Followers

Wednesday, June 26, 2013

Trip Sempoi Ganu Kite : Part 5 - Mengeram telur penyu

Pagi yang indah di Pulau Mat Kepit. Walaupun tido kami terganggu kerana hujan yang tak berapa nak lebat tapi gigih masing-masing bergegas ke chalet dan sambung tido balik! Dahlah jumlah penghuni yang mengalahkan 'sardin'. Tapi tetap lena sampai ke pagi sampai subuh gajah! 6.40am, baru saya terhegeh-hegeh bangun, itupun puaslah pusing kiri, pusing kanan barulah dapat keluar. Haha. Nasib baik tido tepi pintu - senang nak keluar.

Selamat pagi dunia! Asyiknya kalau hari-hari bangun pagi, keluar bilik nampak laut terbentang depan mata!

Alang-alang dah bangun awal, kami terus masuk dapur, kelentang kelentung, siap nasi goreng. Er... saya tolong goreng keropok je. Haha. Pagi itu sarapan pagi nasi goreng cina dan nasi goreng biasa dengan keropok keping bersama teh panas. Kenyang!

Hari ini kami akan berangkat balik ke Kuala Terengganu. Feri kami bergerak pukul 1.00pm, jadi masih ada masa di sini. Apa yang kami buat pagi ini? Jom kita ronda-ronda sekitar pulau :)

Air laut baru nak pasang
Seronok je masing-masing main air
Ini bekas tapak kaki penyu yang naik bertelur semalam

Saya tengok pakcik (alamak lupa nama) selaku ketua di pulau itu sedang memeriksa sarang penyu yang bertelur semalam. Dia sedang mengambil ukuran jarak sarang dalam bentuk horizontal dan vertikal. Sempat jugak saya turut sama jadi pembantu pakcik mencatat jarak sarang, tarikh/hari dan waktu bertelur di dalam buku log. Semua data-data ini penting untuk penyelidikan mereka. (gambar tak ada sebab leka sangat menolong pakcik. hehe.

Dari jauh pula kelihatan staff sedang sibuk menggali lubang. Nak eram telur penyu yang bertelur dari pantai sebelah pulau ini. Pantai di sana tidak luas, apabila air pasang, seluruh kawasan berpasir akan dipenuhi oleh air - ini akan menyebabkan telur rosak sekiranya tidak dialih ke tempat yang lebih selamat. Tapi kawasan tersebut tetap dinaiki oleh ibu penyu yang singgah bertelur pada waktu malam iaitu semasa air surut. Jadi semua telur-telur di situ dipindahkan di Pulau Mat Kepit dan sebolehnya dia dieramkan secepat mungkin bagi mengelakkan telur rosak.

Inilah rupa telur penyu, saiznya sebesar bola ping pong
zoom sikit!
Staff sedang menggali sarang untuk mengeram telur. Lubang yan digali seakan-akan bentuk sarang asal yang digali ibu penyu - bentuk macam labu air. Ia untuk pastikan telur-telur menetas dengan sempurna nanti. Selepas keluarkan sarang dari baldi/tempat simpanan sementara, telur mampu bertahan hanya 3 jam, kalau tak nanti telur tak menetas.

Mereka cuba memasukkan telur ke dalam sarang yang suda siap. Oh ya, nak masukkan telurpun ada cara tau. Telur kena dipegang dan tak boleh golek-golekkan - jadi kena pastikan permukaan atas sentiasa berada di atas sebab permukaan atas telur adalah kepala anak penyu. Jadi kalau golek-golek ke bawah, nanti kesian anak penyu menetas dan nak keluar dari lubang susah sebab kepala dah terletak di bawah. Bila difikir-fikir unik betul rahsia alam ni. Setiap sesuatu yang dicipta ada sebab dan musabab yang tersendiri.
Telur penyu yang telah selamat dimasukkan ke dalam sarang. Tinggal kambus lubangnya dan jangan lupa pacakkan kayu serta tarikh bila penyu bertelur - jadi melalui tarikh penyu bertelur, kita boleh anggarkan bila anak-anak penyu ini akan menetas.

Lepas eram telur penyu, masing-masing dengan aktiviti masing-masing. Ada yang layan perasaan atas batu, ada yang sambung tido dan ada jugak yang terjun laut untuk kali kedua. Pemandangan di bawah laut di sini tak kurang cantiknya juga tau - macam dalam akuarium! Sementara tu layan je lah gambar yang ada. 

Air semakin pasang
Hampir separuh dari pantai sudah dipenuhi air, tinggal kawasan yang ada sarang penyu je masih selamat dari terkena air laut
Kolam air terjun juga dah dimasuki air laut. Di dalam sana terdapat ir terjun, rasa airnya sedikit payau (air tawar + air masin)
Tempat pertembungan laut dan kolam air terjun - pun dah dipenuhi air
Jom kita terjun laut!!!

~ Bersambung

No comments:

Post a Comment