoji & back to Jeju-si

~ sambungan dari Seongsan Ilchulbong 

Lepas turun dari Seongsang Illchulbong, balik ke hotel, mandi dan packing. Dengan mood segar bugar (walaupun kaki sakit) kami teruskan perjalanan. Ada beberapa tempat yang kami nak singgah sebelum tinggalkan pulau ini petang nanti.Tapi apa-apapun perut kena isi dulu. Jadi kami singgah Lotteria beli shrimp burger. Walaupun hanya beli burger sebiji sorang, tetap eksyen nak makan kat situ. Senang... kita makan terus. 

Perut dah kenyang, moh kite 'jallang' lagi! Start keta, set GPS terus kereta meluncur ke destinasi yang nak dituju. Kita ke Seopjikoji, tengok batu kat tepi laut lagi! Dari hari pertama sampai hari last, kerja kami tengok batu je.... Tapi saya tak kisah sebab batu-batu lawa dan unik! Dan tempat ni jugak terkenal sebagai salah satu drama shot location - All in. Kata Cha Eung Sang, itu antara drama terawal yang masuk ke Malaya selain Winter Sonata. Saya sendiripun dah lupa cerita dia macamana, entah-entah tak tengok lagi kot citer tu. Hahaha. 

Sepanjang perjalanan view memang lawa sebab jalan raya sepanjang pantai. Sesekali jumpa ladang canola yang berbunga kuning. Kami singgah jugak kejap, tapi bunga tak banyak dan tak berapa lawa.

Sampai sini, jalan dah jammed. Walaupun masih pagi, bas dan kereta dan berduyung-duyung sampai. Ramai betul pelancong dari China datang sini. 



Sampai-sampai je, terus terjah gerai-gerai jual sotong bakar. Harga sotong dah naik uols, dah jadi 8,000won! Tapi sebab dah memang plan nak rasa sotong bakar kat sini, anggap ajelah 8,000won = RM8.00. Haha. Once in a life time kan? Nak sampai sini lagi belum tentu lagi sampai atau tak. Elok pulak, masing-masing duk membeli sotong bakar, sampaikan terlebih-lebih nak menghabiskan sotong tu.

Gerai menjual sotong bakar. 
Selain dibakar ada jugak yang dijemur. Mungkin nak buat sotong kering. Buat sambal sorong sedap ni!

Sotong dah dapat, jom kita 'lawat kawasan' pulak. Kali ni santai aje. Tak ada apa yang nak dikejarkan. Tengok batupun sekadar tengok je. Dah tak ada feel macam hari 1'st. Boleh gitu? Kami setakat jalan sekerat jalan dan tengok gereja dan rumah api dari jauh. Malas nak menapak bila terkenangkan betapa ramainya orang pagi tu. Last-last hanya Jati je yang berjalan sampai ke gereja. Itupun sebab dia kata dah lama tak 'sembahyang'. Jadi kami bagi dia masa sementara kami kat bawah ni santai-santai layan pemandangan laut.

Layan gambar ye...

Menapak jauh ke atas dan bersesak-sesak dengan pengunjung yang ramai
Rumah api dan gereja nun jauh di sana. Kami jalan separuh jalan je. Alasan sakit kaki. hihihi.
Gereja yang glamour - masuk dalam beberapa drama termasuk All in. 
Nampak rumah api dari kejauhan. 
Antara pemandangan depan mata
Dah namapun bersantai-santai, bergambar la kerjanya kan? Elok je kami duk bergambar, makcik-makcik ni datang menyelit nak bergambar sekali katanya.

Semua dah puas hati, jom kita teruskan perjalanan. 

Singgah pantai kejap layan pemandangan. Tapi lupa nama pantai apa. Orang tak ramai, mungkin sebab tengahari dan ombak pun kuat. Tapi yang pasti air lautnya biru dan jernih!

