Siapa lahir tahun 80-an? Angkat tangan!!!
Eh... yang lahir akhir 70-an pun boleh joint sama jugak. Jeling mama Vouge Berjaya Park. hehe.
Uols semua ingat lagi tak masa kita kecik-kecik dulu, kalau pergi kedai runcit kita beli apa?
Dulu.... gula-gula 10sen dapat 4 biji.
Kalau gula-gula yang kecik warna-warni dengan 10sen boleh dapat 5 biji kan?
Sekarang ado???
Nan ado...
Hari tu, cik bunga bawak kami ke satu kedai.
Kata cik bunga, masuk kedai ni boleh dikatakan semua makanan 'tak sihat' yang kita suka beli masa kecik-kecik dulu ada. Murah pulak tu! Boleh beli sikit-sikit dan boleh beli borong.
Kali pertama saya masuk kedai ni, saya ketawa dan ketawa.
Terus rasa macam budak-budak!
Sebab teringat kenangan masa kecik.
Kedai ni terletak kat Puchong Perdana, kat lot-lot kedai berhampiran je dengan Masjid Terapung, Puchong.
Tauke kedai ni, uncle/auntie cina sangat ramah dan baik hati.
Siap izinkan saya tangkap gambar dalam kedai dia.
Petang tu, kami memborong sakan kat sini.
Satu kotak besar choki-choki hanya berharga RM9.80. Murah!!!
Jom kita tengok apa yang ada kat sini!
Agak-agak apalah yang dibualkan oleh 2 perempuan di depan kedai tu? |
Biskut timbang : biskut 'cotek' pun ada |
Sagun : masa kecik dulu saiz sagun besar dan panjang. Sekarang comel je... |
chew gum : 4 biji 10sen. |
Bubble gum ni pun ada. Dulu beli 10sen dapat 2! |
Hiro pun ada. Tapi ni dah kira makanan zaman sekarang dah ni... |
Tikam : sekarang pun ada jual lagi. Ingat masa kecik-kecik dulu mak selalu marah kalau beli tikam. Dah besar baru tau rupa-rupanya tikam ni macam judi jugak . |
Barang-barang yang dijual kat sini dan permainan Tora dan Ding Dang pun ada!
Kalau bercakap pasal zaman kecik-kecik memang seronok. Tu belum lagi kalau kita bercerita tentang mainan apa yang kita main masa kecik-kecik tu. Lagi seronok!
PM : bangga jadi anak 80-an
Tak jauh dari rumah saya ni, senang2 boleh singgah nanti...
ReplyDeleteItu asam yang nama 'taik idung' takder kah???
ReplyDelete~Lariksssss!
Hihiihi mama lahir ujung 70 an...sama zaman dgn anak2 0 an... Hhahahah tora pun ada yelk..akak gelak giler tgk gambar2 ni
ReplyDeleteAdalah nirwarina.. tersorok sket dkt belakang.. heaven masuk sini
ReplyDeletehaha..motip semua org dah selongkar kedai nih??
ReplyDeletea.mie : sila la pergi.. memang best!
ReplyDeleteNil : motip asam taik hidung???
K.intan : hehe... akhir 70-an dgn awal 80-an tak jauh manapun.. hehehe. Tora datang lagi!!!! terngiang-ngiang lagi suara mat sentol. hehehe
orkedesa : waaa... ko pun dah terjah ke? pergh!!
nak tanya...biskut timbang tu brape kg ea.....
ReplyDeleteNur Atikah : biskut timbang tu boleh dibeli ikut permintaan kita. Kalau nak byk boleh mintak byk, kalau nak sikit boleh mintak sikit. Harga 1kg biskut2 tu ikut jenis, everage harga/kg dlm RM12-16/kg
Deleteada x gambar gula-gula 10 sen 5 biji tu?
ReplyDeleteer.. gambar tu tak terambil pulak. huhu
Deletedia tutup pukul berapa ea?
ReplyDelete