Followers

Tuesday, March 06, 2012

Beautiful Guilin - Day 2

26 Februari 2012 : Guilin town - Yongshuo town

Hari kedua di Guilin. Suhu dirasakan semakin sejuk menyengat sampai ke tulang! Betul-betul sejuk ni. Pagi ni lepas check out, Jah dah sedia menunggu kami di lobi hotel. Kami 'brunch' (breakfast & lunch) di restoran depan hotel. Kami gelar restoran makcik kerinting sbb rambut makcik tu keringting macam mak atasinchi. hehehe. Jah dah siap-siap tapau bekalan untuk dinner kami sebab kat Yangshuo nanti tak ada restoran halal. Ok la Jah ni, at least dia fikir pasal kita dan dia pun tanya pendapat kami pasal bab-bab makan ni.

Hampir jam 11.00 pagi, bas kami bertolak meninggalkan bandar Guilin menuju ke Yangshuo sejauh 65km. Perjalanan selama hampir 2 jam tu macam tak terasa sebab sekeliling kami tu permandangan gunung ganang je! Serius cantik. Mulut masing-masing sampai melopong tengok view. Untuk tour hari ni tempat pertama yang kami singgah ialah Fengyu Cave. Gua ni panjangnya hampir 5.3km dan ambil masa hampir 1 jam untuk explore di dalamnya. Kalau ada sesiapa pernah ke Gua Tempurung, Perak, gua ni lebih kurang sama je. Tapi lebih cantik Fengyu Cave la. Sebab siap ada lighting dan tempat ni dipelihara dengan baik.

Jadi sebelum ke Fengyu Cave, apa kata kita lawat gua yang ada kat dalam negara kita dulu. Hehehe. Seronok! Kalau nak masuk better try xtvt yang 'dry and wet'. Baru trill! Boleh gelongsor dalam gua! Best! Saya pernah pergi dengan geng master jalan-jalan sambil ukur tanah dan check kualiti air di Gua Tempurung. Owh!!! Kenangan sungguh!! (belek-belek kelendar nak ajak GBS pulak pegi sini).

Ok, dah melalut dah! Sampai Fengyu Cave, amik tiket (130 yuan @ RM65) dan mulakan eksplorasi. Sangat cantik! Setiap batu kapur (limestone cave) di dalam tu ada nama masing-masing dan membentuk perlbagai bentuk yang amat cantik. Tambah plak dengan hiasan lampu-lampu yang pelbagai warna memang sangat mengagumkan. Kalau difikir-fikir ini adalah salah satu lagi Kuasa Yang Maha Esa... mencipta segenap alam termasuk dalam gua sebegini cantik!


stalacties - batu kapur berbentuk tirai terhasil dari titisan kapur selama berjuta-juta tahun


reflaction - jernih air kolam tu hingga nampak bayang-bayang.

Hampir 1 jam berjalan dalam gua, siap turun naik tangga, kami keluar. Puas hati tengok keadaan dalam gua tu. Memang tak menyesal! Naik bas untuk teruskan perjalanan. Dalam perjalanan Jah kata nak rest kejap. Alamak, masa ni masing-masing dah cuak. Ni mesti nak bawak beli apa pulak kali ni! Aduhai... Ni antara perkara yang paling saya tak gemar sepanjang bercuti ni. Bila kami ajukan persoalan ni pada Jah, katanya dia terpaksa ikut itinerary yang diaturkan oleh syarikat pelancongannya. Kalau tidak, nanti dia kena buang kerja kalau kita tak nak pergi. Kalau kami pergi dan kami tak beli pun Jah jugak yang kena soal. Ini bermakna Jah tak pandai promote pada kami. Hello!!! Jual pisau, jual jamu... memang la kami tak minat. Cuba bawak tempat 'orang muda' tak beli banyak, satu mesti kami rembat punya. Walhal... duit bawak tak ciput je. Hehehe.

Lepas singgah kedai jamu, kami teruskan perjalanan ke Yongshuo. Pada pengamatan saya, Yongshuo lebih kecil dan pedalaman berbanding Guilin. Dan kat sini cuaca lebih sejuk. Suhu di sini antara 3-5 darjah. Tapi kawasan ni aman. Kebetulan hari ini hari Ahad dan ia merupakan hari minggu bagi penduduk di sini. Jadinya di sepanjang jalan sangat ramai orang mengayuh basikal. Gayanya seperti mereka juga pelancong seperti kami. Pelancong tempatan yang keluar berrekreasi di hujung minggu. Kebun buah-buahan seperti strawberry dan limau adalah pemandangan biasa di sini.

Kami sampai di Yongshuo dalam pukul 4.30 petang. Punggah beg ke hotel dan solat dulu. Lepas ni kami nak naik bot menyusuri Xingping Li River atau nama glamour Li River pulak. Teruja ni! Jah suruh kami bersiap cepat sebab takut nanti dah gelap view dah tak cantik. Maklumlah di sini waktu siang pendek. Pukul 6.00 petang dah gelap.



Lepas dah siap semua, kami hanya melintas jalan dan berjalan tak sampai 5 minit menuju ke tepi sungai untuk menaiki bot. Kami menaiki bot danmenyusuri sepanjang Li River hampir 1 jam. Suhu semakin menurun, tapi kami gigih je naik bot. Mujur bot kami tu bukan jenis open boat. At least bolehlah menahan diri dari angin sejuk. Pemandangan tak payah cakap, memang cantik! Cuba lihat gambar kat bawah, gunung-ganang kiri kanan sepanjang sungai. Ada yang dekat dan jauh. Sekali tengok macam dalam gambar! Tapi bila cubit pipi, terasa sakit... ia realiti ok! haha!

Li River


Antara bot yang terdapat di sini. Bot kami ada bumbung dan dinding.