Lupa pantai apa, tapi menghadap ke Seongsan Ilchulbong dari kejauhan

Sebenarnya hari last ni kitaorang macam 'lost' sikit. Beberapa museum dan tempat yang kami singgah, tapi end up jadi malas nak masuk. Elok pulak semua sepakat malas nak masuk. Contohnya Trick Art Museum. Rasanya sesiapa yang datang ke Jeju mesti akan singgah sini. Kira dah jadi tempat WAJIB singgah kalau datang ke Jeju. Kami pulak, tak berminat nak masuk. Cha Eung Sang boleh kata, trick art ni tengok mural dekat rumah mu pun boleh.... Hahaha. Yang lainpun setuju. Padahal Art Mural kat Seri Kembangan itupun diaorang tak pergi lagi. Saya ok je sebab tempat-tempat indoor ni bukanlah pilihan utama saya - lagi seronok layan natural view depan mata.

Kali ini perjalanan balik ke Jeju-si melalui route berbeza. Tapi tak pasti route yang mana satu sebab lepas makan sotong dan singgah pantai je, saya membuta! Bagi can orang lain jadi co-driver pulak. hihi. Diaorang semua siap buat 'konsert' DBSK dalam kereta, elok je saya tidur dengan nyenyak.

Elok terjaga, sepanjang perjalanan memang lawa. Kiri kanan hutan dan pokok-pokok je. Sesekali melintasi padang rumput yang menghijau dan ada juga yang rumputnya yang menguning kekeringan.

Tak pasti kat mana, route berapa kami melintasi hutan cherry blossom. Dari jauh dah nampak rimbunan cherry blossom. Lawa!

Apa lagi, moh kite singgah!

Cherry blossom yang asli, tumbuh liar dalam hutan - bezanya bunga-bunganya kecil-kecil dan warnanya putih. Walaupun bunga tak merimbun, bila dah byk pokok, jadi lawa jugak!
Lawa!
Macam-macam aksi!

Sebenarnya ada lagi sebuah bas berhenti di tempat yang sama. Tak pasti mereka buat apa. Masing-masing duk speku diaorang singgah kubur. Haish! Kalau betullah.. seram jugak! Elok je kami duk bergelak tawa dalam semak tu. Tapi diaorang semua takde pulak tegur atau marah-marah. Kiranya masing-masing dengan hal sendiri.

Dah puas beraksi, perjalanan diteruskan. Kali ini melalui ladang kuda yang luas terbentang. Singgah lagi!

Ladang kuda di tepi jalan. 

Tempat terakhir yang kami singgah ialah di Sangumburi Crater. Tapi tak masukpun. Singgah tumpang toilet je. hiks. Mulanya ingat nak masuk, tapi tengok harga tiket 8,000won/person dengan apa yang kami baca pada brochure yang terdapat di kaunter tiket macam tak berbaloi je dengan nilai yang dilaburkan, kami putuskan untuk tak masuk. Sebabnya, tempat ini sesuai dikunjungi pada musim luruh bila daun-daun gugur dan berwarna-warni. Kalau musim lain, pemandangan tak berapa nak lawa. Nak-nak datang musim peralihan macam kami datang. Sebab selain daripada cherry blossom, kebanyak pokok-pokok lain masih lagi kekeringan. Baru nak keluar putik daun orang kata. 

Jadi kami sekadar layan cherry blossom yang merimbun di luar tempat ini. Lot parking kereta ditanam pokok cherry blossom. Semua pokok tengah merimbun dan lawa. 

Kawasan parking kereta yang ditanam dengan cherry blossom.
Di depan Sangumburi Crater - sebahagian pokok yang masih togel. Tapi lawa juga...
Lagi pemandangan sekitar Sangumburi Crater
Cherry blossom yang tengah 'galak' berbunga
Cherry blossom berlatar belakang langit biru adalah kombinasi terbaik!
Sepanjang jalan dipenuhi cherry blossom!

Beberapa kali juga kami berhenti, akhirnya sampai juga di Jeju-si.

