Followers

Tuesday, June 11, 2013

Hikmah Yang Tersirat


Baru saja habis baca sebuah buku - Diari Seorang Diplomat : Hikmah yang Tersirat hasil nukilan Allahyarham Wan Ahmad Fadzil Wan Mohd tentang kehidupannya sepanjang bertugas di Islamabad tapi sayangnya cacatan beliau hanya berhenti di pertengahan jalan kerana Allah lebih sayangkan beliau.

Peluang bekerja dan sekaligus mengenali negara, penduduk, budaya dan cara hidup seperti Pakistan banyak membuka mata penulis tentang bersyukurnya dilahirkan dan membesar di negara seperti Malaysia. Alangkah syukurnya dilahirkan sebagai muslim di sebuah negara Islam seperti Malaysia. Membaca catatan Adakah kami kelihatan seperti bukan muslim dan Peminum yang bersyukur menjadi muslim membuka mata saya tentang banyak perkara - syukur kerana lahir dalam suasana Islam yang sebenar. 

Catatan kedua terakhir Catatan buat anakanda kedua sangat terkesan. Terus teringat surat yang saya terima dari ayah ketika saya di universiti dulu. Surat yang dikirimkan ayah bersama baju lab yang ketika itu tertinggal di kampung, saya masih simpan surat itu dengan baik. Itulah surat pertama dan terakhir setakat ini yang saya terima dari ayah. Naluri seorang ayah - ayah mana yang tak sayangkan anak kan?

Ok, setakat tu je ulasan, kalau nak tahu isi catatan boleh baca buku atau blog beliau : http://nafastari.blogspot.com. Dan ini pula blog isteri beliau http://mawarnafastari.blogspot.com. Gaya penulisan mereka seakan-akan sama.

* mana tahu ada rezeki suatu hari nanti kalau berpeluang bermastautin di negara orang teringin juga ada catatan seperti ini - tapi nak jadi diplomat memang tak mampulah, err, tak layakpun... tak apa kita pasang angan-angan dulu, mana tahu ada rezeki 'meneguk' ilmu di tempat orang kan? Jihad tu... Moga-moga angan-angan dan usaha itu dimudahkan olehnya. Amin...

6 comments:

  1. terima kasih kerana berkongsi, kena cari bukunya ni.

    *ameen, mudah2an tercapai impian.. actually, it was my dream too...
    =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. anne, no sweat! :)

      * amin... moga2 impian kita akan jadi kenyataan anne.

      Delete
  2. JM pernah dengar ulasan buku ni di radio IKIM...mmg amat syahdu..

    Terima kasih J kongsi nama blog tu nanti leh JM terjah..terima kasih..muachh..muahhh..heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. No prob JM, sharing is caring kan?

      * wah JM, komen berjemaah nampaknya... hehe

      Delete
  3. walaupun bekerja ditempat bergolak dan nyawa jadi taruhan, tp ajal maut hanya Allah yg tau kan...akhirnya maut ditempat yg kita tidak sangka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. umpama sireh pulang ke gagang... ajal, maut rahsia Allah, hanya Dia yang tahu :)

      Delete