Hampir satu jam menyusuri Li River, hari pun dah hampir gelap, hujan dah turun rintik-rintik, kami balik ke hotel. Check in bilik dan bersiap untuk makan malam. Bekal yang kami tapau tadi dipanaskan di restoran hotel dan kami bawak makanan kami ke bilik. Mula-mula nak makan kat restoran, tapi disebabkan ada event apa ntah, Jah kata elok kami makan kat bilik je. Sampai kat bilik, buka serunding, sambal bilis, kicap tambah lada sikit, masing-masing makan sampai licin! Betapa hebatnya penangan serunding dan sambal bilis! Lauk yang Jah bekalkan tu luak sikit je.

Dah kenyang, sempat rest kejap, Jah dah call, mintak bersiap cepat sebab lepas ni kami nak pergi tengok The Lie Sanjie show pulak. Show ni sebenarnya tak termasuk dalam pakej, so kena add on sendiri. Alang-alang dah sampai sini, kami amik peluang nak tengok show ni. Jah pulak mula-mula duk suruh kitaorg amik tiket VIP. Tapi kami just amik tiket biasa je, dengan harapan kami akan dapat seat yang best! Haha... Jah tu ingat kami ni semua banyak duit agaknya. Sebenarnya nan ado!

Kami ke Sanjie Liu Sing Fair menaiki van dari hotel. Tak sampai 10 minit dah sampai kat tapak show tu. Malam tu orang memang ramai. Maklumlah, malam minggu. Tapi mujur Jah dah tempah tiket siap-siap. Jah siap hantar kami sampai ke seat. Balik nanti van yang hantar kami akan tunggu.

Biasanya kita tengok teater kat atas pentas atau dalam dewan kan? Kali ni kami berpeluang tengok teater live atas air. Saya tak tau macamana diorg pasang pentas, kejap hilang pentas tu, kayuh bot pulak. Yang paling mengagumkan ialah pancaran lampu sangat terang. Macam kita tengok dalam pawagam. Hebat!!! More info boleh baca sini. Cuma satu je, kami ni melopong je tengok tapi tak faham satu butif pun patah perkataan yang diorg sebut tu. Tapi dari jalan cerita yang saya tengok macam kisah penduduk setempat. Pastu ada nyanyi-nyanyi dan ada kejar-kejar lelaki perempuan. Kisah cinta la kot? haha. Tapi walaupun tak faham kami tetap enjoy!



orang berpusu-pusu di luar pintu masuk


impression - nama show tu


tempat kami, 2 dari atas. Dekat VIP seat!


imej putih tu adalah pancaran cahaya imej bukit di sekililing sungai. Projector apa yg diorg pakai eh???


imej atas adalah pancaran lampu dan imej bawah adalah imej orang sedang mendayung sampan. Sungguh saya kagum dengan persembahan mereka!


orang di depan membawa obor api dan di belakang pula di atas perahu



persembahan dari atas perahu



siap ada orang menari kat atas bulan sabit tu

tiba-tiba atas air tu muncul jambatan dan orang-orang ni pakai baju lampu.


dah sampai ke depan pentas.

Hampir 2 jam layan show, kami keluar. Jalan nak keluar senang je, just ikut orang yang ramai-ramai berjalan dan confirm akan jumpa jalan kelaur. Di luar pemandu van yang bawa kami tadi dah sedia menunggu. Mujur tadi Jah dah pesan kat driver tu bawak kami ke West Street yang terletak di bandar Yangshuo. Tak jauhpun dari hotel kami, dalam 10-15 minit je kalau berjalan kaki. West Street ni macam night market. Ada gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai barang kraftangan tempatan. Tak banyak yang menarik hati kami kecuali FM. Harga satu FM dalam 8 yuan (RM4.00). Tawar punya tawar, kami dapat 5 FM utk 20 yuan! Boleh dikatakan barang-barang kat sini murah kalau kita pandai tawar menawar. Walaupun susah nak berkomunikasi, tapi bila part membeli dan menjual automatik semua faham!!! hehe.

Dah puas ronda-ronda kami balik jalan kaki ke hotel. Sampai hotel mandi, solat dan terus tido. Sakit pinggang satu hari berjalan tak henti-henti... Aduh...

PM : tiba-tiba teringat Jah di Guilin... owh...

10 comments:

  1. Huhu..kamera canggihh...jauh tuu bleh shoot!!

    ReplyDelete
  2. Uik!! dok buleh lawan dgn D90 orang tu.

    Hamba punya camera harap zoom je jauh, tapi bukan taraf SLR pun. hehe

    ReplyDelete
  3. SLR orang..Kite tumpang snap pakai AUTO je. Tu pun nasib baik gheti pakai auto..haha

    ReplyDelete
  4. xpe... mula2 pakai SLR org dulu...
    mana tau nanti rezeki terlebih boleh layan SLR sendiri. hehehe

    ReplyDelete
  5. Guilin dan Xian antara tmpt yang saya nak p.bila?itu tak tahu lagi, masih belum terbuka hati utk ke sana hehehe

    ReplyDelete
  6. Zilla... mula2 tanam impian dulu..
    Mana tahu nanti dimurahkan rezeki sampai la sini.

    Sayapun kalau boleh nak ke sini lagi. macam tak habis lg tempat kat Guilin tu nak tgk. :)

    ReplyDelete
  7. bes kan guilin! (sy baru balik dr sana sabtu lepas).gmbar u all mmg cantik2.puas tgk!hehe.

    ReplyDelete
  8. Thanks for d info =) insyaAllah will be there in Nov.

    ReplyDelete
  9. salam boleh dptkn email x . nk g guilin next month

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam Anony, my email isfahanani@gmail.com

      Sayapun nk g guilin next month :D

      Delete