Dah masuk bandar masing-masing clueless mana tempat yang harus kami tuju. Bincang punya bincang dapat idea nak cari Dongmun Market. Puaslah godek GBS, tapi tak keluar jugak mana lokasi pasar tu. Kata pasar utama, tapi dalam GPS yillek! Walaupun kami tahu pasar tu dalam bandar Jeju, tapi bila tak tahu exact location di tempat yang asing pada kami, memang payahlah kan? Akhirnya berkali-kali jugak kitaorg pusing dalam bandar Jeju yang tak berapa nak besar tu.

Dongmun Market entah ke mana, tapi lain pulak yang kami jumpa! Jumpa underground shopping market. Layankan ajelah, since kamipun tak tahu nak ke mana lagi. Parking kereta, dan kami menyusuri jalan menuju ke underground shopping market. Turun tangga, kat bawah tu penuh kedai-kedai kecil. Semua ada - baju, makanan, barang kosmetik, sebut apa semua ada. Walaupun tempat ni tak besar mana, tapi boleh lenguh jugak kaki kalau pusing semua tempat. Harga pulak, rasanya lebih mahal berbanding di Seoul. Masin-masing tak excited pun nak membeli, cuma jamu mata je. Tapi bagi yang sukakan kosmetik keluaran Korea, bolehlah beli. Hargapun tak jauh beza, dan ada sesetengah jenama lebih murah berbanding di Seoul. Saya pakai bedak baby Johnson & Johnson je, jadi tengok barang-barang tu walaupun tangan gatal nak membeli. Tapi bila difikir dengan akal waras, kalau belipun tak pakai, membazir pulak... Buktinya, 2 paket facial mask yang kami beli hari tupun masih tak terusik lagi kat rumah tu. huhu.

Dah penat pusing, last-last kami melepak makan aiskrim. Abang belanja! hehe. 

Jam dah menunjukkan ke angka 5. Kalau ikut perjanjian, kami akan pulangkan kereta pada pukul 6.00pm. Dari Jeju-si, kami bergerak menuju ke KT Kumho. Tak jauhpun, tak sampai 10km. 

Sebelum tu, otw ke KT Kumho, tiba-tiba ternampak sebuah lorong yang dipenuhi cherry blossom. Terus kereta berpatah balik ke tempat tu. Haha. Ambil masa beberapa minit di situ dan kami teruskan perjalanan. 

Mewah betul lorong ni dengan bunga-bungaan!

Singgah dulu stesen minyak untuk penuhkan tangki sebelum pulangkan kereta. Sampai KT Kumho, kami disambut oleh pekerja. Keluarkan beg dan barang, kemudian serahkan kunci serta dokumen checklist. Sebelum apa-apa, pekerja KT Kumho check dulu keadaan kereta. Alhamdulillah kedua-dua kereta dalam kondisi yang baik.

Settle semua, naik shuttle bus yang disediakan KT Kumho terus ke airport. 

Sebelum check in, solat dulu dan kemas semua beg. 

Penerbangan kami dari Jeju ke Busan.

Berakhirlah kembara 4 hari kami di pulau Jeju. Pulau yang cantik dan pastinya meninggalkan kenangan manis buat kami semua. Yang pahit, masam, tawar dan masin tu kita simpan sajalah untuk diri sendiri. Tapi overall kebanyakkannya manis! Hiks. Misi nak sampai ke Hallasan tercapai, hajat nak tengok cherry blossom juga tertunai. Kiranya trip kali ni nasib menyebelahi kami semua!

Kita jumpa di Busan!

4 comments:

  1. Wah menyusul cerita Busan lepas ni. Kalau entry pasal Korea, semangkit baca. Nengok blog budak2 The Heirs (gitu!!) gi Jeju, pastu baca blog Kak Kiah pula...kena menjejak Jeju jugalah lepas ni. Nak suarakan isi hati kat travel partners yang lain. Xbest gi sengsorang nanti bosan dalam kereta xde sape teman borak. Do Min-joon sibuk kat planet dia xdapat nak teman aku. Nak juga kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. Do Min Joon katanya... ke kena cari pengganti ni?
      Cerita Busan pendek je, sebab singkat benor duk Busan tu. huhu

      Delete